Isnin, 2 Disember 2013

Isu Sabasun; Mendedahkan Wajah Buruk ‘Sang Yang Diamanahkan’

Susulan dari Pendedahan Isu Sabasun ketika Program LEPAK SANTAI GANTI 1, Wakaf Tembesu pada 29hb.Nov 2013 anjuran Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI ).
Isu ini telah mendedahkan wajah buruk pentadbiran yang diamanahkan kepada Sang Pejuang Bangsa, Sang perkasa konon Pertahan Kesucian Agama dan berdasarkan trafik internet bagaikan goreng pisang panas.
Isu ini telah menyingkap tabir nasib yang turut dialami okeh usahawan-usahawan melayu yang lebih kecil seperti peruncit, penjaja, pasar malam, Pasar Payang, Pasar Borong Gong Pauh, Pasar Chabang Tiga. Kalau pemilik Pasaraya muslim yang gigih berdepan badai tsunami kebanjiran pasaraya asing pun boleh dianiayai. Inikan pula yg bilis-bilis.
Sabasun sepatutnya dibantu supaya jadi jenama seluruh negeri dlm 2 tahun, ke peringkat kebangsaan dlm 5 tahun!!! Bukannya ditekan supaya ‘mampus baham tanoh!!!’.
Sebagai Presiden GANTI, saya seru sikap masyarakat yang buat tak endah nasib sesama Islam ini diganti. Cuit peha kanan, harusnya berdenyut ke paha kiri malah seluruh anggota.
Susulan itu saya menyeru satu SIMPOSIUM BELA USAHAWAN MELAYU DAN ISLAM digerakkan segera dgn kerjasama semua NGO-NGO. Satu mesej keras perlu dihantar kepada yg diberi amanah. Jangan khianat harapan rakyat. Simposium ini wajib menerbitkan satu Memorandum Rakyat. Yang akan diserahkan dalam satu perhimpunan rakyat.
Terima kasih.
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan