Beberapa tahun yang lepas sejak sebuah akhbar tempatan menghebahkan tentang penemuan Kota Gelanggi/Linggiu oleh penyelidik bebas Raimi Che Ross, masyarakat terutarnanya yang benninat tentang sejarah dan warisan sering tertanya apakah benar kola ini wujud. Apakah pula penemuan kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Jabatan Muzium Malaysia. Walaupun cerita ini sudah hilang di akhbar tempatan isu yang sarna masih bincangkan oleh pelbagai pihak dengan teori masing-masing.
Pada 28 April 2006 Encik Khalid Syed Ali, Kurator Arkeolgi Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Warisan Negara memberikan jawapan kepada pelbagai persoalan ini melalui kertas kerja bertajuk Merungkai Misteri Kota Purba Linggiu yang dibentangkan dalam Siri Forum Kurator 2006 anjuran Jabatan Muzium Malaysia. Beliau memberikan maklumat lengkap tentang apa yang dilakukan oleh pihak Jabatan Muzium bagi merungkai misteri kota purba tersebut. Menurut beliau kumpulan penyelidik seramai 15 orang telah dibentuk untuk menyertai ekspedisi mencari Kota Linggiu. Kumpulan yang diketuai Jabatan Muzium Malaysia ini turut disertai Pusat Remote Sensing Negara (MACRES), tokoh akademik clan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, clan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Persatuan Ikatan Arkeologi Malaysia, Yayasan Warisan Johor, Jabatan Perhutanan Johor, dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Johor.
Lokasl Yang Dikatakan Sebago! Tapak Kota Purba Linggiu
Lokasi tumpuan kajian berdasarkan gambar satelit
Ketibaan kumpulan penyelidik setelah menyusuri Sungai Linggiu
;
Tugas penyelidik lebih mudah kerana kawasan itu dikenal pasti melalui toto udara yang disiarkan oleh akhbar The Star, 3 Februari 2005 berdasarkan dakwaan penyelidik bebas Raimy Che-Ross sebagai lokasi sebenar Kota Gelanggi (The Lost City of Gelanggi) kata Khalid yang turut menyertai ekspedisi itu: Pada 21 Mac 2005 para penyelidik terus menuju ke lokasi yang di kenal pasti melalui foto satelit yang diusahakan oleh MACRES.
Apabila tiba ke tapak lokasi pengamatan pertama Iditumpukan pada permukaan kawasan berkenaan sama ada terdapat peninggalan sebarang struktur atau binaan. Pemerhatian mata kasar tidak mengalami masalah besar kerana tapak itu bukan kawasan diliputi hutan tebal dan pokok besar, sekadar semak samun dan kawasan belukar yang agak kering. Pencarian diteruskan sarna ada terdapat sebarang kesan, objek atau penemuan yang boleh dikaitkan dengan kewujudan sebuah penempatan khususnya Kota Purba Linggiu. Tiada sebarang jumpaan yang boleh dikaitkan terhadap wujudnya sebuah kota di kawasan itu.
Kumpulan penyelidik menyusuri laluan berbentuk "u" dengan kesan bekas laluan seperti dipaparkan dalam akhbar The Star, juga seperti imej yang diterima melalui foto satelit. Laluan menyusuri kawasan tersebut terpaksa mengharungi semak samun tumbuhan resam dan pakis yang telah meliputi sepanjang jalan sambil cuba mencari kesan fizikal dan batuan hitam (black stone) seperti didakwa yang boleh dikaitkan dengan kewujudan sebuah kota purba. Tiada satu pun bukti yang ditemui kecuali beberapa bongkah batu pasir (sand stone) sebagai hasil pembentukan semula jadi di beberapa tempat laluan tersebut.
Kesan aktiviti pembalakan.
Kiri : Imej satelit. Kanan: Gambar dari The Star
Menurut Khalid, setelah menamatkan pusingan "U" tapak yang didakwa sebagai kola purba, kumpulan penyelidik cuba mencari petunjuk lain untuk memungkinkan tinjaun dan kajian selanjutnya, Damon kesan laluan yang dipenuhi tumbuhan resam jelas menunjukkan laluan itu adalah bekas laluan/jalan aktiviti pembalakan yang pernah dijalankan di kawasan tersebut. Kenyataan ini disokong oleh petugas Jabatan Perhutanan Johor yang turut serta sebagai penunjuk jalan. Tambahan pula tidak ada kesan bukti yang menunjukkan wujudnya binaan tembok barn. Penelitian dibuat apabila didapati terdapat juga dua jajaran jalan balak di sebelah alas kawasan yang sedikit tinggi (seperti berbukit) clan di sebelah bawahnya yang membentuk seperti dua lereng.
Di ruang tengah di antara jalan (lereng) tersebut menampakkan struktur binaan horizontal seakan-akan pembentukanjajaran tembok yang melintang terutamanya apabila dip an dang dari jauh at au tempat yang tinggi. Kumpulan penyelidik menaruh harapan tinggi agar kola yang dicari sudah ditemui. Pengamatan selanjutnya mendapatijajaran itu hanyalah timbunan tumbuhan resam yang nampaknya terbonjol ke luar basil pembentukan dua jalan balak di sebelah alas clan bawah timbunan res am tersebut. Sepanjang kajian penyelidik menggunakan peralatan seperti tukul besi clan "scrapper" untuk memastikan tidak tertinggal untuk menemui pembentukan batuan di sepanjang jalan yang dilalui.
Walaupun tiada bukti arkeologi ditemui di tapak tersebut. Kakitangan Jabatan Hutan Johor dan beberapa orang nelayan tuan punya bot yang menyertai tinjauan di tapak tersebut juga sedikit sebanyak bertindak sebagai responden. Kebanyakan penjelasan yang diperoleh menemukan jawapan yang tidak pasti dan banyak unsur mitos yang_masih membayangi kewujudan Kota Purba Linggiu. Ada juga responden yang memberi jawapan bahawa kemungkinan tapak kota purba yang di cari telah tenggelam akibat pembinaan Empangan Linggiu pada tahun 1990. Empangan ini dibina dan diuruskan olel Public Utility Board, pihak berkuasa Singapura.
Realiti Yang Membongkar Misteri.
Disebabkan masa yang diberikan oleh pihak kementerian agak terbatas, penyelidikan yang dilakukan hanya mengambil masa lebih kurang satu bulan dan tempoh ini tidak memungkinkal penyelidikan mendalam. Namun begitu penyelidikan dibuat dengan pelbagai pendekatan, dan menggabungkan disiplin yang berkaitan seperti Kajian Literatur (berdasarkan penulisan), Kajian Lapangan, Kajian Botani, Tinjauan Geologi, Kajian Bawah Ail clan Ekskavasi Percubaan" kata Khalid yang akhirnya member beberapa kesimpulan penting:
1. Tapak, yang didakwa. tempat kewujudan kota purba tersebut di kawasan Sungai Linggiu dalam kawasan empangan grid bacaan GPS 625129, 218818 tenyata tidak benar. Tiga petak ekskavasi percubaan telah membuktikannya.
2. Dakwaan tapak tersebut telah tenggelam akibat pembinaan empangan juga didapati tidak benar kerana ujian sonar dan aktiviti menyelam secara snockling dilaksanakan di beberapa lokasi di empangan tersebut yang difikirkan berkemungkinan wujudnya kota tersebut berdasarkan cerita cerita lisan,namun tiada bukti positif ditemui.
3. Tinjauan dan survei permukaan ke lokasi Anjung Batu (Ban Berdinding) mendapati kewujudan struktur batuan grait adalah proses semula jadi yang berlaku. Tiada kesal kewujudan fonnasi kota malah tidak ditemui tapak-tapal candi menurut kepercayaan Hindu-Budha di lokasi tersebut
4. Tinjauan dan kajian permukaan di Hulu Sungai Tebak gagal menemui binaan berbentuk kota. batuan yang wujud di tebing sungai itu adalah pembentukan secara semula jad batuan jenis granit dan sand stone.
5.Manuskrip Orang Asli yang didakwa menunjukkan peta lakaran candi kota purba ternyata sengaja dimanipulasikan.
Ekskavasi percubaan untuk mencari bukti.
Tiada kaitan manuskrip tersebut dengan kewujudan kola purba.
6. Tidak ada patung Hindu atau Buddha ataupun inskripsi epigrafi di atas granit yang berusia antara 650 daD 1025 Tahun Masihi ditemui ketika kajian dijalankan seperti didakwa Raimy Che Ros sama ada di kawasan Linggiu, Madek maupun di Kahang.
7. Hasil kajian pennukaan di FELDA Nitar Timur dan Loh Heng, serpihan tembikar yang ditemui adalah tembikar zaman mutakhir (Dinasti Ching) sekitar 1912 untuk kegunaan harian masyarakat marhaen. Tidak ada barangan dagangan apatah lagi sebagai kota pusat perdagangan
8.Kewujudan sebuah kota purba dapat dibuktikan penafiannya berdasarkan pelbagai bukti yang diperolehi secara empiris dan bersifat fizikal berbanding kenyataan yang dibuat melalui pendekatan sastera, magis dan mitos yang cuba direalitikan melalui pendekatan pseudo arkeologi.
Tumbuhan resam dan pakis yang memenuhi laluan
Misteri atau realiti : Hanya Sungai Linggiu yang menjadi saksi kepada sejarah silam yang berlaku di sini
Mencari bukti bawah air di Empangan Linggiu
Daripada kesimpulan yang dibuat basil penyelidikan tersebut, kita amat berharap Raimi Che Ross dapat memberikan jawapan kerana seperti yang dikatakan oleh Khalid sebuah kota yang didakwa sebesar kawasan 'tiga segi emas' di Kuala Lumpur tentulah tidak sukar untuk ditemui buktinya. Apatah lagi kumpulan penyelidik terdiri daripada pakar pelbagai bidang yang pergi ke lokasi dengan harapan untuk menemui kota itu bukan menaflkan kewujudannya. Namun begitu kajian selanjutnya akan diteruskan dan pihak J abatan Warisan tidak secara muktamad mengatakan kota itu tidak wujud cuma berdasarkan kajian yang dijalankan sehingga kirii tidak ditemui sebarang bukti yang dapat mengesahkan kewujudan kota Purba Linggiu.
Sebenarnya kerjasama daripada Raimi individu yang mendakwa menjumpai kota itu tentulah lebih bermakna. Jemputan daripada pihak Jabatan Muzium tidak mendapat jawapan yang menggalakkan daripada beliau. Jika kewujudan kota purba ini ada kebenarannya setiap rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana monumen ini adalah khazanah silam yang tinggi nilainya. Negara kita akan duduk sebaris dengan Pulau Jawa yang berbangga denganCandi Borobudur maupun Kampuchea yang megah dengan Angkor Wat. Siapa yang menjumpai kota itu tidaklah begitu penting berbanding dengan khazanah yang ditemui. .
Kota Gelanggi (Buddha) adalah mitos ciptaan The Star yg mahu menulis semula sejarah Melayu terutamanya keagungan empayar Islam Melaka.
BalasPadamKita janganlah mudah terperdaya dengan cubaan golongan mereka ini.
hmm...sometime the real true is hiding behind a piece of paper written by imaginers...wish they start back they surveys they might get the real story hope so...without manipulation
BalasPadamIt does not matter, weather the structure in Kota Gelanggi (if it exist) is based on Islam, Hinduism, or Budhism. It is part of our heritage and history. What I am interested is the economic benefit. Places like Angkor Wat brings in thousand of tourist, and this create a good revenue for the country. It will be good for all Malaysian.
BalasPadam//Subra
Jika mmg pnh ada yg tjumpa satu kota dlm gua penuh dg patung buddha n tdpt satu patung buddha sgt besar, apakah sb pula pcarian tsebut gagal?
BalasPadamJika mmg pnh ada yg tjumpa satu kota dlm gua penuh dg patung buddha n tdpt satu patung buddha sgt besar, apakah sb pula pcarian tsebut gagal?
BalasPadam