Isnin, 4 Oktober 2010

(Gambar) Rozita Che Wan Sebagai Gadis Cover EH! Oktober 2010


Setiap kali OHBULAN! membuat comeback, blog ini mesti dimuatkan dengan topik-topik kontroversi. Namun, mulai bulan Oktober ini, kami ingin memberikan sedikit kelainan dengan memaparkan cerita dengan lebih kerap dan seronok untuk dibaca.

Tidak berkelip mata kami tatkala menatap gambar Rozita Che Wan sebagai covergirl bagi majalah EH! edisi Oktober 2010. Mengenakan sepasang gaun pendek tanpa lengan ungu, mana-mana Datuk atau Tan sri sudah tentu tidak senang duduk dengan pose Rozita Che Wan yang mengiurkan.

EH! memaparkan kisah Rozita Che Wan yang terkenal dengan gossip-gossip cinta bersama VVIP ingin bersara daripada dunia hiburan setelah berjaya mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem. Tanpa berselindung lagi, beliau menyuarakan rasa tidak kesal dengan keputusan untuk berundur daripada dunia seni.

OHBULAN! yakin, ada VVIP yang berjaya menambat hati Rozita Che Wan. Betul atau tidak, kita tunggu gossip cinta’nya tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan