Sabtu, 6 November 2010

Rahsia Telur




Rahsia Telur



*Telur kaya dengan protein, lemak, Vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium. Tetapi awas, jangan makan terlalu banyak kerana telur juga tidak baik untuk mereka yang mahu merendahkan tahap kolesterol.

*Kulit telur berwarna putih dan coklat kerana perbezaan baka ayam. Perbezaan warna pada merah telur pula adalah disebabkan perbezaan jenis makanan yang dimakan oleh ayam.

*Ruang udara kecil di dalam setiap butir telur menjadi lebih besar mengikut usia telur. Jadi kita boleh menjalankan ujian ringkas untuk mengenal pasti sama ada telur itu baru atau lama. Caranya, rendam telur (yang belum dimasak) di dalam segelas air; telur yang mendap ke bawah adalah baru, manakala yang condong, agak lama. Jika mengapung, bermakna telur itu tidak elok lagi.

*Simpan telur dengan penjuru lebih tajam ke bawah, dan jauh daripada makanan-makanan yang berbau seperti ikan atau bawang kerana ia menyerap bau.

*Jika merebus jangan masukkan telur di dalam air yang masih sejuk kemudian merebusnya. Tetapi biarkan air mendidih terlebih dahulu, kemudian masukkan telur perlahan-lahan, dan rebus selama 10 hingga 12 minit.

*Sekiranya telur retak semasa merebus, masukkan sedikit garam atau cuka di dalam air rebusan untuk mengelak isinya terkeluar.

*Untuk mengelak bahagian luar merah telur menjadi kebiruan apabila direbus, letakkan telur yang telah masak di bawah air paip, ketuk sedikit, dan biarkan sejuk.

*Kulit telur mempunyai liang yang menyerap bahan asing, termasuk bakteria. Jika telur direndam atau dibasuh terlalu lama, liang-liang itu akan mengembang dan memudahkan bakteria masuk, terutama jika telur kotor.

*Jika ayam diternak dalam persekitaran kotor, ia akan dijangkiti penyakit dan bakteria seperti Salmonella, yang boleh dibawa melalui telurnya.

*Bakteria dalam telur mati apabila telur dimasak pada suhu tinggi. Jadi, telur yang dimasak sepenuhnya selamat dimakan. Telur mentah atau separuh masak mempunyai risiko keracunan Salmonella. Maka golongan berisiko seperti orang tua, mereka yang berpenyakit dan wanita hamil patut mengelak daripada makan telur mentah atau separuh masak.

Rumah bentuk kapal di Russia

Lukisan bogel dilelong RM213 juta

NEW YORK - Satu lukisan seorang wanita bogel yang dihasilkan oleh Amedeo Modigliani dilelong di sini pada harga AS$68.9 juta (RM213 juta) kelmarin.

Rumah Lelongan Sotheby's menyatakan lima pembida bersaing untuk membeli lukisan yang berjudul La Belle Romaine itu.

Lukisan itu pada awalnya dilelong pada harga AS$40 juta (RM123 juta).

Pembeli lukisan baru itu tidak didedahkan.

Pelukis lukisan itu hidup di antara 1884 hingga 1920.

Pada mulanya, pelukis itu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja mengukir tetapi mengubah untuk melukis kerana masalah kesihatan. - Agensi

Perdana Menteri langgan Nadia Macri pelacur kelas atasan

Perdana Menteri, yang cukup terkenal dengan sikap suka berfoya-foya berdepan satu dakwaan terbaru apabila beliau dikatakan membayar seorang pelacur kelas atasan untuk mendapatkan khidmat seks, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelacur cantik bernama Nadia Macri itu memberitahu dia menghabiskan masa bersama Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi sebanyak dua kali di rumahnya dengan bayaran mencecah AS$14,495 (RM44,738), selain diberi barangan kemas.
Nadia yang berusia 28 tahun itu turut mendakwa melihat Berlusconi melakukan hubungan seks dengan beberapa orang wanita di dalam sebuah jakuzi.
Dakwaan itu dibuat dalam satu kenyataan kepada pihak pendakwa raya yang melakukan siasatan berhubung parti-parti seks dan dadah yang diadakan di rumah percutian milik Berlusconi.
Nadia menyatakan, ganja ditawarkan kepada wanita-wanita pada parti itu.
Menurutnya, dadah itu ada di dalam pesawat rasmi Berlusconi.
Jika benar, dakwaan tersebut boleh menjejaskan karier Perdana Menteri itu.
Peguam Berlusconi, Niccolo Ghedini bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.
“Tiada perkara yang tidak senonoh berlaku di rumah Berlusconi,” katanya.
Kenyataan Nadia setebal 300 muka surat itu bocor kepada media Itali.
Sebelum ini, Berlusconi mendapat liputan meluas berikutan hubungannya dengan seorang penari gelek, Karima Keyek yang berumur 18 tahun. – Agensi

PANTUN MARI BERSOLAT

Berbaju kurung bertuduh labuh
berkain pelikat berselipar jepun
awal pagi bangunlah solat subuh
agar hidup sentiasa rukun

pagi-pagi minum kopi
bekalan untuk perjalanan ke Johor
pandu kereta berhati-hati
masuk waktu solatlah zohor

sambil bersembang memakan kacang
melihat abah berkereta besar
hari sudah hampir petang
marilah segera bersolat Asar

waktu petang menjamu roti
roti di beli di kedai Wahib
dahaga lagi minumlah kopi
sebelum kita bersolat Maghrib

bonda cantik ayahanda kacak
hulurkan senyuman tampak berseri
bila malam solatlah Isyak
baru cukup SOLAT WAJIB 5 waktu sehari

Sejarah Ringkas Kota Makkah

Sejarah Kota Makkah

  Sejarah kota Makkah dan pentadbiran kaum Quraisy sebelum kedatangan Islam.

Pendahuluan :


* Konsep Makkah dari segi bahasa.

* Demografi kota Makkah.
* Latar belakang kota Makkah dari pembukaan lembah Makkah sehinggalah kegemilangan Makkah semasa diketuai oleh Qusay bin Kilab apabila Makkah menjadi pusat perdagangan dan kebudayaan.


Sejarah kota Makkah
:

* Ia dimulai dengan pendudukan puak Amaliqah, diikuti Jurhum dari Yaman. Keluarga Nabi Ibrahim iaitu anaknya Nabi Ismail telah berkahwin dengan suku Jurhum dan telah melahirkan golongan Musta’ribah. Selepas itu muncul Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun.


Penguasaan Qusay bin Kilab ke atas kota Makkah :


* Selepas Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun muncul pula kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab dan muncul juga Bani Harith yang diketuai oleh Amru bin Luhai dan memperkenalkan agama penyembahan berhala di Makkah setelah terpengaruh dengan corak penyembahan kaum Balqa.



Nabi Ibrahim :


* Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bertanggungjawab memajukan kota Makkah dan semakin bertambah maju apabila adanya telaga air zam-zam dan telah didirikan kaabah. Baginda telah menyeru agar masyarakat Arab ketika itu menganut agama Allah dan mengerjakan haji. Dalam masa yang sama kedatangan Bani Khuzaah telah menjadikan Makkah sebagai pusat penyembahan berhala dan mempunyai 360 buah berhala sekitar kaabah. Amalan ini berterusan sehingga pentadbiran Qusay bin Kilab dan Nabi Muhammad s.a.w. setelah baginda menerima wahyu pada 610 M.


Pentadbiran Kaum Quraisy :


Corak Pentadbiran :


* Corak pentadbiran yang diamalkan adalah kabilah semenjak penguasaan Bani Khuzaah untuk menarik ramai orang mengunjungi Makkah ketika itu seperti menyediakan makanan bagi orang yang mengerjakan haji, menguruskan kaabah dan menyediakan kemudahan para pedagang. Pemerintahan ini dikuasai oleh golongan bangsawan. Sebuah majlis telah ditubuhkan iaitu Majlis Syuyukh yang berperanan membuat peraturan dan menyelesaikan masalah politik, ekonomi dan sosial. Ia dianggotai oleh penyair, pemidato, panglima dan aristocrat.



Pemimpin kaum Quraisy :


* Pemimpin kaum Quraisy diketuai oleh Qusay bin Kilab. Permulaan lokasi penempatan mereka adalah di Lembah al Bitah dan mahir dalam bidang ketententeraan serta bertindak mengawal kota Makkah dari sebarang ancaman musuh.


Penubuhan Darul Nadwah :


* Qusay telah membina Darul Nadwah sebagai tempat perbincangan pemimpin-pemimpin kota Makkah, tempat sambutan majlis peristiwa-peristiwa bersejarah. Contohnya Abu Jahal pernah berbincang di Darul Nadwah bagi menentang Nabi Muhammad s.a.w. dari terus menyebarkan agama Islam.


Penubuhan Jabatan :


* Qusay telah menubuhkan beberapa jabatan baru seperti Sadanah al-Bait untuk menguruskan kaabah, Majlis al-Siqayah untuk menguruskan air, al-Rifadah untuk menguruskan makanan, al-Liwa’, Unnah, Khazanah, Asynaq dan Hijabah. Jabatan ini masih diteruskan oleh anak cucu Qusay setelah Qusay meninggal dunia iaitu dari keluarga Abdul Manaf, Hashim dan Abdul Mutalib


Majlis Suku :


* Majlis Suku atau Asyirah ditubuhkan untuk melicinkan urusan pentadbiran suku-suku dan struktur politiknya secara berkumpulan. Selain itu , ditubuhkan juga majlis eksekutif yang dianggotai orang-orang tua yang berumur 40 tahun ke atas.


Hubungan Diplomatik :


* Hubungan diplomatic dijalankan bagi mengelakkan ancaman musuh. Contohnya pada masa pimpinan Abdul Manaf dan Hashim, Makkah telah menjalinkan hubungan dengan Negara jiran.


Pengisytiharan Tanah Haram :


* Kawasan Tanah Haram telah diisytiharkan untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan kota Makkah. Diisytiharkan juga bulan-bulan yang diharamkan berperang seperti Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam untuk mengerjakan haji manakala Rejab pula untuk mengerjakan umrah. Ia dikenali sebagai al- Asyhurul Hurum.


Peraturan Adat dan Nenek Moyang :


* Peraturan adat dan sunnah nenek moyang diamalkan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Setiap individu, suku dan kabilah terpelihara keselamatan mereka selagi menghormati kabilah masing-masing. Sebarang pencerobohan akan ditentang dan terdorong dengan semangat assabiyah.

Kesimpulan :


Dasar pemerintahan sedemikian oleh kaum Quraisy menjadikan kabilah Quraisy sebagai kabilah yang disegani kerana berupaya mentadbir Makkah . Kota Makkah telah menjadi pusat ibadat, kebudayaan, perdagangan dan keamanan, maka ia telah digelar sebagai ‘ jantung hati Semenanjung Tanah Arab’

Tanpa Orang Ini Handphone Tidak Pernah Ada


”Tanpa penemuannya, tak akan ada orang yang melenggang sambil menelepon dengan handphonenya. Ia telah membuat bisnis (handphone) terbentuk dan menjadi bisnis.” (Frank Vigilante tentang Amos Joel Jr, penemu ”switching”handphone , ”New York Times”)

Peradaban manusia modern tak terelakkan lagi bertumpu pada dua penemuan teknologi yang amat berpengaruh, yakni internet dan telepon seluler (handphone). Kedua teknologi di atas kini menjadi andalan manusia dalam berkomunikasi, berkarier, berbisnis, dan aktivitas lain.


Dalam hal internet, orang mengenal tokoh-tokoh penemunya, seperti Bob Taylor, ahli psikoakustik dan Direktur Program Riset Komputer di Defense’s Advanced Research Project Agency (DARPA) tahun 1966.


Pada masa itulah Taylor mendapat ide untuk menghubungkan komputer- komputer dalam jaringan. Selain Taylor, ada pula Larry Robert, pionir jaringan komputer di Laboratorium Lincoln, Massachusetts Institute of Technology (MIT), satu-satunya ilmuwan di AS yang dianggap dapat mewujudkan jaringan yang dibayangkan Taylor. Tentu saja ada Vint Cerf dan kawan-kawan dari University of California, Los Angeles.

Sementara itu, dari dunia komunikasi seluler, ada nama penemu handphone Martin Cooper yang saat itu 35 tahun silam, tepatnya 3 April 1973 bekerja di Motorola. Orang masih bisa menyimak impian Cooper, yang antara lain membayangkan handphone ukuran kecil, dipasang di balik telinga, dan secara otomatis menghubungi nombor seseorang manakala penggunanya berniat menghubungi nombor tersebut.

Tetapi, fokus kali ini bukan kepada Cooper, tetapi pada sosok lain yang juga berjasa besar dalam perkembangan komunikasi seluler. Tokoh ini tidak lain adalah Amos E Joel Jr, pionir sistem penyambung (switching) handphone dari satu wilayah sel ke wilayah sel yang lain. Switching ini harus bekerja ketika pengguna handphone bergerak/berpindah dari satu sel ke sel lain sehingga pembicaraan tidak terputus.


Karena penemuan Amos Joel inilah penggunaan handphone menjadi nyaman.


Selain sistem switching handphone, yang dipatenkan dengan nomor 3.663.762, Joel juga ambil bagian dalam pengembangan traffic service position system (TSPS) yang digunakan untuk mengotomatiskan pekerjaan operator telepon dan automatic intercept system (AIS) yang diciptakan untuk menangani panggilan ke nombor tak aktif secara otomatik.



Penemu besar


Amos Joel Jr yang lahir di Philadelphia, 12 Maret 1918, memang diakui dunia sebagai pakar di bidang switching. Ia mendapat ijazah bachelor (1940) dan master (1942) dalam teknik elektronik dari MIT.


Tidak lama setelah studi, ia memulai karier selama 43 tahun (dari Juli 1940-Maret 1983) di Bell Telephone Laboratories, tempat ia menerima lebih dari 70 paten Amerika di bidang telekomunikasi, khususnya di bidang switching.

Joel—yang tahun ini masuk dalam National Inventors Hall of Fame—tutup usia Sabtu, 25 Oktober, di rumahnya di Maplewood, New Jersey, dalam usia 90 tahun.

Pengguna handphone di seluruh dunia kini dapat merenungkan, apa arti sumbangan Joel dalam peradaban seluler dewasa ini. Ini disimpulkan oleh Frank Vigilante, yang pernah menjadi salah seorang penyelia Joel di Bell Labs dalam kutipan di atas.



Pelajaran bagi penemu


Joel menjadi penemu besar tentu karena memiliki kepandaian tinggi, tetapi selain itu juga ada kepiawaian lain. Ternyata sejak kecil Joel suka otak-atik barang elektronik.

Sebagai anak laki-laki, tutur Andrew Martin dalam obituarinya di New York Times, Joel acap merakit sistem komunikasi untuk teman-temannya, menggunakan perlengkapan telepon tua yang ditinggalkan dalam apartemen kosong. Ia juga mencoba membuat switching sederhana.


Ketika menuturkan kembali kariernya kepada koran The Star-Ledger di New Jersey beberapa bulan silam, Joel menyebutkan, hal-hal yang ia kagumi semasa kecil dan itu adalah penyambung (switch) pada kereta listrik mainannya dan pesawat telepon putar (dial) pertama yang ada di rumahnya.


”Saya ingin tahu, bagaimana barang-barang itu bekerja,” tuturnya.



Ketika masih di perguruan tinggi, ia bertemu dengan istrinya—Rhoda Fenton—yang lalu ia ajak ke ruangannya untuk melihat paten-paten yang ia kumpulkan.


Seusai kencan, Fenton mengira Joel sinting, tetapi akhirnya ia menerima Joel dan keduanya menikah selama 58 tahun.


Selain senang mengotak-atik alat komunikasi, Joel juga senang mengajar. Setelah Perang Dunia II, ia mengembangkan dan mengajar kursus mengenai sistem switching dan perancangan sirkuit, sampai akhirnya ia menemukan alat tagihan telepon otomatik pertama.


Atas jasa dan sumbangannya, Joel pernah mendapat penghargaan Inventor of the Year oleh New Jersey Congress of Inventors, dan menerima penghargaan paling tinggi Institute of Electrical and Electronic Engineers (IEEE), yakni Medal of Honor.


Penghargaan lain yang pernah ia terima adalah Kyoto Prize in Advanced Technology (1989) dan National Medal of Technology (1993) serta Stuart Ballantine Medal dari Franklin Institute.

Ketika komunikasi handphone menjadi demikian vital dalam peradaban sekarang ini, sumbangan Amos Joel patut dikenang dan kebiasaannya menggeluti teknologi dan itu lalu menghasilkan penemuan yang bermanfaat bagi umat manusia, sungguh patut ditiru.