Apakah yang menyebabkan umah, wilayah dan Negara Islam moden paling kerap ditimpa bencana? Dilanda peperangan demi peperangan. Samada diserang bukan Islam atau berperang sesama sendiri. Darah mengalir dibumi Palestin, Bosnia Herzegovinia, Chechnya, Iraq, Tunisia, Libya dan lain2 lagi.
Dilanda Tsunami yang paling buruk juga bumi Islam iaitu Acheh. Dilanda banjir yang mengorbankan banyak nyawa, juga Negara Islam iaitu Bangladesh dan Pakistan.
Apakah itu sebagai ujian atau musibah kepada umat Islam? Adakah Allah SWT telah menzalimi kita umat agama terakhir yang diperintahkan memimpin manusia lain kejalan yang lurus?
“Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba2Nya akan tetapi hamba2Nya lah yang selalu menzalimi diri mereka sendiri” – surah Yunus ayat 44.
Jika kita benar2 yakin kepada Al-Quran sebagai petunjuk dari Allah, ayat diatas adalah sebahagian daripada jawapan yang wajib umat Islam terima.
Apakah bentuk kezaliman yang telah kita lakukan kepada diri sendiri? Miskin kerana malas, bodoh kerana tidak mahu belajar, tidak pandai buat senjata canggih atau tidak bersatu kerana suka bergaduh?
Sebenarnya kezaliman paling besar ialah tidak beriman kepada Allah yang Maha Esa. Samaada tidak lagi menyembahNya atau menyekutukanNya atau sekadar tidak lagi taat kepadaNya atau sekadar melupai kekuasaanNya.
Akibatnya, Allah tidak lagi memberikan pertolongan kepada umat Islam sebagaimana pertolongan yang diberikan kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan zaman empayar khalifah. Mereka mengembangkan Islam, membina ketamadun dan pemerintahan dengan iman dan penyerahan diri yang tidak berbelah bagi kepada Allah.
Apabila empayar Islam sampai kezaman kemuncaknya, kemewahan telah menyebabkan pemimpin2 dan umat Islam melupai Allah.
Mereka mulai lupa bahawa rezki, kemuliaan, kekuatan, kekuasaan ilmu, nyawa dan segalanya adalah daripada Allah. Keadaan lebih teruk pada zaman kemudian apabila bukan islam lebih makmur, maju dan gagah. Umat Islam berasa daif, lalu turut terikut-ikut dengan gelagat keduniaan dan keakuan masyarakat bukan islam.
Mereka cintakan dunia dan takut mati. Kita juga cintakan dunia dan takut mati. Pada hal orang2 yang beriman hanya takut kepada Allah, tidak kepada yang lain. Inilah tanda kita sudah hilang iman.
Kita umat Islam pada hari ini sudah lupa bahawa imanlah yang membolehkan Islam dikembangkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat baginda, khalifah2 dan pendakwah selepas zaman baginda sehingga akhirnya agama ini meliputi hampir dua pertiga dunia.
Kajilah Al-Quran dan sirah Rasulullah, jelas bahawa imanlah menjadi kunci kekuatan umat Islam dahulu. Sebabnya orang2 beriman sentiasa mendapat pertolongan Yang Maha Kuasa, Maha Kaya lagi Maha Perkasa.
“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahu pun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepada mereka kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan” – surah An Nahl ayat 97.
Janganlah terkejut atau pelik jika kita dikatakan tidak beriman. Nabi Muhammad sendiri tidak mengetahui apa itu iman hanya selepas mendapat wahyu daripada Allah.
“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu ( Muhammad ) wahyu dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah itu iman tetapi Kami menjadikan Al-Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki diantara hamba2 kami. Dan sesungguhnya kamu benar2 memberi petunjuk kepada jalan yang lurus” – surah Asy Syuura ayat 52.
Proses mengimankan Rasulullah dan para pengikut baginda berjalan selama 13 tahun melalui wahyu2 yang diturunkan kepada baginda ketika di Mekah sebelum berhijrahke Madinah.
Wahyu2 yang diturunkan di Mekah ini dinamakan Makkiyah. Surah2 Makkiyah berkisar kepada soal akidah atau keimanan. Ayat2 An Nahl dan Asy Syuura yang telah disebutkan adalah Makkiyah. Semasa di Mekah umat Muhammad belum lagi diwajibkan menunaikan solat, puasa dan ibadat haji.
Segala hukum hakam hanya diperintahkan melalui wahyu2 yang diturunkan setelah baginda berhijrah di Madinah. Pada hari in wahyu2 ini dinamakan Madaniyyah.
Hanya dalam surah2 Madaniyyah terdapat firman Allah yang bermula dengan seruan “wahai orang2 yang beriman”, tidak pula Allah berfirman “wahai orang2 islam”. Maknanya setelah beriman, mereka hendaklah bertakwa dengan melaksanakan segala yang Allah perintahkan.
Pengukuhan iman amat penting kerana syariat agama yang meliputi akhlak dan ibadat tidak akan berdiri kukuh tanpanya. Sebaliknya pendidikan umat Islam pada hari ini lebih bertumpu kepada mengenal syariat agama.
Itulah puncanya sebilangan besar umat Islam tidak kenal Allah, walaupun banyak pelekat yang berbunyi I LOVE ALLAH ditampal pada kereta. Tidak munasabah kita boleh jatuh cinta kepada seseorang yang tidak dikenali. Sudah kenal barulah datang rasa cinta.
Maha Suci Allah yang tidak boleh dilihat dan dibayangkan, bagaimana mahu kenal apatah lagi cinta kepadaNya? Sebenarnya Allah boleh dikenali melalui iman dan cinta kepadaNya akan datang bersama takwa dan amal soleh.
Disebabkan tidak mengenali Allah, maka iman yang kononnya ada dalam diri kita hanyalah bersifat ikut-ikutan atau pinggiran. Kita dengar ceramah di masjid, radio atau TV, kita pun berasa sudah kenal Allah. Pada hal yang bercerita itu sendiri mungkin belum tentu kenal Allah. Kita diajar disekolah tentang sifat 20 tetapi ustaz yang mengajar pun tidak begitu faham apa yang dituturkannya.
Renungkanlah firman Allah kepada Nabi Muhammad apabila sekumpulan orang Badwi yang telah memeluk Islam datang kepada baginda dengan pengistiharan bahawa mereka sudah beriman.
“Orang2 Arab Badwi itu berkata : Kami telah beriman. Katakanlah : Kamu belum beriman, tapi katakanlah kami telah tunduk ( Islam ) kerana iman itu belum masuk kedalam hatimu, dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” – surah Hujarat ayat 14.
Seterusnya Allah berfirman lagi :
“Sesungguhnya orang2 beriman hanyalah orang2 yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu2 dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang yang benar” – surah Hujarat ayat 15

Tiada ulasan:
Catat Ulasan