Jumaat, 28 Januari 2011

Makhluk Asing lawat sawah padi

 
JAKARTA: Beribu-ribu orang berkerumun di kawasan sawah padi di daerah Sleman selepas tersebar berita mendakwa kawasan itu dilawati makhluk asing, semalam. Hasil kunjungan makhluk asing itu, kata mereka, adalah kesan lingkaran bulat di tengah sawah berkenaan.

Walaupun jelas ia dibuat manusia, ia membentuk corak seperti bunga selebar 70 meter.

Disebabkan terlalu ramai orang datang ke situ, polis terpaksa menyekat kawasan berkenaan dengan pita kuning.

Pada masa sama, penduduk kampung terbabit pula mula mengenakan bayaran kepada sesiapa yang ingin menyaksikan corak berkenaan.

Ketua Kampung Jogotirto, Guntur Purwanto, berkata kesan itu mula dilihat hujung minggu lalu.

Antara pihak yang datang menyiasat keadaan di situ adalah pegawai agensi angkasa lepas Indonesia serta agensi nuklear negara berkenaan.

Selepas membuat kajian, mereka bersependapat bahawa kejadian itu tiada kena mengena dengan kehadiran makhluk asing. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan