Ahad, 3 Mei 2009

Menu Tambahan..Hehehe


Tauhu Masak Taucu
Kiriman & Gambar : Mak Lang Azie
Sumber : Diana
Bahan-bahannya
4 keping tauhu yang besar, dipotong dadu selebar 1 inci
12 ekor udang, dikupas kulitnya
10 batang lada hijau, dipotong 3
5 biji bawang besar, dihiris bulat
2 ulas bawang putih, dihiris
2 batang serai, dititik
1 botol taucu, dicuci, toskan dan ramas kasi hancur sedikit
2 cawan air
2 inci belacan
Asam jawa, sebesar setengah telur ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tahu yang telah dipotong dadu selebar 1 inci, digoreng. Jangan goreng terlalu garing cukup sekadar ia kekuningan sedikit. Angkat dan ketepikan.
2. Asam jawa, belacan dan 2 cawan air dicampurkan dan diramas sehingga rata. Ketepikan.
3. Minyak yang telah digunakan untuk menggoreng tahu tadi boleh kita gunakan untuk menumis. Masukkan serai yang telah dititik bersama bawang putih, bawang besar dan lada hijau. Tumis sehingga bahan-bahan naik baunya.
4. Masukkan taucu yang telah diramas dan juga udang. Gaul rata dan masukkan juga bancuhan air asam dan juga belacan yang telah disediakan tadi. Masak selama 5 minit pada api sederhana supaya rempahnya bangkit.
5. Kemudian masukkan garam (jangan terlalu banyak) sebab taucu pun dah ada rasa masin, serbuk perasa, gula dan juga tahu yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan ia mereneh supaya kuahnya menyerap dalam tahu selama 5 – 10 minit. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Nota: Sekiranya anda suka pedas boleh letak cili padi hijau. Lauk ini kalau disimpan semalaman dan dipanaskan rasanya lagi umppph.. Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan