Jumaat, 2 Oktober 2009

Minuman Soda Diet Gemukkan Anda?

Minuman soda diet dikaitkan dengan Sindrom Metabolik — pengumpulan faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular dan diabetes yang termasuk kegemukan abdomen, paras kolesterol dan glukosa darah yang tinggi.



Meminum soda diet yang mengandungi pemanis tiruan seperti Splenda atau NutraSweet sebenarnya boleh menyebabkan pertambahan berat badan, demikian menurut satu kajian baru-baru ini.

Kajian itu, yang diterbitkan pada 12 Januari dalam Circulation, jurnal Persatuan Jantung Amerika, oleh penyelidik di Universiti Minnesota, mendapati orang yang meminum sekurang-kurangnya satu tin soda diet sehari adalah 34% lebih berkemungkinan menghidap sindrom metabolik berbanding orang yang tidak meminum langsung sebarang minuman bersoda.

Sindrom metabolik adalah satu keadaan yang ditentukan oleh pertambahan dalam lilitan pinggang, tekanan darah dan paras gula, kolesterol dan lemak di dalam darah.

Secara bandingan, orang yang meminum satu tin air soda biasa sehari hanya 10% lebih berkemungkinan mengalami sindrom metabolik.

Kajian itu mengesan tabiat kesihatan dan diet lebih 9,000 orang Amerika pertengahan umur selama sembilan tahun, dan tidak termasuk sesiapa yang telah pun mengalami sindrom metabolik.

“Sememangnya menarik bahawa meminum soda diet mempunyai risiko lebih tinggi mengalami sindrom metabolik daripada bahan biasa,” kata Lyn Steffen, profesor madya imunologi di Universiti Minnesota yang menjalankan kajian itu.

Kajian itu tidak menunjukkan yang soda diet menyebabkan perkembangan sindrom metabolik.

“Pada masa kini kami cuma melihat pada data pemerhatian. Kami tidak dapat menyatakan yang soda diet menyebabkan apa saja,”kata Steffen.

Satu penjelasan bagi kejadian sindrom metabolik yang meningkat di kalangan orang yang meminum soda diet ialah mereka mungkin mengamalkan tabiat makan yang tidak sihat.

“Pada pengalaman saya, seseorang yang meminum soda diet adalah memakan sesuatu yang tidak sihat dan diganti dengan makanan berkalori lebih tinggi,” kata Alona Zerlin, pakar pemakanan di Pusat bagi Pemakanan Manusia UCLA.

Satu lagi penjelasan yang mungkin bagi penemuan kajian itu ialah minuman diet itu sebenarnya menjadikan seseorang itu berasa lebih lapar. Apabila seseorang itu meminum soda diet, tubuh mereka mengharapkan kalori, dan apabila kalori tidak terdapat, mereka berkemungkinan memakan benda lain, kata Zhaoping Li, seorang profesor madya perubatan klinikal di UCLA.

“Dengan pemanis tiruan, kita merasa perisa manis tetapi tidak menerima kalori yang sepatutnya ada bersamanya.... Anda akhirnya akan memakan kentang goreng atau makanan lain sebagai ganti,” kata Li.

Satu lagi kajian terbaru, yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Purdue dan diterbitkan nampaknya menyokong teori ini.

Dalam kajian mereka, didapati tikus yang diberi makan dadih dengan pemanis tiruan yang dinamakan sakarin sebenarnya lebih berat badannya berbanding tikus yang diberi makan dadih manis asli. Kajian itu juga menemui alasan tikus yang memakan dadih manis tiruan lebih berat badannya kerana ia makan lebih banyak.

Kristine Westly, pelajar perniagaan tahun kelima, menggambarkan dirinya sebagai peminum soda diet berlebihan dan mengakui meminum kira-kira dua atau tiga tin soda diet setiap hari.

Beliau hampir sering meminum soda diet dengan makanan, katanya.

“Saya tidak suka minumnya semata-mata; ia rasa seperti sesuatu, tetapi anda tidak mendapat sebarang khasiat daripadanya. Akhirnya anda merasa seperti anda perlu makan sesuatu tetapi anda tidak melakukannya.”

Menurut siaran akhbar baru-baru ini oleh pertubuhan yang tidak mengaut keuntungan, yang mewakili lebih 60 pengeluar dalam industry minuman rendah kalori dan rendah lemak, Majlis Kawalan Kalori menolak implikasi penemuan kajian Purdue.

Siaran akhbar pertubuhan itu menyatakan minuman rendah kalori boleh menjadi bahan yang berguna dalam mengawal pertambahan berat badan dan memetik ulasan terbaru kajian saintifik mengenai subjek itu yang mempunyai kesimpulan serupa.

Westly menyatakan beliau menyangka bahawa sungguhpun beliau kemungkinan meminum air atau minuman lain sebagai ganti soda, mempunyai pilihan minuman tanpa kalori bagi orang yang gemarkan soda adalah baik.

Sama ada meminum soda diet atau tidak, sebenarnya adalah pilihan lebih sihat berbanding soda biasa yang menjadi persoalan bagi penyelidik.

“Tidak terdapat cukup penyelidikan ke atas soda diet,” kata Zerlin. “Tetapi jika anda meminum soda diet secara tetap setiap hari, mungkin terdapat implikasinya.”

Sumber: The Daily Bruin, 19 Februari 2008

SMS Dapat Duit
Klik Banner Di Bawah
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan