Isnin, 30 April 2012

BERSIH 3.0 – Sekitar Perhimpunan Bersih


Menurut sumber, lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Ada juga beberapa peserta Bersih 3.0 telah ditangkap oleh pihak polis. Ikuti laporan terkini mengenai Bersih 3.0
Related Posts with Thumbnails
Sehingga jam ini, Peserta perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 3.0 sudah berarak dan berkumpul di sekitar Dataran Merdeka sebentar tadi dengan polis danPasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melakukan kawalan ketat.
Pada masa yang sama, pihak polis telah melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta memasuki kawasan larangan di Dataran Merdeka.
Sekitar Perhimpunan Bersih yang terkini.
Kejadian terkini juga :
3.10am Masjid Jamek – lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.
3.08pm : Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan