PORTLAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Keemonta Peterson (gambar) diletakkan di bawah pengawasan polis selama lima tahun kerana dia mengkhatankan seorang anak lelakinya yang berusia tiga bulan dengan menggunakan sebilah pisau pemotong, lapor sebuah akhbar semalam.
Peterson yang berasal dari negeri Oregon mengaku bersalah melakukan penganiayaan berunsur jenayah pada awal tahun ini.
Wanita berusia 30 tahun itu turut diarahkan menjalani pemeriksaan mental.
Sebuah akhbar tempatan, The Oregonianmelaporkan Peterson mahu anak lelakinya dikhatankan selepas dia mendapat inspirasi ketika membaca kitab Injil.
Namun, dia memutuskan untuk melakukan sendiri prosedur tersebut selepas menonton prosedur berkhatan di YouTube kerana menyangka bayinya terlalu tua untuk dikhatankan oleh doktor.
Tindakan itu menyebabkan bayinya mengalami pendarahan yang banyak dan memaksa dia menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan