Posted by Mohd Shubhi
Agaknya ada tak satu kampung atau tempat kat Malaysia ni yang tak ada pondan?. Susah nak cari tempat yang tak wujud lansung pondan, busuk-busuk mesti sesat juga seorang atau dua orang dalam sesebuah kampung. Mereka menjadi penyeri kampung dengan lenggok ala-ala Inul Daratista.
Saya dengar orang kata tempat yang tak ada pondan ni hanya di Arab Saudi, kat sana tak wujud pondan. Tak pasti pulak kebenarannya, kena tanya orang Arab Saudi sendiri untuk pasti.
Ada banyak istilah yang lebih kurang sama dengan pondan ni. kalau di kawasan utara pondan juga boleh dipanggil, ponen, darai, jebung atau bapok. Bapok ini merupakan istilah baru. Dulu kalau kat kampung perkataan jebong paling top digunakan.
Jebong amat sinonim dengan pertunjukan Ghazal Parti. Kali terakhir saya tengok Ghazal parti ni ialah pada satu kenduri jiran saya di Kampung Penanti masa saya sekolah rendah sekitar pertengahan 70-an. Masa tu kenduri anak Makcik Siah kahwin yang diadakan secara besar-besar.
Pada malamnya pertunjukan Ghazal parti di adakan di atas balai. masa itu balai masih digunakan untuk kenduri kendara. Pada siang hari kita riuh marhaban dan berzanji, malamnya pulak kita riuh tengok jebong bergolek atas balai mengiringi irama ala-arab ghazal parti. memang teramat meriah sekali. Biasanya ada 2 atau 3 jebong yang menjadi penari ghazal parti.
Pemuda kampung akan bertenggek pada tepi balai berhampiran kawasan jebong bersalin pakaian sambil mengusik pada jebong. Mereka sebenarnya amat suka diusik. Semakin diusik semakin menjadi golek punggung mereka. Dengar kata biasanya malam itu, selepas pertunjukan para jebung tersebut akan diusung oleh geng pemuda kemarok untuk dijadikan lauk.
Di Butterworth dulu memang banyak jebong-jebong ini berkeliaran. Mereka mencari makan pada waktu malam di belakang Hospital lama Butterworth. Saya dah tak ingat pulak apa nama kawasan pantai kat situ, kalau tak silap saya kita panggil "Pantai Road". Suatu ketika kawasan tersebut merupakan sebuah taman yang indah.
Ada foodcourt yang menjual beraneka jenis makanan kat situ dan yang paling terkenal adalah rojak atau pasembor. Waktu petang ada banyak penjual rojak cicah yang datang dengan kereta roda tiga. mereka jual buah-buahan potong dan juga air, biasanya orang cina yang jual, tapi orang melayu beli dan makan rojak serta air dari apek cina tu selamba saja.
Selepas SPM, saya sering pergi melepak kat situ pada waktu petang atau malam menghirup udara segar sambil melihat Pulau Pinang dari jauh. Pantainya cantik dan masih terjaga waktu itu.
Ada sekali selepas magrib saya duduk di kerusi taman dengan seorang kawan sambil menghadap pantai. Kawan saya duduk atas motor kapcai dan saya dududk atas kerusi. kami tak berbual, hanya diam melayan fikiran masing-masing.
Tak lama kemudia datanglah seorang darai yang semerbak harum baunya, memakai skirt dan baju ketat yang menonjolkan buah dadanya. Dalam samar-samar lampu tu kelihatan dia kononnya ayu lah!. Dia datang dan terus duduk menghimpit saya.
Sambil mula merengek manja dia bertanya "tak mau servis ka?", saya dah mula gabra. Mereka ni kadang kala agresif dan mampu bertindak diluar jangkaan kita. Saya hanya mendiamkan diri. Dia mula meraba-raba tanganya pada peha saya, saya makin gabra.
Diusap-usapnya peha saya kemudian dia mula mahu membuka zip seluar jeans yang saya pakai. Saya membiarkan lagi dia dengan aksinya. Apabila dia mula mahu menundukkan kepalanya dan bersungguh mahu menyelak seluar saya, saya terus tampar bahunya lembut sambil berkata, 'apala U ni, kita ni geng la!.
Dia terus panggungkan kepalanya dan berdiri membetulkan pakaiannya sambil merunggut, 'issssh awat tak habaq, buat penat aku aa". Lalu dia beredar mencari mangsa lain.
Sekadar coretan kenangan masa lalu di Butterworth. Sekarang ini tempat itu dah tak ada apa-apa lagi. Hilang bersama dengan pondan-pondan yang mencari makan di sana. Tak tahu pulak mereka mencari makan kat mana sekarang ni.
ish ngeri juga dgr cite psl pondan ni...kat kk pun ada juga tau,tmpt operasi dorang d kg.air sy x silap, b'sblhan dgn bgnn centre point kot..
BalasPadamish seram sgt nak lalu kat c2 kalau time mlm....
Hampa ni buat mcm la pondan ni bukan manusia kan geli la apa la.Dpt anak pondan baru ampa tau lagit tu tinggi ka rendah.
BalasPadamFYI,Kat Saudi Arabia tu berlamabak ponen yg dah tukar jantin depa galakan.Nak habaq sat sbelum tulis apa2 sisat dulu ttg2 bapuk2 ni sat tak semua HAPRAK tau dak.Jgn Pakai nak taruh aje!!!hausss.