Saranan Malaysia supaya golongan berpendirian sederhana mendominasi dunia mendapat sokongan meluas dan spontan daripada pemimpin Eropah dan Asia yang menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Brussels.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mengulangi cadangannya itu pada sesi hari kedua dan terakhir mesyuarat itu semalam, berkata para pemimpin berkenaan telah memberikan reaksi positif terhadap saranan itu.
"Antara mereka yang menyatakan sokongan semasa sesi itu ialah ketua perwakilan dari Denmark, Latvia, Belanda, Perancis, Malta, India, Portugal dan China," katanya kepada wartawan Malaysia.
Najib berkata beberapa pemimpin turut menemui beliau untuk mengucapkan tahniah kerana ucapannya itu.
"Golongan berpendirian sederhana ini adalah satu kumpulan bagi menentukan bahawa mereka ini akan menjadi paksi dalam memperjuangkan isu antarabangsa.
Dengan penonjolan dan dominasi golongan sederhana ini dalam isu-isu global, kita mampu mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah dan ancaman global," katanya.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan