Tragedi September 11 ternyata sudah dituturkan Allah dalam Al-Quran Surah At-Taubah : 109.
" Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orangt-orang yang zalim."
Di situ disebutkan keruntuhan bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang-orang yang zalim.
WTC yang runtuh di Kota New York pada 11/9/2001 berada di jalan JERF HAR telah disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam ayat 109 : At-Taubah yang membawa maksud mengikut tafsir ulama sebgai "ditepi jurang yang runtuh" ternyata adalah nama sebuah jalan di kota New York tadi, JERF HAR.
Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkan tarikh 11 haribulan kejadian tersebut.
Sedangkan angka 9 yang menunjukkan bulan September bersamaan dengan kedudukan Surah At-Taubah pada surah yang ke 9 mengikut urutan surah Al-Quran.
Ayat 109. ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat.!!!
Kejadian tersebut pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada Surah At-Taubah ada 2001 ayat!!! Subhaanallah..
Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Inikah mukjizat Al-Quran?
Yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang
RAHSIA DI SEBALIK KERTAS USD 20
(Jika ada, sila lipat memanjang kepada dua bahagian)
Lipat seperti cara gambar di atas
Gambar di kertas, menyerupai apa yg terjadi di bangunan PENTAGON
di sebelah belakangnya seperti apa yg terjadi di bangunan WTC
dan jika disusun secara teratur, akan terbit nama OSAMA!!
DAHI kita pasti berkerut apabila ada fakta yang menyebut bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) hanya membelanjakan RM2.16 juta(AS$600,000) untuk menyiasat punca bangunan World Trade Center (WTC) runtuh dalam tragedi 11 September 2001.
Mereka terpaksa berbelanja sebanyak hampir RM144 juta (AS$40 juta) bagi menyiasat skandal seks bekas Presiden Bill Clinton dengan pembantu Rumah Putih, Monica Lewinsky yang kos akhirnya mencecah RM234 juta.
Tragedi 11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh AS untuk mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama bin Laden dan kumpulan al-Qaeda yang dituduh mendalangi tragedi 9/11. Namun, tentunya yang lebih ramai terbunuh hanyalah penduduk awam yang tidak berdosa terutama wanita, orang tua dan kanak-kanak apabila perkampungan-perkampungan mereka dibedil dan diserang tanpa sebarang ampun!
Perlu disebut juga ia bagaikan satu usaha untuk melenyapkan Islam kerana kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang turut dimomokkan sebagai pengganas! Mungkin kita tidak ragu-ragu untuk mengatakan AS sanggup ‘mencipta’ satu tragedi bagi membolehkan dewan Kongres mereka pada akhirnya terpaksa membenarkan Presiden George W.Bush menyerang
pengganas.
Perkara seperti ini sebenarnya bukanlah baru! Ini kerana teknik yang sama pernah dilakukan bagi membolehkan AS mendapat kebenaran untuk menyerang mana-mana pihak. Semasa meletusnya Perang Teluk sehingga Kuwait berjaya diceroboh oleh tentera Iraq yang dipimpin oleh Saddam Hussein pada awal tahun 1990, AS beriya-iya mencari jalan bagaimana mereka dapat membantu Kuwait.
Kesempatan ini diambil oleh sebuah firma atau Konsultan Perhubungan Awam, Hill and Knowlton yang kemudiannya dibayar berjutadolar AS bagi mencipta satu gelombang propaganda yang pada akhirnya memberi ruang kepada AS untuk menyerang Iraq.
Walaupun terpaksa membeli waktu-waktu siaran utama namun usaha mereka amat berbaloi. Bukan sahaja mereka kemudiannya dibayar dengan begitu lumayan tetapi yang lebih penting konsultan itu berjaya mengelabui pandangan orang ramai iaitu dengan menerbit dan menyiarkan pelbagai program TV termasuk menjual video-video berita atau video newsrelease (VNR) yang memberikan 1,001 alasan mengapa Iraq mestidiperangi. Perang psikologi benar-benar meletus ketika itu. Media telah diperalatkan untuk mempengaruhi audiens. Satu kajian Jabatan Komunikasi Universiti of Massachusetts mendapati “lebih banyak penduduk AS menonton televisyen, semakin tertutup minda mereka kepada fakta dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui. Apabila semakin kurang fakta yang mereka ketahui maka semakin mudah mereka menerima semua dasar-dasar
pentadbiran Bush.”
Hasil propaganda itu, rakyat AS akhirnya percaya bahawa Saddam Hussein sememangnya manusia gila yang dipercayai terlibat secaralangsung dalam semua tindakan kejam sekalipun terhadap rakyatnya sendiri. Saddam mempunyai kuasa melakukan lebih banyak kerosakan dan rakyat AS percaya Saddam perlu disingkir.
Tetapi apakah faktor serta-merta yang dijadikan kempen oleh Bush untuk menyerang Iraq atau lebih tepat menyerang umat Islam? Sehari selepas tentera Iraq menceroboh Kuwait, firma Hill and Knowlton ditawarkan satu lagi projek propaganda bernilai RM3.6 juta sebulan bagi membantu Kuwait
merampas kembali negara mereka daripada Iraq. Kontra kini adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah perhubungan awam.
Hill and Knowlton kemudian memperalatkan seorang gadis warga Kuwait bagi membohongi dunia, di sebalik perkataan ‘hak asasi’ yang kononnya cuba mereka perjuangkan. Seorang wanita, Lauri Fitz Pegado adalah orang yang diberikan tanggungjawab oleh pihak konsultan tersebut untuk ‘melatih’
gadis itu.
Pada 10 Oktober 1990 di dalam dewan Kongres AS, atas nama Kaukus HakAsasi Manusia mereka membawa masuk gadis yang dikenali sebagai Nayirahatau Naira berusia 15 tahun yang berjaya menjadikan seluruh dewan ituterpaku sepi.
Dewan itu mendengar testimoni yang sungguh emosi yang disampaikan oleh gadis itu mengenai pengalaman ngeri beliau dengan tentera-tentera Saddam Hussein. Seluruh anggota dewan itu hanya mengetahui nama Nayirah kerana nama keluarga gadis itu dirahsiakan kerana bimbangkan keselamatan mereka.
Sambil menangis, Nayirah menceritakan apa yang berlaku di hadapan matanya ketika tentera Saddam dikatakan menceroboh masuk sebuah hospital di Kuwait iaitu Hospital Al-Addan. Ketika itu, gadis berkenaan mendakwa bertugas sebagai sukarelawan di hospital itu.
“Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri askar-askar Iraq dengan senjata masing-masing menceroboh masuk ke dalam hospital.
“Mereka kemudian bertindak kejam dengan mengeluarkan semua bayi-bayi yang berada dalam inkubator dan diletakkan di atas lantai yang sejuk dan dibiarkan di situ sehingga mati,’’ katanya sambil menangis teresak-esak.
Ketika Nayirah membuat pengakuan itu, di luar beribu-ribu risalah atau press kit diedar yang mengandungi semua ‘pengakuan’ gadis itu. Semua perkataan bagai dirancang kerana tidak ada bezanya apa yang diluahkan oleh gadis itu di dalam dewan dengan apa yang tertulis padarisalah.
Apabila pungutan suara dan undian dibuat, akhirnya semua anggota kongres dan pihak keselamatan AS setuju membenarkan Presiden GeorgeBush (ayah George W. Bush) menyerang Iraq! Ini kerana mereka percaya bulat-bulat kepada cerita dan air mata Nayirah. Bush sendiri menjaja cerita gadis itu dalam setiap kempennya bagi mendapat sokongan padu rakyat AS bagi membolehkannya
menyerang Saddam!
Di sebalik skandal Incubator Lie atau Baby Incubator Fraud ini, fakta menunjukkan Naira atau nama sebenarnya Niyirah Al Sabah ialah anak Duta Kuwait ke AS. Semasa Kuwait ditawan, Nayirah sebenarnya berada di AS kerana tidak ada bukti yang menunjukkan gadis ini bertugas sebagai
sukarelawan sebagaimana yang diceritakan.
Ini kerana beberapa kakitangan terutamanya jururawat yang sudah lama bertugas dan tinggal di sekitar hospital itu mendakwa tidak pernah melihat Niyirah. Sebelum itu, selain pengakuan Niyirah,
kenyataannya diperkuatkan lagi dengan dakwaan seorang lagi saksi iaitu Dr. Ebrahim.
Dr. Ebrahim bukan sahaja menyokong dakwaan Niyirah malah dia sendiri kononnya menguburkan 40 mayat bayi yang menjadi mangsa deraan dan seksaan tentera Saddam itu. Beliau juga memberitahu pihak keselamatan AS bahawa dia seorang pakar bedah. Namun, selepas perang tamat, Dr. Ebrahim kemudian mengaku bahawa beliau sebenarnya doktor gigi dan tidak pernah menanam bayi-bayi tersebut.
Rupa-rupanya teknik pembohongan seperti ini diguna pakai lagi. Tidak salah untuk kita mempercayai tragedi 11 September 2001 juga adalah satu pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush untuk terus menyakiti umat Islam.
Bush tidak rasa bersalah kerana telah diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri dalam peristiwa 9/11 itu yang tidak mustahil adalah angkara licik pihakYahudi!
DAN...YANG TERAKHIR
Cuba buat buat sendiri dan lihat apa yang anda nampak..
1. Buka Microsoft Office Word .
2. Taipkan dalam HURUF BESAR, Q33 NY .. Q33 NY ni adalah nombor pesawat yang melanggar WTC
3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.
4. Highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan