Isnin, 25 Februari 2013

Islam Di Benua Amerika


Sejarah mereka telah digelapkan
Jika anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Di sana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. 

Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban).

Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.

Bercakap tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.

Yang menariknya adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata “Muhammad” dalam bahasa Bahasa Arab.

Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam suku Anasazi, Apache, Arawak, Makah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni.

Selain itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.

Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.

Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: “In the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal”.

Bukankah Al-Qur’an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.
533631_514182275269473_1835731120_n

Ferdinand Magellan Manusia Pertama Mengelilingi Dunia Adalah Palsu?


Mengikut sejarah Barat, Magellan, Christopher Columbus, Vasco da Gama, Alexander de al Buquerqu adalah beberapa nama yang diangkat menjadi tokoh pelayaran dunia Barat serta mubaligh ajaran Kristian yang tersohor. Mereka juga yang mengangkat Ferdinand Magellan menjadi manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Benarkah fakta ini?

Jika anda menonton dokumentari ataupun kisah pelayaran orang-orang Barat, pasti anda akan disogok dengan beberapa peristiwa yang mengundang rasa kagum dan simpati kita pada mereka. Antaranya ialah kesusahan serta keperitan mereka ketika belayar, tekanan dan dilema yang dihadapi oleh anak-anak kapal yang letih belayar, sikap tidak putus asa mencari jalan untuk pulang ketika tersesat di lautan yang luas, kapten kapal yang obses dengan sejarah pelayaran terdahulu dan bermacam-macam lagi.

Hal inilah yang turut saya rasakan ketika menonton kisah pelayaran Magellan pada tahun 1520 yang disiarkan di TV1 lewat malam semalam.

Jangan kita larut dengan propaganda Barat ini kerana umat Islam lebih awal melakukan aktiviti pelayaran berbanding Barat! Buktinya, rekod pelayaran Ibnu Batutah yang dicatatkan dari tahun 1325 hingga 1354 masih lagi wujud dan digunapakai hingga ke hari ini. Pengembaraan Abu Abdullah Muhammad b. Abdullah Al-Lawati Al-Tanji ini bukan sahaja melibatkan pelayaran di laut tetapi turut melibatkan perjalannya di darat yang merangkumi kira-kira 75 000 batu perjalanan.
51qd4REDGKL._SL500_PIsitb-sticker-arrow-big,TopRight,35,-73_OU01_SS500_
Ibnu Batutah juga merupakan tokoh Islam yang berjaya membuktikan bumi ini bulat dan bukannya berbentuk empat segi seperti yang didakwa oleh seorang lagi tokoh pelayaran Barat, Ptolemy.

 Peta pelayaran lengkap Ibnu Batutah gagal diperoleh oleh orang Barat. Oleh itu, tidak hairanlah Magellan tersesat beberapa kali di lautan serta terpaksa mengikut nalurinya sendiri ketika belayar kerana menggunakan peta dunia yang dilukis oleh Ptolemy. Peta tersebut juga diakui tidak mengikut skala saiz bumi yang asal(diameter bumi kurang 28%). Akhirnya, mereka mencipta pelayaran sendiri dan di akhir pelayaran Magellan, baru dibuktikan bumi itu bulat!

Kitab pelayaran Ibnu Batutah iaitu Tuhfah Al-Nuzzar fi Ghara’ib Al-Amsar wa Ajaib Al Asfar(Persembahan Seorang Pengamat Tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan Yang Mengkagumkan) telah ditulis oleh Ibnu Jauzi, seorang juru tulis Sultan Morocco dan karya agung tersebut telah diterjemah ke beberapa bahasa lain.

Karya ini juga menjadi rujukan utama untuk armada laut kerajaan Abbasiyah dan Uthmaniyyah ketika melakukan pelayaran dan penjelajahan menakluk negara-negara di bahagian dunia yang lain. Secara tidak langsung, proses dakwah agama Islam telah awal lagi dilaksanakan oleh kerajaan Khilafah Islam berbanding orang Kristian Barat. Hasilnya, wujudlah beberapa kerajaan Islam seperti Kerajaan Islam Delhi di India.

Bidang kejuruteraan maritim Islam berkembang mudah kerana galakan pemerintah Islam. Kerajaan Abbasiyah ketika zaman pemerintahan Khalifah Mutawakil (220H/884M) amat menggalakkan ekspedisi-ekspedisi pelayaran dilakukan. Dinasti Fatimiyyah(350H/915M) pula telah memonopoli angkatan laut di Afrika Utara dengan pembinaan dermaga-dermaga kapal bersama penciptaan kapal dan alat pelayaran yang lebih maju.

Pembinaan kapal oleh Barat turut dipengaruhi oleh seni bina asal yang dipelopori Islam. Selain itu, faktor geografi negara Arab yang strategik (antara Timur dan Barat) memudahkan siri pelayaran dan penjelajahan dilakukan berulang kali.

Agenda asal pelayaran oleh orang Barat sebenarnya bertujuan untuk meneruskan siri Perang Salib. Mereka melakukan pelayaran untuk sampai ke kawasan-kawasan yang dikatakan telah berlaku perkembangan agama Islam dan cuba mengkristiankan masyarakat Islam di sana.

Jelas bahawa tujuan mereka adalah kerana agama(lihat layar kapal Victoria yang digunakan Magellan-bertanda salib) di samping cuba meluaskan pengaruh kuasa negara asal mereka ke negara-negara luar. Orang Barat sebenarnya hanya mampu mengambil alih fahaman pagan dan animisme, bukannya agama Islam kerana aqidah masyarakat Islam lebih kuat dan Islam lebih awal sampai dari yang mereka jangkakan.

Masyarakat Islam di Filipina misalnya, melarikan diri ke negara lain yang terdekat iaitu Ambon dan Mindanao apabila kawasan mereka dimasuki oleh pendakyah Kristian dari Sepanyol ini.
perang-salib-1
Walaupun agama menjadi matlamat utama pelayaran mereka, sistem yang diamalkan oleh Sepanyol tetap zalim berbanding penjajah Barat yang lain. Mereka mengamalkan sistem buruh paksa ke atas rakyat tempatan sedangkan penjajah British mengajar rakyat jajahannya menjadi pegawai. Beza sekali sistem yang diamalkan oleh kedua negara penjajah ini.

Ingin saya tekankan di sini bahawa kebangkitan penjajah Barat dalam bidang pelayaran adalah lewat jika dibandingkan dengan Islam kerana proses pengkolonisasian mereka hanya bermula selepas kejatuhan empayar Andalus yang diikuti dengan siri peperangan Perang Salib.

Tidak mustahil jika dikatakan sekiranya empayar Andalus berjaya dipertahankan hingga kini, era kegemilangan Islam akan berterusan dan negara Barat tidak akan berjaya menguasai dunia mahupun mewujudkan sejarah pelayaran yang kononnya dimulakan oleh mereka.

Negara Barat sebenarnya hanya mengambil peluang apabila Kerajaan Abbasiyah bangkit! Ketika Abbasiyah mula cenderung ke arah timur dan mengurangkan tekanan kepada kawasan Mediterranean, Barat mula mengumpul kekuatan untuk bangkit di penghujung pemerintahan kerajaan Islam ini.

Sekurang-kurangnya Abbasiyyah tidak bergabung tenaga dengan kekuasaan saki-baki Umayyah di Andalus untuk meluaskan kuasa ke dunia barat. Pada masa yang sama, negara Barat turut membawa bersama ilmu-ilmu hebat milik Islam dan mengatakan ia milik mereka!

Islam terlebih dahulu melakukan eksplorasi dunia yang membawa kepada penemuan bidang ilmu lain seperti ilmu buruj, ilmu kejuruteraan maritim serta ilmu perdagangan. Satu kenyataan yang perlu diingat-tamadun Islam adalah tamadun yang paling awal(660-1924) dan paling lama, kira-kira 1300 tahun, berbanding tamadun Barat yang baru berusia 600 tahun(1400-2008)!:-Blogammar.com

Rumah Hantu Terbesar Dan Paling Seram Di Dunia


862785_467680463285980_1696590528_n
Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.

Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.

Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu. salah satu gambar rumah hantu yang menyeramkan di rumah hantu tersebut

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh



sukar solat
1.  Tidur lebih awal.
 
2.  Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur
 
3.  Tekad untuk bangun solat subuh
 
4.  Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun
 
5.  Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat
 
6.  Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat
 
7.  Mengguna saranan-saranan peringatan
 
8.  Memercikkan air di wajah orang yang tidur
 
9.  Tidak tidur sendirian
 
10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain
 
11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap
 
12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat
 
13. Menyalakan lampu di saat bangun
 
14. Tidak berjaga malam terlalu lama
 
15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur
 
16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar
 
17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh
 
18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur
 
19. Tidur di siang hari (Qailulah)
 
20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib
 
21. Ikhlas kerana ALLAH SWT.
 

Sabda Nabi:
باكروا الغدو -أي الصباحفي طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح
 
Maksudnya:
Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.
(Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
 
 
HADIS TELAH SEDIA MENYEBUT:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)

Bergerak yang Membatalkan Solat


gerak solat
Tidak semua jenis pergerakan membatalkan solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat adalah cara terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan dengan ringkas.
Tamakninah adalah salah satu rukun dalam solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Ini berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kpeada seorang lelaki yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul :
“ulangi solatmu dan solatlah sesungguhnya engkau belum menyempurnakan solatmu. kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.” (Riwayat al-Bukhari)

Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil dari itu, penyempurnaan tamakninah dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan pergerakn besar menurut mazhab Syafie.

Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan dalam mazhab seperti berikut:-

KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at. 
BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.

KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil. 
BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.

KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat.
BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.

KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai. Kata beliau
وهو الأصح وقول الأكثرين
Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.[1]
Kemudian, Imam An-Nawawi jug menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.

KESIMPULAN :
Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak membatalkan solat. 
Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf, dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.
Sekian,
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
(www.zaharuddin.net)

Harga BlackBerry Z10


Harga BlackBerry Z10, spec BlackBerry Z10Harga BlackBerry Z10. Minggu ini BlackBerry Z10 di lancarkam , berapa harganya, BlackBerry Z10 dikuasakan oleh platform BlackBerry 10 dengan kira-kira 17,000 aplikasi, termasuk lebih 100 aplikasi boleh diakses oleh pengguna tempatan
harga BlackBerry Z10 ialah RM2,188
BlackBerry Z10 akan boleh didapati di pengedar sah — Maxis pada 9 Mac, dengan program prapendaftaran 21 Feb
Telefon berkenaan juga boleh didapati daripada Celcom dan DiGi pada 8 April

Design

Size

  • Height 130 mm / 5.11 in
  • Width 65.6 mm / 2.58 in
  • Depth 9 mm / 0.35 in

Weight

  • 136g / 4.80 oz

Navigation

  • All-touch screen, with intuitive gesture based navigation

Keyboard

  • On screen BlackBerry Keyboard (portrait/landscape), featuring contextual auto-correction, next-word prediction, and a personalized learning engine that gets to know the way you type

Dedicated keys

  • Volume Up/Down, Mute, Lock (for Power On/Off)

Display

Screen size

  • 4.2″ diagonal
  • 15:9 aspect ratio

Resolution

  • 1280 x 768 resolution, at 356 PPI
  • 24-bit colour depth

OS & desktop software

Operating system

  • BlackBerry 10 OS

Desktop software

  • BlackBerry® Link software for your computer to enable synchronization of data and media

Performance

Processor

  • Dual Core 1.5 GHz

Power

Battery

  • 1800mAH removable battery

Battery Life

  • Up to 11 hours talk time (3G)
  • Up to 17 days standby time
  • *Note: Battery life claims are for Model STL100-1

Camera & video

Rear camera

  • 8 megapixel auto-focus camera
  • Back Side Illumination for better low-light performance
  • 5-element F2.2 lens
  • Flash, continuous and touch to focus, image stabilization
  • 5 x digital zoom
  • 1080p HD video recording
  • Time Shift mode for pinpointing and adjusting individual elements of your picture

Front camera

  • 2 megapixel fixed-focus camera
  • Image and video stabilization
  • 3x digital zoom
  • 720p HD video recording
  • 2GB RAM
  • 16GB Flash

Multimedia

Image formats

  • BMP, WBMP, JPG, GIF, PNG, TIFF, SGI, TGA

Audio & video formats

  • 3GP, 3GP2, M4A, M4V, MOV, MP4, MKV, MPEG-4, AVI, ASF, WMV, WMA, MP3, MKA, AAC, AMR, F4V, WAV, MP2PS, MP2TS, AWB, OGG, FLAC

Audio & video encoding/decoding

  • H.264, MPEG-4, H.263, AAC-LC, AAC+, eAAC, MP3, PCM, Xvid, AMR-NB, WMA 9/10, WMA10 professional, WMA-LL, VC-1, VP6, SPARK, PCM, MPEG-2, MJPEG (mov), AC-3, AMR-WB, QCELP, FLAC, VORBIS

Apps

Pre-loaded apps

  • BlackBerry® Hub, Contacts, BlackBerry® Browser, BlackBerry® Calendar, BBM, Text Messages, BlackBerry® World, BlackBerry® Remember, Docs To Go™, Pictures, Story Maker, Facebook®1, Twitter®1, LinkedIn®1, Foursquare®, BlackBerry® Maps, Games, YouTube®, Voice Control, Weather, Clock, Calculator, Compass, File Manager, Box, BlackBerry® Connect for Dropbox, Print To Go, Smart Tags, Settings, Adobe® Reader, Phone, Camera/Video Camera/Time Shift, Setup, Help, SIM Toolkit, Search

Network & connectivity

Network bands

  • 21Mbps HSPA+
  • Quad band HSPA+ 1, 2, 5/6, 8 (850/900/1900/2100 MHz)
  • Quad band EDGE (850/900/1800/1900 MHz)

Wi-Fi®

  • 802.11 a/b/g/n
  • 2.4 GHz / 5 GHz
  • Mobile Hotspot

Bluetooth®

  • Bluetooth 4.0 Low Energy (LE)

GPS

  • Assisted, Autonomous and Simultaneous GPS
  • Preloaded with BlackBerry Maps application
  • GLONASS Support

NFC

  • BlackBerry® Tag with NFC technology enables communication between BlackBerry smartphones and other NFC-enabled devices with a tap

Kesan Dan Akibat Minum Air Daun Ketum


KESAN MINUM AIR KETUM ATAU AIR BIAKBernama melaporkan air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi “mitraginin” yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.
“Ini bermakna nanti, kerajaan bakal menguatkuasa undang-undang meminum air daun ketum sama seperti penyalahgunaan dadah dan menjual air daun ketum sama seperti mengedar dadah,” katanya lagi.
Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana kandungan mitragininnya.
Mitraginin disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun Ordinan Racun 1952 Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989, dengan itu pokok ketum diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Sebelum ini, daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.
Bagaimanapun air rebusan daun ketum disalahgunakan dan dijual secara meluas kepada pengguna biasa terutama di kalangan remaja.
Pokok ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.
Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom dan nama botaninya Mitragyna speciosa korth. BERNAMA
Untuk makluman semua, Nama lain bagi pokok ini adalah Kratom, Kakuam, Ithang, Biakatau Thom.
KESAN DAN BAHAYA JIKA MINUM BERLEBIHAN SETIAP HARI
Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
  1.     susut berat badan
  2.     insomnia
  3.     anoreksia
  4.     bibir menjadi kering
  5.     sembelit atau kesukaran membuang air besar.
  6.     kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya
Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
  1.     Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
  2.     sengal-sengal sendi
  3.     mudah marah
Kesan Mengikut Tahap Dos
• Alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif
• Dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana (dua kali ganda dos rendah) memberi kesan stimulan pada reseptor delta opiod
• Dos tinggi (10-30 helai daun atau lebih sehari) memberi kesan sedatif pada reseptor mu
Kesan Sampingan Mitragynine
Kesan Dos Rendah
• Menghalang motivasi
• Ketiadaan minat
• Bosan
• Malas
Kesan Pada Tahap Stimulan (Dos Sederhana)
• Ransangan
• Peningkatan tenaga fizikal dan batin
• Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau
• Kerja yang membosankan
• Suka bercakap, ramah, suka bergaul
• Mudah runsing
Kesan Pada Tahap Sedatif-Euforik-Analgesik (Dos Tinggi)
• Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi
• Berasa tenang
• Hilang dalam alam mimpi
• Merasa gatal atau berpeluh
• Anak mata menjadi sempit
• Merasa loya
Kesan Sampingan Akut (Penggunaan Singkat)
• Mulut menjadi kering
• Kerap kencing
• Kehilangan selera makan (anoreksia)
• Sembelit
Kesan Sampingan Kronik (Penggunaan Lama)
• Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan
• Jaundis (penyakit hati)
• Insomnia (payah tidur)
• Psikosis (gila)
• Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi
Kesan Penggunaan Banyak (10-30 Helai Daun Atau Lebih Dalam Sehari)
• Banyak tidur
• Hilang keupayaan untuk bekerja
• Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat)
• Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka)
Gejala Tarikan
• Hidung dan mata berair
• Cirit birit
• Sakit pada otot dan tulang
• Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan
• Sintakan otot (muscle jerking)
• Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)
• Mudah meradang
• Hilang keupayaan bekerja
Risiko
• Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan
• Mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran
• Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,
• Dos besar kafein – kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah
• Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat – kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian
Dari Aspek Perundangan
• Dikawal di Australia, Malaysia, Myanmar dan Thailand
• Thailand mengharamkan penggunaannya semenjak tahun 1943
• Memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum. Disama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan
• Di Malaysia sejak 1 Jan 2003, Mitragynine adalah bahan psikotropik yang
• Disenaraikan dalam Jadual Ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual dan memiliki atau menggunakan Bahan Psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. (disemak 1989)
Hukuman
• Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 30(3) boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: