Sabtu, 6 Februari 2010

Saiful tak buang air besar dua hari selepas didakwa diliwat

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, Mohd. Saiful berkata, seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.
Mohd. Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd. Saiful Bukhari juga memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd. Saiful Bukhari sudah selesai.
Beliau juga berkata, semua pihak akan sekali lagi mengunjungi tempat kejadian liwat itu di Kondominium Desa Damansara hari ini berikutan permohonan daripada pasukan pembelaan Anwar.
Prosiding itu kemudian ditangguhkan pada 11.15 pagi. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan