Jumaat, 11 Mac 2011

Firma Kuwait labur RM50j bina hab

BARAKA Telecom, anak syarikat Reach Telecom Holding KSCC dari Kuwait, akan melabur RM50 juta bagi menubuhkan hab Pemboleh Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNE) di Kuala Lumpur.

MNVE dilancarkan syarikat itu pada 17 Mac lalu bagi menawarkan perkhidmatan kepada pengusaha rangkaian maya mudah alih (MVNO) di Asia, demikian menurut syarikat itu dalam kenyataannya semalam.
Media baru-baru ini melaporkan, pengendali perkhidmatan mudah alih Malaysia, Maxis Bhd kini di peringkat akhir rundingan dengan Baraka, mengenai MVNO tiga tahun.
Bagaimanapun, sebuah firma penyelidikan ekuiti tempatan, OSK Research Sdn Bhd, berkata, langkah itu tidak akan memberi kesan ketara kepada Maxis memandangkan fokus khusus Baraka, yang menyasar pasaran mudah alih dan perkhidmatan data di negara Islam.

“Baraka merancang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang mematuhi syariah di Malaysia," kata firma penyelidikan berkenaan.

OSK berkata, Baraka mahu menimbangkan lebih banyak pilihan termasuk semakan semula model perniagaannya, dengan persekitaran mudah alih yang bersaing sengit di Malaysia dan cabaran pelaksanaan MVNO.

Keputusan untuk menyertai Maxis berkemungkinan mendapat galakan daripada hubungan rapat antara pemegang saham Baraka dan Saudi Telecom, antara pemegang saham utama Maxis, kata OSK. – BERNAMA

Minyak mentah AS$120 setong

pix_gal0
Ketegangan geopolitik Asia Barat, rantau MENA pengaruhi harga

HARGA minyak mentah global dijangka boleh melonjak sehingga AS$120 setong jika ketegangan geopolitik yang berlaku Asia Barat dan Afrika Utara (MENA) berlarutan hingga Jun ini.
Semalam kekacauan di Libya, antara negara pengeluar minyak mentah utama yang menganggotai OPEC, terus memuncak dengan pertempuran berlaku di bandar minyak yang terletak di sebelah timur negara itu, iaitu Ras Lanuf dan Zawiyah, tidak jauh dari ibu negara Tripoli.
Beberapa saluran paip minyak di bandar terbabit diletupkan, manakala kemudahan pemasangan bagi proses pengeluaran minyak dibakar oleh pemberontak.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan gangguan bekalan komoditi itu, sekali gus menyaksikan penanda aras, kontrak minyak ‘Light, Sweet’ penghantaran April pasaran New York melonjak 46 sen kepada AS$104.84 setong petang semalam, manakala minyak mentah Brent di pasaran United Kingdom (UK), meningkat 26 sen kepada AS$116.20 setong.

Keadaan yang sudah berlarutan selama beberapa minggu itu menyebabkan harga minyak terus kekal di atas paras AS$100 setong sejak 1 Mac lalu.

Ahli Ekonomi Kanan AmResearch Sdn Bhd, Manokaran Mottain, bagaimanapun berkata pihaknya menjangka kekacauan yang berlaku di rantau MENA itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan sekali gus mengakhiri aliran meningkat harga bahan bakar itu menjelang Jun ini.
Sebahagian besar negara global kini termasuk kuasa besar seperti Amerika Syarikat tidak mahu keadaan itu berlarut, sekali gus menjejaskan ekonomi yang baru pulih daripada krisis kewangan baru-baru ini.

“Harga minyak dijangka boleh dikekalkan pada paras semasa iaitu sekitar di bawah AS$100 setong selepas ketegangan di rantau berkenaan reda,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Walau begitu, katanya, jika kekacauan tidak dapat diselesaikan dan aliran harga minyak mentah terus meningkat selepas Jun ini, maka kerajaan Malaysia dijangka terpaksa membelanjakan tambahan RM4 bilion lagi subsidi minyak untuk terus kekal harga runcit petrol dan diesel bersubsidi pada harga semasa.

Ia adalah tambahan kepada anggaran awal perbelanjaan subsidi minyak RM10 bilion untuk dibelanjakan tahun ini seperti yang dibentangkan pada Bajet 2011.

“Berdasarkan aliran semasa, harga minyak bagi kontrak hadapan West Texas
Intermediate (WTI) di pasaran New York paling tinggi boleh mencecah AS$120
setong dalam tempoh tiga bulan ini. Saya yakin kerajaan juga mempunyai mekanisme sendiri untuk berdepan situasi seperti ini,” katanya.

Kerajaan sebelum ini menegaskan untuk mengekalkan harga runcit semasa petrol bersubsidi, RON95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 walaupun harga minyak mentah dunia terus meningkat.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan keputusan itu pihaknya sudah berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.

Katanya, alternatif terpaksa dicari segera bagi mengelak kerajaan menanggung subsidi mencecah RM14 bilion tahun ini, sedangkan kerajaan memperuntukkan bajet RM10.3 bilion bagi semua subsidi termasuk minyak, gas memasak, gula, beras dan minyak masak.

Jepun Digegar Gempa Kuat, Tsunami Badai Pantai Timur

Jepun Digegar Gempa Kuat, Tsunami Badai Pantai Timur

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.

Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

NONEMenurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.

Berikut ringkasan perkembangan itu:

Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

NONEKeadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utaroa terputus.

Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.

Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.

Fida Pernah Bercinta Dengan Zizan Raja Lawak?

diana amir zizan fida (Gossip) Fida Pernah Bercinta Dengan Zizan Raja Lawak?
 
Ramai sudah sedia maklum yang Zizan Raja Lawak hari ini sedang di’gossipkan dengan pelakon muda Diana Amir namun ada kisah yang tidak di’ceritakan.

Ketika Zizan di’minta mengulas tentang hubungan beliau dengan Diana Amir, beliau mengakui yang mereka sedang mengenal hati budi maisng-masing & sudah beberapa kali keluar bersama.

Namun hubungan mereka menurut Zizan masih belum smpai ke tahap bercinta. Diana Amir yang di’temui media turut memberi jawapan sama.

Ada khabar angin terbaru yang mengatakan Fida juga pernah ‘berkawan’ dengan pelawak kacak ini. Sejauh mana hubungan mereka, tidak dapat di’pastikan.
 
Fida yang di’temui wartawan agak terkejut dengan soalan tentang hubungan beliau bersama Zizan & mengaku itu semua cerita lama. Hubungan mereka tidak lari dari hanya sekadar kawan.

Biasalah selebriti Malaysia hari ini, sejak zaman Sharifah Aini lagi, jawapan ‘kami sekadar kawan’ menjadi jawapan wajib.

Mee Segera: Keburukan Pada Kesihatan



Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Kontroversi 'Halimah Jongang', Sheera Hilang Tawaran Berlakon


SUBANG JAYA: Pelakon Sheera Iskandar mengakui selepas tamat penggambaran drama Halimah Jongang bersama produksi milik A.Aida, dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Menurut Sheera, dia bertambah kesal apabila kontroversi dituduh "melanggar kontrak" A.Aida sebelum ini telah memberi kesan teruk terhadap kerjaya sebagai seorang pelakon.

"Perkara ini memberi kesan yang agak teruk kepada saya terutama dalam industri. Ramai produser yang takut untuk ambil saya berlakon kerana telah dituduh tamak dengan tawaran.

Saya tahu ada yang penyampai dan bercakap-cakap tentang perkara itu kepada penerbit-penerbit drama.

"Drama Iparku Diva yang sedang saya lakonkan sekarang itu pun sudah ditandatangani sebelum Halimah Jongang lagi. Kalau tidak, saya tak tahulah apa jadi dengan nasib saya," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Pengacara dan Penyampai untuk Anugerah Bintang Popular, di sini, Khamis.

Tambah Sheera, di kecewa apabila kontroversi tersebut telah menjadikannya mangsa sehingga hampir membunuh kerjayanya sebagai pelakon.

"Saya malu untuk keluar menemui orang ramai terutamanya di tempat awam. Mereka yang tidak faham pasti akan menyalahkan saya seratus peratus. Jika duduk di rumah pula rasa sangat tertekan. 
Kalau saya terlalu fikirkan perkara itu, badan boleh jadi sakit-sakit.

"Saya juga tak boleh tengok rambut palsu dan topi kerana sentiasa teringatkan watak Halimah Jongang yang hampir membunuh kerjaya saya," katanya.

Bagaimanapun, menurut Shira dia menganggap kejadian itu sebagai dugaan dalam bidang lakonan dan percaya kepada rezeki daripada Allah.

Ketika ditanya tentang tindakan susulan daripada tuduhan-tuduhan yang pernah dilemparkan oleh pemilik A.Aida Production itu, Sheera hanya memberitahu dia memilih untuk berdiam diri.

"Kami tak akan ambil apa-apa tindakan kecuali dia sudah memulakan dahulu. Tapi sehingga kini belum ada apa-apa lagi perancangan.

"Walaupun begitu, kami juga ada meminta pandangan dan khidmat nasihat daripada peguam tentang perkara ini.

"Mereka menasihatkan agar berdiam dan tunggu apa yang akan mereka lakukan terlebih dahulu. Lagipun kes saman-menyaman ini perlukan kos dan bukan percuma," katanya.

Andrej Pejic Model Luar Biasa Dari Australia

 
Model seksi berasal dari Australia ini kelihatan cantik dan tinggi semampai.Tapi jangan salah anggap,kerana dia adalah seorang lelaki,seperti yang diberitahu Herald Sun.Lelaki ini bernama Andrej Pejic,19 tahun dari Broadmeadows,Melbourne Australia dan menjadi Model 2 Alam kerana wajahnya lebih mirip perempuan dibanding lelaki.

Andrei Pejic memulai trend baru dengan tampilan Super Feminin untuk seorang lelaki yang dikenali dengan nama FEMIMAN (Feminin + Man).Andrej tidak menjalani sebarang pembedahan plastik untuk mengubah wajahnya penampilannya.Sejak dia melangkahkan kaki ke dunia model,sejumlah nama besar sudah menggunakan khidmatnya seperti Jean Paul Gaultier dan John Galliano.

Andrej muncul dalam pelbagai edisi Majalah Vogue antara lain Perancis, Jepun, Turki,dan Itali. Tidak hanya itu, dia kini melanglang buana dari Melbourne ke New York di mana dia mendapat tawaran iklan yang menggiurkan.Model kelahiran Bosnia ini lahir dua bulan sebelum pecahnya perang saudara di negaranya. Ketika dia berusia sembilan tahun dia pindah ke Australia bersama abang sulungnya, ibu, dan juga neneknya dan tinggal di kawasan Melbourne.