KUALA LUMPUR 5 Feb. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan ke Isnin depan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas hakim, pihak pendakwaan dan pihak pembelaan mengunjungi Kondominium Desa Damansara, tempat di mana kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pemeriksaan ke Unit 11-5-1 di kondominium itu, yang turut disertai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari, dilakukan mulai kira-kira 12 tengah hari hingga 12.50 tengah hari.
Ini merupakan pemeriksaan kedua selepas pihak pembelaan memohon mengunjungi unit itu hari ini setelah berbuat demikian semalam. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan