Rabu, 8 Disember 2010

Bolehkah Memberitahu Aurat Kepada Bukan Mahram

Asssalamualaikum..

Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?

Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..

Jawapan:


Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.


a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.


b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)


c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:

“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]

sumber: al-fikrah,net

Tips Mengoda Suami 40an

JUZ NK KONGSIKAN EMAIL YG DIFWD KPD SY FM ANOTHER GRUP, SMOGA DE MENFAATNYE...
ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.


Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.


Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.


Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.


Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.


Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!


Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.


Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.


Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.


Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.


Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.


Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.


Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"


Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.


Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.


Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.


Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.


Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.


Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.


Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!


Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.


Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.


Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.


Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.


Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.


Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.


Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!


Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.


Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.


Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.


Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"


Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"


Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.


Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.


Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.


Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Kekuatan Solat Tahajjud Membina Hubungan Dengan Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sebagai seorang Mukmin, hidup kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Sentiasa melaksanakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang oleh-Nya. Semua bentuk ibadah samaada yang wajib atau pun sunat semuanya akan difokuskan untuk melahirkan jiwa hamba, tunduk dan patuh dan menyerahkan diri sepenuhnya tanpa banyak bicara.

Solat satu ibadah khusus solat sunat yang amat dituntut untuk dikerjakan oleh seorang Mukmin adalah solat tahajjud. Kekuatan solat tahajjud adalah dapat membina hubungan hati dengan Allah s.w.t.

“Tahajjud” bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Solat tahajjud boleh dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah sepertiga malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya solat tahajjud dikerjakan dua rekaat.

Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi s.a.w.: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari)

Sekarang kita bandingkan amalan Rasulullah s.a.w. ini dengan diri kita sendiri yang bergelumang dengan dosa dan amat kurang sekali melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. untung nasib belum dipastikan samada Syurga atau Neraka. Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat tahajjud ini? Adakah kita menganggap diri kita sebanding atau lebih baik daripada Rasulullah s.a.w.?

Firman Allah s.w.t maksudnya :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.

(Surah al-Israa’ ayat 79)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Memang benar solat Tahajjud ini hanyalah solat sunat tetapi ianya adalah solat sunat mu’akkad (yang di tuntut). Sekiranya junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. begitu bersungguh-sungguh memastikan ibadah ini dilaksanakan sehingga bengkak-bengkak kakinya kenapa kita masih berat hati untuk melakukannya. Apatah lagi solat tahajjud ini merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.

Sahabat yang dimuliakan,

Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”

( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Dari Sayidina Umar Ibnu Khattab, dari Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengerjakan solat di waktu malam (tahajjud) serta membaguskan solatnya, Allah akan memberikan dia kemuliaan sembilan macam. Lima macam di dunia, dan empat macam di akhirat.

“Yang lima macam di dunia, ialah :

1. Allah akan memeliharanya dari segala macam bahaya.

2. Ditunjukkan tanda-tanda sebagai orang yang taat pada mukanya.

3. Ia akan dicintai di hati orang-orang mukmin dan segenap hati manusia umumnya dan

4. Pembicaraannya berisi hikmat ,

5. Dijadikan dia orang bijaksana, yakni dia dikurnai fikiran cerdas.

“Yang empat macam di akhirat nanti, ialah :

1. Dibangkitkan dia dari kubur, wajahnya putih bercahaya,

2. Akan dimudahkan dia waktu dihisab,

3. Ia akan melintas di atas shirat (titian) seperti kilat, dan

4. Diberikan buku amalannya di tangan kanannya di hari kiamat."

Sahabat yang dihormati,

Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda maksudnya : “Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan siapa yang yang memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu marilah sama-sama kita perbaiki amal kita dengan mengerjakan solat tahajjud, berdo'a dan bermunajat kepada Allah s.w.t. pada waktu seperiga malam akhir (dari jam 2 pagi -5 pagi). Kerana ketika ini do'a kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Ketika hati dan fikiran kita tenang, sunyi dari kesibukan dunia maka ketika saat inilah jika kita bermunajat hingga menitiskan air mata penyesalan dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. maka akan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. di hari akhirat nanti. Jangan sia-siakan masa dan umur kita dan buatlah sesuatu amalan yang boleh memberi kekuatan dalam membina hubungan kita dengan Allah s.w.t.

Memutuskan Silaturahim, Satu Dosa Besar

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

Riwayat al-bukhari

Huraian:

* Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

* Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

* Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

* Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

* Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Sejadah Bercorakkan BABI



SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Source: Harian Metro
nasib baik bukan bercorak kan kambing biri2 dan babi seperti di bawah ni.


Surat dari Nabi Akhir Zaman

Surat Muhammad SAW Untuk Gereja Vatican.

Aku telah menelefon Nabiku , Nabi akhir zaman, Muhammad SAW dengan hatiku lalu terjadilah surat ini. Dari Muhammad SAW Nabi Akhir Zaman untuk Vatican sebagai hadiah istimewa untuk umat-umatku yang sedang menganut agama Allah dan RasulNya iaitu Islam.


Wahai orang-orang Yahudi dan Kristian,

Tuhan kita Allah SWT, Tuan punya matahari yang kita amat perlukannya itu, telah pernah meminta kamu ciptakanlah matahari lain atau jika kamu tidak mampu cukuplah kamu menukarkan arah perjalanannya dari barat ke timur. Kerana Allah lah yang menerbitkannya di timur dan menurunkannya ke barat. Tapi nampaknya yang itu pun kamu belum pernah mampu. Jadi apakah cukup bijak bagi kamu untuk menentang Allah dan pesuruhNya?

Yahudi yang hidup sezaman denganku sangat terkejut dan marahkan Allah kerana melantikku orang Arab yang yatim dan ummi iaitu yang tidak boleh membaca dan menulis menjadi Nabi penutup. Sungguh tidak disangka bahawa mereka sanggup bersekongkol dengan Iblis untuk menentang Allah dan diriku. Lebih-lebih lagi bila didapati dengan Islam, Allah buatkan bumi dan isinya menyerah diri untuk diperintah dan dinaungi, manakala Yahudi hanya jadi orang buangan, dendamkan itulah wahai Yahudi dan Nasrani, datuk nenek kamu telah bersumpah untuk keturunan Yahudi dan Nasrani akan dijadikan musuh-musuh ketat kepada Allah, Rasul, Islam dan umat-umatnya. Celaka mereka, nescaya akan kami hantar semuanya ke Neraka.


Itulah sumpahnya, lalu dihasut ke dalam hidup anak-anak mereka perasaan dendam yang sama. Seterusnya kepada cucu-cucu, kemudian kepada cicit-cicit sehinggalah semangat dendam ini berjaya dimasukkan kedalam jiwa, otak dan sel-sel darah dan daging keseluruh keturunan mereka hinggalah kehari ini.


Oh Tuhan, begitu dahsyatnya hasad dengki dan dendam yang terjadi kepada musuh-musuh Mu ini terhadap Mu Tuhan. Sedangkan Kau lah Tuhan adalah Zat yang membekalkan oksigen, kesihatan dan wang kepada mereka untuk sampai punah ranahlah bumi dan hancurkan Islam agama Mu. Ya Allah, sungguhlah Kau Tuhan yang Maha Sanggup terhadap penghinaan yang amat dahsyat ini dilakukan untuk Mu oleh hamba-hamba ciptaan Mu.


Para Yahudi sekelian,

Dendam biasanya orang buat setakat anak sahaja. Yakni anaknya ikut membenci musuh ibubapa mereka. Tapi cucu-cucu mereka sudah berlembut atau paling tidak yang pernah kita dengar sumpah-sumpah jahanam kepada musuh-musuh dibuat untuk tujuh keturunan sahaja. Tapi Yahudi dendamkan Islam yakni Allah dan Rasul sampai 100 keturunan. Sedangkan mereka Bani Israel ini sebenarnya telah pernah perjuangkan Allah itu bersama Nabi-nabi mereka beribu-ribu tahun lamanya. Ertinya kejahatan Yahudi ini sesungguhya amat keterlaluan sebenarnya. Nescaya Allah akan adili mereka ini dengan seadil-adilnya yakni akan tiba hari dimana tiada seorang pun etnik ini dibiarkan hidup dibumi ini. Barangkali dengan surat ini adalah dikalangan mereka yang sanggup bertaubat. Manakala bagi penganut Kristian Allah yang Maha Adil akan Islamkan mereka semuanya nanti bersama Imam Mahdi bilamana Allah turunkan Saidina Isa Ibnu Maryam semula ke bumi. Isa AS yang Yahudi sangat membenci, mahu membunuhnya, mensalibkannya, walhal yang dibunuh itu bukan Isa. Isa sebenar dighaibkan ke langit untuk membuat pembelaan kepada kumpulan Kristian yang tertipu oleh Yahudi selama ini , tidak lama lagi.

Para Yahudi sekalian,

Bilamana bumi Allah ini sudah dibersihkan nanti dari sejenis kaum yang sangat tebal rasa dengki dan dendamnya itu kepada Allah , maka akan terjadilah bumi idaman semua, bumi yang Islam, selamat, indah, tenang, aman dan bahagia. Dan barulah bumi akan dikatakan bumiku syurgaku. Allahlah yang menciptakan semua ini atas nama PesuruhNya Nur Muhammad, para keluarga serta sahabat-sahabatnya dan kawan-kawan semuanya.

Dajjal selaku pendita Pope terakhir yang kamu bangga waktu itu sudah tiada. Dibunuh oleh anak Maryam Saidina Isa AS sebagai qisas untuk kamu yang pernah mahu membunuhnya. Tidakkah Adil dan Maha Baiknya Tuhan Muhammad kerana melakukan itu semuanya? Tuhan yang pernah bersabar 1000 tahun melihat kamu menghinaNya dan menghancurkan namaNya.


Waktu itu kau seolah-olah ada Tuhan selain Dia, sedangkan kau terlalu yakin sungguh hanya dialah Tuhan Esa dan satu-satunya. Tuhan gereja hanya mampu pukul loceng untuk hebahkan waktu pertemuan dengannya. Tapi Tuhan sebenar itu sanggup laungkan keseluruh maya pada, didengar sampai ke dalam bumi dan ke dasar lautan, bahawa Dia Allah yang Maha Besar. Apa kamu fikir ada siapa-siapa selain Dia yang benar, yang berani mensyariatkan azan. Kenapa gereja tidak cuba mencabar azan? Melaungkan kata-kata yang sama iaitu siapa bertemu dengan Paus akan diberi kemenangan! Kamu tidak beranikan wahai pendita Yahudi! Bila Tuhan Muhammad sahaja yang berani melakukan azan itu, kau tentu fahamkan apa maknanya? Hingga kini sakitnya hati mu bila azan masih terus dikumandangkan diseluruh muka bumi, bahawa diatas kehancuran agamaNya, nama Allah tetap bertakhta sebagai Tuhan yang Maha Besar. Walaupun orang Islam sudah tidak faham, tapi yang penting kau faham. Mati-matian juga kau cuba untuk hapuskan azan, tapi sepertilah matahari kedua yang tidak dapat kau ciptakan. Maka dengan penuh penderitaan setiap waktu azan kau merasai kelemahan dan kegagalan bahawa tuhan kau yang sebenar-benarnya itu tetaplah Allah yang Maha Besar yang sebenarnya tidak akan membiarkan kau selamanya menguasai bumiNya ini demi keadilanNya kepada semua hamba-hambaNya.


Para Yahudi sekelian,

Bangganya kau kerana dapat merubah manusia semuanya terutama orang Islam menjadi Yahudi semuanya. Semua orang sudah pakai coat dan neck tie Yahudi, pakai topi dan jubah Yahudi di majlis-majlis konvokesyen, pakai uniform-uniform tertentu dalam jenis-jenis pekerjaan seperti doktor, peguam, polis, tentera, pengakap, pandu putri dan lain-lain. Sudah kau sematkan di bendera Vatican anak kunci yang kau gunakan untuk bangunkan dunia sehingga kecelakaan sudah menimpa keseluruh anak Adam yang Islam mahupun yang kafir. Habis semua orang kau kafirkan samada sedar atau tak sedar. Kerana masing-masing menjadikan wang sebagai segala-galanya dan menyandarkan sumber kewangan kepada segala jenis pekerjaan yang kau sediakan. Kalau tak kerja dengan sistem Yahudi, kalau tak belajar di sekolah Yahudi, konon tak boleh hiduplah manusia di dunia ini. Walhal, dunia pernah aman damai sebelum jatuh ketanganmu Yahudi! Menjadikan kebanggaan kau lagi, kerana manusia sudah berpecah belah, berebutan dan berperangan oleh ciptaan-ciptaan kau. Konon kaulah tempat sandaran, Tuhan dan PesuruhNya sudah tidak dipedulikan orang lagi. Dan kau akhirnya amat berbangga kerana tiada seinci pun dari bumi yang akan terlepas dari pandangan kau. Teknologi maya bikinan mu dikira cukup mampu untuk kekal di bumi dan apalah Tuhan Muhammad boleh buat lagi selepas ini? Lalu kau pun berkatalah dengan penuh sombong dan takabur “ Selamat datang Muhammad akan kami hadiahkan bendera Vatican sebagai simbol bumi yang celaka, yang sedang dibawah tapak kaki kami dan kami adalah orang-orang yang terlalu ingin melihat Muhammad mengIslamkannya semula”.

Wahai Para Yahudi,

Sebenarnya Muhammad sudah lama datang ke bumi, yakni lebih kurang 200 tahun yang lalu dihari Haramain jatuh ke tangan mu. Dirikulah yang mengirimkannya sebagai pesuruh, yakni Pesuruh kepada Pesuruh Allah. Kami mengambil sebuah lokasi yang siapa pun tidak menyangkannya termasuk kamu semua sebagai gelanggang. Melibatkan beberapa buah Negara di Timur Jauh, sedangkan pada waktu itu kamu juga berada ditempat-tempat itu sebagai penjajah. Dapat tercium juga pada mu bau wangi yang menakutkan mu. Lalu kau putuskan untuk membunuhnya, lalu dia pun matilah menurut sangkaan mu. Apa kau fikir Muhammad tidak diizinkan oleh Tuhannya untuk bertindak menyelamatkan PesuruhNya dari kejahatan mu yang mahu membunuhnya itu? Tidak wahai Yahudi! Muhammad bahkan mendapatkan kembali kekasihnya itu dengan hidup-hidup seperti terlepasnya Saidina Isa AS dari pembunuhan yang kau lakukan bukan kepadanya.

Selama 85 tahun sudah perkara ini berlakuYahudi. Manalah kau sangka ianya sedang terus berlaku dan lebih-lebih lagi yang kau tak sangkakan ialah bilamana diriku ini mempunyai pesuruh kedua untuk diwakilkan pula dikampung mu dibumi. Namanya bukan lagi Muhammad. Walhal dirinya juga adalah Muhammad, Muhammad ketiga. Kami juga memanggilnya di langit sebagai Syuib bin Soleh. Tapi kalau nama itu kau jumpa di bumi, habis pulalah kekasihku itu kau bunuh. Tidak bijakkah Tuhan Muhammad kerana mengajarkan PesuruhNya menipu kau kerana nama orang itu dibumi bukannya Syuib bin Soleh. Engkau tertipu lagi wahai Yahudi, diatas seribu satu jenis tipu dayamu keatas Umat Islam.


Maka gerakan Muhammad pun sempatlah berlaku dikampung mu. Hinggalah ke hari ini, hari dimana Allah telah menunaikan janjiNya kepada orang Islam, Yakni datangnya sudah Imam Mahdi itu, kamu sebenarnya masih keliru! Apa hubungan Syuib bin Soleh itu dengan Muhammad kedua yang kau tunggu-tunggu itu?


Biarlah sekarang ku bukakan rahsia itu. Muhammad ketiga itu mendapat nama atau gelaran dari TuhanNya sebanyak tujuh nama. Semua nama-nama itu dipakaikan kepadanya oleh saudara-saudara ku yang sangat setia kepadanya. Walaupun disesat-sesatkan oleh kamu, dipenjarakan 10 tahun, dihina-hina diseluruh mimbar-mimbar di Negaranya, dibuang Negara oleh kuncu-kuncu kamu itu 7 tahun, diburu macam kucing kurap bersama pengikutnya itu, disekat segala ekonomi, pergaulan dan peluang-peluang didalam Negara, diharam segala buku, majalah dan media-media cetak dan elektronik yang mereka hasilkan, jemaahnya dianggap haram selepas ajaran Allah dan RasulNya dibawanya itu difatwakan sesat oleh seluruh Ulama-ulama Islam yang kamu ciptakan, akhirnya disihirkanlah dirinya dengan sebesar-besar sihir Yahudi dan seribu satu macam lagi kekejaman yang kamu timpakan kepadanya, keluarganya dan jemaahnya. Namun akhirnya kini dinegaranya itu dia dan jemaahnya telah diterima baik oleh semua kecuali segelintir anak-anak buah kamu yang berpenyakit itu. Adalah hasil kempen Pilihanraya Tuhan oleh parti Tuhan itu membuatkan hati-hati semua rakyat mahukan Tuhan, maka dengan hati mereka memutuskan untuk menerima dan menyokong Abuya dan Jemaahnya.


Wahai orang-orang Yahudi,

Orangku itu, Muhammad ketiga itu, dia mendahului Muhammad kedua untuk membuat tapak kepada Muhammad kedua di bumi. Akulah Muhammad pertama yang merancang ini semua kepada kedua-dua Muhammad itu. Kau tahukan yang aku adalah Muhammad ialah Nur Muhammad yang tidak mungkin padam oleh seribu satu kegelapan yang kau ciptakan sekalipun oleh kewafatan ku. Aku sebenarnya sedang hidup dan aktif memimpin kepada umatku, bahkan akulah yang sedang menulis surat buat mu ini wahai musuh Allah. Hatta usaha-usaha jahat kamu untuk mencuri jasadku untuk dihinakan itupun gagal adalah kerana faktor aku sebenarnya tidak pun mati seperti yang kamu katakan. Kamu tipu orang Islam konon Muhammad sudah wafat dan apa hubungan lagi, walhal kamulah orang yang sangat-sangat menunggu ketibaan ku ke bumi sekali lagi.

Ya, sekarang pun kau dah tahu Muhammad kedua yang kau cuba bunuh 85 tahun yang lalu itu telah kembali ke bumi atas arahan Muhammad pertama. Bersamanya Muhammad ketiga juga yang dia pun aku ghaibkan juga dihari kamu arahkan orang-orang kamu membunuhnya, yakni dihari dia berkata tangkaplah saya, tangkaplah saya, tangkaplah saya, kerana sayalah orangnya yang kamu cari-cari itu. Sayalah Putra Bani Tamim untuk Malaysia dan sayalah Satria Piningit untuk Indonesia.


Marahnya kamu dengan hero ku itu, kau pun kejarlah dia. Maka disaat kau begitu hampir untuk dapatkannya, keluarlah di television kamu semua bahawa Abuya sudah mati. Maka tertipu lagilah kamu wahai orang yang memerangiku oleh Allah yang Maha Pandai menipu daya itu. Cubalah kamu berfikir, masakan orang yang ditugaskan oleh Allah dan Rasul untuk menyempurnakan jadualnya itu boleh mati sebelum kejayaannya. Apakah kau fikir bahawa Zat Tuhan itu ialah Zat yang tidak mampu melepasi halangan kamu? Kalau begitu yang kamu fikir, tentunya kamu bukanlah Yahudi yang aku maksudkan! Sebab Yahudi yang sebenarnya itu ialah orang yang sangat kenal Tuhan, Tuhan yang Maha Berani untuk isytiharkan dipembesar-pembesar suara diseluruh masjid dan surau orang Islam diseluruh dunia sebanyak lima kali sehari bahawa dialah Tuhan yang Maha Besar. Yakni owner kepada Alam, yakni tiada yang mustahil bagiNya. Dia melakukan kepada tiga orang yang kau sangka telah mati dibunuh oleh kamu sebenarnya tidak mati. Mereka datang ke kampong ku, tinggal dengan ku, dengan jasad-jasadnya sekali. Macamlah aku pernah ke Sidratul Muntaha dengan jasad-jasad ku sekali bertemu Tuhanku. Semasa hayatku itu, mereka bertiga ialah lelaki-lelaki ditugaskan untuk membuatkan Yahudi tiada lagi di bumi ini.


i) Saiyyidina Syuib bin Soleh (Putra Bani Tamim)

ii) Saiyyidina Muhammad bin Abdullah (Imamul Mahdi)
iii) Saiyyidina Isa AS (anak Ibu Maryam RA).

Sebenarnya dan sesungguhnya para Yahudi amatlah tahu akan hal ini, bahkan lebih alim dari ulama orang Islam tentangnya. Tapi hasad dengki dan dendam telah sanggup membuatkan mereka menipunya dengan mengatakan semuanya itu karut marut belaka. Celaka Tuhan Muhammad menjanjikan ini semua , akan kami binasakan sampai ke akar umbinya.


Sungguh kejahatan kamu Yahudi sangat menakjubkan sekali, bodoh-bodoh umat Muhammad pun tapi masih boleh diselamatkan. Tapi kamu, bagaimana pula boleh merancang untuk mati atas nama kejahatan ini?


Para Yahudi Sekelian,

Bila umat Islam lihat nanti Abuya bersama Imam Mahdinya berada di bumi semula, ramai-ramai pula mereka akan berkata “Siapakah yang menipu kita selama ini tentang janji Tuhan ini?”. Dan bila mereka tahu bahawa segalanya adalah angkara Yahudi laknatullah, maka ketahuilah bahawa kami tidak perlukan masa yang lama untuk mengucapkan selamat tinggal Yahudi. Masa telah tiba, jalan sudah ditemui untuk kami kembali kepada Siratal Mustaqim yakni jalan Allah dan Rasul. Dan kamu tentu tahu berapakah bayarannya yang akan dituntut dari kamu nanti atas kebinasaan yang sudah kamu timpakan kepada anak cucu kami itu agar ianya jangan lagi berulang atau berterusan. 1000 tahun terpaksa kau ambil untuk menjahanamkan sesuatu yang diriku bangunkan diatas bumi, sedangkan untuk membaikinya Allah izinkan untuk kami dapat melakukannya hanya dalam waktu tak sampai dari separuh waktu kamu itu. Hebat tak teknologi orang-orang Tuhan dibandingkan dengan teknologi musuh-musuh Tuhan.
Bertaubatlah wahai Yahudi, kamu tahu bukan , dizamanku dulu ada orang-orang Yahudi yang memeluk agama Islam?


Akhirnya Wahai Penentang Kebenaran,

Mengapakah kamu bersedia untuk membuka segala rahsia pembohongan yang disimpan selama 1000 tahun itu pada waktu ini? Ya, memang, umat Islam sudah tidak boleh berbuat apa-apa, tapi mereka akan marah dan menaruh harapan kepada Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Ertinya kamu telah membuat kesilapan besar kerana menyebarkan rahsia pembohongan mu ini. Macamanakah Iblis boleh tersilap?


Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Yahudi dalam perancangan New World Order oleh protocol Zionis itu ialah


i. Mengambil ilmu-ilmu Al Quran yang menguntung untuk dibangunkan.

ii. Mana-mana ilmu yang merugikan mereka, Yahudi ambil juga tapi diterbalikkan semuanya.
iii. Janji Allah untuk Umat Islam ditentang dan dilawan habis-habisan.

Hasil dari semua inilah, maka Allah izinkan dunia ini sekarang menjadi kepunyaan kamu. Sedangkan kalaulah bukan dengan belajar dari Muhammad ini, masakan ini semua tidak akan berlaku kepada kamu. Tidak malukah kamu berguru dengan musuh mu? Kemudian membanggakan sebagai hak mutlak kamu! Sebenarnya wahai Yahudi, bila kamu lihat nanti bagaimanakah para Muhammad menggunakan teknologi roh yang Allah rezekikan pada mereka 1000 kali ganda mengatasi teknologi yang kamu pakai sekarang, kamu akan malu untuk berbangga. Hancurlah semuanya milik kamu itu bilamana Islam kembali menjadi empayar menyelamatkan semula seluruh dunia. Kamu cuma perlu menunggu hanya sedikit masa sahaja lagi, hanya beberapa hari sahaja lagi, dikeranakan di pusat Yahudi kini di Arab Saudi sudah terjadi seperti Tsunami, ledakan-ledakan seperti gunung berapi, laharnya akan mengelilingi Israel, ertinya akan hancurlah kezalimanmu di Gaza bahkan diseluruh dunia.


Insya Allah, waktu itu umat Islam akan kembali mengagungkan Allah dan Nabi mereka ini akan menjadi begitu bermakna dan berharga semula kepada mereka.


Sekian dulu, terima kasih dan doa dari Nabi akhir zaman untuk seluruh Umatnya.

Mengapa saya mencintai Islam?

Pendahuluan

Firman Allah S.W.T : Al-Baqarah [2] : 255

Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.

Pengenalan

Surah Al-Hajj [22] : 78

"..Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.."

Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera, aman, harmoni dan dirujuk dari istilah yang memberi makna menyerah diri kepada Pencipta Yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkan sepenuhnya dengan keyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.

Dalam riwayat Imam Al-Bukhari (hadis bernombor 42), seseorang bertanya kepada Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam (saw), “Apakah ertinya Islam?” Rasulullah saw bersabda, “ Islam, iaitu menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya, menegakkan solat, membayar zakat dan puasa Ramadan.”

Surah Al-Maidah [5] : 3

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.

Saya mencintai Islam kerana;

Islam membawa berita gembira pada saya

Islam adalah cara hidup yang benar-benar diperlukan oleh setiap manusia yang inginkan kehidupan yang bahagia seterusnya ke arah masyarakat yang harmoni.

Adakah satu kitab yang menghimpunkan ilmu, sejarah peradaban, akhlak dan adab, perdagangan, kejadian bangsa-bangsa terdahulu, makanan dan minuman, undang-undang, hukuman dan pelbagai lagi berkaitan dengan kehidupan untuk kita jadikan pelajaran? Belum lagi dikira kehidupan sebelum kehidupan dan kehidupan selepas mati.

Firman Allah S.W.T : Al-Fussiliat : 3-4

Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang beriman) dan membawa amaran (bagi orang yang ingkar).

Sejarah membuktikan sebelum datangnya Islam, manusia hidup penuh huru-hara. Undang-undang buatan mereka hanya agak-agak sahaja, sehingga anak-anak perempuan dibunuh, wanita datang haid hendaklah diasingkan, orang yang beribadah tidak boleh berkahwin dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T : Az-Zukhruf : 3-4

Sesungguhnya Kami menjadikan Al Qur'an dalam bahasa Arab supaya kamu memahami (nya). Dan sesungguhnya Al Qur'an itu dalam induk Al Kitab (Lohmahfuz) di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah.

Firman Allah S.W.T : Al-Qamar : 17

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Datangnya Islam membawa lembaran baru buat manusia, bukan sahaja membawa perubahan dalam ibadah, tetapi juga sistem pemerintahan, ekonomi, pendidikan dan sosial kemasyarakatan sehingga membentuk sebuah tamadun.Tamadun Islam. Itulah yang dimaksudkan dengan berita gembira iaitu; memisahkan antara haq (benar) dengan yang bathil.

Islam membantu saya membezakan kebenaran (haq) dan kebatilan

Kekuasaan Allah Yang Maha Pemurah dapat dilihat di mana-mana. Seluas mata memandang ke langit, lautan dan bumi, maka setiap satunya terdapat tanda-tanda kekuasaan-Nya.

Di langit,

Firman Allah S.W.T : Ar-Ra’d : 2

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.

Adakah kekuatan lain yang meninggikan langit tanpa tiang? Adakah batu (musyrik) yang boleh ditinggikan menopang langit? Adakah wang ringgit (taghut) mampu membuat tiang setinggi langit?

Di lautan,

Firman Allah S.W.T : An-Nahl : 14

Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

Kita juga disuruh mencari rezeki yang halal. Salah satu kurniaan Allah S.W.T adalah dari dalam lautan. Baik dari segi makanan mahupun perhiasan, semua boleh diniagakan untuk mendapat keuntungan daripada merompak, memeras dan kekejian yang lain.

Di bumi,

Firman Allah S.W.T : An-Nahl : 15

Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.

Siapakah yang memasakkan bumi ini dengan gunung agar daratan dan lautan tidak turut berpusing dan berkocak ketika bumi berputar pada paksinya? Adakah ini terjadi secara kebetulan (Atheis)?

Firman Allah S.W.T : Al-Baqarah : 256

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.

Kebenaran Al-Quran Dari Setiap Aspek

Kebenaran dan kebatilan telah jelas, segala dalil dan buktinya dapat diperhatikan dimana-mana, di sekeliling dan juga pada diri kita sendiri. Tetapi, kenapa mesti Al-Quran? Kenapa orang Islam selalu menjadikan Al-Quran sebagai dalil dan contoh? Kalau Taurat dan Injil dari Allah, tentu kita boleh menggunakannya juga? Bagi saya jawapannya merupakan satu soalan, iaitu;

Kenapa tiada kitab lain diturunkan selepas Al-Quran?

Semua manusia mengakui (kecuali Atheis dan penyembah Tagut, namun jauh di sudut hati mereka tetap mengakui kewujudan Pencipta yang Maha Agung) akan kebenaran kitab Taurat, Injil dan Al-Quran sehingga mustahil seluruh penduduk bumi yang mengakui akan turunnya kitab dari langit ini (kitab samawi), berpakat bersama akan kebenarannya. Maksudnya, mustahil 3.7 billion manusia dapat berpakat bersama ‘menipu’ akan kebenaran kitab-kitab samawi ini.

Diingatkan sekali lagi, adalah mustahil seluruh 3.7 billion manusia berpakat untuk menipu. Dibawah adalah data kependudukan manusia di bumi pada tahun 2009 dan 2010. Saya ‘copy and paste’ terus dari Google.

Penduduk Bumi

As of June 2010, world population is estimated at 6,827,100,000 people. More or less.

Islam

As of October 2009, there are about 1.57 billion Muslims of all ages living in the world today (in more than 200 countries of the world). This represents 23% of an estimated 2009 world population of 6.8 billion people.

Kristian

There are just over 2.1 billion that claim to be Christian around the world. 36.5 percent of the population are Christian.

Bunches and bunches, but understand the word Christian is a much mis-used and maligned word. In actuality, a Christian is Christ-like. Many people followed Christ but few were with him.

Yahudi

About 16 million Jews in the sense of adherents of Judaism.

Ini kebenaran yang tidak dapat disanggah, jika anda hendak mempertikaikan data ini; anda boleh mengira sendiri. Tapi itu bukan persoalannya. Persoalannya adalah, pernahkah kita terfikir kenapa ada kitab lain selepas Taurat? Kenapa ada kitab lain selepas Injil? Tetapi, kenapa tiada lagi sesudah Al-Quran?

Firman Allah S.W.T : Al-Maidah : 3

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.

Firman Allah S.W.T di atas adalah jawapan mengapa tiada lagi kitab selepas Al-Quran. Turunnya Al-Quran menandakan kesempurnaan kehidupan yang diperlukan oleh manusia melalui; secara bertahap (suhuf-suhuf, Taurat dan Injil) atas kehendak Allah yang Maha Agung secara mutlak. Ini juga menjadi dalil tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad S.A.W.

Tapi, tidak cukupkah kitab Taurat dan Injil itu? Kenapa mesti diturunkan Al-Quran? Apakah yang menyebabkan turunnya Al-Quran itu? Apakah yang telah dilakukan oleh orang Yahudi sehingga diturunkan Injil? Apa pula yang telah dilakukan oleh penganut Kristian sehingga diturunkan Al-Quran?

Firman Allah S.W.T : Al-Maidah : 15

Hai Ahli Kitab (ahli Taurat dan Injil), sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami (Nabi Muhammad s.a.w) menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan (Al-Quran).

Ayat diatas diterangkan kepada kita bahawa kitab Taurat dan Injil telah diubahsuai mengikut hawa nafsu dan kerana itulah diturunkan Al-Quran sebagai kurniaan rahmat kepada seluruh alam, manusia khususnya.

Firman Allah S.W.T : Al-Hijr : 9

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Manakala Al-Quran pula telah dijamin oleh Allah yang Maha Agung agar tidak diubahsuai oleh sesiapapun tidak kira manusia mahupun jin kerana Allah yang Maha Agung sendiri yang memeliharanya.

Islam mengajar saya tentang akhlak pergaulan

Kedatangan Islam dalam kehidupan telah memberi ilmu tentang akhlak yang terpuji. Dahulu, kebanggaan kekayaan menjadi bualan, umpatan dan kejian menjadi mainan, kemudian datanglah Islam memberi ketenangan.

Firman Allah S.W.T : Al-Humazah : 1-4

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya, sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.

Berhati-hatilah sesiapa yang suka mengumpat, mengeji dan yang mencari harta sehingga lalai pada perintah Allah, kerana Allah S.W.T menjamin (neraka) Huthamah. Nabi S.A.W bersabda, orang yang kita ceritakan keburukannya itu adalah umpatan. Jika tidak benar dipanggil fitnah, jika benar dipanggil mencela.

Melalui Al-Quran juga Allah S.W.T menyuruh hamba-Nya berbuat baik pada ibu-bapa, keluarga, jiran dan seluruh masyarakat tidak kira Islam mahupun bukan Islam (yang tidak memerangi Islam).

Firman Allah S.W.T : An-Nisa’ : 36

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.

Dilarang sama sekali bersikap sombong, meninggikan diri yang sama sikapnya dengan syaitan yang dilaknat dan kekal dalam neraka ketika enggan sujud dan patuh pada perintah Allah yang Maha Agung.

Pergaulan yang mesra akan menumbuhkan rasa kasih sayang dan kepercayaan pada kita. Janganlah bercakap sesuatu yang menimbulkan provokasi dan sesuatu yang tidak disukai, seperti mencela perbuatan, idea, tindakan dan apa yang boleh menjatuhkan maruahnya kerana kita tidak tahu isi hati orang lain dan apa yang difikirkannya.


Selain itu, janganlah pula kita mudah sangat berasa tersinggung dengan apa yang orang lain katakan pada kita, kerana manusia memang perlukan pujian dan kritikan. Pujian bagi meningkatkan motivasi dan kritikan dapat membendung perasaan kagum dan riak.

Ini salah satu saja, sila rujuk kitab (Nashaihul ‘Ibad – Imam Nawawi) banyak lagi yang boleh dipelajari.

Islam diikat dengan kasih sayang persaudaraan

Umat Islam semua bersatu padu di bawah kalimah Laa ilaa ha il lallah, muhammadur rosulullah dan menghadap kiblat yang sama. Persaudaraan ini terjalin atas kasih sayang yang murni melalui Al-Quran.

Firman Allah S.W.T :Al-Hujuraat : 10

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

Firman Allah S.W.T : An-Nisa’ : 1

Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

Allah S.W.T juga menjanjikan rahmatnya pada sesiapa yang mendamaikan pertelingkahan sesama kita. Sebaliknya pula, kita dilarang memutuskan tali silaturrahim dengan ancaman dilaknati dan dimatikan hatinya agar tidak dapat mendengar dan memahami Al-Quran.

Firman Allah S.W.T : Muhammad : 22-23

Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.

Hadis : ……..sayangilah penduduk bumi, nescaya kalian disayangi penduduk langit……. (Imam Ahmad, dinukil dari tafsir Ibn Katsir)

Islam mengajar saya menghargai waktu

Tiada siapa yang lebih berdisplin daripada orang yang menjaga waktu solatnya. Secara tak langsung pengamalan menjaga waktu solat ini terbawa dalam kehidupan seharian dalam menghargai waktu.

Firman Allah S.W.T : Al-‘Asr : 1-3

Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Imam As-Syafi’I berkata : “Seandainya manusia benar-benar memahami surah ini, nescaya surah ini mencukupi bagi mereka.”

Dibawah adalah antara hadis menganai ‘masa’ yang paling umum dan paling ramai orang menghafal, tapi paling sikit yang ambil iktibar. Ini kerana kita lebih suka mendengar apa yang dikatakan oleh orang bukan Islam dari Nabi S.A.W, kemudian cuba mengait-ngaitkannya dengan Islam atau Al-Quran kononnya Islam sudah tahu berkurun-kurun dahulu. Ini adalah antara punca orang benci kepada Islam, sepatutnya kitalah yang pertama merungkai perkara itu (Contoh : Sains, Psikologi, Astronomi dan pelbagai lagi). Sila rujuk artikel ‘Muhkam dan Mutasyabih’ dalam blog ini.

Hadis : Ambillah peluang yang lima, sebelum lima : Masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, hidup sebelum mati dan lapang sebelum sibuk.

(Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dinukil dari Nashaihul ‘Ibad)

Hadis ini benar-benar menyuruh kita agar memanfaatkan masa dan mencakupi seluruh faktor kehidupan, dari akil baligh hingga mati. (Mengenai masa perlu perbincangan yang luas dan artikel akan datang adalah, Pengurusan Masa – Hanya Empat Golongan yang Mampu Mengurusnya).

Islam membantu saya menenangkan hati

Al-Quran yang diturunkan bukan sahaja menjadi peringatan dan petunjuk, malah boleh juga dijadikan penawar baik dari segi zahir dan batin. Penawar bagi keresahan, ketakutan, kegelisahan selama ini yang bertumpuk-tumpuk, dengan mudah hilang dengan Al-Quran.

Firman Allah S.W.T : Ar-Ra’d : 28

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.

Mengingat Allah yang Maha Agung itu banyak, antaranya melihat langit, burung, hujan dan alam ini khususnya, seraya memikirkan akan penciptaan Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T : Az-Zumar : 23

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur'an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit, orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu. Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Tidak perlu kita susah-susah mencari ketenangan diri dengan minum arak, dadah, berbuat maksiat dan sebagainya atau beralasan membuat sesuatu yang bukan-bukan (sia-sia) bagi mencari keseronokan atau ketenangan kerana tidak semua perkara yang harus itu boleh dilakukan. Apa yang diperlukan, amalkan membaca Al-Quran setiap hari, sesungguhnya Allah yang Maha Agung tidak memungkiri janji.

Islam mengajar saya erti menepati janji

Umat Islam disuruh mengotakan janjinya apabila berjanji. Melaksanakan sesuatu dengan keikhlasan demi menjaga sebuah perhubungan.

Firman Allah S.W.T : Al-Ahzab : 23

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya),

Betapa pentingnya menepati janji sehingga Allah yang Maha Agung menggelarkan orang yang menepati janji adalah ‘mukmin’ (orang yang beriman) manakala orang yang mempermainkan janji digelar munafik (rujuk beberapa ayat selepas itu), kecuali mereka yang bertaubat.

Sebenarnya kita bukan sahaja dituntut menepati janji sesama manusia, malah janji kita kepada Allah yang Maha Agung lebih-lebih patut kita tepati.

Firman Allah S.W.T : Al-Maidah : 7

Dan ingatlah kurnia Allah kepadamu dan perjanjian-Nya yang telah diikat-Nya dengan kamu, ketika kamu mengatakan: "Kami dengar dan kami taati". Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui isi hati (mu)..

Islam menjamin hak asasi manusia

Saidina Abu Bakar r.a ketika awal pemerintahannya, telah mengisytiharkan perang terhadap orang yang mengingkari membayar zakat. Islam adalah pelopor (yang pertama) dalam memperjuangkan hak orang miskin.

Beliau juga mengatakan tentang melarang orang yang bersikap perkauman dan perhambaan, “Mengapa hendak engkau perhambakan manusia, padahal dia dilahirkan ibunya dalam keadaan merdeka?”

Begitu juga hak wanita, kanak-kanak, orang tua, ibu bapa, orang bukan Islam dan segenap lapisan masyarakat mempunyai hak masing-masing, sehinggakan hak kepada orang mati pun ada dalam Islam.

Hadis : Apabila seseorang mengkafani mayat saudaranya (se-Islam), hendaklah ia mengkafani dengan baik. (Riwayat Bukhari)

Hadis : Janganlah kamu mencaci maki orang yang sudah mati. Sebab mereka telah melewati apa yang telah mereka kerjakan. (Riwayat Bukhari)

Firman Allah S.W.T : An-Nisa’ : 58

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran ini Allah S.W.T menyuruh kita menyampaikan hak-hak manusia dengan adil. Begitu banyak hadis tentang hak ini.

Hadis : Hak muslim terhadap muslim ada lima : 1. menjawab salam 2.menjenguk orang sakit 3. menghantar ke kubur 4. memenuhi undangan 5. mendoakan bila bersin. (Riwayat Bukhari)

Penutup

Firman Allah S.W.T : An-Nisa’ : 135

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran.

Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

Kita sebagai umat yang dipilih dijadikan ‘role model’ pada umat yang lain. Kita diperhati. Berdasarkan perilaku, pemikiran dan perbuatan kita sekarang, adakah orang bukan Islam mahu masuk Islam kerananya?

Marilah kita bersama berdoa agar Allah S.W.T memberi petunjuk, hidayah dan menyatukan hati semua umat Nabi Muhammad S.A.W. Saya berharap agar sama-samalah kita jadikanlah doa ini dalam waktu solat kita disamping doa kita pada diri sendiri. Amin.

Firman Allah S.W.T : Ali Imran : 20

Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: "Apakah kamu (mahu) masuk Islam?" Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

Surah Al-Baqarah [2] : 143

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.