Khamis, 7 April 2011

Turunkan Tahap Kolestrol Dengan Makan Kekacang

 

Penyelidik Amerika merumuskan bahawa tahap kolestrol dapat dikurangkan dengan makan kekacang setiap hari. Mereka yang makan 67g kacang sehari dapat menurunkan tahap kolestrol sebanyak 7.4%.

Para penyelidik mengesyorkan kekacang dijadikan sebagai diet seharian untuk mengawal tahap kolestrol kita. Tapi elakkan kekacang yang disaluti dengan garam atau gula. 

Kebanyakkan jenis kekacang yang dibungkus dipasaran adalah yang bersalut dengan tepung, gula atau garam.

Selain dari menurunkan tahap kolestrol kekacang juga dapat mengurangkan triglyceride, sejenis lemak dalam darah yang berkait rapat dengan penyakit jantung.


Walaubagaimanapun mereka yang gemuk tidak mendapat faedah daripada memakan kekacang ini kerana ia tidak mendatang kesan sepertimana mereka yang tidak gemuk.

Jadi untuk yang gemuk, dinasihatkan turunkan dulu berat badan anda dengan cara lain seperti bersenam, berpuasa dan menjaga pemakanan yang seimbang.


Baca laporan lanjut di bawah:


Baca laporannya di sini
http://www.telegraph.co.uk/health/healthnews/7705466/Packet-of-nuts...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan