Ahad, 7 Julai 2013

DR. Mursi Individu Paling Berpengaruh Ke - 4 Di Dunia

Kekerasan dan pertembungan yang berlaku antara penyokong dan penentang presiden Mursi terus menjadi tumpuan awam antarabangsa. Majlis tentera Mesir melakukan rampasan kuasa presiden pertama Mesir yang dipilih melalui pilihan raya bersih dan adil ini.

Namun, siapa sangka, pada masa jawatannya sebagai presiden Mesir, Muhammad Mursi dinobatkan sebagai orang yang paling berpengaruh berada di tempay ke empat di dunia dalam Majalah Time.

Majalah Time mendedahkan bahawa Mursi adalah presiden pertama dari kalangan awam yang dipilih oleh rakyat secara demokratik di Mesir. Beliau menghargai kepelbagaian dan kemajmukan sehingga melibatkan tokoh-tokoh bukan muslim dalam pemerintahannya. Mursi juga menolak seruan untuk berlaku represif dan mengekang terhadap kelompok liberal mahu pun sekular.

Time juga menyebutkan keberanian Mursi dan ketegasan dirinya berperanan dalam menghentikan perang antara Israel dan Hamas pada perang lapan hari, November 2012. Mursi juga kerap menyatakan seruan tegas agar presiden Syria, Bashar Assad mengundurkan diri.

Majalah berkelas 'dunia' ini juga menyatakan Mursi tetap menjadi individu yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, meskipun cabaran dalam negera terus menghadangnya dan kemuncaknya adalah ketika ini apabila tentera melakukan rampasan kuasa.

Diterjemahkan oleh Detik islam dari sumber islampos.com, semoga Mursi selamat dari kekejaman tentera firaun amin. Syiah dan yahudi melihat  kepimpinan khilafah akan mencampakkan mereka ke pintu neraka. Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Fatwa Pembatalan Rampasan Kuasa Tentera Ke Atas Dr Mursi

1.Fatwa oleh Sheikh Hashim Islam, salah seorang Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa kewajipan menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya serta mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, malah memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim.

2. Beliau menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya. Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

3. Konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

4. Tambah beliau: "Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

5. Beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, Tahrir dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

6. Di akhir ucapan, beliau menyatakan: “Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan. Beliau menggalakkan pembangkang agar menggunakan konsep pembinaan bukannya kehancuran kerana Islam mementingkan prinsip menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Sumber: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Puluhan Rakyat Mesir Yang Menyokong Dr Morsi Dilaporkan Terkorban Diserang Askar Dan Polis Negara Mesir

MESIR: Puluhan rakyat Mesir dilaporkan terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan dibeberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Presiden Morsi.

Puluhan rakyat Mesir dilaporkan terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan dibeberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Presiden Morsi


Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Morsi.

Web Ikhwanonline melaporkan di bandar Iskandariah, sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 200 orang cedera ketika ribuan penyokong Morsi berhimpun di Dataran Sidi Bisyr.

Di Asyut pula, dilaporkan dua orang penyokong Morsi terbunuh manakala 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram.

Sementara di Aswan, angka kematian tidak dapat dipastikan namun lebih 100 orang cedera dalam himpunan berhampiran dengan Masjid An-Nasr.

Di Matruh pula dilaporkan seramai 10 orang terkorban apabila polis melepaskan tembakan kepada peserta himpunan yang dihadiri ratusan ribu penyokong Mursi.

Sementara itu, beberapa web pro Morsi melaporkan ratusan waran tangkap dikeluarkan oleh pihak tentera bagi menangkap pemimpin dan anggota kumpulan gerakan Islam Ikhwan Muslimin.

Antara yang dilaporkan telah ditangkap termasuk Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi serta Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa'ad Katatni.

Menteri Pertahanan, Jeneral Abdul Fatah al-Sisi dalam kenyataannya awal pagi tadi, Presiden Mesir Dr. Muhammad Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir selepas diberi tempoh selama 48 jam untuk memenuhi tuntutan rakyat.

Mereka telah mengumumkan perlantikan Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara bagi menjalankan urusan negara bagi tempoh peralihan sehingga pilihan raya presiden yang baru.

Morsi tolak rampasan kuasa

Dalam perkembangan berkaitan, Morsi dalam kenyataannya terbaru sejurus pengumuman rampasan kuasa itu menolak tindakan tentera yang membuat rampasan kuasa.

Morsi berkata, beliau masih Presiden Mesir yang sah mengikut saluran demokrasi.

Beliau turut menyeru pasukan keselamatan dan rakyat agar masih berpegang dengan perlembagaan dan tidak patuh kepada rampasan kuasa oleh tentera.

Terkini Krisis Di Mesir 4 Julai 2013 : DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera

KAHERAH-MESIR. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.


Terkini Krisis Di Mesir 7 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara. Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi. Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.

Salahuddin al Ayubbi Memerangi Pengikut Syiah Dahulu Sebelum Membebaskan Kota Baitul Maqdis ( Palestin ) dan Bumi Syria : Sejarah Yang Sama Akan Berulang

Besarnya fitnah kaum rafidhah (Syiah). Masyarakat jadi keliru dan tidak dapat menentukan sikap dan pendirian yang betul. Inilah jihad yang terpaksa kita galas untuk memberi faham. Kerana itulah al Banna as syahid meletakkan al-fahmu sebagairukun pertama sebelum ikhlas.

                                                        gambar hiasan
Golongan ini jugalah yang dihadapi oleh Salahuddin al Ayubbi dalam perang salib. Mengalahkan kerajaan Fatimiah (Syiah) di Mesir dan menumpaskan pakatan Nusairiyah-Kristian sebelum kekuatan umat Islam digembeling bagi menghadapi salibiyah untuk membebaskan Baitul Maqdis dan Syam

Sejarah berulang. Apa yang berlaku hari ini adalah bayangan masa lalu. Maka ayuhlah kaum muslimin. Tetap teguhlah di atas jalan ini, jalan akidah yang salimah kerana itu sahajalah jalan yang membawa kemenangan sebenar.

Sumber : Facebook Aqsa Sharif.

Mujahidin Pertama Dari Malaysia Berlepas Ke Syria

Mujahidin Pertama Dari Malaysia Berlepas Ke Syria | Allahuakbar!! ( Gambar ) | Rakyat Malaysia pertama turun ke medan jihad di Syria. Mujahidin Malaysia sebelum berangkat ke Syria.
Doakan semoga beliau dapat menumbangkan tentera Basyar!

Rakyat Malaysia pertama turun ke medan jihad di Syria
Maksud firman Allah Taala:

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (gugur syahid) di jalan Allah itu mati,bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan dikurniakan rezeki.

(dan juga) Mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) tiada kebimbangan (berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman". (Surah ALI IMRAN: Ayat 169-171)

Rasulullah SAW bersabda;

Seorang yang mati syahid diberi ENAM kelebihan pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya membasahi bumi:

1. Diampunkan semua dosa dan kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar (pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.
(Hadith Riwayat Bukhari)

Riwayat yang lain disebutkan bahawa terdapat TUJUH kelebihan mati syahid:

1.Diampunkan dosanya ketika titisan darahnya yang pertama dan diperlihatkan tempatnya di syurga.
2.Dipakaikan dengan pakaian iman.
3.Dikahwinkannya dengan 72 orang bidadari.
4.Dibebaskan daripadanya siksa kubur.
5.Aman daripada kejutan besar (iaitu tiupan sangkala).
6.Dipakaikan mahkota kebesaran yang lebih bernilai daripada dunia dan isinya.
7.Orang yang mati syahid dibenarkan untuk memberi syafaat 70 orang daripada keluarganya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Sabda Rasulullah Saw:

"Tidak sesorang pun yang masuk syurga ingin pulang ke dunia walaupun diberikan kepadanya kekayaan dunia kecuali mereka yang mati syahid.Orang yang mati syahid ingin pulang supaya dia terbunuh (syahid) SEPULUH kali lagi kerana melihat kemuliaan syahid itu." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Kredit: kakisembang.com

Gambar Kesesatan Syiah : Mereka Berkhutbah Di Gereja

Ulama syi'ah menyerukan bertoleransi dengan orang kufar akan tetapi terhadap kaum muslimin Ahlus Sunnah mereka memusuhi, mengkafirkan bahkan membunuh kaum muslimin Ahlus Sunnah


Gambar 1. Ulama syi'ah khutbah di gereja orang kuffar
Gambar Kesesatan Syiah

                         Gambar 2. Perayaan ulang tahun imam mahdi ciptaan mereka

Gambar Kesesatan Syiah
Gambar 3.Upacaraa Menyembah gambar
Gambar Kesesatan Syiah
                                               Gambar 4. Perayaan orang mati

Gambar Kesesatan Syiah

Krisis Di Syria : Kekejaman Rejim Syiah Bashar Al Assad


Dengan berat hati dan penuh pilu, kami menyampaikan berita ini. Mujahideen telah tewas di Al Qusair tapi ini bukanlah pengakhirannya. Kita telah kehilangan terlalu ramai Mujahideen dan penduduk awam yang tidak berdosa. Hisbullah telah berjaya mengambil alih Qusair. 

KriKRIsis Di Syria | Kekejaman Rejim Syiah Bashar Al Assad di Al Qusair

Mari semua berdoa semoga Allah mengubah takdir ini secepatnya dan mendoakan keselamatan saudara saudara seaqidah kita disana.

Terima lah kekalahan ini dengan hati yang redha tapi jangan pernah menyerah kalah. ISLAM PASTI BANGKIT. InsyaAllah.

Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).
(A-li'Imraan 3:13)


 Di dalam dunia yang penuh kepura-puraan dan hipokrit, dunia tidak membenarkan FSA menerima senjata dari negara luar malah tidak membenarkan mana-mana negara luar menghantar pejuang untuk membantu mujahideen.

Sekarang, dunia yang penuh kepura-puaraan ini sedang menonton LIVE rakyat awam di Al Qusair yang tidak berdosa dibunuh beramai-ramai oleh syaitan yang bernama Hizbullah.

Dunia yang penuh kepura-puaraan ini malah tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan keganasan kemanusiaan yang sedang dilakukan di Syria dan hanya melihat sahaja campur tangan negara-negara lain di dalam tanah Syam.

Dengan segala kesedihan dan kepiluan yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata, kami mengumumkan Syiah menang. Terima kasih pada dunia yang sentiasa dalam kepura-puaraan. Sekarang dunia sedang menonton LIVE Syiah membunuh dan memperkosa sunni.

Isu sekarang bukan lagi kerana agama, tapi faktornya adalah kemanusiaan. Dimana dia kemanusiaan? Dimana?

Sumber: Syria Care, http://www.aljazeera.net/news/pages