Isnin, 25 Februari 2013

Orang Johor Lebih Untung Dari Pulau Pinang Kalau Ubah Kerajaan – Izmil Amri


BATU PAHAT, 25 FEB: Rakyat Johor perlu berani melakukan perubahan politik untuk manfaat yang lebih besar dengan mengambil contoh apa yang berlaku di Pulau Pinang.

“Terbukti dengan perubahan kuasa politik yang kecil di Pulau Pinang sekecil negerinya, rakyat dapat manfaat yang jauh lebih besar berbanding ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
“Jika dibanding dengan Johor, negeri Johor jauh lebih besar dan sudah tentu lebih banyak manfaat yang akan diperoleh rakyat jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri itu,” demikian jelas penulis dan sub-editor Roketkini.com, Izmil Amri dalam wacana kedua “Benarkah Melayu akan hilang kuasa tanpa UMNO?” di Batu Pahat, baru-baru ini.

Katanya, manfaat besar yang diperoleh rakyat Pulau Pinang kini adalah hasil pentadbiran negeri yang berlandaskan prinsip cekap, akauntabel dan telus (CAT) yang diamalkan.

“Di Pulau Pinang, kerajaan negeri dapat banyak duit hasil ‘dividen anti rasuah’,
“Maksudnya, kalau ada kontrak, keluar tender terbuka, tak perlu lagi jumpa Ketua Bahagian UMNO bagi komisen 10 peratus. Duit yang dijimat itu dikembalikan kepada rakyat,” jelas beliau.

Bagaimanapun, menurut Izmil, UMNO/BN tidak segan-silu sebaliknya cuba membohongi rakyat Malaysia dengan  menggambarkan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang  merana dan menderita akibat ditindas kerajaan PR.

Beliau berkata, apa yang berlaku di Pulau Pinang kepada orang Melayu dan Islam sebaik sahaja PR mengambil alih pentadbiran adalah sangat membanggakan.

“Tahun pertama DAP-PR mengambil alih Pulau Pinang, peruntukan untuk rakyat, orang Melayu dan agama Islam negeri itu meningkat berkali ganda. Pada 2007, peruntukan kepada Majlis Agama Islam negeri dalam RM12 juta, bila kerajaan PR memerintah mulai 2008 peruntukan meningkat kepada RM25.7 juta dan pada 2012 peruntukan ditambah sebanyak RM60 juta.

“Tapi bila orang UMNO dengar perkara ini dia kata ‘kau tipu’, ini bukan masalah kita, ini masalah UMNO,” tegasnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekarang adalah tahun 2013 dan rakyat boleh tahu perkara sebenar yang terjadi.

“Dia (UMNO-BN) juga nak tunjuk DAP-PR tak beri bantuan sampai orang Melayu lari dari Pulau Pinang. Ini memang tak betul, bohong.

“Saya nak kata itu, orang Pulau Pinang tak keluar pun. Tapi biasalah, mana-mana anak negeri apapun keluar merantau. Orang Melayu kan suka merantau. Ini sekadar propaganda BN yang diceritakan Utusan supaya orang Johor takut pilih PR,” jelasnya.

“Kalau pada 1990-an, dua tiga hari baru kita dapat tahu berita tempat lain. Hari ni, kalau dia tipu hari ini, semalam lagi kita dah tahu,” kata anak jati Pulau Pinang itu sambil berseloroh.-Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan