Sabtu, 8 Januari 2011

Anak Ikan, Filem Gay Arahan Raja Azmi

AnakIkan labeled Anak Ikan, Filem Gay Arahan Raja Azmi

Entah apa sebab pengarah Raja Azmi begitu berminat dengan filem bertemakan kehidupan gay. Selepas filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi akan mengarahkan filem gay berjudul Anak Ikan. 

Kalau anda biasa dengan kehidupan dunia gay, gelaran anak ikan diberikan kepada mana-mana jejaka yang berpotensi untuk dijadikan lelaki simpanan, atau teman gay. Seperti juga gelaran mak, noks atau nyah yang sinonim dengan kehidupan dunia pondan. 

Raja Azmi juga sedang mencari lelaki muda yang kacak untuk memainkan peranan sebagai anak ikan, kalau anda, siapa agaknya yang layak ya?  Pengarah kontroversi ini menafikan filem terbaru ini bukan mencari publisiti, sebaliknya dia ingin menyampaikan senario sebenar kehidupan lelaki yang bergelumang dengan gay kepada penonton.

Mengenai filem Anu Dalam Botol, tarikh tayangan terpaksa ditunda kerana lewat membayar baki kos proses filem tersebut yang berjumlah RM96,000. Filem tersebut akan dianjak kepada Mac 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan