1. Lebih Ramai Muka-Muka Biasa Di Restoran Mamak, Lebih Berjaya Restoran Mamak Tersebut.
Kalau kamu rajin ke restoran mamak kegemaran kamu, pasti tiap-tiap malam kamu akan dapat melihat muka-muka yang sama sahaja yang rajin makan dan minum di situ.
Kalau kamu rajin ke restoran mamak kegemaran kamu, pasti tiap-tiap malam kamu akan dapat melihat muka-muka yang sama sahaja yang rajin makan dan minum di situ.
Pelanggan-pelanggan biasa, yang biasanya hanya perlu duduk di kerusi dan menunjukkan tanda-tanda isyarat tangan untuk memesan minuman/makanan kegemaran, tanpa perlu berkata apa-apa.
Mungkin juga hanya perlu menunjukkan aksi merokok dengan tangan untuk memesan rokok jenama kegemaran yang akan serta-merta muncul di atas meja (tanpa perlu bayar dahulu seperti pelanggan-pelanggan lain). Aku malangnya tergolong di dalam golongan ini sebenarnya. Tiap-tiap malam aku macam 0rang pekak/bisu yang tidak perlu berkata apa-apa untuk mendapatkan layanan dari pekerja yang sudah kenal nama aku.
2. Akan Ada Abang/Akak Dari Thailand Yang Menjual Tomyam Di Satu Penjuru Kecil Restoran.
Aku rasa kalau makan roti canai/capati/tosai/roti naan tiap-tiap hari pun akan jemu juga.
Aku rasa kalau makan roti canai/capati/tosai/roti naan tiap-tiap hari pun akan jemu juga.
Akibatnya sekarang ramai pengusaha restoran mamak membawa masuk awe-awe dari selatan Thailand untuk datang membuka ‘penjuru’ mereka sendiri yang akan menyediakan makanan Thai ala-kadar.
Kamu pasti kenal mereka ini, pengusaha masakan Thai yang hanya menyediakan ikan kembung sebagai ikan paling mewah di dalam menu masakan mereka. Yang pandai berniaga dan mampu masak sedap sedikit akan diupah oleh pengusaha restoran mamak untuk membuka restoran Tomyam baru yang lebih besar ikan-ikannya.
3. Tiada Siapa Lagi Yang Menggunakan TV Tiub Sinaran Katod.
Maksudnya semua telah berubah ke TV skrin LCD. Tiada lagi TV-TV besar yang dirantai dan dimangga di dalam sangkar-sangkar besi yang dipacak ke siling. Semuanya TV LCD berskrin rata yang hanya menunjukkan permainan bola di Astro dan kadang-kala saluran Star World yang boleh dikatakan sesuai untuk tontonan umum. (Kecuali rancangan CSI, CSI: Miami dan CSI: NY yang mampu membuatkan yang tidak biasa muntahkan rojak di atas meja makan.)
Projektor dan skrin besar khas pula hanya akan dipasang untuk perlawanan-perlawanan bola yang penting (seperti Tentera lawan Johor FC) tetapi aku pernah ke kedai mamak yang memasang siaran Forum Perdana di skrin besar. Tetapi di bulan puasa.
4. Sanggup Berbelanja Banyak Duit Untuk Renovasi, Kecuali Renovasi Tandas.
Macam mamak yang aku selalu pergi ini, sekarang sudah cantik. Dinding bercermin, sistem keselamatan video, perkhidmatan Wi-Fi percuma dan penuh dengan dinding batu-bata mahal yang bukan berwarna merah batu-bata biasa.
Juga penuh dengan perhiasan bergambarkan makanan-makanan mamak yang kurang relevan dengan makanan sebenar yang disajikan di situ. Tetapi tandasnya tetap sama.
Paling kuat pun hanya akan memasang tali nilon penarik jamban yang sudah putus 4 tahun sebelumnya. Pasti akan ada kepingan-kepingan lantai plastik yang modular macam permainan Lego yang paling berkesan untuk menyembunyikan kotoran-kotoran yang berkumpul di situ semenjak tali nilon penarik jamban itu putus.
5. Suka Simpan Roti Canai Yang Di Pra-Masak.
Kalau kamu pesan roti canai, pasti roti canai yang diberi adalah kepingan yang telah dimasak terlebih dahulu secara pukal dan banyak-banyak yang kemudiannya akan disimpan di dalam bekas kedap udara berbentuk silinder.
Kalau kamu pesan roti canai, pasti roti canai yang diberi adalah kepingan yang telah dimasak terlebih dahulu secara pukal dan banyak-banyak yang kemudiannya akan disimpan di dalam bekas kedap udara berbentuk silinder.
Selalunya-lah. Sebab itu helah untuk mendapatkan roti canai yang segar dan baru dicanai, diuli dan digoreng di atas dapur ialah dengan memesan roti empat segi. Ini kerana roti yang berbentuk empat segi itu tidak akan muat di dalam bekas kedap udara murahan berbentuk silinder itu yang hanya dioptimumkan untuk roti-roti canai yang berbentuk bulat.
Tetapi aku kurang pasti mungkin sudah ada restoran yang sudah memulakan penggunakan bekas kedap udara yang berbentuk kiub.
6. Sistem Putaran Pekerja-Pekerja Restoran.
Kalau kamu perasan, tidak ramai pekerja-pekerja sesebuah restoran itu akan kekal bekerja di satu restoran sahaja. Tiap-tiap 3-6 bulan, muka-muka baru akan muncul di kalangan pekerja-pekerja mamak, yang biasanya boleh dikenali dengan rupa yang masih segar dan berbedak, tidak pandai berbahasa Melayu dan masih belum menerima baju seragam pekerja.
Mereka yang biasanya dari Chennai, India ini akan dilatih betul-betul secara praktikal sebelum ditugaskan di cawangan-cawangan restoran tersebut di seluruh negara.
Yang kekal di restoran asal biasanya akan ditugaskan menjaga kaunter dan menjerit kepada pekerja-pekerja yang baru ini. Tetapi jangan bimbang kalau kamu pelanggan tetap dalam masa 3 minggu pekerja-pekerja baru ini akan tahu pesanan biasa kamu serta mungkin juga tahu nama kamu.
7. Topi Dan Songkok.
Aku tidak pasti kalau kamu semua perasan atau pun tidak, tetapi kebiasaannya agama pekerja-pekerja mamak ini boleh dikenalpasti dengan melihat apa yang dipakai di atas kepala mereka.
Aku tidak pasti kalau kamu semua perasan atau pun tidak, tetapi kebiasaannya agama pekerja-pekerja mamak ini boleh dikenalpasti dengan melihat apa yang dipakai di atas kepala mereka.
Pastikan hanya ucapkan ‘Selamat Diwali’ kepada mereka yang memakai topi, dan ‘Salam Aidilfitri’ kepada mereka yang memakai songkok. Kebiasaannya-lah. Jangan marahkan aku kalau kamu salah dan kena maki. Yang tidak memakai apa-apa di kepala kamu kena perhatikan dengan betul-betul agar rambut mereka tidak masuk ke dalam kuah dhal kamu.
8. Suka Mop Lantai Bila Kamu Sedang Makan.
Oleh kerana pekerja-pekerja dari Chennai ini semuanya amatlah pembersih, mereka akan suka membersihkan restoran mereka terutamanya ketika kamu sedang makan.
Oleh kerana pekerja-pekerja dari Chennai ini semuanya amatlah pembersih, mereka akan suka membersihkan restoran mereka terutamanya ketika kamu sedang makan.
(Tetapi ini terhad kepada mereka yang suka melepak di kedai mamak selepas jam 3 pagi, kerana umumnya operasi pembersihan serta pemanasan kuah kari 3 hari lepas hanya akan dilakukan pada waktu-waktu sebegini.)
Aku rasa mereka perlukan hiburan jadi mereka amat terhibur apabila melihat kamu (dan terutamanya kamu yang wanita dan berskirt pendek) terpaksa mengangkat kaki kamu ketika mereka sedang mop atau menyapu di bahagian bawah meja kamu. Aku suka restoran mamak yang bersih, sebab aku paling pantang duduk di restoran mamak yang mejanya melekit. Pantang gila.
9. Kamu Akan Tahu Dengan Mudah Bila Harga Rokok Akan Naik.
Mudah sahaja. Satu hari kamu akan perasan bahawa kotak pameran rokok seakan-akan ketandusan rokok. Lagi-lagi jenama-jenama rokok yang popular.
Memang sah kalau sekotak pun rokok jenama Dunhill atau Marlboro (Merah) tidak dipamerkan, harga rokok akan dijamin naik keesokan harinya. Kalau kamu tidak percaya cuba perhatikan kotak pameran rokok tiap-tiap kali kamu membayar.
10. Restoran Mamak Dan Rokok Hampir Sama. Dua-Duanya Boleh Ketagih.
Ini kerana tiap-tiap kali harga dinaikkan pun, kamu pasti akan hisap rokok/makan di kedai mamak/hisap rokok sambil makan di kedai mamak.
Biasanya alasan akan diberikan setiap kali harga makanan dan minuman dinaikkan (seperti renovasi restoran, penyediaan servis ekstra seperti Wi-Fi percuma dan TV LCD yang lebih jelas gambarnya) tetapi kamu masih akan berduyun-duyun ke sana. Sebab restoran mamak memang institusi unik Malaysia.
Tidak silap aku di Chennai pun tiada restoran mamak yang menyediakan roti canai dan teh tarik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan