Ahad, 7 Julai 2013

Krisis Di Syria : Kekejaman Rejim Syiah Bashar Al Assad


Dengan berat hati dan penuh pilu, kami menyampaikan berita ini. Mujahideen telah tewas di Al Qusair tapi ini bukanlah pengakhirannya. Kita telah kehilangan terlalu ramai Mujahideen dan penduduk awam yang tidak berdosa. Hisbullah telah berjaya mengambil alih Qusair. 

KriKRIsis Di Syria | Kekejaman Rejim Syiah Bashar Al Assad di Al Qusair

Mari semua berdoa semoga Allah mengubah takdir ini secepatnya dan mendoakan keselamatan saudara saudara seaqidah kita disana.

Terima lah kekalahan ini dengan hati yang redha tapi jangan pernah menyerah kalah. ISLAM PASTI BANGKIT. InsyaAllah.

Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).
(A-li'Imraan 3:13)


 Di dalam dunia yang penuh kepura-puraan dan hipokrit, dunia tidak membenarkan FSA menerima senjata dari negara luar malah tidak membenarkan mana-mana negara luar menghantar pejuang untuk membantu mujahideen.

Sekarang, dunia yang penuh kepura-puaraan ini sedang menonton LIVE rakyat awam di Al Qusair yang tidak berdosa dibunuh beramai-ramai oleh syaitan yang bernama Hizbullah.

Dunia yang penuh kepura-puaraan ini malah tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan keganasan kemanusiaan yang sedang dilakukan di Syria dan hanya melihat sahaja campur tangan negara-negara lain di dalam tanah Syam.

Dengan segala kesedihan dan kepiluan yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata, kami mengumumkan Syiah menang. Terima kasih pada dunia yang sentiasa dalam kepura-puaraan. Sekarang dunia sedang menonton LIVE Syiah membunuh dan memperkosa sunni.

Isu sekarang bukan lagi kerana agama, tapi faktornya adalah kemanusiaan. Dimana dia kemanusiaan? Dimana?

Sumber: Syria Care, http://www.aljazeera.net/news/pages 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan