Isnin, 9 Disember 2013

MB Terengganu Robin Hood

Kisah benar ini diceritakan oleh seorang mangsa banjir di tempat kejadian. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dikatakan telah menjadi "Robinhood" kepada mangsa banjir yang kelaparan apabila mengarahkan dua lori Gardenia dibuka dan roti diagihkan kepada rakyat. Lori tersebut dikatakan dalam perjalanan menghantar roti gardenia ke kedai-kedai sekitar kemaman. Jom ikuti kisah dibawah:

Ketika Menteri Besar Terengganu melalui jalan pulang dari Kuala Lumpur ke Kemaman untuk bersama rakyat menghadapi banjir, beliau tersekat di kawasan Chendor bersama dengan ramai pemandu bersama ahli keluarga, anak, isteri dan lain-lain yang tersekat sama di situ dalam keadaan kelaparan, kerana situasi yang amat sukar dalam serba kekurangan hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa susahnya menghadapi situasi ketika itu.

Dengan petunjuk kebesaran yang Allah S.W.T berikan terdapat dua lori roti Gardenia yang berada di situ, Dato Seri yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi di agihkan kepada semua yang ada di situ, pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Dato Seri Ahmad Said membuka lori tersebut.


VIDEO

Tetapi Dato Seri Ahmad Said tetap bekeras mahukan roti tersebut kerana beliau tidak tahan dan sanggup melihat rakyat kelaparan, lalu Dato Seri meminta agar pemandu lori tersebut terus menghubungi Manager mereka di Kuala Lumpur untuk meminta kebenaran bagi membeli semua roti-roti tersebut, Setelah Dato Seri berbincang dengan Manager pemandu untuk sanggup membayar jumlah yang di terima oleh manager tersebut, maka Dato Seri Ahmad Said telah membuka lori tersebut untuk di agihkan kepada semua mangsa keadaan.


Ramai yang datang berterima kasih pada Dato Seri, anak-anak kecil yang kelaparan di situ dapat mengisi perut, rungutan dan kelaparan dapat di isi, mungkin terdetik di dalam hati MB ketika itu rasa lega dan bersykur kerana dapat memadamkan kesusahan rakyat ketika itu.

Allah S.W.T telah memberikan pertolongan melaluinya untuk di sampaikan kepada rakyat. Kita bersyukur kerana kita mendapat pemimpin yang begitu prihatin kepada rakyat, Smoga Allah S.W.T dapat membalas jasa baik beliau... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan