Jumaat, 28 Januari 2011

PELBAGAI JAWATAN KOSONG

A. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Enterpris Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

Perkhidmatan ini adalah secara kontrak selama dua (2) tahun bagi jawatan-jawatan berikut :

1. Pengurus, Gred 7
2. Penolong Pengurus, Gred 8
3. Penolong Pengurus (Juruaudit), Gred 8
4. Pegawai Eksekutif (Perpustakaan), Gred 11
5. Pembantu Pentadbiran, Gred 14

CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik, kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan.
iii. Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :-

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(SME CORP. MALAYSIA)
Aras 15, West Wing, Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan)
 

B.Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  
Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.

1. Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41
2. Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 41
3. Penolong Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 31
4. Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 31
5. Penolong Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 31
6. Penolong Pegawai Eksekutif (Kesetiausahaan) Gred 31
7. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred 21
8. Perhatian: Untuk permohonan melalui Portal JobMalaysia, anda hendaklah mencari jawatan ini pada ruang carian segera dan menggunakan kata kunci Lembaga untuk mendapat ketepatan pencarian jawatan.

CARA MEMOHON:

* Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my .
* Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf Tetap, Kontrak dan Sambilan) hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya .
* Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM. Setiap pemohon hanya boleh memohon Satu (1) jawatan sahaja.
* Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temuduga akan dipamerkan di Laman Web LHDNM dan akan dimaklumkan melalui surat. Pemohon juga digalakkan sentiasa menyemak melalui Laman Web LHDNM untuk mengetahui maklumat berkenaan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 10 Februari 2011
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan