Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengalu-alukan tindakan beberapa pihak yang bersedia menjadi saksi dalam membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.
Menurutnya, sesiapa saja yang mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu sepatutnya bersedia menjadi saksi di mahkamah jika Anwar meneruskan samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Jika mereka ada bukti, kenapa tidak (mahu jadi saksi?)," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pada Persidangan Tahunan Pimpinan Mahasiswa Malaysia Kali Ke-3 di sini semalam.
Beliau mengulas isu tuntutan saman Anwar terhadap Muhyiddin yang menyifatkan Ketua Pembangkang itu sebagai pengkhianat Melayu berikutan beberapa tindakannya sebelum ini.
Kenyataan Muhyiddin itu disokong beberapa individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Nor, yang menyatakan kesediaannya menjadi saksi utama dalam kes tersebut.
Dalam laporan akhbar ini hari ini, kata Ezam, Anwar pernah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mendapatkan undi kaum Cina dan India.
Dr. Mahathir menambah, beliau percaya Anwar akan menggunakan apa sahaja cara untuk kepentingan kerjaya politiknya.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegaskan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih diperlukan di negara ini terutama bagi mengekang unsur yang menyemarak kebencian kaum.
Sabtu, 26 September 2009
Mercun, Ucapan Maaf & Duit Raya
Dalam penulisan ini, saya ingin menyentuh 3 perkara berkenaan hari raya yang sering dilakukan oleh umat Islam. Apakah pandangan Islam terhadap Mercun, pemberian duit raya dan ucapan ‘Maaf Zahir Batin
Main Mercun

Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 4 (2) memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki dan mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Dari pandangan Islam pula saya kira amat mudah untuk diketahui hukumnya. Semua perkara yang membawa mudarat kepada diri dan orang lain adalah diharamkan di dalam Islam.

Secara ringkas, antara sebab yang menjatuhkan bermain mercun dalam kategori haram adalah :-
1)Mudarat Kepada Diri
Ini tidak perlu lagi dihuraikan. Cukup laporan akhbar ini sebagai fakta : BUKA DI SINI

2)Mudarat Orang Lain
Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di tepi-tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat.
Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Saya boleh menggangap ia terdapat persamaan dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak-kanak atau bayi hilang nyawanya.
Nabi s.a.w bersabda :
من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه
Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)
Saya masih ingat kisah yang disiar oleh akbar tahun lepas, bagaimana mercun masuk dalam buaian seorang bayi.
Baca juga kisah ini "Dalam pada itu, ibu Mohd. Syafiq, Saripah Ali, 43, berkata, anaknya sedang mengangkat kain di kawasan jemuran asrama kira-kira pukul 6 petang apabila sebiji mercun bola dilemparkan ke arahnya.
‘‘Mercun yang dilempar ke arahnya terkena di bahagian bawah mata kiri menyebabkan matanya cedera," katanya".
Baca Di Sini
3)Pembaziran
Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya.
Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelajkan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun.
Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya.
Saya kira, tidak perlu dihurai panjang isu ini disebabkan kejelasannya.
Sebagai kesimpulan, ibu bapa yang membelikan mercun ini tidak terlepas dari dosa pada pandangan Islam. Mereka sepatutnya bersifat tegas dalam hal ini melarang sebarang penglibatan anak-anaknya terutamanya jika mereka terjebak dalam membuat mercun sendiri seperti mercun buluh dan lain-lain.
Isu Duit Raya
Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.
Perspektif Baik :
Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.
Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-
كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة
Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari)
Justeru, sekiranya ia dapat diberikan dalam bulan Ramadhan sebagai sedeqah sudah tentu keberkatan pahalanya berlipat kali ganda berbanding memberikannya di bulan syawal.
Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya'.
Saya harap masyarakat yang mengamalkannya akan memperbetulkan niat mereka dengan memasang niat ia sebagai sedeqah dari bulan Ramadhan dan bukan sekadar adat hari raya semata-mata.
Perspektif Negatif
Ia boleh menjadi amat buruk dan sewajarnya di jauhi apabila : -
1) Seseorang memberikannya dengan niat ingin menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan menayangkan jumlah yang diberinya dan ada pula yang terpaksa berhutang demi memberikan ‘duit raya'. Ini tidaklah di benarkan sama sekali menurut Islam.
Justeru, perbezaan niat seseorang menentukan samada pemberian duit rayanya menjadi ibadat atau tidak.
2) Terdapat juga ‘duit raya rasuah' yang mungkin diberikan oleh ahli perniagaan kepada pegawai tertentu bagi mempengaruhi keputusan pegawai itu di kemudian hari. Ia adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam.
3) Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.
Ini boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersifat rakus dengan harta dunia di setiap kali tiba hari raya. Pandangan ini ada benarnya.
Walaupun demikian, pada hemat saya faktor sebegini sukar untuk menjadikan seluruh amalan pemberian duit raya sebagai haram. Bagi mengelakkannya dari jatuh kepada haram, si pemberi mestilah mengingatkan penerima agar bersyukur dengan apa jua jumlah yang didermakan dan berhati-hati dengan keseronokan sementara dari fitnah bernama ‘duit' dan ‘wang' ini.
Jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat ianya haram. Wajiblah ia untuk menahan diri dari memberikan sebarang duit raya kepada kanak-kanak. Tiada ertinya ia mengatakannya haram, dalam masa yang sama ia sendiri masih memberikannya sewaktu hariraya.
Justeru, pada hemat saya, pandangan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu adalah lebih ringan dan mampu dilaksanakan oleh masyarakat hari ini yang telah membudayakannya sebagai amalan tahunan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ‘adjust' niat, dan beberapa hal lain agar pemberian itu menjadi sebuah sedeqah yang berguna buat ahli keluarga terdekat, pemberi dan penerima.
4) Bagi mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat terpuji jika dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan dari mana-mana bank dan institusi kewangan konvensional yang haram.
Ini kerana ia boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia jelas termasuk dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan bantuan dan promosi kepada perkara yang haram.
Sebuah hadis menyebut :
لعَنَ رسولُ اللَّهِ في الخمرِ عشرةً عاصِرَها ومُعتصِرَها وشارِبها وحامِلَها والمحمولَةَ إِليهِ وساقيَها وبائعهَا وآكلَ ثمنِها والمشتَري لها والمشترى لهُ
Ertinya : Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : Hasan Sohih)
Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.
Sebuah Hadith lagi : ertinya
قال لَعَنَ رسول اللَّهِ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قال قلت وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ
Ertinya : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )
Justeru, jika ia berlaku juga, saya bimbang pahala hasil sedeqah duit raya itu pastinya tergugat. Ia sama seperti memberi duit raya menggunakan sampul duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?.
Ucapan Maaf Zahir Batin
Ucapan Maaf Zahir Batin sering diberikan oleh rakan dan taulan sempena hariraya ini. Amalan maaf bermaafan asalnya adalah bersifat ‘neutral' dan boleh diteruskan di hari raya ini asalkan ungkapan kemaafan yang dipinta dan yang diberi adalah beserta penyesalan yang benar atas segala kesilapan yang dilakukan.
Ia selaras dengan objektif Ramadhan bagi mencapai keampunan Allah SWT sebagaimana di fahami dari Hadith :
جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ،
Ertinya : "Datang kepadaku Jibrail lalu berkata : " Celaka ke atas seorang hamba yang sempat bertemu Ramadhan dan keluar darinya tetapui tidak mendpaat keampunan terhadap dosa-dosanya, lalu aku (Rasulullah s.a.w) berkata : Ameen. (tirmidzi, ibn hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh Az-Zahabi, Abu Yu'la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja'd ; Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad - no: 644)
Bagi seseorang yang berdosa dengan Allah SWT, amat diharapkan beroleh keampunan di bulan Ramadhan ini.
Bagaimanapun, jika melakukan dosa dari jenis kesalahan kepada manusia lain seperti mengumpat, memfitnah, memukul, merendahkannya, mencuri duitnya dan lain-lain. Seolah-olah keampunan yang sepatutnya diperolehi dari ramadhan tergantung kepada keampunan manusia yang pernah dizalimi ini.
Tatkala itu, mangsa sahaja yang mampu mengampunkan orang yang menzaliminya.
Pada hemat saya, objektif mendapatkan keampunan Allah sukar untuk dicapai sebaiknya jika tidak ada proses maaf bermaafan di hujung ramadhan atau di awal Syawal.
Mengambil peluang cuti dan bertemu di hari raya sebagai waktu yang sesuai untuk meminta ampun. Oleh kerana itu, saya secara peribadi tidak nampak sebarang masalah dalam amalan ini selagi mana ia dilaksanakan dengan ilmu dan ikhlas. Wallahu ‘alam.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

RM308Juta Bajet Tahunan 1MF1T
Pasukan Formula Satu (F1) 1Malaysia akan mempunyai modal permulaan sebanyak RM168 juta manakala bajet tahunan pasukan dianggarkan sebanyak RM308 juta.
Pasukan itu dalam satu kenyataan akhbar berkata, Proton Holdings Bhd. akan memberi lesen jenama Lotusnya kepada Pasukan F1 1Malaysia (1MF1T).
Lesen kerjasama itu termasuk pelbagai faedah bagi Lotus dan juga Proton membabitkan pindahan teknologi, hak pemasaran dan peluang pekerjaan, kedua-duanya dalam Pasukan F1 negara, di pusat teknikal kumpulan di Sepang dan pangkalan satelitnya di Norfolk, United Kingdom.
1MF1T merupakan projek yang dibiayai swasta dan dimiliki bersama oleh Kumpulan Tune, Kumpulan Naza dan Litespeed UK.
Kumpulan Tune dimiliki bersama oleh Ketua Pasukan 1MF1T, Datuk Seri Tony Fernandes dan Pengarah 1MF1T, Datuk Kamarudin Meranun.
Pengarah 1MF1T lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Zahri Ismail daripada 1Malaysia F1 Sdn. Bhd.
Kerajaan tidak memegang sebarang ekuiti dalam projek tersebut, sama ada secara langsung atau tidak menerusi mana-mana syarikat berkaitan kerajaan.
Pasukan itu akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi Petronas bagi membantu merealisasikan aspirasi mewujudkan kelas modal insan berintensifkan pengetahuan dan teknologi tinggi bagi negara.
Composites Technology Research Malaysia (CTRM), pakar pengeluar bahan komposit utama, juga akan menjadi sebahagian daripada projek itu, kata kenyataan tersebut.
Perancangan sedang berjalan lancar untuk membangunkan pusat teknikal, penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan Pasukan F1 1Malaysia di kawasan seluas 8 hektar di Litar Antarabangsa Sepang.
Fernandes menyifatkan pasukan itu sebagai satu pencapaian luar biasa bagi semua rakyat Malaysia.
"Negara-negara lain berusaha keras membida peluang ini tetapi Malaysia menerusi usaha padu dan kekuatan dalam semangat sebenar 1Malaysia, berjaya meraihnya.
"Ini akan menjadi peluang terbaik bagi korporat Malaysia berkongsi impian ini yang akhirnya menjadi satu kenyataan," katanya.
Fernandes berkata, projek itu akan membantu Malaysia menggerakkan rantaian nilai dengan memberi penekanan kepada inovasi dan teknologi.
"Setelah terlibat dengan dunia Formula 1, kami amat teruja Malaysia memiliki pasukan Formula 1 sendiri dan faedah besar yang bakal diraih negara daripadanya," katanya.
Fernandes juga berkata, pasukan itu gembira dapat bekerjasama dengan Proton yang membolehkan kedua-duanya menumpukan kepada perniagaan terasnya dan dalam masa yang sama saling berkongsi faedah daripada kerjasama tersebut.
"Saya juga amat gembira bahawa hubungan kami dengan CTRM dan SIC, dengan UTM dan UTP semakin kukuh setiap hari. Ia satu penghormatan besar untuk bekerjasama dengan institusi yang memartabatkan semangat wawasan 1Malaysia, Perdana Menteri," katanya.
Fernandes berkata, program itu diwujudkan terutamanya untuk mengukuhkan asas perindustrian Malaysia, memberi inspirasi kepada pelajar untuk menumpukan kepada pelbagai kemahiran, menaikkan imej negara sebagai destinasi pelancongan dan menyediakan kelebihan kompetitif bagi negara di persada dunia.
Sementara itu, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, syarikat tersebut juga amat teruja dan menyokong inisiatif Malaysia itu.
"Menerusi perjanjian pelesenan antara Lotus dan pasukan itu, perkaitan jenama akan memberi faedah kepada Lotus dan juga Proton dan pastinya akan meningkatkan kesedaran jenama global," katanya.
Begitu juga, Syed Zainal berkata, Kumpulan Proton berharap dapat memanfaatkan peluang ini daripada aspek teknikal dan kejuruteraan.
"Pendedahan yang bakal diperoleh daripada perlumbaan Formula 1 tidak ternilai harganya, terutamanya apabila Lotus merupakan pengeluar kereta sukan terkenal dan juga firma kejuruteraan yang dihormati," katanya.
Pasukan itu akan menggabungkan krew pit dan teknikal Malaysia seramai 200 orang yang diuruskan oleh salah seorang daripada pengarah teknikal paling dihormati dalam dunia Formula 1, Mike Gascoyne.
Pasukan telah pun mengupah pasukan pakar antarabangsa teras yang mempunyai rekod prestasi baik dalam pelbagai disiplin kejuruteraan, reka bentuk dan pembuatan.
Ini bagi memastikan pasukan F1 1Malaysia memiliki standard antarabangsa, bersedia dan mampu bersaing dengan pasukan handalan dunia di pentas perlumbaan paling berprestij di dunia itu.

Kahwin Untuk Melacur
CHINA DOLL’ sanggup kahwin dengan lelaki tempatan untuk jadi pelacur di negara ini.
Eksploitasi Akta Imigresen yang memberikan pas lawatan sosial kepada wanita warga asing yang berkahwin dengan lelaki tempatan untuk membolehkan mereka berada di Malaysia selama setahun.
Jika masuk sebagai pelancong biasa tempoh yang dibenarkan untuk tinggalkan di negara ini hanya tiga bulan.Dalam serbuan Imigresen di Pulau Pinang, 14 wanita warga China yang disyaki pelacur mempunyai suami di negara ini.
Kesemuanya memiliki sijil kahwin untuk membuktikan perkahwinan dengan suami masing-masing.
‘China Doll’ iaitu gelaran untuk wanita warga China yang terbabit dengan sindiket pelacuran di negara ini kini semakin berani termasuk sanggup berkahwin dengan lelaki tempatan bagi mengabui mata pihak berkuasa.
Tujuan mereka berkahwin tidak ikhlas, sebaliknya hanya untuk dijadikan platform supaya boleh tinggal lebih lama di Malaysia bagi tujuan pelacuran.
Melalui perkahwinan itu, golongan tersebut boleh tinggal selama setahun di negara ini melalui pemberian pas lawatan sosial jangka panjang.
Peruntukan itu terdapat di bawah Akta Imigresen, malah ia boleh diperbaharui setiap tahun sekiranya tamat tempoh. Berbanding sebagai pelancong, wanita warga China hanya boleh tinggal tidak lebih tiga bulan.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman yang bimbang dengan trend terbaru sindiket pelacuran itu.
Katanya, perkara itu ada asasnya apabila dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di Pulau Pinang baru-baru ini, semua 14 wanita negara tersebut yang disyaki pelacur mempunyai suami di negara ini.
“Mereka (sindiket) kini berani mengeksploitasi Akta Imigresen. Kesemuanya memiliki sijil perkahwinan sah untuk membuktikan perkahwinan dengan suami masing-masing.
“Kita juga telah hubungi ‘suami’ masing-masing dan mereka datang dan mengakui berkahwin dengan wanita-wanita itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Kata Abdul Rahman, pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan terpaksa membebaskan wanita-wanita berkenaan kecuali dapat membuktikan mereka menawarkan khidmat seks.
“Perkembangan itu membimbangkan kita kerana ditakuti akan menjadi ikutan sindiket-sindiket lain.
“Taktik baru ini menunjukkan sindiket pelacuran semakin bijak bermain dengan undang-undang negara,” ujar beliau.
Bagaimanapun setakat ini, imigresen belum dapat membuktikan sama ada ‘suami’ kepada wanita warga asing tersebut diupah untuk perkahwinan itu.
Ketua Jabatan Pengaduan Awam dan Perkhidmatan MCA, Datuk Michael Chong ketika ditemui berkata, jika dahulu suami menjadikan isteri sebagai mangsa pelacuran, kini keadaan sudah berubah.
Katanya, sebelum ini, beliau pernah mengendalikan masing-masing satu kes wanita warga China dan Vietnam yang dipaksa suaminya menjadi pelacur.
“Kalau ada wanita menjadi mangsa, begitu juga berlaku sebaliknya sekarang. Ada berpura-pura berkahwin tetapi sebenarnya untuk terlibat dalam pelacuran tanpa pengetahuan suami dan sebagainya,” jelasnya.
Beliau berkata, sehubungan itu, pihaknya meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara tersebut bagi mengelakkan Akta Imigresen disalah guna.
“Kelonggaran diberikan negara ini kepada rakyat yang berkahwin dengan warga asing menunjukkan keprihatinan kerajaan tetapi malangnya ia telah dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.
“Jikalau dahulu ramai mengadu kesukaran pasangan mereka untuk menetap di negara ini, namun apabila kelonggaran diberi, ia disalah guna pula,” katanya.

Pas Nafi Kaji Kedudukan Dalam Pakatan
Naib Presiden Pas Pusat, Salahuddin Ayub, berkata Pas tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) pada semua peringkat.
“Oleh kerana Pas tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul dan tidak harus ditimbulkan,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yang dipetik daripada media rasmi parti Harakahdaily.net, semalam.
Beliau berkata, Pas tetap dengan komitmen untuk bersama PR.
“Jika ada masalah yang berlaku, ia perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar,” katanya.
Semalam akhbar ini melaporkan Pas Selangor sedia meneliti secara terperinci saranan pemimpin PR supaya parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan berkenaan berikutan pendirian Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dirombak.
Pada masa sama, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman, mempertahankan pendirian Pesuruhjaya Pas negeri itu yang mempertikaikan kewibawaan ahli panel Selcat dan mencadangkan jawatankuasa itu dianggotai golongan profesional yang tiada kepentingan politik.

LPK Saman Kontraktor PKFZ RM920j
Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM920 juta terhadap kontraktor siap guna untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan penasihat projek yang dilantik, BTA Architect kerana didakwa membuat tuntutan tidak munasabah bagi projek berkenaan.
Pengerusi, LPK Datuk Lee Hwa Beng memfailkan saman itu sendiri di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, kira-kira jam 11 pagi.
Bagaimanapun, beliau enggan memberikan salinan kedua-dua saman itu kepada media.
Dalam kenyataan diedarkan kepada media, saman itu antara lain menuntut perjanjian dan deklarasi mengenai projek berkenaan dikaji semula bagi membolehkan bayaran setimpal dibuat kepada KDSB untuk kerja pembangunan PKFZ dan meminta mahkamah mengisytiharkan notis arahan pembayaran yang dikeluarkan PKFZ tidak sah serta terbatal.
LPK juga memohon mahkamah mengisytiharkan pembatalan bagi pembayaran kepada KDSB untuk kerja bekalan air, longkang dan projek tambatan banjir berjumlah RM837 juta.
Selain itu, LPK memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kerja pembangunan yang sedang dijalankan KDSB dipantau syarikat perunding bebas yang dilantik mahkamah.
LPK juga menuntut KDSB selaku pemaju utama PKFZ membayar kos bagi kerja membaiki semula projek yang tidak disiapkan dengan sempurna berjumlah RM34 juta, ganti rugi kerana gagal menyiapkan ruang meletak kenderaan setinggi empat tingkat serta faedah dan kerosakan lain yang difikirkan perlu oleh mahkamah.
Bagi penasihat projek yang dilantik untuk memantau kerja pembangunan PKFZ, BTA Architect, LPK menuntut ganti rugi kerana didakwa salah guna kuasa dan cuai dalam melaksanakan tugas.
Dalam saman yang difailkan itu, LPK turut menuntut mahkamah membatalkan perjanjian menaikkan kadar faedah dari 5 peratus sehingga 7.5 peratus setahun yang ditandatangani pada April 2006 di antara LPK dan KDSB.
Bercakap kepada pemberita, Lee berkata, LPK memfailkan saman sebanyak RM1.64 bilion terhadap KKSB dan BTA Architect termasuk tuntutan berjumlah RM720 juta, minggu lalu.
Beliau tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tuntutan ganti rugi yang akan difailkan terhadap kedua-dua pihak itu jika ada keperluan.
"Kita berharap tuntutan ini dapat mengurangkan beban LPK untuk membayar hutang kepada kontraktor," katanya.
KDSB adalah pemaju yang dilantik LPK pada 2003 bagi membangunkan PKFZ di tapak seluas 405 hektar bersebelahan Pelabuhan Utara di Klang.
Syarikat itu menjadi tumpuan baru-baru ini berikutan didakwa mengenakan caj berlebihan terhadap LPK bagi projek PKFZ, menyebabkan lembaga itu dan projek berkenaan menanggung kerugian.
Laporan audit mengenai projek PKFZ yang dibuat atas arahan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, turut menamakan KDSB antara pihak yang dipersalahkan terhadap kegagalan PKFZ.

BENAR-BENAR REALITI!

Alamilah Satu Pendapatan Luar Biasa Hebat, Melalui Program Perniagaan Yang Bertaraf Profesional. Sertai Dengan Rasa Lebih Selamat..Dan Mulakan Kehidupan Lebih Berkualiti Selepas Ini! Sekiranya, Anda Tercari-Cari, Bagaimanakah Cara Menambah Pendapatan, Kini Anda Telah Jumpai. Satu Formula Yang Benar-Benar Berkesan. Anda Sedia? Apa tunggu lagi..Jom Sertai Kami..

Sistem ganjaran bagi setiap perbelanjaan sudah lama diamalkan, tetapi kini sesuai dengan peredaran zaman buat pertama kali, setiap sen yang anda belanjakan, akan menerima ganjaran dalam bentuk RM selain itu anda juga berpeluang menjana pendapatan sampingan sehingga
RM50,000 setiap bulan!
MODAL RENDAH, UNTUNG MAKSIMA!

PLAN A - Bonus penajaan (referral)
AM (Associate Manager)
Bonus penajaan (referral): Anda dibayar RM30 bagi setiap ahli baru yang anda perkenalkan. Jika anda berjaya menaja 6 orang sahaja, bermakna anda akan memperolehi bonus penajaan: RM30 x 6 = RM180.00, lebih dari modal yang anda keluarkan!.
UM (Unit Manager)
Apabila telah menaja 3 AM dan mempunyai 200 rangkaian, anda dinaikkan pangkat ke UM (Unit Manager). Anda dibayar RM40 untuk setiap ahli baru yang anda perkenalkan. Anda juga override RM10 untuk setiap ahli baru yang ditaja oleh AM di bawah anda.
GM (Group Manager)
Apabila anda mempunyai 2 UM (Unit Manager) di bawah anda dan 600 rangkaian, anda dinaikkan pangkat tertinggi GM (Group Manager). Anda dibayar RM45 untuk setiap ahli baru yang anda sendiri perkenalkan. Anda juga override RM15 untuk setiap ahli baru yang ditaja oleh AM dan RM5 untuk setiap ahli baru yang ditaja oleh UM di bawah anda.
PLAN B - Marketing Development Bonus

PENGAGIHAN BAYARAN RM18
RM10 – 10 GENERASI (RM1)
RM3 – POOL (AM 5%, UM 7%, GM 10%)
RM1 – “TOP-UP REWARD POOL”
RM 4 - SYARIKAT
SIMULASI PENGIRAAN POOL UNTUK PANGKAT GM (10%)
SEKIRANYA ADA 3000 AHLI DIBAWAH RANGKAIAN
3000 X RM3 = RM9000 X 10% (POOL)
RM900 - PENDAPATAN 10 HARI.
HAD MAKSIMUM PENDAPATAN ANDA SETIAP 10 HARI ADALAH RM88,572.00. HAD MAKSIMUM SEBULAN PENDAPATAN ANDA DI PLAN B ADALAH RM265,716.00 SEBULAN
PLAN C - SHOPPING REBATE BONUS
Bonus ini diperolehi berdasarkan jumlah point yang terkumpul daripada network di sebelah kiri (A) dan kanan (B). Kombinasi jumlah mata belian (spending points) kumpulan A dan B, dibahagi dua dan didharab dengan 10% (iaitu 5%).
Contoh:
Downline anda belanja RM100 di restoran, dengan rebate 10% kepada SVR (RM10)
Rebate ahli 25% = RM2.50 (2.5 mata belian/spending points)
Jika jumlah A dan B ialah 10,000 spending points (10,000 / 2 x 10%) = RM500.
Pendapatan maksima bulanan ialah:
AM (Associate Manager) maksima: RM10,000 sebulan
UM (Unit Manager) maksima: RM30,000 sebulan
GM (Group Manager) maksima: RM50,000 sebulan
Syarat kelayakan: belanja bulanan RM100 sahaja.
Berbelanja adalah cara mudah untuk mencapai lebih dari jumlah tersebut.
Tukarkan perbelanjaan merchant anda setiap bulan, kepada sumber pendapatan!.
SEMUA BONUS PLAN A, B DAN C KITA AKAN DAPAT DENGAN SATU HARGA AHLI RM168 (SEMENANJUNG) DAN RM180 (SABAH/SARAWAK)

Sila lawat http://www.svr2u.net/?member=krul_nuox
Langgan:
Catatan (Atom)