Jumaat, 28 Januari 2011

Muzium Putus Cinta pun ada? Jom Tengok...

 
Pernah putus cinta atau perhubungan bersama si dia tak kesampaian? Kalau yang pernah lalui episod putus cinta ni pastinya memori pahit tu tetap kekal dalam ingatan selama-lamanya, pulak tu sekarang ni dah ada FB tiba-tiba boleh terjumpa balik dengan ex- masing-masing. Lagilah memori tu dok melekat kat situ. Lagi unik sekarang ni pulak sudah ada muzium khas untuk mereka yang putus cinta yang menyaksikan koleksi barangan romantik pasangan kekasih yang putus cinta mereka.
 
Muzium putus cinta atau Museum of Broken Relationships sekarang ni terletak di Zagreb, Croatia. Sejak 5 Oktober 2010 lalu muzium tersebut juga sudah membuka koleksi kekal untuk dipamerkan di muzium tersebut.

Fungsi dan peranan muzium tu lebih kurangnya macam ni lah, di sebalik menggunakan pendekatan tersendiri untuk menghapuskan kesan kekecewaan akibat terputus hubungan, muzium tersebut menawarkan peluang kepada mereka yang terlibat untuk mengatasi tekanan emosi kekecewaan mereka dengan cara menyumbang kepada koleksi barangan romantik di muzium berkenaan.
 
Berdasarkan rekod, muzium tersebut telah menerima 1,000 pelawat dalam tempoh seminggu.

Jom tengok beberapa contoh koleksi barangan ‘romantik’ yang yang dipamerkan di sana:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan