Jumaat, 11 Februari 2011

Imej hantu penunggang kuda dekat Dataran Tahrir




KAHERAH - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.
Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.
Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.
Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.
Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.
Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.
Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

Hakim larang penghendap dekati pengasas Facebook

PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg berjaya mendapatkan perintah daripada mahkamah bagi melarang seorang lelaki menghendap, mengganggu dan mengancamnya, lapor laman hiburan TMZ kelmarin.
Zuckerberg, 26, memfailkan perintah tersebut terhadap lelaki berusia 31 tahun itu, Pradeep Manukonda yang didakwa cuba mengekori, menghendap dan menghubunginya dengan menggunakan kata-kata yang mengancam keselamatan dirinya, teman wanita dan saudara perempuannya.
"Tolonglah bantu saya, saya bersedia mati untuk anda. Tolong fahami penderitaan saya," menurut satu mesej daripada Manukonda di Facebook kepada Zuckerberg.
Sumber-sumber pihak berkuasa memberitahu TMZ bahawa Manukonda cuba bersemuka dengan Zuckerberg di rumah pengasas laman web itu dan di beberapa pejabat Facebook di sini, negeri California, untuk meminta bantuan kewangan kepada keluarganya.
Menurut sumber berkenaan, lelaki itu turut menghantar bunga dan sepucuk surat bertulisan tangan ke rumahnya pada 28 Januari lalu.
Ekoran itu, seorang hakim mengarahkan Manukonda supaya berada pada jarak sekurang-kurangnya 274 meter dari Zuckerberg, saudara perempuan pengasas laman itu, Randi dan teman wanitanya, Priscilla Chan sehingga satu perbicaraan diadakan lewat bulan ini.
Muka surat Facebook Zuckerberg digodam pada hujung Januari lepas. - Agensi.

10 Cara Memanjangkan Hayat Bateri Handfon



10 Tips Untuk Memperpanjang Umur Bateri Handfon

Hampir setiap dari kita mempunyai handfon. Malah kini, percayakah anda bahawa pelajar taska (tadika) pun memilik handfon?

Bagi seorang pemakai handfon yang aktif, masalah utama yang dihadapi ialah terpaksa mengecas bateri setiap kali handfon kehausan tenaga.

Setiap bateri yang boleh dicas semula mempunyai "kitar hayat pengecasan"nya. Belum ada sampai saat ini bateri yang mempunyai hayat seumur hidup. Ertinya setiap kali bateri habis dipakai dan di ulang cas (satu kali pengisian penuh), itu dihitung sebagai 1 kali kitar hayat pengecasan.

Misalnya, kapasiti bateri anda adalah 1000 mAh (milli amph hours), maka 1 "kitar hayat pengecasan"nya perlu menghabiskan 1000 mAh juga. Bila cuma digunakan 500 mAh misalnya dan lalu diisi ulang kembali, maka setelah anda menghabiskan 500 mAh lagi, baru itu dianggap sebagai 1 kali "kitar hayat pengecasan"nya.

Setiap jenis bateri memiliki waktu "kitar hayat pengecasan"nya masing-masing. Biasanya sekitar 300 kitar hayat pengecasannya atau sekitar 2 – 3 tahun masa pemakaian. Namun kerana teknologi terus berkembang, begitulah teknologi bateri pun juga terus mengalami peningkatan. Sekarang mungkin sudah mencapai sekitar 1000 kali kitar hayat pengecasan.

Tips memperpanjang umur bateri handfon:

1. Hemat penggunaan bateri handfon dengan mematikan fitur-fitur yang jarang di gunakan.

Anda ingat bahwa bateri handfon anda ada umur berdasarkan kitar hayat pengecasannya? Semakin boros anda menggunakan kapasiti bateri anda, maka semakin sering anda perlu mengecas ulang bateri berkenaan, itu artinya umur bateri handfon anda bakal cepat habis. Untuk menghindari hal tersebut, anda perlu berhemat dengan mematikan fitur – fitur yang tidak atau jarang anda gunakan.

Ada beberapa fitur yang boros tenaga yang biasanya kita temukan di handfon-handfon canggih/smartphone, yang terkadang kita sendiri tidak begitu sadar kewujudannya, namun tetap aktif meskipun kita tidak ingin menggunakannya seperti Bluetooth, Wi fi, 3G, screen saver dan lain-lain. Matikan fitur tersebut jika ia tidak digunakan.

2. Jangan biasakan menelefon sambil mengecas handfon anda.

Ini juga termasuk kebiasaan buruk beberapa pengguna handfon. Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana saat pengecasan tingkat radiasi dan panasnya menjadi bertambah) menelefon sambil mengecas handfon juga akan tetap menyedut sumber daya, sehingga secara tak disedari, itu akan memanjangkan proses pengisian ulang, yang ertinya kinerja bateri bakal lebih berat.

3. Biasakan untuk mematikan handfon atau setidaknya mematikan fitur getar -vibrate-(saat anda sedang mengecas)

Mematikan hanfon saat proses mengecas adalah tindakan bijaksana, tujuannya adalah supaya proses pengecasan berjalan dengan lancar tanpa adanya gangguan, sehingga prosesnya pun bisa berjalan dengan lebih cepat dan tidak membebani bateri yang sedang dicas.

Namun bila ingin tetap memasang handfon, usahakan untuk mematikan fitur getar handfon. Fitur getar adalah salah satu fitur yang memboroskan bateri handfon.

4. Jangan sering – sering terlebih-cas bateri.

Ini juga salah satu kebiasaan buruk lainnya yang sering dipraktikkan. Terkadang kita malas atau lupa untuk segera menghentikan proses mengecas, meskipun sebenarnya bateri handfon kita sudah penuh. Yang paling parah, kita biasanya suka melakukan proses mengecas waktu hendak tidur. Proses mengecas normal untuk bateri modern biasanya sekitar 2-4 jam, bila kita membiarkannya semalaman dalam kondisi cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami "overcharge" selama 2 – 3 jam, dan itu bukanlah hal yang baik. "Overcharging" bateri adalah salah satu pembunuh tersembunyi yang dapat mempercepat kematian umur bateri.

5. Jangan menelefon dalam keadaan bergerak

Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana hanfon berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apalagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak

6. jangan letak hp anda di tempat yang suhunya melampau.

Suhu udara yang ekstrim adalah musuh utama setiap komponen gadget/peralatan elektronik. Baik panas atau dingin yang berlebihan boleh merosak komponen tersebut, termasuk juga bateri handfon. Tertinggal di dalam kereta di cuaca panas terik, alamatnya and aperlu mencari bateri baru.

7. Gunakan pengecas yang tulen.

Logiknya sederhana, pengecas yang tulen sudah direka dengan tegangan arus yang sesuai untuk mengecas bateri handfon tersebut. Sering pinjam charger atau menggunakan charger yang tidak sesuai bisa mempengaruhi asupan daya ke battery dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya. 

8. Jangan sering – sering menjatuhkan handfon anda.

Mungkin hanya orang yang kurang waras atau duitnya banyak yang suka menjatuhkan HP sendiri dengan sengaja. Lain soal jika jatuhnya secara tidak sengaja, tapi ini kejadian yang paling sering kita alami. Selain dari mempengaruhi komponen yang lain, ketika jatuh bateri boleh saja mengalami litar pintas, dan bila keadaannya parah, bateri boleh saja langsung mati total.

9. Usahakan jangan terlalu sering menggunakan charger kereta untuk mengisi ulang bateri.

Seperti yang diterangkan sebelumnya, arus daya yang tidak stabil dalam proses charge boleh merosakkan bateri dalam jangka panjang. Arus daya yang dihasilkan oleh kereta melalui lubang "cigarete lighter" sangatlah tidak stabil, terutama ketika kenderaan sedang berjalan.

10. Bersih itu pangkal sihat.

Ternyata bukan cuma tubuh saja yang harus dijaga kebersihannya, menjaga kebersihan handfon, terutama di daerah konektor (logam penghubung) bateri dengan handfon, perlu rajin dibersihkan.

Duduk serumah dengan Pak Belang

Florida teen Felicia Frisco has an unusual night-time routine. Each night she climbs into her full-sized bed with a six-month-old Bengal tiger called Will.

Felicia has been sharing her full-sized bed, which has a leopard print duvet, with Will since the day he was born and she plans for them to remain bedfellows until he's a year old.

'I get a lot of hair up my nose and all over my sheets,' said the Tampa teen, who has been caring for Will since his birth.


Felicia Frisco, 17, has been sharing a bed with tiger cub Will since the day the Bengal was born


Felicia, who is homeschooled, has fed, walked and cared for the cub since he was born as his mother, a first-time mum, didn't know what to do 


Will now eats chicken and beef in addition to his bottles. Felicia's parents run Tampa's Tiger Enounter so the teen has been around exotic animals her whole life 

Ahmedinajad Lelong Kereta Peugeotnya

Presiden Iran lelong kereta Peugeot miliknya

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad akan melelong kereta Peugeot 504 yang dimilikinya pada 1977 untuk tujuan kebajikan, lapor sebuah stesen televisyen semalam.

Wang hasil lelongan kereta itu akan diserahkan kepada projek perumahan Mehr untuk penduduk yang berpendapatan rendah.

"Kereta itu akan dijual dalam satu lelongan antarabangsa," kata Menteri Kebajikan dan Keselamatan Sosial, Sadeq Mahsouli dalam laman web televisyen tersebut.

Selepas beliau dipilih menjadi Presiden Iran pada 2005, antara aset yang diisytiharkannya ialah rumah di kawasan kelas pertengahan berusia 40 tahun di timur Teheran dan kereta Peugeot berwarna putih.

Pada Februari lalu, Menteri Perumahan, Ali Nikzad menyatakan, kira-kira satu juta penduduk Iran layak untuk mendapatkan rumah kos murah itu. - AFP

Khamis, 10 Februari 2011

Khalwat Dengan Lelaki Lain, Kahwin Dengan Orang Lain

Wanita dalam pantang didenda

Seorang suri rumah yang masih dalam tempoh berpantang dijatuhi hukuman denda RM2,400 atau lima bulan penjara, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah di sini semalam kerana berkhalwat dengan pasangannya yang kini merupakan bekas kekasihnya, pada 7 September 2007.

Tertuduh, Salwa Rahayu Sharril, 23, dari Jerteh, Besut dituduh mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dengan pasangannya di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 7 September 2007 jam 12.15 tengah malam.

Hakim, Kamarul Azmi Ismail menjatuhi hukuman itu selepas mengambil kira rayuan tertuduh agar meringankan bayaran denda kerana suaminya tidak memiliki pekerjaan tetap dan pendapatan tidak menentu.

Selain itu, tertuduh, ibu kepada dua anak ini turut merayu agar mahkamah meringankan hukuman disebabkan dia masih dalam tempoh berpantang.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Kamarul Azmi menasihati tertuduh agar bertaubat dengan segala dosa yang dilakukan itu dan mengingatkan tertuduh supaya menjadikan hukuman ini sebagai satu pengajaran buat dirinya.

Menurutnya, kes seperti yang dihadapi tertuduh iaitu ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tetapi berkahwin dengan orang lain, bukanlah satu kes baru buat generasi hari ini.

“Situasi ini jelas menunjukkan anak-anak gadis hari ini terlalu mudah membuat keputusan sedangkan tidak semestinya dia akan berkahwin dengan pasangannya itu, walaupun mungkin sudah menggadaikan maruahnya sendiri,” katanya.

Dalam hujah pendakwaan yang dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie Mahkamah Syariah Terengganu, Azmi Tengah, mahkamah sewajarnya memberi hukuman setimpal dan memandang serius berhubung kes seumpama ini kerana individu-individu ini adalah antara penyumbang ‘koleksi’ peningkatan anak luar nikah di negeri ini.

“Bagi pihak pendakwaan, kes seumpama ini tidak wajar dipandang remeh kerana ia adalah penyumbang utama pertambahan koleksi anak luar nikah di negeri ini untuk masa akan datang.

“Hukuman setimpal wajar diberikan kepada tertuduh kerana ia juga boleh dijadikan pengajaran kepada anak-anak gadis di luar sana yang sentiasa terdedah dengan gejala sosial yang semakin membimbangkan kini,” katanya.

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan Azmi, bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota Penguat kuasa Syariah Daerah Kuala Terengganu menyerbu sebuah bilik di hotel berkenaan dan mendapati pintu bilik berkunci dari dalam.

Menurutnya, selepas mengetuk dan memberi salam, pintu dibuka seorang lelaki yang berbaju T dan berseluar jeans manakala hasil pemeriksaan turut mendapati ada seorang perem­puan­ berbaju T, berseluar jeans dan tidak memakai tudung sedang duduk pada bahagian kaki katil bujang.

Pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan muhrim atau suami isteri.

Bagaimanapun, pasangannya, Nur Hazwan Mazli, 23, dari kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu gagal menghadirkan diri semasa hari perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 13 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang terakhir kepada tertuduh. -SH

Rahasia Kecantikkan Wanita Thailand

Wanita Thailand ternyata masih rajin menggunakan rahasia kecantikan dari nenek moyangnya. Hasilnya, kulit wajah mereka tetap terjaga kecantikannya.

Ada dua rahsia kecantikan dari Thailand yang terkenal. Berikut ini ada dua rahsia kecantikan mereka:


Pepaya
Buah yang baik untuk melancarkan metabolisme ini ternyata juga baik untuk wajah. Wanita Thailand menggunakan pepaya sebagai masker wajah.

Cara melakukannya cukup mudah. Kupas pepaya, singkirkan kulitnya, campurkan dengan beberapa titis air limau nipis. Tekan campuran isi pepaya dengan air limau nipis dengan senduk hingga lumat. Anda juga bisa memblendernya agar lebih
praktis.

Setelah itu letakkan campuran tersebut pada wajah. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.

Kunyit
Buah ini baik sebagai antioksida untuk melawan radikal bebas yang sering membuat wajah lebih cepat berkeriput. Kunyit menjadi salah satu dari dua rahsia kecantikan wanita Thailand dengan menjadikan kunyit sebagai sabun cuci muka.

Cucilah wajah Anda dengan air biasa. Kemudian ambilah serbuk kunyit secukupnya di telapak tangan. Campurkan dengan air dan gosokkan di tangan Anda hingga tercampur dengan rata. Gosokkan campuran kunyit dan air tadi ke wajah Anda selama lima minit, lalu bilas. Jika Anda mendapati wajah menjadi berwarna kuning, maka gunakan sabun dan air untuk menghapus warnanya.