Selasa, 5 Julai 2011

Islam Liberal VS Islam Sekular - Sila Buat Penilaian Sendiri

"Islam Liberal"

Sila fahami baik-baik.

"ISLAM LIBERAL"

Apakah itu Islam Liberal? Siapakah Islam Liberal?

Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri, merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.

Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai:-

“1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas.

2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).”

Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Islam Liberal? Maksudnya penambahan kata 'Liberal' pada Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan, bersifat tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur² tidak memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri.

Apakah yang dimahukan oleh fahaman ini?

Jawapannya dapat kita lihat sendiri pada penambahan perkataan “Liberal” kepada Islam yang sememangnya sudah liberal. Ertinya fahaman ini menkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen.


Sejarah dan Asal-usul Islam Liberal

Golongan ini muncul hasil dari jangkamasa penjajahan yang lama daripada pihak Barat ke atas umat Islam. Penjajahan yang lama ini telah mempengaruhi psikologi umat Islam amnya. Terdapat dua fenomena psikologi yang mempengaruhi umat Islam ketika jangkamasa kemunduran dan penjajahan.

Pertama adalah fenomena ‘penjajahan’ oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh negara umat Islam. Kedua adalah fenomena ‘ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang kebanyakan negara-negara Barat. Apabila berhadapan dengan dua fenomena di atas, sikap umat Islam boleh dibahagikan kepada empat:

Pertama adalah mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.

Kedua adalah mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian. Formula pemisahan ini yang digelar sekularisme terbukti berkesan mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju mempraktikkannya.

Ketiga adalah mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama Islam. Kumpulan ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.

Kelompok Keempat adalah mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami umat. Namun hakikat ini tidak mereka persalahkan kepada agama atau selainnya kecuali terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang telah leka daripada berpegang dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu untuk kembali kuat dan maju, umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula secara sepenuhnya ajaran Islam yang asli lagi tulen. Formula ‘Islam Sekular’ atau ‘Islam Liberal’ tidak menjadi pilihan kelompok keempat ini kerana ia bukan cara untuk mencapai kekuatan dan kejayaan yang sebenarnya. Kekuatan dan kejayaan yang sebenar hendaklah diukur dengan necara wahyu Illahi yakni Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar. Insya-Allah dengan kesungguhan mereka, kekuatan dan kejayaan akan kembali ke tangan umat Islam. Tetapi golongan ini terlalu amat sedikit. Secara amnya Islam Liberal lebih gemar mengaku mereka dari golongan ini berbanding Islam Sekular.

Yang paling menjauhi kebenaran adalah kelompok ketiga, iaitu kelompok Islam Liberal. Secara lebih terperinci, kelompok Islam Liberal adalah aliran yang muncul kerana kesan psikologi kekerdilan diri (inferiority complex) yang dihadapi oleh sebahagian umat Islam hasil penjajahan dan kemunduran yang dihadapi oleh mereka. Kesan kekerdilan ini diburukkan lagi dengan sikap tergiur lagi menyembah kepada negara-negara Barat yang menjajah lagi maju sehingga menyebabkan mereka sendiri terasa hina, bodoh, diperbudak dan hilang kejatian serta kebanggaan diri. Semua ini menghasilkan satu rumusan bahawa untuk mencapai kekuatan dan kemajuan, caranya adalah meniru segala formula peradaban yang dipraktikkan oleh negara Barat. Rumusan ini tidak akan berjaya selagi mana tidak dibuka dan dibebaskan tafsiran Islam daripada kejumudan pegangan umat selama ini.

Kenapa golongan ini paling berbahaya? Berbanding kelompok kedua, golongan ini bagaikan parasit yang memusnahkan Islam dari dalam. Kelompok kedua iaitu golongan sekular tidak menyentuh ajaran agama sebaliknya cuba memisahkan pengaruh agama ke dalam politik ataupun urusan kehidupan dunia mereka. Apabila mereka memerlukan kehidupan ritual, spiritual mahupun pandangan agama barulah mereka merujuk kembali kepada agama itu tanpa mengganggu hukum-hakam apatah lagi mengubah syariat agama. Tetapi jika terdapat hukum agama yang mengganggu kehidupan sekular mereka, mereka akan tolak. Jadi golongan sekular akan mengambil mana-mana hukum agama yang sesuai dengan selera mereka dan membuang mana-mana yang tidak sesuai pada pandangan mereka.

Namun golongan Islam Liberal yang rata-ratanya terdiri dari lulusan agama, pengamal undang² dan cendekiawan ini cuba mengubah konsep di dalam ajaran Islam itu sendiri. Mereka bagaikan 'mengedit' syariat Islam di sana-sini sesuka hati berdasarkan hujah² mereka yang terhasil dari gabungan fahaman sekular dan Darwinisme yang berdasarkan logik akal semata. Golongan ini akan berusaha menghapuskan unsur-unsur bersifat ritual (tawaf, solat, mencium batu Hajar Aswad) dan mistik (ghaib-seperti syurga dan neraka, azab kubur dll) dalam Islam malah mengatakan itu semua karut dan tahyul serta menjadi penyebab fikiran menjadi jumud dan mundur, padahal pada masa yang sama mereka menghormati unsur² ritual agama lain seperti Hindu dan Buddha. Mereka lama kelamaan seolah-olah bersikap Ateis apabila hanya mengambil bahagian² yang pada mereka sesuai dengan pandangan sekular Barat dan kehidupan moden hari ini. Unsur² mistik seperti Tuhan, syurga dan neraka, azab kubur, padang mahsyar, kiamat dan lain² akhirnya dikatakan sekadar simbolik sahaja.

Di antara ciri-ciri golongan Islam Liberal:

Cuba Mengubah Syariat


Golongan ini sesuka hati cuba mengubah syariat mengikut selera mereka. Selalunya mereka mempunyai autoriti dalam melakukan kerja kotor ini disebabkan kebanyakan mereka terdiri dari cerdik pandai Islam dan pengamal undang². Cerdik pandai Islam ini nampaknya telah tersesat dari apa yang mereka pelajari ataupun disesatkan oleh pihak² tertentu. Mereka terasa hebat dan ego mereka semakin menjadi-jadi sehingga hukum² agama pun mereka cuba mencabarnya. Para pengamal undang² pula (Islam Liberal) sebenarnya golongan yang teramat jumud dan sempit pemikiran mereka apabila menganggap syariat Islam boleh diubah dan dipinda sebagaimana undang-undang manusia. Mereka memandang agama mengikut tempurung akta, peraturan dan pindaan. Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu hukum Tuhan, yang mana satu hukum manusia. Mereka tidak cuba memahami hikmah di setiap suruhan Tuhan tetapi cuba mencabarnya seolah-olah Tuhan itu manusia biasa yang terhad pengetahuannya.

Menolak dan Mengambil Ajaran Islam Sesuka Hati
Ini adalah ciri² yang terdapat dalam golongan Sekular. Golongan Islam Liberal juga gemar menolak dan menerima ajaran² Islam mengikut selera mereka. Pada mereka agama seperti pilihan makanan di bufet². Jika mereka setuju mereka akan mengekalkan ajaran Islam tersebut. Jika tidak menepati selera mereka, mereka akan menolak. Namun begitu keceluparan mereka naik satu tahap lagi berbanding golongan Sekular. Mereka tidak menolak begitu sahaja kerana seterusnya mereka cuba meminda dan mengubah ajaran itu sehingga menjadi ajaran baru yang di'rebranded'kan konsepnya dari ajaran asal. Sama ada mereka ini menolak AlQuran tetapi mengambil Hadis, ataupun menolak Hadis tetapi mengambil AlQuran. Ada juga yang menolak separuh isi AlQuran dan Hadis dan mengambil separuh yang selebihnya. Dalam hal ini pangkat mereka sama taraf dengan golongan Islam Sekular.

Menganggap Ritual Dalam Islam Adalah Tahyul

Mereka bersikap angkuh mengatakan ritual dalam Islam adalah karut dan tahyul, padahal perkara ritual merupakan fitrah manusia. Manusia memerlukan unsur² ritual dan spiritual dalam kehidupan mereka. Ini adalah kerana manusia bukanlah makhluk jasmani sahaja seperti haiwan tetapi manusia diciptakan sebaik-baik makhluk, gabungan jasmani dan rohani. Ini menjelaskan mengapa manusia mengada-ngadakan ritual yang beraneka ragam dalam usaha menyembah Tuhan mereka. Manusia bukanlah robot ataupun mesin². Mereka yang mengaku Ateis sekalipun akan spontan mengucap 'Ya Tuhan' apabila berada dalam keadaan yang teramat genting atau menghampiri maut sama ada di dalam hati mahupun kata². Apa perkataan terakhir Lenin manusia Atheis teragung dalam sejarah? Wasiat terakhirnya ketika nazak adalah

"Tuhan, aku sakit"...

Golongan Islam Liberal ini bersikap talam dua muka (berpura-pura) dalam berhadapan soal ini. Apabila diajukan amalan ritual yang beraneka ragam dan pelik² dari agama penyembah berhala seperti Hindu dan Buddha contohnya, mereka cepat² bersikap optimis dan terbuka dengan berpendapat itu adalah normal dan kepercayaan masing². Apatah lagi jika berhadapan dengan golongan New Age yang mengamalkan penyembahan Iblis dan Syaitan dalam definisi moden dan komersil, golongan Islam Liberal yang bodoh sombong ini tiba² bersikap 'humble' merendah diri tak bertempat. Padahal agama merekalah yang benar dan diiktiraf Tuhan Pencipta Alam. Diri mereka penuh dengan perasaan 'inferior' yang tak berkesudahan terhadap agama mereka sendiri.

Ada pula berpendapat ritual Islam tidak ubah seperti agama² lain mahupun pada amalan kaum² pribumi seperti Red Indian ataupun orang asli yang duduk di hutan² tebal dan gua². Perbuatan mereka seperti mahu menghina amalan ritual dalam Islam dan menyamakannya dengan amalan agama lain. Sama ada mereka ini malas untuk melakukan suruhan agama ataupun membesar dalam keadaan tidak diajar amalan ritual dalam Islam. Kita boleh lihat pola pemikiran jumud mereka ini sama seperti pola pemikiran golongan ajaran sesat. Apabila Islam tiada atau menghapuskan ritual karut-marut, manusia yang lemah dan bodoh ini mencari-cari atau mereka-reka ritual yang pelik² untuk memenuhi nafsu mereka. Apabila Islam sendiri lengkap dengan ritual sebagai tanda penyembahan kepada Allah Maha Pencipta, manusia yang bodoh sombong ini pula mengejek-ngejek amalan ritual tadi sambil berfikir merekalah lebih maju dan moden dari Tuhan yang menciptakan mereka sendiri. Manusia sebenarnya MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI.

Tidak Ada Perasaan Kasihkan Agama

Mereka sebenarnya tiada perasaan kasihkan agama mereka sendiri. Jika ada sudah semestinya mereka mengkaji dan mengkaji agama mereka sendiri dan cuba mempertahankan agama Islam yang mulia ini. Mereka juga tidak bangga beragamakan Islam. Mungkin mereka menyesal dilahirkan Islam. Alangkah baiknya mereka dilahirkan di Amerika beragamakan Kristian Sekular yang bebas dan melakukan segala-galanya bebas seperti seks bebas dan parti bogel beramai-ramai di tepi² jalan. Mereka juga berangan-rangan mahu maju dan canggih seperti Barat. Islam bagi mereka adalah takdir yang paling malang bagi mereka. Islam bagaikan kutu² yang menghisap darah mereka ataupun tahi ayam yang melekat di kedua lubang hidung mereka. JIKA BOLEH MEREKA MAHU MURTAD DENGAN SEGERA bagi sama² menghirup udara kemajuan dan pemodenan tajaan Barat dan sistem Dajal Laknatullah.

Berfikir Berdasarkan Logik Semata

Mereka adalah warisan kepada golongan Darwinisme dan Materialisme. Mereka suka memandang agama berdasarkan logik akal mereka yang terhad. Bagi mereka agama haruslah dilihat seperti satu ilmu sains yang terdiri dari rumus² atau formula² tertentu. Mereka mencari-cari hukum sebab dan akibat dalam Islam. Apa² yang mereka tidak faham dalam Islam seperti persoalan ghaib (seksa kubur, kiamat, Isra' Mi'raj) bagi mereka hanyalah simbolik ataupun sengaja diada-adakan oleh ulama². Segala-galanya simbolik sahaja sehingga hukum-hakam pun simbolik sahaja. Hukum Hudud paling dibenci mereka dan sudah pasti, adalah paling simbolik dalam Islam dan tidak perlu dilaksanakan. Sehingga solat lima waktu pun simbolik apatah lagi soal bertudung yang wajib bagi wanita Islam. Maka keluarlah pelbagai hujah dan dalil dari ulama² senget Islam Liberal mereka mahupun dari sumber-sumber Islam yang mereka selewengkan maknanya. 'The Hidden Hand', pihak Orientalis Kristian dan para Missionari serta Yahudi pasti gembira bertepuk tangan menari-nari melihat kedunguan golongan Islam Liberal ini menghina agama sendiri. Padahal pada masa yang sama para elit mereka SECARA SENYAP² MEMBUAT KAJIAN TENTANG AGAMA ISLAM DAN SISTEM-SISTEMNYA SERTA MENGAMALKAN KESEMUA KEBAIKAN DAN HIKMAH DI DALAMNYA. Contohnya yang paling mudah adalah sistem ekonomi. Riba digalakkan kepada orang luar, tetapi bagi sesama mereka, riba adalah DIHARAMKAN. INGAT! MANUSIA MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI. Lama-kelamaan mereka akan termalu sendiri apabila banyak persoalan yang disangka mereka ketinggalan zaman dan kolot contohnya AlQuran pada hari ini dibuktikan secara saintifik hari demi hari. Semakin ramai cendekiawan Barat memeluk Islam yang mulia tetapi pada masa yang sama golongan Islam Liberal ini makin jauh dari hidayah Tuhan.

Bencikan Ulama dan Penegak Agama

Golongan Islam Liberal teramat bencikan ulama², para mufti, ustaz², para hafiz dan para pendukung Islam suci ini. Bagi mereka mereka adalah golongan jumud yang ketinggalan zaman. Kenapa mereka bencikan para pendukung agama ini? Ini kerana mereka sajalah yang dapat mengesan pembohongan para Islam Liberal ini kepada orang² kampung yang tidak nampak permainan kotor golongan Islam Liberal ini. Golongan Ulama lah yang berani bangkit mematahkan hujah² bodoh mereka. Apabila ulama menegur keterlanjuran mereka, mereka menuduh golongan ulama sebagai pengacau dan penghalang kemajuan padahal tiada kaitan pun teguran ulama tadi kepada kemunduran umat manusia. Mereka setiap hari penuh dengan kebencian kepada para ulama dan mufti sehingga menyamakan mereka sebagai paderi² zaman pertengahan di Era Kegelapan Eropah, padahal paderi² tersebut telah menyeleweng dari ajaran nabi Isa dan menuruti fikiran sempit mereka yang seterusnya menghalang kemajuan. Tetapi adakah dengan mengharamkan poligami, menolak kewajipan bertudung, menolak Hudud, menafsirkan semula AlQuran dan Hadis membuatkan mereka lebih maju dan brpendidikan? TIDAK SAMA SEKALI. Malah golongan elit 'The Hidden Hand' berserta Kristian dan Yahudi ketawa terkekeh-kekeh melihatkan sikap 'inferiority complex' yang di tahap pelik dalam dos yang berlebihan dipamerkan oleh Islam Liberal ini. Ini samalah seperti golongan kafir tadi terjun ke dalam lubang najis, maka golongan Islam Liberal tadi ikut serta terjun ke dalam lubang najis yang hitam berkeladak lagi busuk. Tetapi apabila si kafir naik semula dari lubang najis tadi dan membersihkan diri, si Islam Liberal ini pula masih bermain-main dengan tahi yang busuk sambil tersengih-sengih sendiri. Ini membuatkan si kafir tadi merasa pelik pula dengan perlakuan si Islam Liberal tadi. Lama-kelamaan si kafir tadi ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan si Islam Liberal yang terpinga-pinga berlumuran najis busuk.

Membesarkan Dalam Suasana Tidak Islamik

Golongan ini dilahirkan atau membesar dalam suasana yang kurang atau tidak Islamik. Kemungkinan ibu-bapa mereka teramat sibuk sehingga mengabaikan pendidikan agama ke atas anak² mereka.Ada juga di antara mereka berpendidikan agama tetapi malangnya terlampau lurus bendul sehingga mengalami 'culture shock' (kejutan budaya) apabila berhadapan dengan dunia luar yang mengelirukan. Kadang² rakan² atau orang di sekeliling mereka berfahaman non-Islamik ataupun kebanyakan rakan mereka adalah dari golongan non-Islam. Apabila mengalami kejutan budaya, mereka secara aneh mengalami proses 'inferiority complex' yang teruk bagaikan mendapat jangkitan kuman. Mereka semakin tidak percaya kepada agama sendiri. Tetapi masih ada sedikit keyakinan mereka, selalunya terhadap Allah s.w.t tetapi bagaimana dengan perintah-Nya, larangan-nya atau sistem-Nya? Mereka pun segera bergegas bertungkus-lumus mencari-cari hujah dan dalil berdasarkan ilmu agama yang mereka pelajari di universiti untuk menidakkan perintah, larangan ataupun sistem Allah s.w.t tadi. Alasan mereka, Tuhan tidak pernah berkata begitu, hanya ULAMALAH YANG MENGADA-NGADAKANNYA. Inilah alasan klise yang sering diberikan mereka. Segala-galanya salah ulama. Mereka yang dihantar belajar oleh bangsa dan umat Islam sebagai harapan untuk menjadi ulama pendukung agama Allah sebaliknya menjadi parasit yang melemahkan umat Islam dan menghina Ulama pula. Sebahagian dari mereka berpendidikan Barat ataupun belajar falsafah Islam dari Orientalis Barat yang bagi mereka lebih mulia dan suci dari Ulama yang pada mereka adalah ustaz kampung yang hanya layak mengajar alif ba ta kepada budak-budak hingusan di pondok-pondok buruk di hujung kampung.

Tidak Ada Sensitiviti Kepada Agama

Golongan Islam Liberal tidak mempunyai sensitiviti terhadap agama mereka sendiri. Roh Islam itu tidak ada pada mereka. Mereka sebenarnya hanya bertopengkan Islam atau Islam pada namanya sahaja. Tetapi anehnya apabila digelar tidak Islamik, mereka teramat marah pula dan cuba menunjukkan 'keIslaman' mereka. Mereka mahu digelar sebagai orang Islam tetapi menghuru-harakan pemikiran umat Islam. Jika orang-orang kafir menghina Islam, mereka akan senyap tidak berkutik sedikit pun apatah lagi mahu bangkit bersama para ulama mempertahankan maruah Islam. Tetapi apabila terdapat orang kafir yang tidak bersetuju dengan hukum-hakam ataupun ajaran Islam, mereka tanpa segan silu bersama-sama berdemonstrasi, berseminar ataupun menulis artikel² di media² cetak bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan modenis kafir yang amat dihormati mereka. Tiada perjuangan Islam tulen dalam kamus hidup mereka. Yang ada hanya sekular, materialisme, modenisasi, pembaharuan, liberal, demokrasi, kebebasan dan hak asasi individu yang menjadi 'hukum agama' paling tertinggi bagi ajaran sesat mereka itu. Sama ada Islam dihina, dicerca ataupun diinjak-injak oleh golongan Kafir, mereka dengan sinis hanya memandang sambil mengatakan ini adalah salah orang Islam kerana terlalu mengikut AlQuran dan Hadis. Malah mereka bersama-sama pula berganding bahu bersama-sama para Modenis kafir memaki hamun Islam.

Persamaaan

Ini adalah topeng yang selalu dipakai oleh Islam Liberal. Bagi mereka manusia sepatutnya diberikan hak² sama rata sebagai manusia. Kemudian persoalan ini meleret-leret sehingga kepada agama. Golongan Islam Liberal mempercayai agama di dunia semuanya sama. Mereka amat menghormati agama lain. Perasaan menghormati dan merendah diri melebih-lebih sehingga sanggup melacurkan agama sendiri demi mengikut selera penganut agama lain. Bersikap tegas dalam beragama menjadi pantang bagi mereka dan terasa dirinya kolot dan jumud jika mempertahankan maruah Islam, agamanya sendiri. Mereka lebih rela membiarkan agama mereka dihina dan dipermainkan penganut agama lain dari digelar 'fundamentalist', 'religious' dan sebagainya. Contoh yang amat nyata adalah isu khalimah Allah. Mereka memperjuangkan hak Agama lain.

Kebebasan
'Kebebasan' adalah kata kunci bagi golongan Islam Liberal yang menerangkan sikap, ideologi dan halatuju perjuangan mereka. Bagi mereka ajaran Islam adalah terkongkong dan jumud. Terlampau banyak peraturan yang menyusahkan. Tidak boleh itu tidak boleh ini. Kalau boleh mereka mahu menulis semula AlQuran sebagaimana para paderi Kristian ataupun para rabbi Yahudi yang sesuka hati meminda Injil dan Taurat mengikut selera mereka. Sebab itu ada golongan yang mahu hadis nabi dinilai semula. Bagi mereka ajaran AlQuran dan Hadis tidak sesuai diamalkan di dalam dunia hari ini yang bebas berdemokrasi. Mereka mahu lepas bebas sebebasnya dari kongkongan Islam. Padahal mereka tidak menyedari setiap peraturan dalam Islam mempunyai hikmah dan kebaikannya. Adakah Tuhan membuat hukum-hakam sesuka hati-Nya? Adakah Tuhan menyusahkan manusia? TIDAK. Sebenarnya tanpa peraturan, manusia lama kelamaan akan hidup seperti haiwan. HAIWAN ADALAH HIDUPAN TANPA PERATURAN. Pernah dengar istilah HUKUM RIMBA?

Jadi golongan Islam Liberal akan berusaha membebaskan diri dari ajaran dan peraturan Islam yang ingin membentuk insan kamil, ke arah HUKUM RIMBA yang bebas seperti seks bebas dan berbogel beramai-ramai secara berjemaah mempamerkan kemaluan masing-masing di jalanan. Kebebasan apakah yang ingin dibawa oleh golongan Islam Liberal? Manusia akan dibebaskan dari peraturan dan ajaran Islam yang sebenarnya berfungsi sebagai pendinding atau benteng dari tipu muslihat Iblis yang berkoloborasi dengan Dajal Al-Muntazhor a.k.a 'The Hidden Hand'. Pada akhir cerita nanti, manusia yang dungu ini akan diperangkap pula ke dalam sistem Dajal Laknatullah tadi. Selepas dibebaskan dari sistem hidup Islam, manusia² dungu ini akan disogokkan dengan gaya hidup Barat yang happy go lucky, menyeronokkan, moden, bebas dan 'cool'. Akhirnya mereka akan menjadi penyembah tegar nilai² Barat. Mereka tidak lagi dapat menggunakan fikiran mereka dengan sendiri.

Jika ada nilai Barat yang menjijikkan ataupun mengelirukan, mereka tetap mendiamkan diri sambil menikmati gaya hidup Barat yang lain walaupun telah nampak kebenaran Islam itu sendiri meskipun dari mulut orang² Barat yang insaf dan nampak apa yang terjadi. Jadi di mana kebebasan? Semuanya menjadi satu kaedah mindcontrol yang ganas dan kejam. Manusia tadi akhirnya tidak bebas dan terkongkong daalm ertikata yang sebenarnya. Tiada kebebasan sebenarnya dalam sistem Dajal-Kristian-Yahudi. Manusia akan dihalang dari menemui kebenaran Pencipta mereka sendiri. Mereka akan dikhayalkan secara berterusan sehingga mati dalam keadaan hina-dina walaupun dikuburkan di kawasan perkuburan mewah dalam keranda emas sekalipun. MATI DALAM KEADAAN KELIRU lebih menyedihkan dari mati dilenyek lori 16 tayar di jalanraya seterusnya tercampak ke dalam parit busuk.

Setelah mengetahui sebahagian ciri² yang terdapat di dalam golongan Islam Liberal, kita boleh mengagak siapakah dia Islam Liberal di sekeliling kita. Modus operandi tetap sama. Sebaik sahaja mereka beraksi, kita dapat mengetahui mereka adalah golongan Islam Liberal berdasarkan tindak-tanduk mereka dan kata² mereka. Jadi siapakah golongan Islam Liberal ini?

Di antara golongan Islam Liberal adalah:

Golongan AntiHadis

Ini adalah golongan yang berpura-pura menyokong AlQuran tetapi pada masa yang sama menolak Hadis malah beria-ria mahu hadis nabi dinilai semula ("Hadis:Satu Penilaian Semula"). Golongan ini amat bencikan hadis nabi kalau tak pun berpandangan skeptikal dengan hadis nabi. Golongan antihadis ini akhirnya akan meleret-leret menyerang peribadi Rasullullah s.a.w bagaikan mendapat sakit demam yang melarat. Sama ada mereka menyimpan hasad dengki dengan nabi ataupun terikut-ikut rentak dan gendang para orientalis sebagaimana mentor mereka Salman Rusydi Laknatullah. Akhirnya keluarlah golongan seterusnya, golongan bencikan nabi. Mereka tidak tahu setiap hikmah di dalam setiap hadis Nabi. Bagaimana mereka mahu menunaikan solat, kerana rukun solat dan cara mengerjakannya tidak disebut dalam AlQuran. Malah rukun Islam, Iman dan Ihsan tidak disebutkan secara terperinci dalam AlQuran tetapi dijelaskan dalam hadis Nabi. Terdapat di antara mereka yang sesat kerana beramal dengan Islam dari penafsiran yang diambil dari AlQuran semata seperti jumlah solat dikatakan tiga seperti diambil bulat² dalam AlQuran.

"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam." (11:114)

Maka sesuka hati mereka mengatakan solat ada tiga iaitu Subuh, Asar dan Maghrib. Padahal Rasullullah s.a.w bersabda mengarahkan umatnya melakukan solat lima waktu sehari. Sama ada mereka adalah pemalas mengerjakan solat ataupun malas membaca hadis Nabi. Golongan ini gemar mengelirukan diri sendiri dengan merendah-rendahkan hadis dan mendakwa AlQuran adalah hadis yang sebenar dan terbaik. Golongan ini mempertahankan diri dengan mengatakan jangan bertengkar pasal kaedah solat dan mereka bebas memberikan pandangan. Walhal kaedah solat sudah ditetapkan oleh Rasullullah s.a.w dan sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi. Tambahan pula hukum agama tidak boleh berdasarkan pandangan sendiri kerana ia adalah hukum Allah! Mereka juga mempertahankan diri dengan menidakkan Rasullullah dengan mengatakan Allah adalah Guru sebenar dan jangan bertaklid buta dengan tok guru (Rasullullah). Sampai ke tahap ini mereka setaraf dengan Salman Rushdi Laknatullah yang amat bencikan Nabi Muhammad s.a.w. Golongan ini sudah bersaudara dengan golongan ajaran sesat dan layak duduk semeja dengan Ayah Pin dari 'Kerajaan Langit'. Apa perlunya Allah s.w.t menurunkan Rasul-Nya jika sudah cukup AlQuran dapat difahami oleh segenap manusia? Bagaimana pula Allah s.w.t menjadi guru mereka? Melalui kata-kata di dalam hati?

Jika manusia sudah cukup pandai memahami AlQuran, tak perlulah Allah s.w.t menurunkan Nabi Muhammad. Sebenarnya golongan Antihadis ini teringin untuk menafsirkan AlQuran menurut akal nafsu sendiri dengan bertopengkan tagline "kembalilah kepada AlQuran". Adakah kata² Nabi itu menyimpang dari AlQuran? Sungguh pelik pemikiran mereka. Mula² mereka menimbulkan keraguan dalam persoalan hadis dengan mengatakan ulama mereka-reka Hadis (malah mereka menuduh para Sahabat yang mencipta hadis). Selepas itu jika orang ramai percaya, mereka akan mencucukkan jarum kedua dengan mengatakan banyak terdapat hadis yang palsu (Tugas sebenar kita adalah untuk menyekat hadis-hadis palsu bukan mengatakan semua hadis palsu, takkanlah disebabkan seekor nyamuk kelambu pun dibakar). Selepas itu mereka akan mengatakan "Hadis tak boleh pakai". Selepas itu hadis² pun diharamkan, dari segi fizikal, mungkin ada acara pembakaran buku² hadis di tengah² padang. Kemudian tibalah masa yang dinanti-nantikan, mereka akan mula menafsirkan agama mengikut hawa nafsu sendiri.

Mereka bukan kembali kepada AlQuran, itu cuma pembohongan semata, tetapi mereka akan menafsirkan AlQuran mengikut akal logik dan selera mereka sendiri (disebabkan panduan dari sabda nabi sudah tiada untuk menjelaskan firman Allah s.w.t). ALLAH MENURUNKAN NABI MUHAMMAD ADALAH UNTUK MENJELASKAN AJARAN ALQURAN. Mana yang lebih baik, berguru dengan kitab-kitab atau berguru dengan guru bertauliah yang mengajarkan pelajaran dari kitab itu? Sampai tahap ini akhirnya mereka akan berhukum dengan akal dan nafsu sendiri dan tidak mustahil selepas itu AlQuran pun akan dicampak ke dalam timbunan bara dan arang dari kitab² hadis tadi. Jadi modus operandi mereka sama seperti ajaran sesat dalam agama iaitu TIMBULKAN KERAGUAN DALAM AGAMA, KEMUDIAN BILA MASYARAKAT RAGU, RUANG KERAGUAN ITU AKAN DIISI DENGAN PANDANGAN MEREKA. Akhirnya golongan ini menjadi hamba nafsu sendiri dan mencorakkan agama mengikut akal sendiri.

Golongan Bencikan Nabi

Ini adalah golongan yang berasal dari golongan antihadis. Golongan yang bencikan nabi adalah automatik bencikan hadis iaitu sabdanya. Golongan ini pada awalnya menyatakan provokasi terhadap peribadi nabi seperti mempersoalkan jumlah isteri nabi, amalan seharian dan sebagainya. Mereka akan bertungkus-lumus memunggah buku² di perpustakaan mencari fakta sejarah yang mahu diselewengkan. Maka keluarlah kenyataan² pelik yang bertujuan merendah-rendahkan Nabi seperti Nabi Muhammad gila seks, Nabi hanyalah ketua kabilah, janggut Nabi umpama janggut kambing, Nabi sukakan peperangan dan 1001 penghinaan ke atas Nabi Muhammad yang DIAKUI Manusia Teragung yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang Profesor Amerika. Golongan ini akan berfikir siang dan malam, ketika makan, ketika bermain, ketika bekerja atau sebelum tidur apakah lagi hujah untuk merendah-rendahkan Kekasih Allah ini. Sama ada mereka menyimpan perasaan dengki kepada Nabi Muhammad ataupun terikut-ikut rentak Yahudi yang membenci Nabi² mereka malah membunuhnya.

Mungkin, sekiranya Rasullullah s.a.w masih hidup di kalangan kita hari ini, merekalah yang gigih siang dan malam berfikir bagaimana mahu membunuh Rasullullah s.a.w. Kebencian mereka kepada Nabi Muhammad membuak-buak dan amat tidak tertahan lagi. Tidak tahu apa sebabnya walaupun nama-nama mereka melambangkan keIslaman mereka. Manusia yang disanjung mereka sudah tentulah Salman Rushdi Laknatullah dan yang sewaktu dengannya. Kalau boleh Salman Rushdilah yang sesuai dilantik menjadi Rasullullah mereka menggantikan Nabi Muhammad yang gila seks dan berjanggut seperti kambing. Begitu hina Nabi Muhammad di mata mereka padahal bagindalah Kekasih Allah yang dipuji-puji segenap penduduk DILANGIT DAN DIBUMI . Tanpa Baginda, tidaklah Allah Azza Wa Jalla menjadikan segenap makhluk dan semesta. Apabila sudah tua nanti di mana maut melambai-lambai dan segala kekuatan telah lenyap barulah tersedar bahawa aksi² mereka semasa muda memburuk-burukkan Rasullullah Kekasih Allah adalah perlakuan yang teramat bodoh dan dungu sekali melebihi tahap cipan di hutan².

Golongan Emansipasi Wanita (Pembebasan Wanita)

Ini satu lagi golongan yang kerap terkeliru (biasalah perempuan). Sama ada mereka terkeliru ataupun rela dikelirukan. Golongan ini selalunya cuba mencari-cari fakta² agama berkaitan hak² wanita untuk dikelirukan. Jika ada fakta yang membela wanita mereka diamkan tetapi jika ada fakta yang mengongkong wanita padahal ada hikmah di sebaliknya, mereka akan cepat² mengkajinya supaya dapat diseleweng secara halus. Isu agama yang paling popular untuk diKELIRUkan adalah poligami. Padahal poligami adalah penyelesaian kepada isu sosial manusia. Jika sudah terlampau ramai wanita dan sedikit lelaki di dalam populasi sesebuah tempat maka apakah penyelesaiannya? Golongan ini agaknya lebih rela berlesbian sesama sendiri dari dijadikan 'mangsa' poligami.

Sebenarnya kaum wanita penganut Islam Liberal ini tidak faham masalah mereka sebenarnya. HUKUM AGAMA TIDAK BOLEH DIUBAH tetapi sikap manusia boleh diubah. Sesungguhnya segala hukum Islam berkenaan wanita adalah untuk memuliakannya, bukan untuk mengongkongnya. Menyelamatkannya bukan untuk memenjarakannya. Bukankah Islam menggariskan boleh berpoligami jika MAMPU dan hendaklah bersikap ADIL. Jika tidak mampu bersikap adil ataupun kurang mampu dari segi kewangan, jangan mimpilah nak berpoligami. Tetapi nampaknya mereka juga telah dikelirukan dan dicucuk-cucuk oleh orientalis Barat supaya menghentam hukum agama bukannya sikap sesetengah lelaki yang sengaja menggatal tanpa alasan yang kukuh. Seterusnya mereka meleret-leret seperti terkena jangkitan demam campak dengan menyalahkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model terbaik mengamalkan poligami yang berlebihan.

Padahal mereka tidak mengkaji bilakah ayat yang menghukumkan poligami turun, tujuan Nabi dan siasah Nabi ketika itu dalam berpoligami. Mereka tidak cuba mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w malah memburuk-burukkan Nabi Muhammad sebagai gila seks dan pantang melihat dahi licin. Begitu hina Nabi Muhammad s.a.w di mata wanita Islam Liberal ini padahal Nabi Muhammad lah manusia yang amat menghormati wanita. Tahukah kamu wanita Islam Liberal bahawa sebelum kedatangan Islam, wanita dilayan bagai haiwan dan hanyalah berstatus sebagai hamba seks sahaja.

Bayi perempuan dibunuh dan dianggap s***. Wanita berstatus kelas rendah setaraf hamba². Wanita sama ada dilayan baik atau dipijak-pijak adalah mengikut selera kaum lelaki yang mendominasi seluruh kehidupan wanita. Tetapi Nabilah yang berjuang siang dan malam membebaskan wanita dari pandangan negatif masyarakat. Nabi dilontar batu sehingga berdarah seluruh tubuhnya. Nabi terjatuh ke dalam lubang sehingga patah dua batang giginya. Nabi berdakwah, turun berperang dan berhijrah beratus batu dalam panas terik semata-mata untuk mengucapkan:

"...Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia..." (Khutbah Terakhir Rasullullah).

Siapa yang benar² ada iman di dadanya pasti sedih dan mengalir airmata mengingat betapa beratnya penghinaan terhadap Nabi Muahammad s.a.w dari sesetengah wanita yang tidak diketahui mengapa begitu bencikan Nabi yang berjuang membebaskan wanita dari perhambaan seks oleh kaum lelaki.


Mengapa? Mengapa ini terjadi? Jawablah wahai wanita Islam Liberal. Apa salah Nabi Muhammad sehingga kamu membencinya. Ayat² di atas di petik dari khutbahnya yang terakhir sebelum kewafatannya. Inilah kata² agung dari seorang yang teramat Mulia di sisi Allah. Betapa mulianya wanita di mata Rasullullah s.a.w sehingga soal wanita menjadi perkara penting sebelum baginda pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya. Baginda tidak memperkatakan jumlah unta dan kambing, pembangunan kota Mekah dan Madinah, persiapan peperangan, soal logistik mahupun bekalan makanan untuk tahun itu tetapi WANITA, setaraf dengan persoalan solat lima waktu, zakat dan haji di dalam Khutbah Terakhir baginda. Sehingga baginda menggeliat-geliat kesakitan akibat sakarat maut, baginda masih lagi memikirkan umatnya melebihi diri sendiri apabila berbisik

"ummati...ummati...ummati..."

dari bibirnya yang kebiruan dan wajahnya yang telah ditutup oleh anaknya Fatimah yang mulia.

Golongan Modenisasi dan Demokrasi

Golongan ini biasanya berpendidikan dan bijak pandai. Pergerakan mereka sistematik dan tersusun. Percakapan mereka bernas dan banyak memukau pendengar. Perwatakan mereka menarik dan kemas. Mereka pandai mengkomersilkan diri mereka. Ada di antara mereka bergerak di bawah pergerakan Islam dan ini adalah sesuatu yang normal dan menjadi kemestian bagi golongan Islam Liberal mencucukkan jarum mereka. Mereka akhirnya akan terlibat dalam politik yang menjadi tujuan mereka.

Mereka berfikiran terbuka. Mereka amat menghormati agama² lain dan bersetuju dengan dialog antara agama (interfaith dialogue) yang sebenarnya menghentam Islam semata. Mereka gemar berkawan dengan rakan² dari luar negara yang menaburkan pujian dan harta benda ke tubuh mereka. Yahudi Zionis pun dianggap saudara sendiri bukan seperti para mufti yang asyik menghentam (menegur sebenarnya) keterlanjuran mereka menghuru-harakan umat Islam. Golongan ini terdiri daripada ahli politik, pemimpin² dan ahli korporat. Mereka amat menghormati hak² individu dan kebebasan bersuara. Bagi mereka sesetengah hukum Islam terutamanya Hukum Hudud melanggar hak asasi manusia. Tidak ada cita² untuk melaksanakan sepicing pun hukum Jinayah Islam dalam pemerintahan dan undang² negara. Sebut sahaja "Hudud" mata mereka seakan terbelalak dan tiba² tubuh terasa panas seperti mahu demam. Begitu bencinya mereka terhadap hukum Allah Maha Pencipta yang menciptakan mereka dari air mani yang hina, tetapi bila sudah terasa gagah mahu mencabar pula hukum Allah. Sebut "Hudud" tergambar tangan yang terpotong, padahal tidak semudah itu hukum Islam menjatuhkan hukuman ke tahap potong tangan. Ada saksinya, ada perbicaraannya, ada budi bicaranya. Jika tidak cukup saksi, pesalah akan dihukum cara lain seperti dipenjarakan atau denda. Belajarlah bab Jinayah (kenegaraan) iaitu bab pentadbiran negara dan undang² dalam Islam. Ini tidak belum apa² lagi sudah menghentam hukum Islam dan semua bab berkaitan peraturan dalam Islam diperlekehkan. Mungkin bab mandi wajib sahaja yang digemari oleh golongan Islam Liberal ini.

Mereka tidak berasa yakin dengan Islam walaupun mereka ada yang dilabel sebagai pemimpin Islam, modenis Islam, pejuang pembaharuan Islam dan sebagainya. Perasaan 'inferiority complex' terlampau menebal dalam diri mereka sehingga sanggup mencium tangan Yahudi, Illuminati-Dajal dan Kristian demi sesuap nasi, sekelumit sanjungan dan sedikit rasuah berbentuk pangkat dan jawatan.

Begitulah di antara jenis² golongan Islam Liberal yang menjadi parasit dalam umat Islam. Golongan ini amnya memiliki ketidakyakinan diri (lacking in self-confidence) terhadap agama sendiri dan cenderung menafsirkan agama berdasarkan akal. Mereka juga sering membandingkan agama sendiri dengan agama² lain berdasarkan PENGANUT ISLAM BUKAN KEBENARAN DAN KEINDAHAN ISLAM ITU SENDIRI. Sebab itu Yusof Islam (Cat Steven) pernah berkata:

"Aku bersyukur kerana mengenali Islam terlebih dahulu sebelum mengenali orang-orang Islam"

Mereka selagi mengaku Allah s.w.t adalah Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul-Nya perlulah bertaubat dan insaf. Mereka perlu disedarkan. Mereka sebenarnya telah menempuh jalan yang sesat lagi menyesatkan. Sama ada mereka sedar atau tidak, mereka telah menjadi sebahagian dari barisan hamba² Dajal Laknatullah untuk mengelirukan umat manusia khasnya umat Islam yang paling dibenci mereka dari satu-satunya agama yang diredhai Allah s.w.t. Islam.

Berhati-hati dengan golongan ini. PERHATIKAN KE MANA ARAH TINDAKAN MEREKA DAN SETIAP PERCAKAPAN MEREKA. Rujuk Jigsclue ini selalu. Insya Allah anda tidak akan terperangkap dalam permainan kotor mereka. Ada dikalangan mereka yg mengamalkan Islam Liberal ini selalunya tidak mengetahui atau mengaku bahawa mereka berfahaman liberal kerana pemikiran mereka telah di asuh samada di universiti ataupun telah terpedaya dengan bisikan zionis dan sering menunding jari ke arah Islam Sekular yang kononnya Islam Sekular ini kafir tanpa mengetahui bahawa mereka sendiri ke arah kesesatan. Orang-orang ini silalah kembali ke pangkal jalan.

Wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan