Sabtu, 26 September 2009

HIROSHIMA 64 YRS LATER

THE AFTER PICTURES ARE VISUALLY EXTRAORDINARY

HIROSHIMA 64 YRS LATER...

Hiroshima, Nagasaki
1945






We all know that Hiroshima and Nagasaki were destroyed in August 1945 after explosion of atomic bombs. However we know little about the progress made by the people of that land during the past 62 years.

Now

Here are some photos...

THE COLORFUL CITY





















Shicida Methods - Jadikan Anak Anda Pandai

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :



1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a�..b�.c�.d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya Tolong senyap Along berbanding Along Jangan bising .

JIKA WANITA DIUMPAMAKAN IKAN

Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?

IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai ada nilai, ada kualiti.
INI WANITA BERKERJAYA.....

IKAN ARWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya.....
So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya....
INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas........

IKAN MAS KOKI
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya.
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.....
INI BINI ORANG.......

IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium.
Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii.......

IKAN KELI

Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja.
Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN.........

IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja.
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain....
INI BINI SENDIRI....

SUNNAH MINUM AIR ZAMZAM SAMBIL BERDIRI

Kebetulan salah seorang guru yang baru menunaikan haji telah membawa juadah dari tanah suci serta satu bekas air zamzam. Antara guru yang meminumnya menyatakan bahawa minum air zamzam sunat diminum sambil berdiri. Ada hadis sahih katanya. Saya pernah dengar perkataan ini dilafazkan tahun lepas oleh seorang penceramah motivasi yang popular di sekolah-sekolah di Kelantan. Adakah benar Islam menganjurkan sedemikian?

Ini berpunca hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim: Bahawa Ibn Abbas berkata aku menghidangkan air zamzam kepada Rasulullah saw. Maka baginda minum dalam keadaan berdiri. Bila dilihat perbahasan ulama berkaitan hadis ini, tiada seorang pun yang mengatakan sunnah minum air zamzam dalam keadaan berdiri. Namun diingatkan bahawa terdapat hadis yang bermaksud bahawa Rasulullah saw bersabda : Janganlah seseorang kamu minum dalam keadaan berdiri. Jika sesiapa terlupa, maka hendaklah dia memuntahkannya.( Riwayat Imam Muslim) Dalam hadis yang lain juga Imam Muslim juga meriwayatkan daripada Anas Bin Malik bahawa Rasulullah saw melarang seorang lelaki minum sambil berdiri.

Berkenaan dengan hadis Nabi saw minum daripada telaga zamzam dalam keadaan berdiri. As-suyuti berkata ini menunjukkan harus berbuat demikian dan kemungkinan ketiadaan tempat untuk duduk kerana sesak dengan manusia di tempat telaga zamzam itu atau pun kerana tempat itu basah. Hadis-hadis semakna dengan ini semuanya menunjukkan harus minum berdiri dan hadis-hadis yang lain dengan nyata melarang perbuatan tersebut. Ibn Hajar menyebut dalam Fath al-Bariy berkaitan dengan pertembungan hadis-hadis ini dengan berkata antara takwil yang dipilih oleh ulama ialah dengan menyelaraskannya bahawa hadis-hadis larangan tersebut membawa maksud ;makruh tanzihir17;( larangan berupa makruh/ tidak digalakkan) dan hadis-hadis itu menunjukkan keharusan.

Inilah yang dipilih oleh al-Khattabi, Ibn Battal dan selainnya. Al-hafiz Ibn Hajar berkata bahawa inilah jalan yang paling baik, paling selamat dan paling jauh daripada pertentangan( Umdah al-Qarir17;, Syarah Sahih al-Bukhari, Badr al-Din al-r16;Ainiy). Imam al-Nawawiy berkata : yang benar ialah sesungguhnya hadis yang melarang itu menunjukkan ;makruh tanzihir17; adapun Rasulullah saw minum dalam berdiri menerangkan tentang keharusannya ( Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawiy). Imam Ibn Qayyim berkata dalam Zad al-Mar17;ad dalam bab khilaf tentang keharusan minum berdiri : Petunjuk Nabi saw ialah minum sambil duduk.

Dan inilah kebiasaan petunjuknya sebagaimana hadis sahih yang melarang minum berdiri. Sementara hadis sahih yang menunjukkan baginda minum berdiri ulama ada yang berpendapat hadis ini menasakh( membatal ) hadis larangan. Golongan yang lain pula berkata larangan itu menunjukkan bukan haram cuma makruh dan meninggalkan yang utama. Golongan ketiga pula mengatakan sebenarnya tiada percanggahan antara keduanya. Sesungguhnya Nabi minum sambil berdiri itu kerana keperluan. Baginda datang ke telaga zamzam ketika sahabat sedang memberi minum daripada telaga zamzam. Maka sahabat menghulurkan bekas kepada Nabi saw. Maka Nabi saw pun minum sambil berdiri dan ini kerana keperluan.

Jika dilihat dari sudut sunnah Qawliy( Perkataan Nabi) dan sunnah Fi'liy( perbuatan Nabi). Hadis yang melarang merupakan hadis Qawliy sementara hadis menunjukkan harus itu sunnah fi'liy. Mengikut kaedah, sunnah qawliy menjadi dasar hukum berbanding sunnah fi'liy.( Kaedah Memahami Hadis-hadis Saling Bercanggah, Hafiz Firdaus Abdullah) Oleh yang demikian percanggahan hadis-hadis tersebut bermaksud larangan itu bermaksud makruh bukan haram.

Maka seseorang itu hendaklah berusaha untuk menjauhi minum sambil berdiri kecuali kerana uzur, lupa atau apabila keadaan tidak mengizinkan. Apatah lagi, Ilmu kedoktoran moden mengatakan bahawa minum dalam keadaan berdiri menyebabkan air yang mengalir jatuh dengan keras pada dasar lambung dan menumbuknya, menjadikan lambung menjadi kendur dan menjadikan pencernaan sulit.

Perkara ini juga disebut oleh Ibn al-Qayyim dalam Zad al-Mar17;ad dalam bab kemerbahayaan minum sambil berdiri. Dalam memahami sunnah Rasulullah saw kita hendak merujuk kitab syarah-syarah yang muktabar untuk mengetahui maksud sebenar sesuatu sabdaan Rasulullah saw. Bukan membuat kesimpulan hanya berdasarkan zahir hadis semata-mata. Ini menyebabkan berlakunya salahfaham dalam menghayati sunnah Nabi Muhammad saw.

USAH MERUNGKAI PERIBADI

Bukan mudah untuk menjaga rahsia dan juga menjaga amanah. Kerana rahsia atau amanah itu adalah perkara paling berat dalam kehidupan kita. Begitu juga apabila sesuatu kepercayaan yang telah diletakkan kepada seseorang kepada kita, kepercayaan itu harus digengam erat tanpa sedikit pun perasaan untuk meleraikannya. Sekali kita cuba meleraikannya, seumur hidup kepercayaan itu tidak akan digalang lagi kepada kita.

Bukan mudah untuk mempercayai orang lain selain daripada diri sendiri. Sungguh besar nilai dan harga yang perlu dibayar untuk memastikan bahawa kepercayaan itu tidak dikhianati. Kepercayaan itu hadir daripada sebuah hubungan yang ikhlas, tanpa ada rasa sedikit pun keraguan terlintas. Sebab itu percaya membawa bahagia dan rasa diri berharga.


KISAH SILAM

Kisah silam yang dilalui oleh manusia tidak seharusnya dirungkai dan dicoret-coret isinya. Biarlah ia terus dikambus, dikambus oleh kebaikan dan amalan baik yang dilakukan. Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan perkara ini sering-kali diulang-ulang dari Quran bahawa kesilapan itu ditebus melalui sesalan. Sesalan yang bersungguh-sungguh dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi, iaitu TAUBAT.

Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.

Mengapa kita suka membaca isi silam orang lain? Adakah perkara itu sebuah keseronokan atau sebuah kelucuan yang harus kita sebar-sebarkan? Ataupun mungkin kita suka mencungkil-cungkil rahsia orang lain yang tersembunyi, kemudian dihebahkan kepada orang lain untuk merendahkan atau menghina seseorang itu? Islam melarang perbuatan mencungkil rahsia yang tersembunyi , kemudian menyebarkannya kepada umum. Perbuatan itu dikategorikan sebagai mengumpat/ghibah.

Rasulullah pernah bertanya makna mengumpat kepada para sahabatnya. Kemudian para sahabatnya mengatakan tidak tahu. Kemudian Rasulullah berkata;

Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.

Kemudian ada sahabat bertanya:

Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?

Baginda menjawab;

Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya.(Hadis riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, walaupun sesuatu perkara yang kita sebar-sebarkan itu sekalipun benar, tetapi tidak disukai oleh empunya diri maka ia termasuk dalam kategori mengumpat. Amat malang dan besar dosanya kepada sesiapa yang tergolong dalam golongan ini, kerana mereka yang tergolong dalam golongan ini disamakan dengan orang yang memakan daging saudaranya, sesuai dengan firman Allah;

Janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.(al-Hujrat; ayat 12)


YANG TERSEMBUNYI TETAP TERSEMBUNYI

Rasulullah tidak pernah menghebahkan atau membuka keburukan orang lain yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, walaupun baginda mengetahui keburukan orang tersebut melalui pemberitahuan dari orang lain atau dari perlaku perbuatan tersebut. Hal ini dapat kita selami melalui sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim.

Diceritakan bahawa ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah, kemudian dia berkata;

Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (meraba-raba), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.

Lalu Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya; Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu.

Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan terus berlalu pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah dalam surah al-Hud ayat 114;

Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Kemudian ada seorang bertanya kepada rasulullah, Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi saw, Bahkan untuk manusia keseluruhannya.

Jangan keliru atau terkeliru, Islam memang mengharamkan perbuatan yang mendekati kepada zina, lebih-lebih lagi zina. Tetapi Islam juga mengharamkan kita mendedahkan aib orang lain, iaitu perbuatan dosa yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak mengancam kepada keselamatan awam disamping perlaku tersebut berusaha untuk menyembunyikannya.

Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq, ada menyatakan Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Bagaimanapun, jika pelakunya melakukannya secara sembunyi-sembunyi dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya.

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi kerja seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim dan Bukhari, Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya). Justeru, tiada seorang pun mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi. Terutamanya maksiat hati seperti riyak, kemunafikan, kesombongan, dengki, kedekut dan lain-lainnya. Sekalipun agama menganggapnya sebagai dosa besar, namun tidak dibantah-selagi tidak zahir dalam bentuk amalan. Sebabnya ialah kita diperintahkan untuk menghakimi manusia apa yang kita nampak. Manakala hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah.


PERINGATAN


Usahlah kita menilai dan menghukum seseorang itu berdasarkan kisah-kisah silam mereka. Usahlah kita bersangka buruk di atas kekhilafan yang pernah mereka lakukan. Usahlah menghina atau merendahkan darjat mereka di atas kehinaan yang pernah mereka lakukan. Tetapi nilailah kehidupan mereka pada masa kini, adililah mereka atas sikap dan perlakuan mereka pada hari ini, dan hukumilah mereka di atas apa yang mereka dipertanggungjawabkan pada masa kini. Pandanglah dengan pandangan segar, pandangan masa depan tanpa menoleh ke arah peristiwa atau titik-titik hitam di belakang hari.

Moga peringatan ini dititipkan kepada rakan-rakan kita yang lain, selain ia menjadi nasihat dan azimat kepada diri kita sendiri, kerana kehidupan itu ada fasa-fasanya.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani (al-Hujrat)

25 PESANAN LUQMANUL HAKIM

#
Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH
#
Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
#
Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
#
Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
#
Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
#
Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
#
Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
#
Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
#
Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
#
Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
#
Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
#
Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
#
Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
#
Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
#
Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
#
Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

#
Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
#
Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
#
Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
#
Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
#
Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
#
Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
#
Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
#
Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
#
Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
KENAPA ANDA PERLU YAKIN DENGAN MyMode?

1.) MyMode Jenama produk kepada Syarikat Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd (618758-H) yang berdaftar secara sah dan halal di Malaysia. MyMode juga telah didaftarkan sebagai Pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)]. Syarikat yang berdiri teguh ini diterajui oleh Datin Fara H. Dalela, sebagai pengerusinya. (Rujuk: http://www.asiam.com.my/com_mcmc.htm).

2.) MyMode satu-satunya syarikat prepaid yang berjaya menjalinkan kerjasama erat dengan salah sebuah bank yang terbesar di Malaysia, iaitu MAYBANK BERHAD. Sekarang urusan memasukkan modal ke akaun MyMode anda menjadi lebih mudah. Lihatlah MyMode tertera di skrin ATM Maybank anda. (Anda boleh rujuk sendiri di laman web rasmi maybank2u disini: http://www.maybank2u.com.my/maybank_group/products_services/e-channels/mymode.shtml)

3.) SATU-SATUNYA PROGRAM PREPAID MENYEDIAKAN PROGRAM KEBAJIKAN!
MyMode sentiasa menitik beratkan kebajikan ahlinya. Bukan itu sahaja, waris ahli juga dijaga. Dengan program MCCP (MyMode Community Care Programme), sekiranya ahli yang menyertai meninggal dunia, waris terdekat akan menerima sumbangan dari dana khas yang dikumpulkan. Semoga dapat meringankan beban tanggungan kita..

4.) MyMode BUKAN skim cepat kaya, piramid, money games, saham internet atau derma. MyMode merupakan program berkonsep MLM yang menjual produk-produk keperluan kepada 18 juta rakyat Malaysia masa kini, iaitu PREPAID HANDPHONE. Agen MyMode menyediakan dan menjual produk-produk hebat CELCOM, MAXIS, serta iTALK, Ring-Ring Card, TM Net dan Jaring 24 jam sehari dimana-mana sahaja mereka berada melalui kecanggihan teknologi SMS.



BAGAIMANA ANDA JANA KEWANGAN?

1.) PALING JIMAT: Beli prepaid Untuk Diri Sendiri. Tidak perlu menguntungkan kedai jika anda dapat menjual dan membelinya sendiri. Bayangkan kos top up anda setiap bulan RM30 seminggu. Anda boleh menjimatkan duit anda RM6 sebulan dengan komisen yang anda terima. Bukan hanya anda, tetapi perbelanjaan prepaid isteri dan anak-anak tanggungan anda juga mampu dikurangkan.

2.) PALING SENANG: Jual prepaid. Tak pernah dengar penjual prepaid, tiada customer. Tak ada modal ada laa, sebab ramai sangat nak beli. Customer pulak yang mencari anda , kalau sekali dia dah tau anda ada jual prepaid. Bukan dia sahaja, habis kengkawan, jiran, bos pejabat semuanya dihebah-hebahkan. Tidak payah menjaja langsung. Lagi satu, tak payah bawa apa-apa stok. Semua produk dalam HP kita. Nak produk, baru order pakai SMS. 10 saat dah sampai.. mudah.

3.) PALING UNTUNG: Kembang Networking atau dapatkan dowline baru. Susah? Tidak lagi sekarang! Dengan bantuan web replika percuma http://www.prepaid4u.net dan konsep online marketing kami yang sangat efektif, kerja anda mempromosi menjadi sangat mudah. Tidak payah jumpa orang, tiada keluar duit minyak, tidak payah berkereta besar, tak payah pakai smart dan tak payah petah bercakap. Sesuai sungguh kepada mereka yang baru nak belajar meniaga dan bagus untuk orang yang pemalu. Satu Tutorial Mengiklan semudah A.B.C disediakan di dalam. Tidak payah mengarang dan tidak payah berfikir. Semua skrip ready to use. Sangat mudah!!

Kesemua urusniaga mymode samada urusan jual-beli atau merecruit agent baru hanya menggunakan SMS sahaja!! Mudah dan efektif!!! Sistem perniagaan berkonsepkan M-Commerce yang diperkenalkan membezakan bagaimana ia akan menjadi 2x, 3x, atau mungkin 100x lebih menguntungkan dari perniagaan secara konvensional. Percayalah! Dengan MyMode, anda mampu mencapai keuntungan sehingga LIMA ANGKA! Tak Percaya?

MyMode amat bagus untuk diceburi sekiranya anda merupakan salah seorang dari golongan dibawah:

1. Pelajar IPTA/IPTS - Yang menggunakan talian prepaid, Member-member ramai pakai prepaid, duduk kolej, susah nak gi kedai untuk top-up handphone, mahukan side income.

2. Graduan University - Baru grad, belum punya kerja, nak releks dulu sebab baru habis belajar, tapi nak duit dengan cara senang, tahu menggunakan komputer dan internet dengan semaksimum yang boleh.

3. Malas kerja - Susah nak kerja bawah orang. Kerja kejap, berenti, tukar kerja lain. Tak boleh dengar cakap boss. Kalau boleh nak jadik boss sendiri. Nak meniaga, modal takde.

4. Pekerja kerajaan - Mahu melakukan sesuatu untuk persediaan sebelum pencen nanti. At least kalau boleh meniaga, nak meniaga. tapi tak tahu nak meniaga apa. Takut risiko pulak nanti.

5. Untuk anak-anak - Gaji besar, duit banyak. Anak-anak asyik mintak duit jer. Dah besar pun taknak lakukan sesuatu. At least kalau boleh ader something yang boleh anak-anak buat untuk side income diorang sendiri. supaya diorang belajar berdikari.

YURAN PENDAFTARAN KEAHLIAN HANYA RM65
SEMUA URUSAN SECARA SMS
KEDAI PREPAID 24 JAM ANYTIME ANYWHERE
ELAUN TAJAAN SEHINGGA RM18 SEORANG
UNTUNG RUNCIT & SALES POOL
BONUS OVERRIDING
CABUTAN TIKET BERTUAH
BONUS SEMINGGU SEKALI
PENDAPATAN YANG BOLEH DIWARISI
CAPAI PENDAPATAN PULUHAN RIBU TANPA PENGHUJUNG!!

Hanya dengan bertindak lebih bijak.......

prepaid4u.net merupakan salah seorang dari agent mymode yang mengambil pendekatan tersendiri untuk mengembangkan rangkaian downline dengan lebih efisyen dan keluar dari kaedah Networking Business yang konvensional yang memaksa kita meluangkan banyak masa untuk bertemu dengan prospek, penerangan berjela-jela yang memakan masa dan sebagainya. Bagaimana kami dikatakan membantu anda?

Kami telah membelanjakan ribuan ringgit untuk membangunkan sistem ini dimana berdasarkan pengalaman yang ada, ini merupakan cara termudah untuk memastikan anda berjaya dalam mymode. Auto Web Replicator, Random Sponsor Spillover, MultiTask Downline service dan bermacam lagi. Dengan muatan server yang mampu menampung 500 Gigabytes Bandwidth sebulan semuanya untuk anda dan kami berikan secara PERCUMA!! Kami juga menyediakan ruangan FORUM khas untuk anda bertanya tentang masalah yang anda hadapi dalam mymode dan bertukar-tukar pendapat dengan para Upline.

Sistem ini pada mulanya telah dibangunkan secara Manual pada 3hb Februari 2006 dan dalam masa 8 Bulan kami telah berjaya mengembangkan rangkaian kami kepada 3,100 orang downline!! Dan dengan sistem yang lebih canggih ini kami menjangka angka ini akan meningkat ke 5,000 orang agent pada penghujung 2006. Dan sehingga 31 Disember 2007 jumlah agent yang bernaung dibawah group prepaid4u meningkat kepada 45,000 orang!! Tidakkah ini amat menarik?! Jadi mulakan langkah anda sekarang!

http://Prepaid4U.Net/krul_nuox