Ahad, 3 Mei 2009

Menu Tambahan..Hehehe


Tauhu Masak Taucu
Kiriman & Gambar : Mak Lang Azie
Sumber : Diana
Bahan-bahannya
4 keping tauhu yang besar, dipotong dadu selebar 1 inci
12 ekor udang, dikupas kulitnya
10 batang lada hijau, dipotong 3
5 biji bawang besar, dihiris bulat
2 ulas bawang putih, dihiris
2 batang serai, dititik
1 botol taucu, dicuci, toskan dan ramas kasi hancur sedikit
2 cawan air
2 inci belacan
Asam jawa, sebesar setengah telur ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tahu yang telah dipotong dadu selebar 1 inci, digoreng. Jangan goreng terlalu garing cukup sekadar ia kekuningan sedikit. Angkat dan ketepikan.
2. Asam jawa, belacan dan 2 cawan air dicampurkan dan diramas sehingga rata. Ketepikan.
3. Minyak yang telah digunakan untuk menggoreng tahu tadi boleh kita gunakan untuk menumis. Masukkan serai yang telah dititik bersama bawang putih, bawang besar dan lada hijau. Tumis sehingga bahan-bahan naik baunya.
4. Masukkan taucu yang telah diramas dan juga udang. Gaul rata dan masukkan juga bancuhan air asam dan juga belacan yang telah disediakan tadi. Masak selama 5 minit pada api sederhana supaya rempahnya bangkit.
5. Kemudian masukkan garam (jangan terlalu banyak) sebab taucu pun dah ada rasa masin, serbuk perasa, gula dan juga tahu yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan ia mereneh supaya kuahnya menyerap dalam tahu selama 5 – 10 minit. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Nota: Sekiranya anda suka pedas boleh letak cili padi hijau. Lauk ini kalau disimpan semalaman dan dipanaskan rasanya lagi umppph.. Selamat mencuba

Hari Ni Aku Bagi Menu Tomyam

Tom Yam Datin
Sumber : Datin (Ni Original punya resepi takyah pakai paste)

Bahan-bahan
2 ulas bawang putih (ketuk hancur)
Air rebusan tulang ayam
Udang, isi ayam dan sotong, kalau nak lauk lebih, boleh tambah
Celery/carrot->potong
2 biji tomato
Cili boh
Bawang besar potong memanjang
4 batang serai diketuk
Cili padi (ikut suka - nak pedas, letak lebih)
2 helai daun limau purut (pilih daun yg hijau pekat..jangan ambik daun hijau muda sebab kurang cantik)
Kicap sotong, gula pasir dan cuka/perahan limau nipis ikut rasa

Cara Membuatnya
1. Tumis bawang putih. Apabila sudah garing masukkan cili boh dalam sesudu supaya tomyam bewarna merah.
2. Masukkan serai dan tomato yang telah dihiris. Tekan-tekan tomato biar hancur.
3. Kemudian masukkan lauk-lauk tadi. Tambah air rebusan dalam setengah cawan. Biar ayam/udang dll atas api seketika.
4. Kemudian masukkan air rebusan tulang ayam.
5. Masukkan celery dan daun limau purut beserta cili.
6. Kemudian masukkan sedikit garam, cuka dan gula. Biarkan mendidih
7. Dalam mangkuk hidangan masukkan kicap sotong dan perahan limau nipis.
8. Masukkan tomyam yang sudah siap tadi. Sesuaikan rasa. Boleh dihidangkan.

Tips :-
Petuanya kicap sotong dan air limau jgn sesekali dimasukkan dalam tomyam atas api