KEPADA MEREKA YANG IBUNYA MASIH ADA, Baliklah kampong, ziarah mereka, bawak mereka jalan jalan, dan sedekahkan mereka wang dengan jumlah yang banyak.., takpe.., sebab mereka dah tua, dah tak lama hidup.., Jika tidak.., korang hanya sempat ziarah kubur mereka dan sempat sedekah Al fatihah sahaja.., isk..
Ianya membuatkan saya sedar selama saya hidup di dunia ini, adakah ibu bapa saya merasa bahagia dengan apa yang saya lakukan sekarang? Mereka tidak pernah meminta apa-apa dari anak mereka apalagi wang, tetapi kebahagiaan pun kita susah sangat nak beri kan?
Dalam seminggu berapa kali kita call mereka? Atau mungkin hanya sekali dalam sebulan? Atau satu kali setahun? Atau tak call langsung? Jumpa bila balik beraya je? Hurm. Mesti mereka gembira kan bila dengar suara kita. korang bayangkan, kalau esok korang yang dapat call dari ayah korang. Kasitahu mak korang dah meninggal dunia?
Anak mana yang tak menangis. Time tu baru’lah sedar kenapa selalu lupakan mereka. Tertanya mengapa tak kirimkan mereka duit. Memang la mereka tak mintak, tapi pasti nak merasa duit anak-anak kan? Mungkin mereka akan kumpul dan bila cukup terus berangkat mengerjakan haji. Betul, mereka dah tua. Apa salahnya kita lakukan “all-out” untuk mereka.
Cannot handle kesedihan dah ni. Macam si penulis blog yg aku knal boleh cari bini dia buat lap hingus dekat bahu je, macam saya kalau nak cari bahu member karang buat lap hingus, mahu kene lempang laju-laju. Hehehe.
Rasulullah s.a.w bersabda, Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.
P/s: Time-time macam ni memang masa sesuai sangat untuk korang layan lagu nasyid bertajuk “Ibu” nyanyian “Aiman”. Search la on youtube!
P/s: Bagi saya cara paling hebat untuk membuat kita mengingati kedua ibu-bapa adalah dengan membaca komen-komen dari mereka yang telah kehilangan ibu bapa atau salah seorangnya. Hari raya tahun ni kita cakap rendang ibu kita paling sedap, tapi raya tahun depan belum tentu kita dapat rasa lagi.. Makkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
Malaikat maut, kalau kau terdengar rintihan hamba Allah yang hina ini, kau jangan ambil nyawa mak aku dulu, ambillah nyawa aku. Dengan izin Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan