Selasa, 9 Februari 2010

Amazing 3D











ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN ERA KEBANGKITAN ISLAM





MUKADIMAH


Seruan kepada mereka yang memiliki kesedaran...

        

Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering
mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar
sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu
prihatin. Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu
perkara rutin tidak berapa lama kemudian.

Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita
diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah
negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genocide (Pent:
Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genocide, maka istilah ini
dikekalkan. Genocide ber­maksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum
yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes
anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh,
mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di
Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin... Imej seorang kanak-kanak
Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu
menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang
dibunuh ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua
dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genocide yang sangat mengerikan di
Bosnia...

Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut,
mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan
sesuatu. Walau bagaimanapun, laporan-laporan kekejaman yang
bertali-arus, yang tidak pernah putus-putus itu, akhirnya tidak
berupaya untuk menarik perhatian mereka lagi. Semakin ramai manusia
yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak
sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak
periuk api... Walau bagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal
konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak
acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar, mereka
lebih suka membaca gosip-gosip artis berbanding berita-berita
peperangan. Oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di
Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Timur Turkistan hanya sekadar
menjadi suatu "berita rutin."

Tambahan pula, propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan
kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai suatu perkembangan politik
sahaja. Akibatnya, pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap
sebagai urusan sulit pihak Rusia, apa yang berlaku di Palestin hanyalah
suatu perjuangan untuk mendapatkan tanah di antara orang-orang Israel
dan Palestin, dan penekanan puak Hindu ke atas penduduk Kashmir sebagai
masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu. Memang
benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang
mencetuskan konflik-konflik tersebut. Chechnya mempunyai kepentingan
ekonomi dan strategi yang penting kepada Rusia. Orang-orang Yahudi yang
fanatik terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan-kawasan
pendudukan Palestin yang lain sejak berabad-abad lamanya. Namun
demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya
penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang-orang Chechen oleh
pihak komunis Rusia, ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam
di Afrika, ataupun keganasan dan proses pembersihan etnik yang
dideritai oleh umat Islam di rantau Balkan yang dilakukan di hadapan
mata penduduk dunia. Di dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan dapat
melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan
identiti umat Islam itu sendiri.

Mereka dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk penindasan kerana mereka
adalah golongan yang beriman kepada Allah dan mahu hidup dengan
berlandaskan Islam, dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi
orang-orang yang beriman juga. Kewujudan negara-negara kuat yang
mementingkan nilai-nilai spirituil atau sebuah liga Islam yang kuat
yang akan melindungi hak-hak umat Islam seadil-adilnya, telah
menimbulkan ketakutan kepada golongan-golongan tertentu di Barat dan
juga telah menimbulkan ancaman terhadap kepentingan pihak-pihak
tertentu.

Aspek lain tentang hal ini ialah terdapat sesetengah manusia yang tidak
mengetahui apa-apa pun tentang masyarakat yang hidup di negara-negara
tersebut, dan malah tidak pernah mendengar sama sekali nama
negara-negara itu. Situasi bagi seseorang yang tidak memiliki sebarang
idea tentang kepayahan, penindasan, kekejaman, kebuluran, dan
kemiskinan yang dideritai oleh umat Islam Sudan, Algeria, Indonesia,
Myanmar, Djibouti dan Tunisia sebenarnya memerlukan suatu "makanan"
untuk mengisi minda mereka. Ada juga segelintir manusia yang menyedari
kekejaman dan ketidakadilan tersebut. Namun dia tidak mencuba untuk
menghulurkan sebarang bantuan ataupun berusaha untuk menghentikan
penindasan tersebut. Tambahan lagi, mereka sungguh yakin bahawa mereka
tidak dapat melakukan apa-apa, malah laporan-laporan yang dibaca dan
imej-imej kekejaman yang dilihat menerusi televisyen tidak dapat
menyedarkan mereka walaupun sedikit.

Seseorang yang benar-benar beriman, walau
bagai­mana­pun,bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka
lihat dan dengar. Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:

Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela)
orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang
semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang
mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu.
Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75)


Sudah tiada sebab lagi bagi orang-orang yang memiliki kesedaran, yang
patuh kepada arahan yang terkandung di dalam ayat di atas untuk terus
menutup mata dan tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku. Adalah
sesuatu yang mustahil untuk umat Islam tidur dengan nyenyak di atas
katil tanpa wujud sebarang perasaan tanggungjawab di hati mereka,
membazirkan masa mereka, dan hanya memikirkan tentang kepentingan dan
keseronokkan dirinya sahaja sewaktu kekejaman yang melampau-lampau
sedang berlaku di seluruh dunia. Ini kerana orang-orang yang beriman
mengetahui bahawa kunci asas untuk menyelesaikan masalah peperangan
yang berat sebelah, pembunuhan beramai-ramai, kekejaman, kebuluran, dan
kebejatan masalah sosial, atau dengan ringkas segala masalah yang ada
di dunia ini, adalah dengan menyebarkan ajaran moral yang terkandung di
dalam al-Quran. Pengetahuan tentang perkara tersebut telah meletakkan
suatu tanggungjawab besar di atas bahu mereka: iaitu menerangkan
tentang ajaran Islam dan keindahan-keindahan yang dibawa olehnya,
menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran, dan
melancarkan peperangan ideologi kepada golongan ateis... (Pent: iaitu
golongan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan)

Sesiapa yang mengambil tugas mulia tersebut akan dapat membebaskan
semua insan yang hidup di bawah penindasan dengan bantuan petunjuk
al-Quran:

...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan
sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki
orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan
Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang
terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang
lurus. (Al-Maaidah, 15-16)




Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk mendedahkan penderitaan
umat Islam yang tidak berdosa di serata dunia, dan juga untuk menyeru
mereka yang berkesedaran untuk memikirkan tentang situasi tersebut dan
seterusnya mencari jalan penyelesaiannya. Ini bukan masanya untuk kekal
membisu, bersifat tidak kisah, mengejar kesenangan kecil dunia ini, dan
membuang masa dengan perdebatan dan pertengkaran yang sia-sia. Ketika
berjuta-juta umat Islam menderita disebabkan oleh kekejaman dahsyat
tersebut, kita adalah manusia yang tersangat-sangat mementingkan diri
sendiri jika enggan memikul sebarang tanggungjawab untuk menegakkan
agama Islam. Tidak menjadi satu keraguan bahawa perbuatan tersebut
hanya menyebabkan kita menerima akibat yang pedih di akhirat nanti.

MUSUH-MUSUH DUNIA ISLAM

Perikatan anti-Islam berhadapan dengan umat Islam

       

Bab-bab yang berikutnya akan mengkaji dunia Islam negara demi negara,
dan akan mendedahkan penindasan dan kekejaman yang dikenakan kepada
umat Islam. Walau bagaimanapun, sebelum itu, kita mesti melihat
punca-punca serangan yang di­lancar­kan kepada dunia Islam.

Kawasan yang dikenali sebagai dunia Islam terdiri daripada
negara-negara yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Islam. Ia
bermula dari Maghribi dan Mauritania di Barat sehinggalah ke Indonesia
di Timur. Majoriti terbesar, dalam 1 bilion, yang men­diami kawasan
tersebut beragama Islam. Sejak lebih 200 tahun, mereka telah berhadapan
dengan pelbagai jenis serangan, penindasan, dan keganasan malah pernah
dibunuh beramai-ramai hanya kerana mereka beragama Islam. Ini
disebabkan ramai orang-orang Islam yang hidup di bawah rejim bukan
Islam yang bencikan Islam.

Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat
dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam
di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan
Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika
dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang
berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang ber­lainan.
Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang-orang
Rusia di Caucasus, dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam
di negara-negara seperti Algeria, Mesir, dan Maghribi. Namun,
kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang
lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang
serupa, dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah
mereka semua anti agama.

Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama
ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai
musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya
mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang
beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis. Inilah sebabnya
mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun
pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak
beragama yang menyelubungi dunia ini. Dasar peperangan menentang Islam
tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian
lama.

Solat Isthikharah.

Solat sunat dua rakaat seperti biasa,tetapi yang berbezanya cuma sama ada ditetapkan surah apa yang patut dibaca atau tidak.

Hal ini telah dijelaskan oleh Imam-imam Mazhab:a. Bagi Mazhab Hanafi,
Maliki dan Syafie, adalah mustahab(sunat) setelah membaca Al-Fatihah
membaca sura Al-Kaafiruun di dalam rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas
di dalam rakaat kedua.b.

Bagi Hanbali dan Fuqaha' lain tidak menyebut pula surah apa yang perlu dibaca selepas Al-Fatihah.Oleh itu
terpulang pada individu untuk membaca surah mana-mana pun.Bila masanya
perlu membaca doa yang diajarkan Nabi dalam solat Istikharah.Ibnu
Taimiyyah didalam Fatawa Al-Kubra mengatakan:"Boleh berdo'a di dalam
solat Istikhaarah dan lainya : sebelum salam, atau selepasnya, dan
berdo'a sebelum salam adalah lebih afdal; kerana sesungguhnya Nabi saw
memperbanyakkan membaca do'a sebelum salam, dan berdo'a sebelum salam
masih di dalam keadaan bersolat, maka ini adalah lebih baik.

"Doanya begini:

اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الأَمْرَ ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ
خَيْرًا لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ قَالَ أَوْ فِي دِينِي
وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ
بَارِكْ لِي فِيهِ اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِي
فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْنِي عَنْهُ [ واصرفه عني ] وَاقْدُرْ لِي
الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بهِ


Ya Allah, Aku memohon sesuatu yang baik daripada engkau menurut Ilmu engkau, dan aku
memohon dari Engkau limpah kelimpahan engkau yang Maha Agung.
Sesungguhnya engaku sahajalah yang Maha Berkuasa dan aku tidak
mempunyai apa-apa pengetahuan. Engkau yang mengetahui Perkara yang
ghaib. ya Allah, jika pada pengetahuanMu perkara ini baik bagiku baik
didunia dan diakhirat, teguhkanlah ia bagi ku, mudahkanlah bagiku, dan
berkati ia bagi. Dan jika pada pengetahuanMu ia adalah sesuatu perkara
yang buruk untukKu dan juga agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka
jauhilahKu daripadanya, dan pergantikanlah kepadaku apa yang baik, dan
redhakan aku dengannya'"(HR Bukhari)

Setelah membaca doa ini,hajatkanlah apa yang diinginkan.

Kolonialisme dan Kebencian Terhadap Islam



Bangsa-bangsa kolonialis seperti Britain, Perancis dan Itali telah melakukan penderaan yang sangat kejam ke atas umat Islam yang tinggal di negara-negara Islam yang mereka jajah, dan juga turut melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Dunia Islam tidak selalunya kekal statik. Beberapa ratus tahun dahulu, dunia diperintah oleh empayar Islam. Pada permulaan tahun 1700, hampir seluruh dunia Islam ditadbir oleh tiga empayar agung. Empayar Moghul memerintah India, manakala Empayar Safavid memerintah Iran dan
kawasan-kawasan sekitarnya. Kuasa ketiga dan yang paling berkuasa ialah Empayar Uthmaniyah, yang memerintah seluruh Semenanjung Balkan termasuklah Anatolia (sekarang digelar Turki), Mesopotamia (sekarang digelar Iraq dan Syria), Semenanjung Arab, dan Afrika Utara.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga empayar tersebut akhirnya hilang secara beransur-ansur daripada peta dunia. Empayar Moghul menjadi lemah, menjadi semakin kecil, dan akhirnya tumbang. Sub-benua India akhirnya jatuh ke dalam tangan kolonial British. Kawasan yang dikenali sebagai
Indocina telah dikoloni oleh Perancis. Kerajaan Safavid di bahagian tengah Asia akhirnya jatuh di bawah peme­rintahan British dan Rusia.

Empayar Uthmaniyah, empayar umat Islam ketiga dan yang paling kuat, akhirnya menjadi semakin kecil bermula sejak permulaan abad kesembilan belas. Tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Barat telah jatuh ke tangan Rusia, dan negeri-negeri Balkan telah dipengaruhi olehnya. Timur Tengah, Semenanjung Arab dan Afrika Utara telah dikuasai oleh British, Perancis dan Itali. Dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama, sebahagian besar dunia Islam telah diperintah oleh kerajaan-kerajaan bukan Islam.

Kesemuanya merupakan kuasa kolonial dunia ini. Pada tahun 1920-an, Rusia dan Itali menyertai negara-negara kolonial tradisi seperti Britain dan Perancis. Negara-negara tersebut telah menjajah dan menguasai dunia Islam. Mereka tidak teragak-agak untuk melakukan penyeksaan kejam dan kezaliman ke atas populasi umat Islam yang berada di bawah pemerintahannya. Britain dan Perancis "mentadbir" umat Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, dan Timur Jauh. Dengan kata lain, mereka menuai dan menggunakan sumber-sumber alam negara Islam untuk kepentingan mereka sendiri. Soviet Rusia mengambil alih Caucasus dan Asia Tengah, dan umat Islam di kawasan tersebut telah diperhambakan di bawah tekanan rejim komunis. Itali menawan Libya pada tahun 1911, dan kemudian melakukan penaklukan berdarah ke atas Abyssinia (sekarang digelar Ethiopia) pada tahun 1930-an.

Satu ciri penting polisi-polisi Britain dan Perancis terhadap Timur Tengah ialah penubuhan negara-negara boneka yang dipergunakan untuk memenuhi segala keperluan mereka. Order palsu di Timur Tengah itu telah menjadi benih beracun yang membawa kepada berlakunya peperangan demi
peperangan. Dua kuasa besar penjajah Eropah itu telah dipaksa berundur dari kawasan tersebut setelah selesai Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, mereka pergi dengan meninggalkan satu kuasa penjajah yang lebih kejam, lebih agresif, dan lebih dahsyat: Israel.

Apabila kita melihat gambar yang mana gambaran kasar tentangnya telahpun dirumuskan, kita dapat melihat dengan jelas bahawa dunia Islam sudah menjadi sasaran kuasa asing sejak permulaan abad kesembilan belas lagi. Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi, ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa ini. Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam turut menindas umat Islam, dan mereka masih melakukannya sehinggalah ke hari ini. Tambahan lagi, kuasa-kuasa luar tersebut telah mewujudkan
beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada dunia Islam, seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme. Mereka kemudiannya menggunakan golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi "musuh dalam selimut" kepada masyarakat Islam.

Dasar Ideologi-ideologi Permusuhan Terhadap Islam

Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia Islam, kita akan berjumpa dengan tiga idea-idea asas:

1. Imperialisme Barat: Sebagai contoh, kolonialisme British dan Perancis

2. Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali, Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di dalam dunia Islam.

3. Komunisme: Soviet Rusia, China, Kemboja di bawah peme­rintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.

Kajian yang lebih mendalam mendedahkan bahawa ketiga-tiga idea tersebut muncul pada abad kesembilan belas, dan berkembang pada abad kedua puluh. Nasionalisme ekstrem dan fasisme yang muncul daripada kebangkitan idea-idea tersebut merupakan ideologi-ideologi yang terbit
secara menyeluruh pada abad kesembilan belas, dan mula dipraktikkan dengan meluas pada abad kedua puluh. Komunisme bermula daripada teori materialisme dialektikal yang diperkenalkan oleh Marx dan Engels pada abad kesembilan belas, walaupun regim komunis yang pertama masih belum
ditubuhkan sehingga tahun 1917, di Rusia.

Seseorang boleh berkata bahawa hanya kolonialisme Barat yang bermula sejak awal-awal abad, walaupun kemudian ia dirangkumi oleh inisiatif ekonomi yang terbatas dan kemudian sekali lagi mendominasi posisi global dengan menggunakan asas-asas falsafah dan ideologinya pada abad
kesembilan belas.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa musuh dunia Islam yang sebenarnya bukanlah sebuah kesatuan ataupun peradaban (misalnya peradaban Barat), tetapi adalah "ideologi-ideologi" yang telah menukarkan kesatuan-kesatuan atau peradaban-peradaban tersebut kepada penindas-penindas yang hauskan darah. Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian besar dunia pada abad kesembilan belas, dan telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja ia pergi.

Sebenarnya ideologi-ideologi inilah yang menjajah, membahagi, merompak, memperhamba, dan menyembelih umat Islam sedunia.



Selama lebih dari setengah abad, umat Islam Palestin telah diusir dari kediaman mereka tanpa sebab, ditembak, dan dilakukan penderaan dan kekejaman. Namun seluruh dunia diam membisu dalam menghadapi kuasa penjajah: Israel.

Tiada bangsa atau masyarakat tertentu yang menjadi musuh dunia Islam secara khusus, tetapi ia lebih kepada sebuah “ideologi” yang telah menukar bangsa dan masyarakat tersebut menjadi penindas.

Ideologi-ideologi ini mula mendominasi dunia secara meluas pada abad ke-19, dan ke mana sahaja ia pergi, pasti wujud senario kekejaman dan kezaliman dalam abad ke-20.

Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme di Barat. Setiap daripada mereka muncul apabila dunia Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan dan agama, dan mula menerima
fahaman golongan materialis sebagai cara hidup mereka.

Satu kebenaran penting yang mengesahkan hakikat ini ialah ketiga-tiga ideologi ini telah diasaskan daripada teori evolusi Darwin, yang mana menggambarkan "asas saintifik ateisme" dan yang mana buat julung-julung kalinya falsafah ateis telah menjadi satu "kebenaran saintifik."

911: SURATAN ATAU KEBETULAN

Tragedi WTC September 11 ada dalam Al-Quran Surah At-Taubah...!

Tragedi September 11 ternyata sudah dituturkan Allah dalam Al-Quran Surah At-Taubah : 109.

" Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orangt-orang yang zalim."

Di situ disebutkan keruntuhan bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang-orang yang zalim. 

WTC yang runtuh di Kota New York pada 11/9/2001 berada di jalan JERF HAR telah disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam ayat 109 : At-Taubah yang membawa maksud  mengikut tafsir ulama sebgai "ditepi jurang yang runtuh" ternyata adalah nama sebuah jalan di kota New York tadi, JERF HAR.

Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkan tarikh 11 haribulan kejadian tersebut.
Sedangkan angka 9 yang menunjukkan bulan September bersamaan dengan kedudukan Surah At-Taubah pada surah yang ke 9 mengikut urutan surah Al-Quran.

Ayat 109. ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat.!!! 
Kejadian tersebut pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada Surah At-Taubah ada 2001 ayat!!! Subhaanallah..

Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Inikah mukjizat Al-Quran?

Yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang

RAHSIA DI SEBALIK KERTAS USD 20


(Jika ada, sila lipat memanjang kepada dua bahagian)



Lipat seperti cara gambar di atas




Gambar di kertas, menyerupai apa yg terjadi di bangunan PENTAGON



di sebelah belakangnya seperti apa yg terjadi di bangunan WTC



dan jika disusun secara teratur, akan terbit nama OSAMA!!


DAHI kita pasti berkerut apabila ada fakta yang menyebut bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) hanya membelanjakan RM2.16 juta(AS$600,000) untuk menyiasat punca bangunan World Trade Center (WTC) runtuh dalam tragedi 11 September 2001.

Mereka terpaksa berbelanja sebanyak hampir RM144 juta (AS$40 juta) bagi menyiasat skandal seks bekas Presiden Bill Clinton dengan pembantu Rumah Putih, Monica Lewinsky yang kos akhirnya mencecah RM234 juta.

Tragedi 11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh AS untuk mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama bin Laden dan kumpulan al-Qaeda yang dituduh mendalangi tragedi 9/11. Namun, tentunya yang lebih ramai terbunuh hanyalah penduduk awam yang tidak berdosa terutama wanita, orang tua dan kanak-kanak apabila perkampungan-perkampungan mereka dibedil dan diserang tanpa sebarang ampun!

Perlu disebut juga ia bagaikan satu usaha untuk melenyapkan Islam kerana kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang turut dimomokkan sebagai pengganas! Mungkin kita tidak ragu-ragu untuk mengatakan AS sanggup ‘mencipta’ satu tragedi bagi membolehkan dewan Kongres mereka pada akhirnya terpaksa membenarkan Presiden George W.Bush menyerang
pengganas.

Perkara seperti ini sebenarnya bukanlah baru! Ini kerana teknik yang sama pernah dilakukan bagi membolehkan AS mendapat kebenaran untuk menyerang mana-mana pihak. Semasa meletusnya Perang Teluk sehingga Kuwait berjaya diceroboh oleh tentera Iraq yang dipimpin oleh Saddam Hussein pada awal tahun 1990, AS beriya-iya mencari jalan bagaimana mereka dapat membantu Kuwait.

Kesempatan ini diambil oleh sebuah firma atau Konsultan Perhubungan Awam, Hill and Knowlton yang kemudiannya dibayar berjutadolar AS bagi mencipta satu gelombang propaganda yang pada akhirnya memberi ruang kepada AS untuk menyerang Iraq.

Walaupun terpaksa membeli waktu-waktu siaran utama namun usaha mereka amat berbaloi. Bukan sahaja mereka kemudiannya dibayar dengan begitu lumayan tetapi yang lebih penting konsultan itu berjaya mengelabui pandangan orang ramai iaitu dengan menerbit dan menyiarkan pelbagai program TV termasuk menjual video-video berita atau video newsrelease (VNR) yang memberikan 1,001 alasan mengapa Iraq mestidiperangi. Perang psikologi benar-benar meletus ketika itu. Media telah diperalatkan untuk mempengaruhi audiens. Satu kajian Jabatan Komunikasi Universiti of Massachusetts mendapati “lebih banyak penduduk AS menonton televisyen, semakin tertutup minda mereka kepada fakta dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui. Apabila  semakin kurang fakta yang mereka ketahui maka semakin mudah mereka menerima semua dasar-dasar
pentadbiran Bush.”

Hasil propaganda itu, rakyat AS akhirnya percaya bahawa Saddam Hussein sememangnya manusia gila yang dipercayai terlibat secaralangsung dalam semua tindakan kejam sekalipun terhadap rakyatnya sendiri. Saddam mempunyai kuasa melakukan lebih banyak kerosakan dan rakyat AS percaya Saddam perlu disingkir.

Tetapi apakah faktor serta-merta yang dijadikan kempen oleh Bush untuk menyerang Iraq atau lebih tepat menyerang umat Islam? Sehari selepas tentera Iraq menceroboh Kuwait, firma Hill and Knowlton ditawarkan satu lagi projek propaganda bernilai RM3.6 juta sebulan bagi membantu Kuwait
merampas kembali negara mereka daripada Iraq. Kontra kini adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah perhubungan awam.

Hill and Knowlton kemudian memperalatkan seorang gadis warga Kuwait bagi membohongi dunia, di sebalik perkataan ‘hak asasi’ yang kononnya cuba mereka perjuangkan. Seorang wanita, Lauri Fitz Pegado adalah orang yang diberikan tanggungjawab oleh pihak konsultan tersebut untuk ‘melatih’
gadis itu.

Pada 10 Oktober 1990 di dalam dewan Kongres AS, atas nama Kaukus HakAsasi Manusia mereka membawa masuk gadis yang dikenali sebagai Nayirahatau Naira berusia 15 tahun yang berjaya menjadikan seluruh dewan ituterpaku sepi.

Dewan itu mendengar testimoni yang sungguh emosi yang disampaikan oleh gadis itu mengenai pengalaman ngeri beliau dengan tentera-tentera Saddam Hussein. Seluruh anggota dewan itu hanya mengetahui nama Nayirah kerana nama keluarga gadis itu dirahsiakan kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Sambil menangis, Nayirah menceritakan apa yang berlaku di hadapan matanya ketika tentera Saddam dikatakan menceroboh masuk sebuah hospital di Kuwait iaitu Hospital Al-Addan. Ketika itu, gadis berkenaan mendakwa bertugas sebagai sukarelawan di hospital itu.

“Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri askar-askar Iraq dengan senjata masing-masing menceroboh masuk ke dalam hospital.

“Mereka kemudian bertindak kejam dengan mengeluarkan semua bayi-bayi yang berada dalam inkubator dan diletakkan di atas lantai yang sejuk dan dibiarkan di situ sehingga mati,’’ katanya sambil menangis teresak-esak.

Ketika Nayirah membuat pengakuan itu, di luar beribu-ribu risalah atau press kit diedar yang mengandungi semua ‘pengakuan’ gadis itu. Semua perkataan bagai dirancang kerana tidak ada bezanya apa yang diluahkan oleh gadis itu di dalam dewan dengan apa yang tertulis padarisalah.
Apabila pungutan suara dan undian dibuat, akhirnya semua anggota kongres dan pihak keselamatan AS setuju membenarkan Presiden GeorgeBush (ayah George W. Bush) menyerang Iraq! Ini kerana mereka percaya bulat-bulat kepada cerita dan air mata Nayirah. Bush sendiri menjaja cerita gadis itu dalam setiap kempennya bagi mendapat sokongan padu rakyat AS bagi membolehkannya
menyerang Saddam!

Di sebalik skandal Incubator Lie atau Baby Incubator Fraud ini, fakta menunjukkan Naira atau nama sebenarnya Niyirah Al Sabah ialah anak Duta Kuwait ke AS. Semasa Kuwait ditawan, Nayirah sebenarnya berada di AS kerana tidak ada bukti yang menunjukkan gadis ini bertugas sebagai
sukarelawan sebagaimana yang diceritakan.

Ini kerana beberapa kakitangan terutamanya jururawat yang sudah lama bertugas dan tinggal di sekitar hospital itu mendakwa tidak pernah melihat Niyirah. Sebelum itu, selain pengakuan Niyirah,
kenyataannya diperkuatkan lagi dengan dakwaan seorang lagi saksi iaitu Dr. Ebrahim.

Dr. Ebrahim bukan sahaja menyokong dakwaan Niyirah malah dia sendiri kononnya menguburkan 40 mayat bayi yang menjadi mangsa deraan dan seksaan tentera Saddam itu. Beliau juga memberitahu pihak keselamatan AS bahawa dia seorang pakar bedah. Namun, selepas perang tamat, Dr. Ebrahim kemudian mengaku bahawa beliau sebenarnya doktor gigi dan tidak pernah menanam bayi-bayi tersebut.

Rupa-rupanya teknik pembohongan seperti ini diguna pakai lagi. Tidak salah untuk kita mempercayai tragedi 11 September 2001 juga adalah satu pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush untuk terus menyakiti umat Islam.

Bush tidak rasa bersalah kerana telah diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri dalam peristiwa 9/11 itu yang tidak mustahil adalah angkara licik pihakYahudi!

DAN...YANG TERAKHIR

Cuba buat buat sendiri dan lihat apa yang anda nampak..

1. Buka Microsoft Office Word .
2. Taipkan dalam HURUF BESAR, Q33 NY .. Q33 NY ni adalah nombor pesawat yang melanggar WTC
3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.
4. Highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS

Ibnu Shuja: Ahli Hitung Terkemuka Dari Mesir Di Abad Ke-X

"Ahli hitung dari Mesir."  Begitulah masyarakat Mesir di era keemasan Islam menjuluki Ibnu Shuja. Ahli matematika Muslim pada abad ke-10 M itu begitu populer.  Ia sangat berjasa dalam mengembangkan matematika. Buah pikirnya dalam ilmu hitung sangat berpengaruh baik di dunia Islam maupun Barat.

Ilmuwan Muslim terkemuka dari negeri piramida itu bergelar al-Hasib al-Misri. Nama lengkapnya adalah Abu Kamil Shuja Ibnu Aslam Ibnu Muhammad Ibnu Shuja. Meski pengaruhnya dalam bidang matematika sungguh sangat besar, sosok Ibnu Shuja tak sepopuler ahli matematika Muslim lainnya.

Tak banyak sejarawan yang mengisahkan perjalanan hidup sang ilmuwan. Para sejarawan hanya memperkirakan, Ibnu Shuja lahir  sekitar 850 M dan wafat sekitar 930 M. Ia merupakan penduduk asli Mesir.  Ia dikenal sebagai penerus  al-Khawarizmi (780-850 M). Ibnu Shuja hidup sebelum era  Ali bin Ahmad Imrani (955-956 M).

Sebagai penerus al-Khawarizmi, Ibnu Shuja adalah matematikus Muslim yang berupaya menyempurnakan Aljabar karya al-Khawarizmi. Ia juga mempelajari karya al-Khawarizmi  lain tentang matematika, seperti determinasi dan konstruksi,  persamaan akar kuadrat, perkalian dan pembagian jumlah aljabar, penambahan dan pengurangan akar-akar.

"Ibnu Shuja merupakan orang pertama yang menyelesaikan angka irasional sebagai objek aljabar," papar Sejarawan Matematika,  JJ O'Connor dan  Edmud F  Robertson, dalam karyanya bertajuk "Arabic Mathematics: Forgotten Brilliance?"

Jacques Sesiano dalam karyanya  Islamic Mathematics, menyebut  Ibnu Shuja sebagai orang pertama  yang menerima angka irasional (seringkali dalam bentuk akar kuadrat, akar pangkat tiga atau akar pangkat empat) sebagai solusi untuk persamaan kuadrat atau sebagai koefisien dalam equation.

"Ia juga orang yang pertama memecahkan persamaan tiga non-linear bersamaan dengan tiga variabel yang tidak diketahui," imbuh J Lennart Berggren, dalam karyanya  Mathematics in Medieval Islam".

Ibnu Shuja juga  dikenal sebagai ahli aljabar tertua setelah pendahulunya al-Khawarizmi. "Meskipun kami tidak tahu kehidupan Ibnu Shuja, tapi kami memahami sesuatu tentang peranan Ibnu Shuja l dalam pengembangan aljabar,"  imbu J J O'Connor  dan Robertson.

O'Connor dan Robertson menambahkan, sebelum al-Khawarizmi, para sejarawan matematika tak memiliki informasi tentang proses perkembangan aljabar di Semenanjung Arab.  Peran Ibnu Shuja dinilai penting  sebagai salah  seorang  penenus al-Khawarizmi. Bahkan Ibnu Shuja menekankan  bahawa al-Khawarizmi- lah  "penemu dari aljabar".

Ibnu Shuja sangat yakin bahwa aljabar merupakan buah pemikiran yang dilahirkan al-Khawarizmi. Keyakinannya itu dituliskan Ibnu Shuja dalam kitabnya yang membahas tentang  ''Bapak Aljabar'' itu. Berikut pernyataan Ibnu Shuja tentang sosok al-Khwarizmi, "...seseorang yang pertama kalnya berhasil menulis Kitab Aljabar yang memelopori dan menemukan semua prinsip-prinsip di dalamnya."

Ia menambahkan, "Saya telah membuat, dalam kedua buku, bukti kewenangan  al-Khawarizmi dalam aljabar.''  Sebagai seorang ilmuwan terkemuka, Ibnu Shuja  telah melahirkan sederet karya dalam bidang matematika dan aljabar.

Maka tidaklah salah, jika para sejarawan matematika memasukan sosok Ibnu Shuja  sebagai salah seorang ahli matematika terbesar pada abad pertengahan Islam.  Pemikirannya mampu mempengaruhi sederet ilmuwan terkemuka baik dari dunia Islam maupun barat, seperti; Abu Bakar ibnu Muhammad ibnu al-Husayn al-Karaji (953 – 1029 M)  serta  ilmuwan Kristiani dari Barat, Leonardo da Pisa atau akrab disapa Fibonacci,  (1170 -124 M).

Melalui Fibonancci serta pengikut-pengikutny a yang lain, Ibnu Shuja telah memberikan pengaruh besar pada perkembangan aljabar di Eropa. Tulisan-tulisannnya tentang geometri pun memberikan pengaruh dan konstribusi yang besar terhadap geometri Barat, terutama uraian-uraian aljabar terhadap soal-saol geometrik.


Kontribusi Sang Ilmuwan

Sepanjang hidupnya, Ibnu Shuja telah menghasilkan begitu banyak karya. Bahkan, dalam salah satu karya kompilasi Ibnu an-Nadim yang diterbitkan sekitar  988 M bertajuk  al-Fihrist atau (Indeks), yakni sebuah daftar buku-buku tentang matematika dan astrologi, nama Ibnu Shuja pun tercatat.

Al-Fihrist memberikan laporan lengkap tentang literatur Arab yang tersedia pada abad ke-10 M dan menjelaskan dengan ringkas beberapa pengarang dalam literatur ini.  Dalam  al-Fihrist disebutkan sejuml;ah karya Ibnu Shuja, seperti;  Book of Fortune, Book of the Key to Fortune, Book on Algebra, Book on Surveying and Geometry, Book of the Adequate, Book on Omens, Book of the Kernel, Book of the Two Errors, dan Book on Augmentation and Diminution.

Di antara sekian banyak karya Ibnu Shuja,  yang hingga kini masih bertahan dan sering dibahas antara lain;  Book on Algebra, Book of Rare Things in the Art of Calculation, dan  Book on Surveying and Geometry.

karya Ibnu Shuja pada  1863 M. Ia menerjemahkannya ke dalam bahasa Latin dengan judul  Karya Ibnu Shuja  kerap dibahas dan diperbincangkan para ahli matematika, sejak F Woopeke mencoba memperkenalkan  Kitab fi al-Jam wa at-Tafrik,Augmentum et Diminuti yang terdapat dalam buku  Liber Augmenti Diminutionis dan  Histoire des Sciences Mathematiques et Italie.

Karya-karya Ibnu Shuja yang tercatat dalam  al-Fihrist Hampir   diterjemahkan kedalam  berbagai bahasa.  Kitab at-Ta’arif, misalnya, telah diterjemahkan dan dikomentari oleh H Suter  ke dalam buku berjudul   “Das Buch der Sletenheiten der Rechenkunst von Abu Kamil Al-Misri”.   Buku tersebut menawarkan penyelesaian- penyelesaian integral terhadap persamaan-persamaan tak tentu.

At-Ta’arif juga mempunyai versi bahasa Yahudi yang alihbahasakan  oleh Mordekhai Finzi dari Montua pada 1460 M. Fizi juga  menerjemahkan beberapa risalah Ibnu Shuja tentang aljabar.

Kitab   at-Ta'arif Al-Hisab karya Ibnu Shuja masih tersimpan di Leiden, Belanda, meski tak lagi lengkap.  Banyak terjemahan lengkap dalam bahasa Latin tentang risalah ini di Paris. Selain itu, ada pula karya Ibnu Shuja yang diterjemahkan oleh G Sachendote, meski bukan berasal dari buku aslinya yang berbahasa Arab, melainkan lewat bahasa Spanyol.

Kitab  al-Jabr (Book on Algebra) yang ditulis sang matematikus tersedia dalam berbagai manuskrip seperti di Istanbul dan Berlin, dan juga dalam aneka bahasa dan terjemahan lain seperti bahasa Ibrani, Jerman, dan Inggris.

Dalam risalahnya tentang  al-Jabar, Ibnu Shuja menekuni suatu bab mengenai al-Jabar dengan membentuk analisis dan menyusun beberapa metode yang menakjubkan. Ia juga menjabarkan mengenai analisis inderteminasi yang disebut dalam bagian akhir buku al-Khawarizmi.

Ibnu Shuja mencetuskannya, sebelum Diophantus menerjemahkan  Arithmetica ke dalam bahasa Arab. Segera setelah Arithmetica diintroduksikan, dilakukanlah penafsiran besar-besaran terhadap karya Diophantes tersebut. Buah pikir Ibnu Shuja tentang Aljabar  lebih dikenal dalam bahasa Latin dan Yahudi.

Dalam banyak hal,  Ibnu Shuja masih berkiblat pada pemikiran al-Khawarizmi. Namun dalam banyak pula, dia justru mampu mengungguli pendahulunya itu. Bahkan ia berani mengadakan penambahan dan pengurangan dari akar-akar kuadrat yang hanya melibatkan bilangan-bilangan irasional, yang tak dilakukan oleh matematikus- matematikus sebelumnya. Ibnu Shuja juga menulis tentang turunan dari rata-rata akar, turunan dari rata-rata aljabar, risalah pengukuran lahan/tanah, pengukuran dan geometri, penyatuan dan pemisahan.

Pengaruh Ibnu Shuja terhadap Barat

Karya-karya yang dicapai Ibnu Shuja pada abad ke-10 M merupakan suatu kemajuan yang amat penting. Sacherdote menunjukan bahwa Leonard da Pisa atau Fibonanci sangat hafal betul risalah geomteri karya Ibnu Shuja, dan menyebarkan penggunaannya lewat karyanya  “Practica geometriae” atau “Practice of Geometry”.

Leonard da Pisa merupakan salah seorang dari Eropa yang mengelana ke berbagai pusat ilmu pengetahuan Arab pada abad ke-13 M. Ketika kembali ke negaranya, ia menulis dan menterjemahkan buku-buku pengetahuan Arab, termasuk matematika karya Al-Khwarizmi dan Ibnu Shuja.

Leonmard da Pisa inilah yang termasuk salah satu penyebar pengetahuan tentang lembaga bilangan Hindu-Arab ke Eropa lama. Dengan dasar berhitung menurut Ibnu Shuja dan Al-Khawarizmi, Leonard da Pisa berhasil menyusun bukunya  Liber Abaci pada  1202 M, yang kemudian disempurnakan pada 1228 M dan menyebar di seluruh Eropa.(rpb)
www.suaramedia. com

Orang Asli

Ada
sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh
pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya
ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan
pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut
seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana
menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti
bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang
melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat
penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau
ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja
terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu...
beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO... patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt... .!!"

dulu...sekarang......

salam....saya raser anda semua tentu masih ingat masa kecik-kecik....permainan aper yg anda main agak lupa diri.....smpai mak ayah hambat balik rumah sebab dah maghrib.......

zaman saya dulu......baling tin...susun selipar....rounders......galah panjang.......polis sentry......sorok-sorok......dan pelbagai lg...adalah mengisi waktu petang saya bersama adik-adik dan anak-anak jiran......

masa ni x der pun  komputer.....vidoe games.......play station.......kalo ader masa zaman ni....mahu terbeliak seme bijik mata org kg...hehehehe.....

dah ler zaman susah masa tu kan....tapi kanak-kanak masa 2 masih lg berjaya......sebab minda mereka kreatif....dan tenaga digunakan sepenuhnyer bagi mendapatkan kesihatan yg baik.....

seperti main galah panjang...perlukan minda yg kreatif utk melepasi musuh.......pelu ader stamina yg tinggi utk berlari........tapi kalo zaman sekrg...muda-muda dah kena kencing manis...darah tinggi......sebab....dok depan tv....main video game.....sambil makan...pastu marah-marah sebab kalah.......

tapi permainan dulu lain...walau kalah bagaimana pun...kekadang ade jugak main tipu...hehehe...tapi masih dapat mengekalkan ukhwah sesama pemain......

perbezaan dulu dan sekrg yg mungkin remeh bagi org yg melihat...tapi besar maksudnyer......macam mana kiter nak didik anak suruh hormat org sekeliling kalo...asyik dok memerap kat rumah.....main game...tgk katun.......kesihatan pun x meningkat.....

jadi renung-renungkanlah.....kemodenan tidak semetinyer membawa kebaikan.....kekadang yg lama lebih banyak membantu.....dari yg baru......

Perhatian!! : KIAMAT 2053? ( siri 2 )


Bismillahirrahmanirrahim... sesungguhnya manusia itu sering kali leka dan lalai, sehinggalah terjadinya sesuatu yang mampu membuat mereka sedar dan insaf..

Sesungguhnya kiamat itu pasti terjadi.. bila? tidak diketahui akan waktu dan masa yang tepat, jawapan baginya hanya pada Allah swt, pun begitu sebagai hambaNya,. kita diberi akal dan fikiran.

Tiada satu pun dari kejadian dibumi ini dibuat sebagai sia-sia. Kita diminta merenung dan memikirkan hubungkait setiap satunya hingga ketitik terakhir... kehancuran bumi pada hujung perjalanan dunia yang dipanggil KIAMAT.....

(part 2)


Lintasan Planet Nibiru (Planet X/Planet kesepuluh) ke dalam tata surya merupakan bukti kesan alam semesta yang berperanan mendatangkan kiamat di bumi. Gempa-gempa
bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi di seluruh dunia.



Setelah inti bumi berhenti bergerak untuk sejajar dengan medan magnet Planet X, kekuatan jangkauan gempa mampu lebih besar dari 9 skala Richter, meskipun akan
dirasakan berbeda di berbagai tempat di dunia, tergantung pada kandungan batuan
di bawahnya. Bungkah / gunung ais di kutub Antartika membelah dan mencair,
menimbulkan gelombang  yang dahsyat, membawa hanyut apa saja yang
disapunya. Gelombang tsunami menjadi monster abad ini.






Bencana dahsyat bumi itu dikatakan terjadi kerana Planet X melintasi tata surya. Planet X pada masa ini memang sedang melewati orbit bumi. Planet X itu adalah planet humongous
(tak terkira besarnya) yang memiliki massa seratus kali ganda lebih besar
daripada bumi.
Inti
magnet Planet X sedemikian dahsyat kekuatannya sehingga berlaga dengan medan-medan
magnet planet lain dalam tata surya.





Gangguan elektromagnet atas planet-planet lain itulah yang mendasari para ahli kaji bintang membuat kajian keatas planet X. Adalah perubahan itu memang dianggapkan
oleh kerana melintasnya planet X.. Apapun dugaannya, yang pasti, dari
penelitian terakhir barulah dapat diketahui bahwa Planet X itu benar-benar
 sebagai penyebab perubahan maha dahsyat di bumi secara positif. Bagaimana
mungkin planet yang sedemikian jauhnya dapat memicu perubahan cuaca dan
mendatangkan kesan kepada isi bumi lainnya yang berkaitan?







Mungkin beginilah nanti terjadinya kiamat, dimana ALLAH swt telah berfirman banyak dalam Al Quran yang menjelaskan bagaimana dahsyatnya kiamat, manusia ibarat
kapas beterbangan, gunung-gunung akan terbang, seluruh planet akan berlaga
antara satu sama lain.





SUBHANALLAH, Maha Suci ALLAH dengan segala kebenaran firman-NYA. Disampaikan-NYA lewat insan mulia Nabi Muhammad saw. agar manusia yang melihat tanda-tanda kebesaran-NYA
kemudian menyembah kepada-NYA. Hanya manusia-manusia munafik yang tidak
melihat-NYA.




ALLAH subhanahu wa ta’ala sudah menjawab mengenai perkara besar ini dlm surah Al Waqiah 1– 6:





 1.Apabila terjadi hari kiamat,

 2.tidak seorangpun dapat berdusta tentang     kejadiannya.

 3.(Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain),

 4.apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,

 5.dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya,

 6.maka jadilah ia debu yang beterbangan




Jika benar perlanggaran  ini yang mengwakli kiamat, maka itu ALLAH swt jua lah yang menghendakinya.


Dan jika berita menurut ilmuwan itu salah, maka hendaklah kita ambil sebagai renungan dan iktibar serta muhasabah kita kepada ALLAH, sebagaimana telah
banyak ayat-ayat-NYA dalam Al Quran yang mengatakan hal seperti itu. Kita
diminta oleh Rasullullah saw untuk membaca, memelihara dan menyebarkan Al
Quran.


Yang penting bagi kita adalah menyiapkan bekal untuk menghadap ALLAH. Sudah banyakkan amal ibadah kita kepada-NYA?




Perkara kiamat adalah mutlak milik ALLAH swt saja yang tahu, bukan urusan kita.

“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: ‘Bilakah terjadinya?’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang
dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat
(huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan
datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu
seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya
pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui’.” (Al-A’raaf: 187)


Daripada Abi Hazim bahawasanya dia mendengar Sahl r.a berkata; Aku mendengar Rasulullah saw sedang baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah,
bersabda;"Diutuskan Aku dan hari kiamat adalah seperti ini".- riwayat
Muslim


begitu hampirnya tamsilan Rasulullah tentang kiamat dan baginda..itu bererti.. antara kita dan kiamat adalah????

Perhatian!! - KIAMAT 2053? (siri 1 )

Bismillahirrahmanirrahim…..Segala puji bagi ALLAH yang menguasai alam semesta dalam genggaman-NYA. Kursi-NYA meliputi langit dan bumi, maka hanya DIA-lah yang patut disembah,Tuhan Yang
Maha Suci lagi Maha Agung.

Semoga salam dan selawat setiasa dicurahkan kepada Muhammad Rasulullah saw,  pemimpin umat Islam dan pembela dihari akhir. Kiamat...itu yang sekarang ini sering diperkatakan.. itu juga hakikat kejadian
dan penghujung perjalanan dunia..dan bila ia berlaku, tiada satu makhluk pun yang dapat menahannya atau melarikan dari dari nya....





ALLAH berfirman dalam dalam Surah ke-25 Al Furqaan ayat 61:

Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang

bercahaya. [ Al Furqaan: 61]



ALLAH swt, menciptakan jutaan atau bahkan million atau bahkan lebih banyak bintang dalam langit ciptaan-NYA. Kumpulan bintang-bintang kemudian kita sebut dengan nama
“galaksi (galaxy)”.



Terdapat banyak galaksi yang hanya ALLAH saja yang tahu jumlahnya. Salah satunya adalah galaksi dimana bumi kita berada di dalamnya. Pusat dari galaksi kita adalah matahari. Dengan kuasa ALLAH, diciptakan-NYA. benda-benda
langit dan planet berputar mengelilingi matahari. Kumpulan planet yang bergerak
mengelilingi matahari, kemudian kita sebut dengan nama ‘tata suria’.




Begitu pula dengan galaxy lain yang memiliki pusatnya sendiri. Putaran planet terhadap pusat galaxy kemudian kita kenal dengan nama ‘orbit’. Atas kehendak ALLAH jua, diciptakanlah galaksi-galaksi itu berputar
dalam jangka waktu dan kecepatan serta arah yang dikehendaki dalam aturan.




Jika kita rajin mendengar/ membaca keterangan-keterangan dari web NASA, mereka pernah mengatakan bahwa sudah banyak planet yang terbalik arah putarannya, jika pada planet bumi kita ini,
matahari masih terbit dari arah timur, maka beberapa tahun ini terdapat
fenomena baru yang menurut mereka planet lain sudah mulai terbalik arah dan
matahari terbit dari arah barat.

Dari sisi ilmiah, inilah pertanda akhir zaman mendekati kiamat, sebagaimana petunjuk dari Rasullullah saw. Adalah kemudian menurut para ilmuwan dari sekian banyak planet
yang terbalik arah putar, mereka menemukan adanya planet dari galaxy lain yang
bergerak memasuki orbit dalam solar system kita.
Planet baru ini kemudian diberi



 
PLANET X (NIBIRU Planet X ini tertarik (ditarik) oleh grafit matahari yang besar dalam tata surya kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan terbalik arah, dan
suatu masa nanti planet X akan berlaga dengan bumi.

Para Ilmuwan menyebut 50 tahun lagi planet X (Nibiru) ini akan memasuki orbit tata surya kita, sejak ia ditemukan tahun 2003 lalu. Berarti kiamat boleh terjadi pada 2053?  ALLAH-lah
pemilik-NYA.

Manusia hanya diberi mata, otak dan akal untuk  melihat tanda-tanda kebesaran ALLAH swt. Perkara kiamat adalah mutlak milik ALLAH swt saja yang tahu, bukan urusan kita .



Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: ‘Bilakah terjadinya?’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat
menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat(huru-haranya
bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu
melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu
benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari
kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan

manusia tidak mengetahui’.” (Al-A’raaf: 187)

RAHSIA 5 JARI....


1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam
dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan
Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2
rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.
See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang 

Nabi palsu sesatkan umat

Oleh Muhd Hilmi Ismail

MUNCULNYA orang yang mengaku sebagai nabi adalah salah satu tanda kiamat kecil sebagaimana peringatan sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, “Kiamat belum terjadi sehingga muncul golongan dajjal kecil (penipu kecil) hampir jumlahnya tiga puluh orang, setiap mereka mengaku bahawa dialah utusan Allah.”

Golongan itu cukup berbahaya dek kepakaran memutar belit fakta di samping membawa perkhabaran aneh yang belum pernah didengar ketika wahyu masih diturunkan kepada Rasulullah SAW.

Nabi-nabi palsu ini bukan setakat muncul di kalangan lelaki, bahkan ada juga di kalangan wanita.
Kemunculan mereka mengundang perpecahan besar umat Islam khususnya dari segi akidah apabila sebahagian besar mereka mendusta kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW.

Sejarah Islam menyaksikan berlaku beberapa siri peperangan untuk membendung ancaman golongan dajal ini.

Contohnya, pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, beliau mengutus tentera di bawah pimpinan Khalid al-Walid menentang pemberontakan Musailamah al-Kazzab yang mendakwa dirinya sebagai nabi utusan Allah Taala dalam Perang Yamamah. Akhirnya Musailamah mati di tangan Wahsyi
ra lalu panji Tauhid kembali seperti sedia kala.

Salah satu ciri utama golongan ini ialah sikap mereka yang suka menyeleweng fakta selain mendustakan risalah wahyu sewenang-wenangnya.

Tindakan sebegitu dilakukan demi memenuhi tuntutan kehendak hawa nafsu bahkan kebanyakan karakter nabi palsu ini sebenarnya membenci

Islam dengan menyembunyikan niat jahat pada zaman baginda SAW.

Aksi licik mereka sukar dikesan seperti menukar penampilan umpama haiwan sesumpah, selain bijak menyesuaikan diri bersama komuniti Islam sejak awal lagi.

Kebatilan mereka mula terserlah hanya selepas melantik diri sendiri menjadi nabi atas tauliah logik akal serta menurut hawa nafsu yang dipengaruhi syaitan.

Tanpa melalui prosedur biasa lantikan Nabi dan Rasul oleh Allah Taala menerusi perantaraan malaikat Jibril atau secara terus, tauliah golongan ini cuma bersandar logik akal serta hawa nafsu.

Demi mengejar harta dunia, mereka tidak mengendahkan autoriti milik Allah Taala yang melantik insan terpilih sebagai utusannya.

Contoh jelas apabila Musailamah al-Kazzab menyamatarafkan dirinya dengan Rasulullah SAW selain menuntut kuasa atas sebahagian sempadan Makkah.

Ibn Athir dalam kitabnya, al-Kamil fi al-Tarikh, menyebut isi kandungan surat Musailamah al-Kazzab kepada Baginda SAW antaranya ditulis:

“Dari Musailamah, utusan Allah kepada Muhammad utusan Allah, sesungguhnya aku berkongsi dengan engkau dalam perkara sama (iaitu sebagai Nabi Allah), kemudian setiap seorang daripada kita dikurniakan sebahagian tanah (sempadan), begitu juga sebahagian (sempadan) tanah untuk kaum Quraisy, akan tetapi mereka, iaitu kaum Quraisy telah melampaui batas.” (Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, 1/350).

Munculnya seorang nabi palsu di tanah air mengetengahkan misi serupa nabi-nabi palsu sebelumnya iaitu menolak kerasulan Nabi Muhamad SAW.


Sebelum ditangkap, Kahar Ahmad yang mendakwa sebagai Rasul Melayu sempat mengecapi kesenangan dan mengumpul ramai pengikut ketika masih dalam buruan pihak berkuasa. Sejarah baru tanah air mencatatkan nama Kahar Ahmad, seorang lagi nabi palsu sebagai bahan tatapan generasi akan datang sampai bila-bila.

Kes serupa berlaku pada 1985, apabila kerajaan Sudan membanteras kegiatan nabi palsu, Mahmud Muhamad Taha al-Sudani, yang banyak menyesatkan orang awam menerusi penulisannya. Kerajaan Sudan bertindak menangkap sekali gus menghukumnya disebabkan kufur dan kemurtadannya.

Umat Islam akan sentiasa terdedah dengan fitnah nabi palsu sehingga dajal sebenar muncul apabila semakin menghampiri waktu kiamat besar.

Bicara mereka dipenuhi kepelikan, karut dan miraj khayalan lebih-lebih dalam bab memutar belit fakta. Matlamat mereka cuma satu, iaitu dapat menyesatkan umat Islam supaya berpecah-belah akhirnya.

Karakter mereka mudah dikenali berdasar keterangan dari hadis riwayat Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda: “Akan muncul menjelang akhir zaman, dajal-dajal kecil (pendusta kecil) membawa kepada kalian khabar-khabar yang tidak pernah didengari bapa-bapa kalian, maka berhati-hatilah kalian terhadap mereka, jangan sampai menyesatkan kalian atau menimbul fitnah (besar) ke atas kalian”. (Sahih Muslim, 14/142, no: 5205)

Selama mana umat Islam berpegang teguh pesanan Nabi Muhamad SAW dan sunnahnya, selagi itu mereka akan dapat menangkis ancaman fitnah yang cuba mengganggu gugat kesatuan umat Islam

BIODATA RASULALLAH SAW

Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

  • Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
  • Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
  • Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
  • Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih. 
  • Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
  • Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. "
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. "
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."

PENJAGAAN PAYUDARA...

Wanita! Jagalah buah dada anda

Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;

1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan

Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada 'hatinya'.

3. Senaman

Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.

Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.

4. Urutan

Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

5. Bersihkan payudara

Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

7. Penyusuan

Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.

Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

8. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.

47 Penyelewengan ayah Pin


Mengenai 22 perkara baru yang bertentangan dengan Islam dilakukan oleh ayah Pin dalam ajarannya dimana kebanyakkannya adalah untuk kepentingan diri sendiri antaranya pengikut perempuan perlu melucutkan pakaian kerana ayah Pin mendakwa pakaian yang dipakai mereka tidak suci. Sebenarnya ada 22 dari 25 ajaran yang tidak pernah didedahkan sebagai tambahan
pada ajarannya.

Antaranya adalah;
  • Ayah Pin akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti.
  • Waktu Solat subuh berpanjangan hingga ke Zuhur.
  • Al-Quran yang ada sekarang tidak benar.
  • Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikkan alam dan merosakkannya kembali.
  • Apabila bermimpi anak gadis pengikutnya berkahwin, si bapa perlu 'menyerahkannya' kepada ayah Pin untuk diserahkan kepada lelaki bertuah itu.
  • Anjur upacara pengampunan yang dilakukan ketika bulan mengambang dan pengikut wanita perlu menanggalkan pakaian yang tidak suci serta perlu bersetubuh dangan 'tuhan' untuk mendapat lebih berkat.
  • Pengikut perempuan dikehendaki bernikah secara batin dengan 'Tuhan' (ayah Pin)
  • Ayah Pin mempunyai keajaiban menyumpah orang menjadi batu dan menukarkan individu menjadi muda.
  • Wang diberikan Ariffin tidak akan habis apabila dibelanjakan.
  • Ayah Pin boleh membawa roh pengikut untuk berjumpa nenek moyang setahun sekali.
  • Isteri ayah Pin bukan orang biasa tetapi Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong, Puteri Nanu dan Puteri Matahari.
  • Semua benda boleh dimakan termasuk yang diharamkan oleh agama Islam.
Sumber : Metro
Kebanyakkan perkara sesat dan kepentingan ayah Pin ni banyak berkisar tentang
perempuan dan seksnya, Bersetubuhlah, kena bagi anak dara pada dialah, berkahwin dengan Puterilah dan bermacam-macam lagi. Hmmmm tak paham saya dibuatnya. menyumpah macam sang kelembai pun ader jugak (menukar orang menjadi batu). Bab menukar yang tua menjadi muda nie biasanya perempuan amat berminat dengan bab nie. Ini adalah salah satu "attraction" untuk mensasarkan golongan wanita menjadi pengikutnya.

Kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.

Cutenya Beca di Jepun

Kemewahan Masjid Shaikh Zayed