Selasa, 3 April 2012

Gambar Pernikahan Azza Elite dan Azlan

Majlis pernikahan Azza Elite dan Azlan Zulaily yang berlangsung di Masjid Bukit Antarabangsa dihadiri oleh ahli keluarga dan beberapa rakan artis antaranya Rozita Che Wan, Roslan Shah,Abby Abadi (Ahli Kumpulan Elite), Shasa dan Watie.
Dalam Majlis pernikahan tersebut, Azza menerima wang hantaran RM10000 dan 9 dulang hantaran yang antaranya terdiri daripada beg tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta emas kahwin berjumlah RM300. Manakala pihak pengantin lelaki menerima 11 dulang hantaran antaranya minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin dan persalinan. Tahniah sekali lagi kepada kedua-dua pasangan pengantin. Semoga pernikahan Azza Elite dan Azlan diberkati Allah dan berkekalan hingga ke ahkir hayat.
Mari sama-sama kita lihat gambar di sekitar pernikahan Azza Elite dengan Azlan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan