Isnin, 28 Disember 2009

Kawal permit bas dua tingkat - Pemandu bas dua tingkat perlu ada lesen khas


BAS dua tingkat kini digunakan secara meluas oleh kebanyakan syarikat bas ekspres di Malaysia.
- Gambar hiasan



IPOH - Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) disaran supaya melakukan kawalan lebih ketat terhadap penggunaan bas dua tingkat termasuk mewujudkan mekanisme untuk mengawal pengeluaran permit bas dua tingkat kepada syarikat pengangkutan awam.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah (gambar) berkata, pengeluaran permit itu juga sewajarnya mengambil kira kemampuan pemandu sesebuah syarikat untuk mengendalikan bas dua tingkat.

"Kalau boleh kita adakan kawalan supaya pemilihan untuk menggunakan bas dua tingkat bukan sahaja untuk memberikan pulangan dari segi lebih banyak tempat duduk, tetapi ia diikuti dengan tanggungjawab supaya pemandu yang memandunya diberi latihan yang mencukupi.

"Lokasi yang lebih sesuai untuk penggunaan bas dua tingkat juga perlu dikenal pasti supaya lokasi-lokasi yang berisiko tinggi terhadap penggunaan bas dua tingkat ini boleh kita kawal dengan baik," katanya.


Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com,my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan