"Bagaimanapun tidak dinafikan kos untuk menjalani kursus ini agak tinggi," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menghadiri hari keempat Persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di Pusat Ekspo Guadalajara di Mexico hari ini.
Rais berkata dengan adanaya kepakaran forensik mengenai komputer, segala maklumat yang dihapuskan masih boleh dapat dikesan daripada cakera keras.
Katanya kepakaran dalam bidang perundangan dan pembuktian perlu ada walaupun negara mempunyai Akta Keterangan dan Akta Telekomunikasi untuk mendakwa mereka yang terlibat dalam jenayah siber.
Rais berkata tindakan untuk mendakwa mereka yang bersalah dalam kegiatan jenayah siber bukanlah semudah mendakwa mereka yang terlibat dengan kes mencuri dan sebagainya kerana jenayah siber memerlukan pelbagai peringkat siasatan dan turut mempunyai beberapa hadangan.
"Akta Keterangan 1950 sendiri mempunyai berberapa hadangan menyebabkan Peguam Negara sendiri tidak semudah yang dijangka untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap mereka yang didapati melakukan jenayah siber, terutama dari segi keterangan dan bukti," katanya.
Untuk itu pegawai kementerian dan juga bahagian penguatkuasa SKKM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Peguam Negara supaya beberapa kes penting ini dapat disusuli, kataya.
"Kami di kementerian dan SKMM mempunyai kepakaran dan rumusan tersendiri di mana mungkin pegawai lain tidak maklum. Jadi kami akan bantu mereka seperti dalam kes-kes menghina Raja, menghina Islam, memecah belah masyarakat dan hasutan serta pornografi kanak-kanak," katanya.
"Saya akan terangkan skopnya dan mereka boleh cadangkan fokus mereka. Azam kita ialah untuk melakukannya dengan cekap," katanya.
Baru-baru ini, Rais berkata bahawa sudah ada 13 kes dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara, membabitkan cubaan memperlekehkan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak serta Sultan Johor, menghina agama lain, menghasut, menyebarkan pembohongan, mencuri data dan membangkitkan sentimen perkauman yang sensitif.
Pada persidangan hari ini, beliau turut mengambil bahagian dalam pemilihan jawatan setiausaha agung dan timbalan setiausaha agung ITU di mana Dr Hamadoun Toure kekal sebagai setiausaha agung dan Zhou Houlin kekal sebagai timbalan.
Walaupun kedua-dua mereka tidak dicabar, proses pengundian tetap diteruskan. Toure dari Mali mendapat 151 undi daripada 157 negara yang hadir manakala Zhou dari China mendapat 155 undi.
Rais, yang diiringi isterinya Datin Seri Masnah Rais, berlepas pulang ke Malaysia tengah hari ini setelah berada di sini sejak Isnin bagi menghadiri persidangan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan