| A. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Enterpris Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi. Perkhidmatan ini adalah secara kontrak selama dua (2) tahun bagi jawatan-jawatan berikut : 1. Pengurus, Gred 7 2. Penolong Pengurus, Gred 8 3. Penolong Pengurus (Juruaudit), Gred 8 4. Pegawai Eksekutif (Perpustakaan), Gred 11 5. Pembantu Pentadbiran, Gred 14 CARA MEMOHON i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik, kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan. iii. Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan. iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :- KETUA EKSEKUTIF PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (SME CORP. MALAYSIA) Aras 15, West Wing, Menara MATRADE Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta 50480 Kuala Lumpur (u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan) | |||||||
| B.Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) | |||||||
| Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi. 1. Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41 2. Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 41 3. Penolong Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 31 4. Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 31 5. Penolong Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 31 6. Penolong Pegawai Eksekutif (Kesetiausahaan) Gred 31 7. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred 21 8. Perhatian: Untuk permohonan melalui Portal JobMalaysia, anda hendaklah mencari jawatan ini pada ruang carian segera dan menggunakan kata kunci Lembaga untuk mendapat ketepatan pencarian jawatan. CARA MEMOHON: * Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my . * Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf Tetap, Kontrak dan Sambilan) hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya . * Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM. Setiap pemohon hanya boleh memohon Satu (1) jawatan sahaja. * Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temuduga akan dipamerkan di Laman Web LHDNM dan akan dimaklumkan melalui surat. Pemohon juga digalakkan sentiasa menyemak melalui Laman Web LHDNM untuk mengetahui maklumat berkenaan. TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 10 Februari 2011 |
Jumaat, 28 Januari 2011
PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Fasha Sandha dan Jejai Putus Cinta?
KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.
“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.
Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.
“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.
“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.
Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.
“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.
Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

Makhluk Asing lawat sawah padi
JAKARTA: Beribu-ribu orang berkerumun di kawasan sawah padi di daerah Sleman selepas tersebar berita mendakwa kawasan itu dilawati makhluk asing, semalam. Hasil kunjungan makhluk asing itu, kata mereka, adalah kesan lingkaran bulat di tengah sawah berkenaan.
Walaupun jelas ia dibuat manusia, ia membentuk corak seperti bunga selebar 70 meter.
Disebabkan terlalu ramai orang datang ke situ, polis terpaksa menyekat kawasan berkenaan dengan pita kuning.
Pada masa sama, penduduk kampung terbabit pula mula mengenakan bayaran kepada sesiapa yang ingin menyaksikan corak berkenaan.
Ketua Kampung Jogotirto, Guntur Purwanto, berkata kesan itu mula dilihat hujung minggu lalu.
Antara pihak yang datang menyiasat keadaan di situ adalah pegawai agensi angkasa lepas Indonesia serta agensi nuklear negara berkenaan.
Selepas membuat kajian, mereka bersependapat bahawa kejadian itu tiada kena mengena dengan kehadiran makhluk asing. - AP

Gigi bercahaya jadi trend di Jepun
TOKYO - Senyuman yang bersinar kini menjadi trend terbaru di Jepun dengan pemakaian lampu pancaran diod (LED) pada gigi, lapor sebuah akhbar semalam.
Trend itu yang popular dalam kalangan remaja, melibatkan barisan lampu LED dilekatkan pada gigi seperti pemakaian pendakap gigi.
Gigi yang dipakaikan dengan lampu LED itu akan bercahaya setiap kali pemakainya membuka mulut.
Produk itu boleh digunakan bersama komputer bimbit yang boleh mengubah cahaya pada lampu tersebut daripada hijau kepada merah atau menjadikannya berkelip-kelip. - Agensi

Perhubungan Al-Fatihah Dan Kuasa Minda
Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.
Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh. ?
Bagus sekali... .
Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut. Masukan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? . Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.
semakin anda memperlahankan nafas anda anda semakin mudah berkosentrasi memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha. Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.Ketenangan itu merupakan syarat yang paling di galakan dalam membaca ayat suci.
Hari ini saya ingin memasukan "benang" Al Fatihah kedalam "Lubang Jarum" Hati anda. Mari kita sama lakukan bersama agar "jarum hati" anda sentiasa tajam dan mudah menembusi hijap zulmah yang bersarang dalam fikiran anda.
Latihan
Dengan nyaman dan selesa, anda boleh lakukan di atas kerusi atau bersila di atas lantai.Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh. ?
Bagus sekali... .
Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut. Masukan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? . Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.
semakin anda memperlahankan nafas anda anda semakin mudah berkosentrasi memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha. Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.Ketenangan itu merupakan syarat yang paling di galakan dalam membaca ayat suci.
Hari ini saya ingin memasukan "benang" Al Fatihah kedalam "Lubang Jarum" Hati anda. Mari kita sama lakukan bersama agar "jarum hati" anda sentiasa tajam dan mudah menembusi hijap zulmah yang bersarang dalam fikiran anda.
Latihan
1.Tarik nafas melalui hidung,lepas nafas perlahan lahan melalui mulut.Lakukan 37 kali. ( merupakan pusingan nafas dari Beta Ke Alpha). Jangan di bayangkan apa-apa pun termasuk kalimah atau pun cahaya , sebab visualisasi merupakan permainan minda juga. Anda tetap tidak dapat menembusi hijap minda.
2. Sebut kan kalimah allah dari halkum anda. Hubungan antara buah halkum dengan fikiran sangat berkaitan antara satu sama lain.
3. Arahkan kalimah tersebut pada dua jari di atas susu kanan anda. Ingat suara zikir anda harus berasal dari suara hati anda. Persoalanya manakah suara hati dan manakah suara fikiran anda?. Saya tinggalkan persoalan ini tanpa saya menjawabnya. Saya akan menjawapnya pada perengan yang seterusnya. Teruskan bersuara dengan lafas Allah. Arahkan suara tersebut dari buah halkum anda kemudian suara tersebut menuju pada 2 jari di atas susu anda. Ucapkan berulang ulang, paling sedikit 100x ulangan. Ingat hanya suara bukan bayangan kalimah atau cahaya yang anda ciptakan dari fikiran anda.
4. Kemudian sila tungkatkan lidah anda di atas lelangit mulut anda. Ucapkan kalimah tersebut dengan lidah di tungkatkan di lelangit mulut anda. Nah disini anda dapat merasakan perbezaan suara yang keluar tersebut. Suaranya lebih lembut dan lebih jelas sebutanya. lebih mantap sebutanya. Inilah suara awal yang kita pancing dari hati nurani anda. Ulangi sebanyak 100x lagi sehingga anda berada 1/2 di tubuh anda dan separuh lagi berada di dalam hati anda. Ulangi lagi proses ini sehingga fikiran dan diri anda berada 100% dalam jiwa dan hati anda. Bila berada disini ciptakan "anchor" untuk diri anda dengan cara berdoa" ya allah setiap kali hamba mu berzikir "Allah" saya berada dalam keadaan ini 100x kali ganda lebih cepat dan semakin dekat dengan mu ya Allah"
5. Mulalah membaca Alfatihah dengan menggunakan suara hati anda, dengan cara menungkat lidah di atas lelangit mulut anda. Anda akan merasakan sesuatu yang sangat luar biasa tentang Kehebatan Al Fatihah ini. Dengan Izin Allah... ... . ... wasalam.
Muzium Putus Cinta pun ada? Jom Tengok...
Pernah putus cinta atau perhubungan bersama si dia tak kesampaian? Kalau yang pernah lalui episod putus cinta ni pastinya memori pahit tu tetap kekal dalam ingatan selama-lamanya, pulak tu sekarang ni dah ada FB tiba-tiba boleh terjumpa balik dengan ex- masing-masing. Lagilah memori tu dok melekat kat situ. Lagi unik sekarang ni pulak sudah ada muzium khas untuk mereka yang putus cinta yang menyaksikan koleksi barangan romantik pasangan kekasih yang putus cinta mereka.
Muzium putus cinta atau Museum of Broken Relationships sekarang ni terletak di Zagreb, Croatia. Sejak 5 Oktober 2010 lalu muzium tersebut juga sudah membuka koleksi kekal untuk dipamerkan di muzium tersebut.
Fungsi dan peranan muzium tu lebih kurangnya macam ni lah, di sebalik menggunakan pendekatan tersendiri untuk menghapuskan kesan kekecewaan akibat terputus hubungan, muzium tersebut menawarkan peluang kepada mereka yang terlibat untuk mengatasi tekanan emosi kekecewaan mereka dengan cara menyumbang kepada koleksi barangan romantik di muzium berkenaan.
Berdasarkan rekod, muzium tersebut telah menerima 1,000 pelawat dalam tempoh seminggu.
Jom tengok beberapa contoh koleksi barangan ‘romantik’ yang yang dipamerkan di sana:

Langgan:
Catatan (Atom)