Jumaat, 5 Februari 2010

Kehadiran ramai rumitkan keadaan

KUALA LUMPUR: Kehadiran ramai pengunjung di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, bagi mengikuti perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan kesukaran kepada peguam dan orang ramai yang mempunyai urusan mahkamah.

Kawalan keselamatan yang lebih ketat di sekitar bangunan mahkamah dan kawasan persekitarannya, turut merumitkan keadaan.

Pengunjung ke kompleks enam tingkat itu juga hanya dibenarkan menggunakan lif tertentu saja.

Tinjauan juga mendapati sejak kes perbicaraan itu bermula, pengunjung ke kompleks mahkamah itu tidak lagi dibenarkan meletakkan kenderaan sepanjang jalan raya berhampiran dengan kompleks mahkamah dan terpaksa meletakkan kenderaan masing-masing lebih jauh.

Pagi ini, wartawan yang membuat liputan di mahkamah turut berhadapan dengan masalah apabila tidak dibenarkan naik ke tingkat lima untuk ke pusat media.

Tingkat lima itu turut menempatkan Mahkamah Tinggi 3 yang mendengar kes Anwar. 

Kekecohan itu bagaimanapun dapat diatasi apabila Pegawai Penjaga Mahkamah Superintendan R Munusamy campur tangan dalam masalah berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan