Ahad, 20 Mei 2012

BELANJA 70 JUTA UNTUK PERKAHWINAN ANAK


Bos arang batu wilayah Shanxi dan juga pengerusi Kumpulan Liansheng, Xing Libin membelanjakan lebih 70 juta untuk mengahwinkan anak perempuannya. Majlis perkahwinan besar-besaran itu diadakan di Sanya Ritz Carlton.

Xing membayar ramai artis untuk persembahan, menempah hotel Ritz Carlton, Marriott, dan Hilton serta menyewa 3 kapal terbang untuk menerbangkan ahli keluarga dan rakan-rakan beliau.





Menurut laporan, bapa pengantin lelaki itu adalah seorang pemaju hartanah di Hainan, dan mas kahwin pengantin adalah 6 buah kereta Ferrari.







Xing Libin
Xing Libin adalah tauke arang batu yang terkenal di Shanxi, dengan aset dianggarkan berbilion-bilion.
Sumber: ChinaSMACK

KEMPEN MENGGALAKKAN ORANG MENGUNDI DI KOREA SELATAN


Nancy Lang yang merupakan seorang artis Korea Selatan menjalankan kempen untuk menggalakkan orang ramai untuk mengundi dalam pilihan raya dengan berjalan-jalan hanya dengan bikini.
Beliau membuat penampilan di pelbagai bahagian di Seoul termasuk di Gwanghwamun Square, Hongik University dan juga di hadapan National Assembly. Dengan berbikini serba putih, dan anak patung kucing di bahunya sebagai trademark beliau. Nancy juga pada satu peringkat, di soal oleh pihak polis.

MENGENALI PERSONALITI MENGIKUT JENIS DARAH

Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Tak semestinya benda ini betul, tapi boleh dijadikan panduan. Anda nilaikan sendiri.

LEGOLAND MALAYSIA YANG PERTAMA DI ASIA

Legoland Malaysia yang pertama di Asia akan dibuka bagi perniagaan pada 15 September 2012 di Iskandar Johor. Taman itu yang ditampilkan dengan tujuh tema khas iaitu ”Lego kingdom”, ”imagination”, ”land of adventure”, ”lego technic”, ”the beginning”, ”lego city” dan ”miniland”, direka khas bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak berusia dari dua hingga 12 tahun.

Legoland Malaysia Yang Pertama Di Asia

Harga Tiket Legoland Malaysia:

1) Pas Tahunan
Dewasa: RM 195
Kanak-Kanak: RM 150

2) Tiket Satu Hari
Dewasa: RM 96
Kanak-Kanak: RM 70

Sumber: http://www.legoland.com.my/

KEMALANGAN TRAGIS FERRARI DAN TEKSI DI SINGAPURA

Sebuah Ferrari 599 GTO telah melanggar lampu isyarat merah dan kemudian merempuh sebuah teksi di persimpangan Jalan Rochor dan Victoria, Singapura. Pemandu Ferrari Ma Chi (31), pemandu teksi Cheng Teck Hock (52) dan penumpang teksi Shigemi Ito (20-an) maut. Penumpang Ferrari, seorang wanita (20) dan seorang penunggang motosikal (warga Malaysia) cedera teruk.

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

Kemalangan Ferrari 599 GTO Singapore

PRAMUGARI DIPECAT KERANA KETAWAKAN TRAGEDI SUKHOI

Seorang pramugari penerbangan Rusia Aerofolt, Ekaterina Solovyeva dipecat kerana menulis tweet yang menyinggung kejadian nahas Sukhoi yang berlaku pada Rabu 9 Mei 2012. 

Ekaterina Solovyeva

Ekaterina Solovyeva

Ekaterina Solovyeva

Ekaterina Solovyeva

Ekaterina Solovyeva Twitter

Twitternya: "Huh? Did a Superjet crash? Hahaha! This aircraft sucks, it's a pity it wasn't in Aeroflot, that would be one less" 

Ekaterina Solovyeva Sack Letter
Surat penamatan kontrak kerja Ekaterina Solovyova, pramugari penerbangan Rusia, Aeroflot.

Rabu, 2 Mei 2012

Telefon Bimbit Di Kala Kecemasan!


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu sewaktu kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan. Antaranya :
1) NOMBOR KECEMASANSentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).
2) KERETA TERKUNCIPernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30cm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang p ena mbahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri? Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera diskrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.