Hal ini telah dijelaskan oleh Imam-imam Mazhab:a. Bagi Mazhab Hanafi,
Maliki dan Syafie, adalah mustahab(sunat) setelah membaca Al-Fatihah
membaca sura Al-Kaafiruun di dalam rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas
di dalam rakaat kedua.b.
Bagi Hanbali dan Fuqaha' lain tidak menyebut pula surah apa yang perlu dibaca selepas Al-Fatihah.Oleh itu
terpulang pada individu untuk membaca surah mana-mana pun.Bila masanya
perlu membaca doa yang diajarkan Nabi dalam solat Istikharah.Ibnu
Taimiyyah didalam Fatawa Al-Kubra mengatakan:"Boleh berdo'a di dalam
solat Istikhaarah dan lainya : sebelum salam, atau selepasnya, dan
berdo'a sebelum salam adalah lebih afdal; kerana sesungguhnya Nabi saw
memperbanyakkan membaca do'a sebelum salam, dan berdo'a sebelum salam
masih di dalam keadaan bersolat, maka ini adalah lebih baik.
"Doanya begini:
اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الأَمْرَ ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ
خَيْرًا لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ قَالَ أَوْ فِي دِينِي
وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ
بَارِكْ لِي فِيهِ اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِي
فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْنِي عَنْهُ [ واصرفه عني ] وَاقْدُرْ لِي
الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بهِ
Ya Allah, Aku memohon sesuatu yang baik daripada engkau menurut Ilmu engkau, dan aku
memohon dari Engkau limpah kelimpahan engkau yang Maha Agung.
Sesungguhnya engaku sahajalah yang Maha Berkuasa dan aku tidak
mempunyai apa-apa pengetahuan. Engkau yang mengetahui Perkara yang
ghaib. ya Allah, jika pada pengetahuanMu perkara ini baik bagiku baik
didunia dan diakhirat, teguhkanlah ia bagi ku, mudahkanlah bagiku, dan
berkati ia bagi. Dan jika pada pengetahuanMu ia adalah sesuatu perkara
yang buruk untukKu dan juga agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka
jauhilahKu daripadanya, dan pergantikanlah kepadaku apa yang baik, dan
redhakan aku dengannya'"(HR Bukhari)
Setelah membaca doa ini,hajatkanlah apa yang diinginkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan