Rabu, 26 Ogos 2015

Tidak Salah Terima Wang..

Jika ada yang berasa gembira dan lega dengan pengguguran Hasan Malek daripada kabinet, harap simpan dulu perasaan tersebut kerana nampaknya "kebebalan" dan "kedunguan" mungkin bertambah dahsyat di kalangan sesetengah menteri yang baru dilantik ini.

Hanya selepas dua tiga hari dilantik semula sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri setelah digugurkan pada 2009 dulu, Azalina Othman Said muncul yang pertama, bukan saja menunjukkan ciri-ciri pengganti kepada Hasan Malek, malah tahapnya nampak lebih kronik lagi.

Azalina ternyata sudah mula  mengidap penyakit "ampu dan bodek tahap empat" sehingga sanggup memberi pandangan di luar kewarasan pertimbangan akal dan menghumban jauh ilmu serta pelajaran yang diterimanya selama ini.

Asalkan dapat ampu dan bodek, semua perkara yang lain ditolak ke tepi dan boleh dilanggar begitu saja. 

Mengulas mengenai isu wang RM2.6 bilion yang didakwa mengalir masuk ke dalam akaun Najib yang dipercayai menjadi antara punca Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Azalina antara lain berkata:-

-  wang sejumlah itu bukanlah suatu isu besar kerana ia adalah budi bicara orang yang memberi duit itu.

- tiada salahnya seseorang menerima pemberian sebesar RM2.6 bilion asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

- kalau orang derma duit pada saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...apa salahnya?

Jika kita hayati hujah-hujah Azalina ini, tentulah ia tiada bezanya dengan banyak kenyataan Hasan Malek sebelum ini yang antaranya,  "oleh kerana ayam naik harga, jangan makan ayam" dan  "disebabkan kurang rungutan yang diterima kementerian, ini menunjukkan rakyat berpuas hati dengan GST dan kenaikan harga minyak".

Hello Azalina...cubalah guna akal sikit  dan fikir daripada manakah datangnya duit sebanyak itu? Bukankah The Wall Street Journal mendakwa ia berpunca daripada 1MDB? Kalau wang itu daripada 1MDB yang berhutang sebanyak RM42 bilion, tidakkah ia merupakan wang kita semua?

Kalau pun ada seseorang yang  sanggup beri wang sebanyak RM2.6 bilion kepada ketua sebuah kerajaan, apakah ia percuma atau derma kosong saja? Tentu ada balasan yang diharapkan? Apa balasannya? Jual tanah? Jual maruah? Atau jual negara?

Kalau seseorang itu bukan Perdana Menteri atau ketua kerajaan, adakah sesiapa teringin mahu memberinya wang sebesar itu?

Mengatakan tidak salah bagi seseorang pemimpin menerima wang dan ia hanya urusan antara penderma dan penerima, tidak syak lagi betapa malangnya kita mempunyai pemimpin sebegini rupa. Tiada apa-apa yang rakyat boleh harapkan daripada specis seperti ini.

Ia memberi gambaran bahawa jika mengikut tafsiran Azalina itu bermakna para menteri dan pemimpin kerajaan boleh mengaut seberapa banyak wang sekali pun dan tiada sesiapa berhak mempersoalkan daripada mana wang itu diperolehi.

Adakah orang sanggup memberi wang dengan percuma dan tidak mengharapkan apa-apa balasan? Kalau begitu, tutup saja SPRM dan bakulsampahkan terus undang-undang rasuah. Pasukan petugas khas yang sedang menyiasat wang itu dan kaitannya dengan Najib juga patut dibubarkan saja.

Jangankan pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan terdedah kepada unsur rasuah dan kemungkinan menjual kepentingan negara apabila menerima wang sebesar itu harus dipersoalkan, bahkan ibu bapa sendiri akan menyoal jika anak mereka tiba-tiba pulang ke rumah dengan membawa dua tiga buntil wang bersamanya.

Apabila kita membawa sejumlah wang tunai ke bank untuk membuka akaun, katalah jumlahnya RM500 ribu, pihak bank juga pasti akan menanyakan beberapa soalan mengenai wang itu.

Lebih dari itu, Bank Negara sendiri mensyaratkan pemindahan wang melebihi jumlah RM50 juta juga mesti mendapat kebenaran dan kelulusannya.

Lebih diragui jika penerima wang itu berstatus ketua kerajaan kerana ia mungkin berkaitan rasuah, wang haram dan sebagainya.

Jadi, di mana logiknya pemindahan sejumlah RM2.6 bilion adalah perkara biasa dan  hanya persoalan antara penderima dan penerima saja, manakala kita sebagai rakyat dikatakan tidak berhak sama sekali mengetahuinya?

Dengan kenyataan awal Azalina itu, bukan saja keputusan melantiknya semula sebagai menteri suatu kesilapan setelah mengenepikan Hasan Malek, malah membuatkan barisan kabinet ini menunjukkan kecenderungan yang semakin jauh dari denyut nadi rakyat terbanyak. 

Kesalahan yang dilakukan oleh ketua bukannya mahu diperbetulkan atau ditegur, malah disokong dan diberi rangsangan lagi.

kredit:http://shahbudindotcom.blogspot.com/

SAH Najib Terima RM2.6 Billion Ke Dalam Akaun Peribadi !! Persoalan Sekarang Salah Atau Tidak ?

astroawani

SAH ! Dakwaan deposit USD700 juta atau RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib memang wujud !

Ini di sahkan oleh SPRM sebentar tadi. 

Samada ia datang dari 1MDB atau dari sesiapa pun, itu soal lain.... Masih penting juga sumbernya tapi persoalan yang harus kita tumpukan sekarang adalah - Apakah deposit itu sah di segi undang2 ?

Apakah jika ia datang dari sumber 1MDB maka ia salah di sisi undang2 tapi jika datang dari sumber lain, ia tidak salah ?


Kenyataan SPRM juga bagi saya tidak lengkap. Seharusnya dinyatakan dengan jelas juga, apakah perkara itu merupakan satu kesalahan atau tidak. Sekarang ramai yang berdebat soal salah atau tak salah.

Kenapa tidak nyatakan sekali kedudukan deposit itu dari segi undang2 ? Kan benda2 macam ni mainan bagi SPRM. Takkan itu pun nak kena tunggu sebulan juga ?

Soal pendirian SPRM itu diterima atau tidak dengan lapang dada  itu soal lain, rakyat mahu tahu dulu sekarang kedudukannya, apakah ia melanggar undang2 atau tidak ?

Rakyat mahu tahu jika ada klausa2 tertentu yang tidak menyabitkan sebarang kesalahan bagi seorang PM menerima derma bernilai RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi.

Sebab setahu saya, kalau menerima derma hamper sekalipun, orang dah pandang semacam ! 

Kemudian persoalan income tax seperti yang disebut chedet - 17. Soal yang saya ingin tanya ialah apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 billion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.

Bukankah kena cukai derma itu ? Apakah Najib lari dari cukai dalam soal derma ni ? Tak silap dekat 25% tuh !!

Kalau Tun boleh didenda RM130k atas nilai RM20k oleh pihak LHDN kerana tidak melaporkan pendapatan, tidakkah Najib juga boleh dikenakan tindakan yang sama .... denda 6 kali amaun ? !


ATAU segalanya OK dalam kes ini ?

Itu belum masuk bab KE MANA PERGINYA RM2.6 billion itu ?! Banyak tuh .....  yang ini kita sambung artikel lain.

Rata2 semua orang tak tahu apa2 masa mula2 didedahkan oleh WSJ.  Ini menunjukkan transaksi itu adalah rahsia. Ingat beberapa hari sebelum Raya Ahmad Husni ada mengeluarkan kenyataan -


Menurut Ahmad Husni, susulan laporan Ketua Audit Negara itu, dakwaan liar sesetengah pihak termasuk tentang "kehilangan wang sebanyak RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada individu tertentu" tidak timbul.

Nah, tidakkah itu berupa satu fitnah atau menipu rakyat ?

Cuma akhir2 ini saja baru pro Najib sudah mula memainkan peranan untuk saiko pemikiran rakyat supaya menganggap deposit itu TIDAK APA. Rupa2nya sebagai persiapan kepada pengumuman SPRM ini !

Sejak pendedahan SPRM tadi, pro Najib pula yang melalak apa yang kita semua duk sebut selama ini - Najib tidak pernah menafikan wujud deposit RM2.6 billion itu !! Hahahahahaha ......

Sekarang keutamaan pihak berkuasa adalah segera tampil dan berikan pendirian apakah perbuatan menerima RM2.6 billion derma ke dalam akaun peribadi Najib itu merupakan satu kesalahan atau tidak.


kredit:http://dinturtle.blogspot.com/

Kenyataan Tum Mahathir

1. Dalam usaha menghalalkan tuduhan terhadap Najib kerana memasukkan dalam akaun peribadinya wang sebanyak RM2.6 billion yang kononnya adalah untuk pilihanraya ke-13, saya dituduh berbuat perkara yang sama. Tuduhan ini tidak berasas, semata-mata fitnah.

2. Di waktu saya jadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat mempunyai tiga trustees, iaitu pemegang amanah. Saya adalah antara pemegang amanah ini. Pemegang amanah memiliki akaun dalam bank. Semua derma, terutama semasa pilihanraya dimasukkan dalam akaun ini. Dua dari mana-mana tiga pemegang amanah diberi kuasa untuk mengurus akaun Ibu Pejabat dan menandatangani cek apabila mengeluarkan wang.

3. Pemegang amanah ini juga dinamakan sebagai pemilik saham-saham dan hartanah milik UMNO.

4. Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik.

5. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.

6. Tidak ada satu sen pun dari wang derma untuk pilihanraya yang dimasuk dalam akaun saya. Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya.

7. Pada pilihanraya 1964 dan 1969, wang tunai berjumlah 20,000 Ringgit dari Ibu Pejabat diserah kepada saya untuk diagih kepada kawasan parlimen 40% dan kawasan DUN 30% tiap satu. Kerana saya tidak sanggup simpan wang tunai sebanyak RM20,000 ini, saya masukkannya dalam akaun saya, dan saya keluarkan cek kepada jawatankuasa pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut agihan yang ditentukan oleh Ibu Pejabat. Wang ini bukan dari penderma tetapi ini adalah wang UMNO yang memang pun diberi kepada bahagian untuk kegunaan calon.

8. Di waktu saya disingkir dari parti pada 1970, Jabatan Hasil Dalam Negeri telah geledah rumah dan klinik saya. Mereka jumpa cek stub yang telah dikeluarkan oleh saya dan mereka mendakwa bahawa saya tidak lapur pendapatan saya sepenuhnya.
9. Mereka mendenda saya sebanyak RM300,000 dengan amaran jika saya bantah dan pergi ke mahkamah saya akan dikenakan denda tiga kali ganda.

10. Saya tidak pergi ke mahkamah. Sebaliknya saya merayu bahawa duit yang dimasukkan dalam akaun saya ialah dari parti. Tetapi Ibu Pejabat UMNO tidak mengaku wang itu dari UMNO.

11. Akhirnya saya dikenakan denda sebanyak RM130,000. Diwaktu denda ini dikenakan saya sudah dilantik Menteri dalam Kerajaan. Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

12. Ada sedikit perbezaan antara wang tunai sebanyak RM20,000 yang saya terima dan cek sebanyak USD 700 juta bersamaan RM2.6 billion yang dikatakan dimasuk ke dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.

13. Jikalau disemak perbelanjaan pilihanraya lima kali yang diadakan semasa saya Presiden UMNO, tidak ada banyak wang yang diguna, terutama peruntukan dari Ibu Pejabat. Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi di parlimen.

14. Jika sekarang UMNO perlu 2½ billion Ringgit untuk pilihanraya, ia tetap melanggar aturan peraturan dan undang-undang pilihanraya. Akaun perbelanjaan pilihanraya tiap seorang calon pilihanraya perlu dilapor kepada pihak berkuasa. Adalah salah jika ia melebihi jumlah tertentu. Saya pohon maaf jika peraturan ini sudah digugur. Ia diadakan untuk mengelak dari rasuah berlaku.

15. Saya tidak hendak soal dari mana datang USD 700 juta ini. Saya akan tunggu sehingga Auditor-General dan PAC buat lapuran terakhir, walaupun saya tidak lagi dapat terima bulat-bulat segala kenyataan yang akan diperbuat.

16. Saya tidak ingin sentuh 1MDB walaupun saya sebagai rakyat yang membayar cukai berhak untuk menyoal kewangan negara. Tetapi seperti yang saya jelaskan saya terpaksa bayar cukai pendapatan dan denda ke atas wang yang terdapat dalam akaun saya.

17. Soal yang saya ingin tanya ialah apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 billion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.

kredit:chedet.cc

Muhyiddin Kata PM Akui RM2.6 Bilion Dalam Akaun

Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian hari ini.
Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.
Ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
Susulan laporan WSJ, Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menuduh bapa Mukhriz, bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang untuk menjatuhkannya.
Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu para tetamu bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperolehi daripada seorang individu di Timur Tengah.
"Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?," soal Muhyiddin.
"Dia mengaku. Jadi saya tanya: Mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?,” kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.
Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.
Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.
"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.
"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.
Berikut adalah transkrip penuh perbualan:
Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.
Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.
Then saya kata kenapa masuk akaun you? ... (tidak jelas) ... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.
Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?
kredit:http://www.malaysiakini.com/

Apakah Najib Lebih Besar Daripada Malaysia?


najib_malaysia25_600

Oleh Yunus Tasim
Malaysia memang sudah nazak. Rakyatnya memang sudah tenat. Di mana-mana perkara yang sama dibincangkan. Di kedai mamak, di kopitiam, di majlis orang kahwin, di pejabat, di tempat-tempat ibadah, semua mencemuh Najib dan tak kurang yang mengutuk dan menyumpah Najib. Yang tua dan muda, yang besar dan kecil, lelaki dan perempuan, semua tidak terkecuali.
Memang tenat dan kritikal. Tidak pernah Malaysia dilanda wabak sebegini teruk. Istilah ‘Derma’ dah jadi sindiran. Keborosan dan belanja berlebihan dari pendapatan Najib dan Rosmah telah menjadi buah mulut dan kutukan rakyat.
Rakyat kini telah sedar. Rakyat sudah dapat melihat. Bukan sahaja di bandar, malah di kampong-kampong. Orang Umno juga telah sedar. Orang MCA, MIC, Gerakan, PBB dan PBS juga pasti telah sedar.
Tetapi kenapa Najib masih dapat bertahan? Malah ada yang kata Najib bertambah kuat. Semakin Najib kuat, sebaliknya Malaysia semakin tenat. Ringgit Malaysia terus menjunam. Ekonomi negara menuju kehancuran. Masa depan negara dalam keadaan tidak menentu akibat skandal-skandal Najib.
Kalau orang Umno sedar, kenapa mereka tidak meminta Najib berundur untuk menyelamatkan Umno? Apakah Najib itu lebih besar dari Umno? Bukan Umno tidak pernah melakukannya. Tun Razak dan pemimpin Umno yang lain telah meminta Presiden Umno ketika itu, Tunku Abdul Rahman untuk berundur setelah peristiwa 13 Mei. Dan Tunku telah berundur secara terhormat.
Memang sudah ada suara di mesyuarat cawangan dan bahagian Umno seperti yang tersebar di media sosial. Tetapi difahamkan suara di mesyuarat cawangan dan bahagian tidak akan sampai ke atas kerana tergantung kepada Ketua Bahagian Umno. Kata orang-orang Umno, ramai Ketua Bahagian ‘telah dibeli’ Najib justru tidak mungkin ada susulan dan tindakan drastik lagi berani. Untuk Umno membetulkan Umno sudah jadi sesuatu yang mustahil.
Kini terdengar pula parlimen akan digunakan melalui usul undi tidak percaya. Memang ini adalah saluran yang sah dari segi undang-undang dalam demokrasi berparlimen dengan syarat cukup ahli parlimen yang menyokongnya. Yang pasti ahli parlimen Umno yang kebanyakannya terdiri dari Ketua Bahagian pasti tidak menyokong atas sebab-sebab di atas. Ahli Parlimen MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak juga tidak akan menyokong dilihat dari sikap mereka dalam isu ini. Mereka langsung tidak bersuara, bisu seribu bahasa.
Yang tinggal hanyalah ahli parlimen pembangkang. Yang pasti ahli parlimen PAS dari golongan ulama tidak akan menyokong kerana mereka juga katanya ‘telah dibeli’ dengan harga hudud. Justru mereka berdiam diri atas ‘kemungkaran’ yang dilakukan Najib. Kalau nak diharapkan dari ahli parlimen DAP dan PKR, pasti undi tidak percaya tidak akan berjaya bila parlimen bersidang Oktober ini.
Seharusnya ahli parlimen sedar bahawa rakyat telah memberi amanah kepada mereka. Rakyat berharap ahli parlimen yang dilantik itu dapat melihat bahawa Malaysia lebih besar dari Najib. Malaysia lah mesti diselamatkan, bukan Najib. Tapi nampaknya ahli parlimen BN tidak dapat melihat apa yang rakyat lihat atau ada benda-benda yang membutakan mereka.
Kini yang tinggal hanyalah rakyat untuk bertindak sendiri, kerana rakyatlah yang memilih Umno dan BN untuk memerintah Malaysia. Dan Umno dan BN lah yang kemudiannya memilih Najib menjadi perdana menteri Malaysia. Jika semua rakyat sedar yang Malaysia itu lebih besar dari Najib dan Umno, maka rakyat harus tampil untuk membetulkan keadaan dan meminta Najib untuk berundur mengikut lunas undang-undang. Rakyat harus bersuara, menggunakan apa jua saluran yang dibenarkan. Kalau tidak, rakyat harus menunggu hingga tahun 2018 PRU akan datang.
Apakah rakyat masih boleh menunggu? Apakah Malaysia masih boleh bertahan atau nasi telah jadi bubur, terlambat untuk kita selamatkan?
Yunus Tasim adalah pembaca FMT
kredit:http://www.freemalaysiatoday.com/

A-G Must Explain Why Task Force Probe Into 1MDB Stopped, Says DAP

DAP's Petaling Jaya Utara MP Tony Pua wants an explanation from the Attorney-General over the move to stop investigations on the Finance Ministry-owned investment firm 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – The Malaysian Insider pic, August 26, 2015.

DAP's Petaling Jaya Utara MP Tony Pua wants an explanation from the Attorney-General over the move to stop investigations on the Finance Ministry-owned investment firm 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – The Malaysian Insider pic, August 26, 2015.
















The newly-appointed Attorney-General (A-G) must explain to Malaysians why the renamed special task force will not be investigating the controversial 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and its related companies, the DAP said today.
Petaling Jaya Utara MP Tony Pua said the announcement by the A-G's Chambers (AGC) showed that Putrajaya was trying to stop investigations into the RM42 billion scandal involving the state investment vehicle.
"Despite all the outright false assurances given by Datuk Paul Low, who is a Minister in the Prime Minister’s Department, the Najib administration clearly believes that the shenanigans in 1MDB cannot see the light of day," he said in a statement today.

Angered Umno Man Gets ‘Straight To The Point’ On 1MDB

PETALING JAYA: Getting straight to the point and condemning 1Malaysia Development Berhad (1MDB) as a failed business model, a Merbok Umno delegate has questioned how the company could have allowed itself to drown in RM42 billion of debts.
Taking to the microphone calmly enough at his division’s annual meeting recently, the delegate said he wanted to get “straight to the point,” before criticising the implementation of the Goods and Services Tax (GST) then raising his voice a notch when he started on the subject of 1MBD.
Showing his anger at the disbandment of the Public Accounts Committee, the arrest of several witnesses from the Attorney-General’s Chambers and Malaysian Anti-Corruption Commission, he asked, “How can one conduct a thorough investigation on 1MDB in this way?”
He also took issue with how the company handled the purchase of power producers.
“1MDB’s motives were good enough, honourable. The way they took away the ownership of power production from the Chinese and Indians and placed it in the hands of the Malays. That was good. I support the move 100 per cent.
“But the implementation was bad. We (1MDB) had a capital of RM1 million.
“We borrowed RM42 billion. It is a big sum of money. What kind of business is this? It’s a failed business model,” he said, adding that the purchases had resulted in 1MDB inheriting a RM6 billion debt.
He was particularly peeved that the contracts of two of the power producers would have expired next year, and wondered why the purchase by 1MDB was not delayed so a fairer price could have been negotiated, to which he received claps of approval from the crowd.
“This is why I can’t sleep soundly. I just cannot sleep. Every time I think about it, I get so angry,” he said, clearly agitated.
He also took issue with 1MDB’s sale of land to Tabung Haji and Affin Bank at “market price” despite the company purchasing it from the government for a song.
“How is this? If you want to help Tabung Haji, do it the right way. Why sell it to them at an exorbitant price? The same with Affin Bank.”
He went on to list all of 1MDB’s other deals and said the one that incensed him particularly was the deal made with Goldman Sachs, who he accused of destroying Greece’s economy and which he said 1MBD paid an unusually big commission to.
An investment banker himself for 24 years, he asked, “Are we not sensitive to these things? If we don’t have money, don’t borrow,” he said, because the debt was way too high to repay.
“I am not convinced with Kanda’s (Arul Kandasamy) explanations. He’s new,” he said of 1MDB’s chief.
He also said that Prime Minister Najib Razak must set-up a Royal Commission of Inquiry immediately since the investigations of the PAC had been disrupted when he pulled out four of its members to be ministers and deputy ministers in his Cabinet.
He also said it was not right for the government to get angry with those who criticised them.

kredit:http://www.freemalaysiatoday.com/