Isnin, 30 Mei 2011

Jalan Untuk Menjadi Sufi Sejati

1.Latarbelakang

Cerita tentang pertemuan seorang professor universiti dengan seorang tukang sampan sangat terkenal (kebanyakannya dalam versi B. Inggeris). 
Secara ringkasnya , apabila ditanya samada tukang sampan itu pernah ke sekolah dan dijawab tidak, professor (yang ingin memberi seminar di sebuah pulau) itu mengatakan “ setengah kehidupan kamu sudah habis” . Namun apabila di tengah laut sampan itu bocor dan tukang sampan bertanya samada professor itu boleh berenang atau tidak dan dijawab tidak, maka dia berkata “ seluruh kehidupan kamu akan habis”. Begitu jugalah analogi di antara seseorang yang sudah biasa dengan ilmu duniawi dan alam syariati (tanpa menceduk ilmu hakikat dan makrifat) akan binasa apabila berhadapan dengan alam ghaib dan alam akhirat. Betapa banyak ustaz dan ustazah yang mengajar ilmu agama , tetapi bila sampai ke bab gangguan jin dan syaitan , mereka tidak dapat menolong orang , malah mereka tidak dapat menolong diri sendiri apabila berlaku kerasukan dan sebagainya. Itu belum lagi dengan pengetahuan dan pengalaman tentang alam malakut, jabarut dan sebagainya, apatah lagi alam ketuhanan. Mengapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat adalah disebabkan kebongkakan golongan yang mengaku ulamak tetapi sebenarnya hanyalah ulamak dunia. Mereka merasa hebat dengan ilmu agama yang ada dan segolong ijazah dari universiti terkemuka tertentu , sedangkan hebatnya ilmu terletak kepada taqwa. Mereka taksub dengan ilmu yang mereka pelajari dari buku dan professor , tidak kepada nasab sebenar ilmu Islam. Tidakkah kita pernah mendengar hadith Rasulullah s.a.w “ Semua nasab akan terputus di Hari Akhirat , kecuali nasab ku”. Mereka lupa kepada ehsan sedangkan selepas Islam ada iman dan selepas iman , ehsan pula yang perlu dibangunkan. Nabi Muhammad s.a.w bukan saja perlu diteladani secara lahiriah tetapi juga secara batiniah dan ruhiyah ! Bibit-bibit ketaksuban dalam beragama semakin jelas apabila timbul fahaman Wahabi yang begitu rigid , tidak menerima pemikiran dan fatwa orang lain serta secara sistematik ingin menghilangkan sejarah Nabi Muhammad s.a.w agar manusia lalai dengan kemodenan dan melupakan tokoh ikutan ummat dari ingatan ummat !

2.Perjalanan Sufi Muhaqqiqin

Orang Sufi sangat menekankan pengetahuan alam ghaib dan amalan batiniah dikeranakan Allah s.w.t itu melihat kepada amalan hati. Jika alam semesta yang fizikal ini diwakili oleh sebutir pasir di padang Sahara , maka alam ghaib itu diwakili oleh padang Sahara yang begitu luas. Keadaan orang Sufi itu begini: ruh mereka menembus langit dan mengadap Allah s.w.t ketika solat ; ketika berzikir , mereka menghantarkan ruh mereka ke falak-falak yang telah ditetapkan atas perintah Allah s.w.t dan bagi yang diiktiraf , mereka menjalankan tugas di alam ghaib sebagai tentera dan utusan Allah bagi membantu dan mengajar manusia . Dalam banyak tugasan ini “hanya yang khawasul khawas akan mengajar yang khawas”. 

Dengan bimbingan guru yang mursyid, seseorang Sufi itu akan dapat memperjalani setiap ayat Al-Quran sehingga khatam –ini merupakan Sunnah yang telah dilaksanakn oleh para sahabat termasuk Saidina Umar r.a yang mengambil 4 tahun untuk mengkhatamkan al-Quran secara praktikal. 

Sebahagian dari ahli Sufi akan dapat kembali ke alam “alasti birobbikum , qolu bala syahidna” , memahami rahsia Alif yang ghaib dalam awal Basmalah dan juga rahsia titik Ba dalam Basmalah seperti yang dihurai oleh Saidina Ali kar. dan sebagainya. 

Perjalanan sufi ini adalah ke arah insanul kamil ( yang dicapai oleh Rasulullah s.a.w dan para nabi a.s). Melaluinya Allah s.w.t mentajallikan sifat dan asma’Nya sehingga dirinya sendiri mempunyai banyak “nama rahsia”. Pentajalian itu adalah seperti yang disebut dalam al-Quran sebagai “tusarriful ayat” .

Dalam menyampaikan ilmu kepada orang awam dan khawas, kaum Sufi tidak hanya menghafal ilmu dan menyodorkan semula ilmu itu kepada masyarakat , tetapi dapat menyerap roh ilmu dan apabila menyampaikannya mereka dapat menghantar manusia yang belajar dengan mereka ke makam mereka masing-masing. 

Berapa banyak tabi’in yang mengajar di masjid-masjid pada zaman kekhalifahan Saidina Ali kar. diberhentikan dan ditegah mengajar ilmu agama oleh beliau ( lihat riwayat ini dalam Qutul Qulub oleh Abu Talib Makki) – hanya beberapa tabiin sahaja yang dibenarkan meneruskan pengajaran mereka contohnya Imam Hasan Basri rah. Ini adalah diatas kehendak Allah s.w.t seperti dalam ayat 24 surah Al Hajj:

Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan diberi petunjuk pula kepada jalan Allah yang terpuji.

Banyak yang mencari dan mengajarkan ilmu tetapi tidak mendapat faedah dari ilmu itu kerena tidak dapat mengamalkannya- dalam erti lain tidak bersiap-siap menerima rahmat Allah melalui jalan amal salih , seperti yang disebut dalam al-Quran 53:39 :

“ Bahawasanya manusia itu tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya. “

Perjalanan ahli Sufi beracuan/templat dengan perjalanan para anbiya , sebab perjalanan tersebut menuju insanul kamil sedangkan para anbiya merupakan insanul kamil yang wajib dicontohi. Oleh itu , akan ada perjalanan-perjalanan yang bernama Musawi, Isawi , Muhammadi dan sebagainya.

Kaum sufi sentiasa bersama Allah kerana mereka tidak pernah meninggalkan zikir pada setiap detik (dipanggil zikir nafas) – inilah sebenar-benar “zikran kathira”. Kehendak Allah sentiasa mendahului kehendak dan cita-cita makhluk , oleh itu biasanya bukti bahawa seseorang itu akan dapat beristiqomah dan diterima oleh Allah ialah si salik itu mendapat hadiah tongkat atau khirqah samada dari gurunya atau dari para nabi atau wali qutub , samada secara zahir atau batin (melalui mimpi). 

Kata “istiqomah” itu dihuraikan dalam Al-Quran dalam suku kata seperti “ aqimis solah , aqimud din ,aqimu wujuhakum” dan sebagainya. 

Selain daripada sentiasa menyucikan diri dengan pelbagai laku mahmudah , mereka sangat berhati-hati daripada terjerumus kepada perbuatan mazmumah sebab keterjerumusan itu berlaku secara perlahan-lahan dalam bentuk “langkah-langkah syaitan” ( khutuwatis syaitan , lihat Al An’am ayat 142). 

Mereka juga memahami dan mengenali hakikat sebenar penampilan (suwar) : contohnya penampilan Al-Quran sebagai pemuda yang tampan ,solat Jumaat sebagai seorang pengantin dan sebagainya. Imam Al Ghazali ada menyebutkan dalam Rasail ke-9 :

Seorang hamba tidak akan sampai ke surga , kecuali setelah melewati titian as-shirath. Kita tidak dapat berjalan di atasnya , kecuali seperti kita berjalan diatas jalan maknawi di dunia ini.

Renungkanlah !

Ibnu Arabi rah. dalam sebuah suratnya kepada Imam Fakhruddin al-Razi (dipetik dari Jawahir al Maani):

Ketahuilah saudaraku, hanya dua bentuk ilmu yang akan mengikuti manusia ke akhirat. Pertama , ilmu tentang Allah s.w.t. 

Kedua, ilmu tentang tempat-tempat (mawatin) di Hari Akhirat agar seseorang itu tidak gagal untuk mengenalpasti tajalliyat di sana sehingga dia tidak berkata “ Aku berlindung dengan Allah daripada mu” apabila al-Haqq menunjukkan DiriNya kepada manusia ketika itu.

3.Hakikat Mengenal Diri

Zikir adalah dengan lisan dan kalbu. Zikir lisan adalah untuk menghasilkan zikir kalbu. Zikir kalbu adalah untuk memperolehi muraqabah. Seterusnya muraqabah membawa kepada musyahadah. Ini adalah disebabkan pada peringkat muraqabah teguhlah keEsaan Allah dalam kalbunya dan dengan itu mudahlah melestarikan ibadah kepadaNya. 

Pada peringkat musyahadah tersingkaplah melalui pandangan batinnya bahawa cahaya kewujudan Keesaan Allah itu meliputi segala sesuatu dan oleh itu nampaklah sifat-sifat dan nama-nama Allah dalam segala ciptaanNya. 

Maka dia akan sentiasa menyaksikan cahaya Rububiyyah dan tersingkap kepadanya rahsia-rahsia keMahatunggalan Allah s.w.t itu.

Sabda Rasulullah s.a.w “ Aku tinggalkan untuk kalian dua pemberi nasihat, yaitu yang berbicara dan yang diam”. Yang berbicara itu adalah Al-Quran dan yang diam itu adalah kematian. Orang Sufi dapat “menghidupkan” suruhan ini dengan melaksanakan zikir berterusan dalam dua cara iaitu secara lisan atau secara dalaman (dalam hati) dan sekaligus melaksanakan “kematian” dengan berada dalam keadaan fana’ atau fana’ baqa’ billah ketika melaksanakan solat dan lain-lain ibadat .

Imam al Ghazali ada menyebutkan dalam Rasail ke-6 tentang ruh:

Ruh itu ada tiga. Jiwa yang arif , jiwa yang ahli ibadah dan jiwa yang zuhud. Jika ketiga jiwa itu berkumpul , kematian dan kehilangan tidak akan membahayakannya. Sebab ia sempurna naik ke a lam kesempurnaan. Ia akan memperoleh apa yang tidak ada di dalam surga berupa maqam-maqam ketinggian dan cahaya-cahaya kesucian di dalam Kehadiran Keabadiaan.

Inilah yang dimaksudkan oleh orang-orang Sufi sebagai “indarobbihim” – di sisi Rabb mereka. Imam Ghazali seterusnya menghuraikan bahawa:

“…dibelakang kenikmatan surga , terdapat kenikmatan lain yang tidak terinderakan , kecuali dengan musyahadah . Sifat musyahadah tidak dapat diungkapkan kerana kelazatan melampaui batasan pengungkapan dan penafsiran. “

Mereka yang sudah mengenal diri akan dapat melakukan apa yang Saidina Ali kar dapat melalui. Kata beliau:

“ Tanyakanlah kepada ku tentang jalan-jalan langit , niscaya aku akan menghuraikannya kepada anda …………….”

4. Penutup

Ketika para professor dari universiti –universiti terkemuka dunia dan persatuan-persatuan sains dunia membincangkan hasil tulisan para Sufi muhaqqiqin seperti Ibn Arabi, Sh. Abdul Qadir Jilani, Sh. Abu Hasan Shadzli dan Imam Ghazali dan kitab-kitab mereka ditelaah dan dikaji oleh pelbagai zawiyah dan pondok pengajian (untuk mencapai ilmul yaqin), seorang Sufi yang telah mencapai makamnya dapat menyatakan bahawa “ hari ini aku dapat belajar dengan sheikh-sheikh yang disebutkan tadi secara ladunni serta dihuraikan kepada ku kitab-kitab tersebut “. 

Malah tidak mustahil untuk seseorang Sufi belajar sendiri daripada guru semua guru iaitu Allah s.w.t sendiri. 

Seperti kata seorang arif, jika mimpi berjumpa seseorang nabi a.s itu pasti benar, apatah lagi bermimpi (dan belajar) dengan Allah s.w.t sendiri (untuk mencapai haqqul yaqin). Maka, makam ehsan yang dicita-citakannya itu akhirnya tercapai.

Wallahu a’lam bissawab.


Oleh

Shahidan Radiman
Pusat Pengajian Fizik Gunaan
Fakulti Sains dan Teknologi , UKM

Ahad, 29 Mei 2011

Senarai Game Menghina Islam

1) Devil May Cry 3
Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy"

|Kalimah Allah pada pintu dalam permainan tersebut|

2) Clive Barker Undying 
Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya memberi gambaran keadaan dalam istana yang didiami syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
Berita mengenai permainan ini dirampas : Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya. 


3) Zack And Wiki
 

Luahan dari seorang gamer Wii :

Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Pembaca boleh mendengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 dan 0:44 pada video dibawah. 

Tindakan yang dibuat :

The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.
A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."
"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince of Persia
Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
 
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita bermain permainan ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan. Justeru, semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scene
Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD". 

6) Stronghold Crusader 
Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam. 

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


 
Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.
 
Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.
 
Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada dua kemungkinan di sini : 

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.
Zodiak Virgo:

  

Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:

  

Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam? 

8) Resident Evil 4
Sebuah lagi game yang menghina Islam ialah Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados
bermaksud The Illuminated. Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada permainan tersebut.
 |Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut|
 |Screenshot dari gameplay Resident Evil 4|
 |Zoom pada pintu tersebut|
Sedarkah anda apa yang tidak kena dengan gambar di atas?. Jika pembaca ingin tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Bagaimana ia boleh tersesat dalam game ni pula.
|Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi|
Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati-kan. Lihat gambar di bawah ini.
|Perbezaan pintu dalam game dengan realiti|
|Selepas meletakkan logo illuminati game tersebut|
Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM bersama Devil May Cry. Tidak pasti pula apakah punca warga Jepun ini tidak berpuas hati dengan umat Islam.
 
9) Dante's Inferno 
Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti Lust, Gluttony, Greed, Anger, Violence, dan lain sebagainya. Dante adalah karakter yang di adaptasikan dari nama Dante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.
 
 
Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Permainan ini sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka.
Menurut dari website Gameslatest : Middle East avoids Dante’s Inferno (telah dipadam)
Menurut website Gameslatest, di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan game Dante's Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Games kerana "keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan faktor lain". Faktor lain? Ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad, nabi palsu dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan di kalangan pengikut-pengikutnya satu videogame yang berdasarkan Divine Comedy nabi palsu yang menempatkan mereka di neraka?. Berdasarkan maksud tersirat pada "sajak suci" ianya dari Inferno Canto XXVIII:
No barrel, even though it's lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I

saw ripped right from his chin to where we fart:

his bowels hung between his legs, one saw

his vitals and the miserable sack

that makes of what we swallow excrement.

While I was all intent on watching him,

he looked at me, and with his hands he spread

his chest and said: "See how I split myself!

See now how maimed Mohammed is! And he

who walks and weeps before me is Ali,

whose face is opened wide from chin to forelock.

And all the others here whom you can see

were, when alive, the sowers of dissension

and scandal, and for this they now are split.

Behind us here, a devil decks us out

so cruelly, re-placing every one

of this throng underneath the sword edge when

we've made our way around the road of pain,

because our wounds have closed again before

we have returned to meet his blade once more.

But who are you who dawdle on this ridge,

perhaps to slow your going to the verdict

that was pronounced on your self-accusations?

"Death has not reached him yet," my master answered,

"nor is it guilt that summons him to torment;

but that he may gain full experience,

I, who am dead, must guide him here below,

to circle after circle, throughout Hell:

this is as true as that I speak to you."

Inferno XXVIII


Untuk pengetahuan anda, ayat diatas mempunyai maksud tersirat :
"See how I split myself!"
"See now how maimed Mohammed is!"
 
Dante Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Italy, dalam Inferno-nya mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib, dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya. 
Inferno XXVIII, 19-42
The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.
Gambaran ilustrasi di atas adalah diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk yang telahpun membuat satu filem bisu (tanpa dialog) pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L’Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out).

Justeru, game Dante's Inferno ini telah menerapkan nilai-nilai negatif dan berunsur penghinaan kepada umat Islam sedunia dari sajak
Dante Alighieri. Ianya sungguh membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan dibawah sedar terhadap sesiapa yang bermain permainan tersebut dan ianya haram dibeli dan haram dimainkan oleh orang Islam. Generasi muda dinasihatkan agar berhati-hati dengan permainan terbabit yang boleh menyebabkan kerosakan akidah.

Kepada pembaca yang telah membaca artikel ini diharapkan supaya membantu dengan menyebarkan artikel ini kepada keluarga, rakan-rakan dan orangMuslim yang lain secepat mungkin.
“…Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia…”; Al-Quran: al-An’aam : 70 
“…Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?… Jika kamu tidak pergi beramai-ramai, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya…”; Al-Quran: at-Taubah:38-39

Diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat ; Abdullah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik.
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka" 
Kesimpulannya, seluruh umat Islam adalah diharamkan bermain permainan video yang mempunyai unsur penghinaan terhadap mana-mana agama di dunia. Samada penghinaan keatas agama Islam, Kristian,  Yahudi, (Judais), Buddha, Hindu atau lain-lain agama. Jika kita tetap bermain permainan ini, bermakna kita telah menghina agama-agama tersebut dan bersubahat dengan penghina agama itu. Ia juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW melarang umat Baginda daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam adalah dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.

Khamis, 26 Mei 2011

Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel dan LPG

PUTRAJAYA, - 25/05/2011 (Bernama) -- Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.(25/05/2011)


"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini hari ini.


Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.


Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.

Iran's Largest Lake Turning To Salt

TASIK DI IRAN BERTUKAR MENJADI GARAM



An Iranian family walks on the solidified salts of Oroumieh Lake. More photos »

Pillars of an abandoned jetty are seen in the solidified salts of the Oroumieh Lake, some 370 miles (600 …. Slideshow:Oroumieh Lake turning to salt .

By NASSER KARIMI, Associated Press Nasser Karimi, Associated Press – Wed May 25, 6:32 am ET


OROUMIEH LAKE, Iran – From a hillside, Kamal Saadat looked forlornly at hundreds of potential customers, knowing he could not take them for trips in his boat to enjoy a spring weekend on picturesque Oroumieh Lake, the third largest saltwater lake on earth.


"Look, the boat is stuck... It cannot move anymore," said Saadat, gesturing to where it lay encased by solidifying salt and lamenting that he could not understand why the lake was fading away.


The long popular lake, home to migrating flamingos, pelicans and gulls, has shrunken by 60 percent and could disappear entirely in just a few years, experts say — drained by drought, misguided irrigation policies, development and the damming of rivers that feed it.


Until two years ago, Saadat supplemented his income from almond- and grape-growing by taking tourists on boat tours. But as the lake receded and its salinity rose, he found he had to stop the boat every 10 minutes to unfoul the propeller — and finally, he had to give up this second job that he'd used to support a five-member family.


"The visitors were not enjoying such a boring trip," he said, noting they had to cross hundreds of meters of salty lakebed just to reach the boat from the wharf.


Other boatmen, too, have parked their vessels by their houses, where they stand as sad reminders of the deep-water days. And the lake's ebbing affects an ever-widening circle.


Click image to see more photos of Oroumieh Lake



AP/Vahid Salemi

In April, authorities stopped activities at the nearby jetty in Golmankhaneh harbor, due to lack of water in the lake, now only two meters deep at its deepest. Jetties in Sharafkhaneh and Eslami harbors faced the same fate.


The receding water has also weakened hotel business and tourism activities in the area, and planned hotel projects remain idle since investors are reluctant to continue.


Beyond tourism, the salt-saturated lake threatens agriculture nearby in northwest Iran, as storms sometimes carry the salt far afield. Many farmers worry about the future of their lands, which for centuries have been famous for apples, grapes, walnuts, almonds, onions, potatoes, as well as aromatic herbal drinks, candies and tasty sweet pastes.


"The salty winds not only will affect surrounding areas but also can damage farming in remote areas," said Masoud Mohammadian, an agriculture official in the eastern part of the lake, some 370 miles (600 kilometers) northwest of the capital Tehran.


Other officials echoed the dire forecast.


Salman Zaker, a parliament member for Oroumieh warned last month that, "with the current trend, the risk of a salt tsunami is increasing." Warning that the lake would dry out within three to five years — an assessment agreed to by the local environment department director, Hasan Abbasnejad — Zaker said eight to 10 billion tons of salt would jeopardize life for millions of people.


Masoud Pezeshkian, another lawmaker and representative for city of Tabriz in the eastern part of the lake said, "The lake has been drying but neither government nor local officials took any step, so far."


How did this disaster develop, and what can be done now?


Official reports blame the drying mainly on a decade-long drought, and peripherally on consumption of water of the feeding rivers for farming. They put 5 percent of the blame on construction of dams and 3 percent on other factors. Others disagree about the relative blame.


The first alarm over the lake's shrinking came in late 1990s amid a nagging drought.


Nonetheless, the government continued construction of 35 dams on the rivers which feed the lake; 10 more dams are on the drawing boards for the next few years.


Also completed was a lake-crossing roadway between Oroumieh and Tabriz, cities on the west and east of the lake. No environmental feasibility study was done in the planning for the road, and environmentalists believe the project worsened the lake's health by acting as a barrier to water circulation.


Nasser Agh, who teaches at Tabriz Sahand University, suggested miscalculations led to late reaction to save the lake. "Experts believed it would be a 10-year rotating drought, at first," he said. But long afterward, the drought still persists, with devastating effects.


In the early 2000s, academic research concluded that the lake could face the same destiny as the Aral Sea in Kazakhstan and Uzbekistan, which has been steadily shrinking since rivers that feed it were diverted by Soviet Union irrigation projects in 1960s. It is now less than one-tenth of its original size.


In April, the Iranian government announced a three-prong effort to save the lake: a cloud-seeding program to increase rainfall in the area, a lowering of water consumption by irrigation systems, and supplying the lake with remote sources of water.


Mohammad Javad Mohammadizadeh, vice-president to President Mahmoud Ahmadinejad in charge of environmental affairs, said the government approved the three-part approach.


Some experts termed the weather control portion of the program as only a "symbolic action" by government, saying the best answer would be to release more water currently being held back by dams. The evaporation rate has been three times the rainfall rate, making the rivers' historic role vital to sustaining the lake.


"The lake is in such a misery because of the dams," Ismail Kahram, a professor in Tehran Azad University and a prominent environmentalist, told The Associated Press. Three-fifths of the lake has dried up and salt saturation has reached some 350 milligrams per liter from 80 milligrams in 1970s, he said.


Kahram said the government should allow 20 percent of the water from the dams to reach the lake.


Mostafa Ghanbari, secretary of the Society for Savior of the Lake Oroumieh, believes transferring water from the Caspian Sea may be "the only way to save" the lake. But such a project would be ambitious, requiring the pumping of water some 430 miles (700 kilometers), from a body of water at considerably lower elevation.


In the green and beautiful city of Oroumieh, famous for peaceful coexistence between Azeri people, Kurds, Armenians, Assyrians as well as Muslims and Christians, talk about the fate of the lake is common among ordinary people in teahouses and on the streets.


Many express happiness with the government decision to manipulate clouds in hopes of increasing rainfall.


"It is a good decision. Every evening I look at the dark clouds that are coming and I tell my family soon there will be rain," and on some nights there have been showers, said Masoud Ranjbar, a taxi driver.


However, Eskandar Khanjari, a local journalist in Oroumieh, called the cloud-seeding plan "a show." He said recent rainfall was only seasonal, as predicted by meteorologists.


Scoffing at the promises of officials and what he called "non-expert views," he said of efforts to save the lake: "It seems that people have only one way; to pray for rain."


Beyond the debates by national and local authorities some folks here suggest another way Oroumieh could be saved.


A local legend says wild purple gladiolas have had a miraculous role in doing just that. The flowers have grown every year for a thousand years in the spot where a princess of Oroumieh was killed as she warned the people of the city about an invading enemy.


As a recent sunset turned the lake golden, Kamal the boatman tried to find some hope in the returning blossoms.


"You see, still wild purple gladiolas are appearing in the spring," he said. "The city and its lake can eventually survive."

Rabu, 18 Mei 2011

Penjelasan Sains : Seks, Babi & Janggut

Berikut ini adalah petikan temubual dengan Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, seorang professor toksikologi dari California University, yang disiarkan dalam TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010:
 
Pengacara: Seperti yang kita tahu, Barat mahu mengubah wanita jauh dari kesuciannya, kewanitaannya, dan kemulian yang dianugerahkan oleh Islam kepadanya, kepada kehidupan Barat, kepada lesbianism, kepada "Kenapa wanita tidak boleh memiliki ramai suami?", kepada "Kenapa wanita tidak boleh menikmati seks bebas sebelum kahwin?", kepada "Kenapa tidak boeh difokuskan pada wanita sahaja, seperti di Barat – supaya wanita boleh bersama wanita, tanpa memerlukan lelaki, dan lelaki boleh bersama lelaki, tanpa memerlukan wanita?" Ini adalah isu-isu yang merbahaya. Adakah sains mempunyai penjelasan dalam hal-hal seperti ini?


Jamal Al-Din IbrahimBerhubung dengan persoalan wanita, masyarakat Amerika sendiri mengakui bahawa wanita di Amerika mempunyai kurangnya hak-hak berbanding lelaki. Sebagai contoh: Apabila seorang wanita itu berkahwin, beliau akan menggunakan nama keluarga suaminya, dan membuang nama keluarganya sendiri. Jika dia mengahwini A, dia akan menjadi Mrs. A. Sebelum revolusi saintifik, dan sebelum adanya mesin-mesin, seorang wanita itu akan menjadi hamba kepada suaminya. Beliau tidak mempunyai apa-apa hak langsung. Ini berlaku kurang dari 250 tahun yang lampau.

Situasi ini berkembang apabila wanita diperlukan untuk membantu lelaki dalam kehidupan moden. Akibatnya, wanita menjadi semakin maju dalam banyak aspek, tetapi masih ketinggalan dalam hal tentang perlunya nama keluarga mereka dibuang.

Keduanya, wanita di Amerika dipergunakan seperti barangan. Wanita dilihat sebagai barang. Jika seorang wanita itu cantik, maka beliau mempunyai harga dan status tertentu dalam masyarakat. Di universiti pun, professor akan memberi markah yang lebih baik kepada yang cantik berbanding yang biasa. Dalam pengiklanan, wanita yang mempunyai susuk badan yang lebih menawan akan memenangi harga yang lebih tinggi.

Sewaktu saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun 1975-1977, mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan pelajar wanita Amerika, yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di universiti, telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan lelaki dalam tempoh empat tahun.

Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya. 

PengacaraBagaimana sebenarnya?

Jamal Al-Din IbrahimApabila seorang wanita itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki... Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba menentukan identiti sperma lelaki tersebut.

InterviewerSebelum siaran ini, awak dah jelaskan tentang proses identifikasi kepada saya.

Jamal Al-Din IbrahimYa, terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam tubuhnya. Ianya seperti apabila seorang itu memasuki rumah seseorang, beliau akan dikenali, dan sama seperti kad pengenalan dihasilkan... Lelaki ini sekarang mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini dikendalikan oleh sistem immunisasi. Ianya seperti apabila seorang lelaki bekerja untuk syarikat tertentu, maka pihak syarikat ini akan berusaha mengenali lelaki tersebut, dan memberi beliau jawatan yang betul. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.

PengacaraSistem immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.

Jamal Al-Din IbrahimIanya menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa. Wanita-wanita di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau tiga kekasih, dan kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap melakukan hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan sistem immunisasi. 

PengacaraKerana terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi... 

Jamal Al-Din IbrahimIa sibuk dengan identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan teman yang pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi penyakit barah payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi kebiasaan di Amerika. 

PengacaraApakah sebabnya?

Jamal Al-Din IbrahimHubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.

Makan daging babi boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lemah, kerana perutnya terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul kompleks.

Tabiat makan daging babi didapati boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.

PengacaraAdakah ini satu fakta? 

Jamal Al-Din IbrahimIanya memang benar. 

PengacaraPemakan babi tidak mempunyai semangat patriotik? 

Jamal Al-Din IbrahimIni telah dibuktikan secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin dalam badan, yang berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan perasaan banggga seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan seseorang. Apabila hormon ini berada dalam badan, seseorang itu akan menjadi ceria, tetapi daging babi pula mengurangkan kandungan serotonin ini. Seorang pemakan babi boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja, tetapi bukan otaknya.

Beberapa orang doktor telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam mengubati masalah impoten dengan hanya menyuruh pasakit-pesakit menyimpan jambang dan janggut yang panjang.

PengacaraSubhanallah!

Jamal Al-Din IbrahimMenyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang. 

Informasi - Mengenal Yahudi

Sebagai Muslim, adalah menjadi kebaikan sekiranya kita bertaaruf dengan bangsa lain. Ramai kita mengenali bangsa-bangsa yang berada di sekeliling kita. Akan tetapi kita menghadapi sedikit kesukaran untuk mengenali bangsa yang tiada di persekitaran kita, atau barangkali agak sinonim dengan permusuhan dengan kita walaupun bukan semua mereka begitu.

Apa kata kali ini kita mengenali sedikit etika Rabbi Yahudi sebagai pengetahuan tambahan kita bersama. Berkebetulan saya sedang membuat sedikit kajian mengenai industri pemakananan kosher, elok juga saya kongsikan beberapa etika Rabbi mereka di sini. Sekurang-kurangnya kita boleh membuat sedikit perbandingan dengan diri kita sendiri, dan mana tahu suatu hari nanti kita perlu berurusan dengan orang Yahudi yang baik, maka pengenalan ini adalah penting supaya wujudnya sikap hormat-menghormati antara kedua-dua pihak.

Rabbi (biasanya disebut rabai) secara literalnya bermaksud guru. Di dalam budaya masyarakat Islam, gelaran yang setara dengan Rabbi ialah Ustaz. Rabbi biasanya merujuk kepada orang Yahudi yang kuat berpegang kepada ajaran Judaism Orthodox. Justeru bukan semua orang Yahudi, terutamanya yang sekular mengamalkan etika di bawah ini.

Sabbath


Hidangan Ketika Menyambut Sabbath

Shabbos atau Sabbath, ialah hari hujung minggu bagi orang Yahudi. Ianya bermula ketika terbitnya matahari Jumaat sehinggalah terbitnya tiga bintang pada Sabtu Malam. Secara tradisionalnya, orang Yahudi akan menyambut Sabbath lebih kurang 18 minit sebelum ketibaannya.

Waktu ini ialah waktu yang penting bagi penganut Yahudi. Biasanya mereka akan berkumpul bersama ahli keluarga dan menunaikan sembahayang mereka. Pada hari tersebut, mereka dilarang sama sekali daripada bekerja. Ini termasuklah urusan kerja yang kecil seperti memandu, menelefon dan membuka suis lampu. Kerana itulah mereka akan cuba menyelesaikan kerja mereka menjelang petang Jumaat.

Yom Tov


Yom Tov secara literal bermaksud hari perayaan yang baik (good day). Ianya ditentukan menurut kalender Yahudi yang berasaskan sistem lunar. Kebiasaannya pantang larang ketika hari Sabbath digunapakai ketika Yom Tov, terutamanya larangan bekerja. Antara Yom Tov ialah:

Rosh ha’Shanah (dua hari) – Tahun Baru Yahudi

Yom Kippor – Hari Penebusan (atonement)

Sukkos dan Shmini – Pesta Tabernacles

Pesach – Passover

Sh’vuos – Feast of Weeks

Sembahyang

Orang Yahudi bersembahyang tiga kali sehari semasa hari bekerja (selain hari Sabbath). Sekali di waktu awal pagi, kemudian di waktu tengahari dan terakhir sekali di waktu malam.

Synagogue

Tempat perkumpulan untuk bersembahyang bagi penganut agama Yahudi dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai synagogue. Mereka menyebutnya sebagai beyt t’fila. Akan tetapi orang Yahudi ortodoks sebenarnya tidak menggemari penggunaan perkataan synagogue, sebaliknya mereka lebih suka menggunakan perkataan ‘shul’ merujuk kepada beyt t’fila mereka.

Berjabat Tangan

Amalan berjabat tangan adalah kebiasaan orang Yahudi. Akan tetapi sama seperti orang Islam, mereka dilarang sama sekali daripada bersalaman dengan yang berlainan jantina.

Percampuran Lelaki dan Perempuan

Orang Yahudi amat pantang untuk hidup bercampur gaul antara lelaki dan perempuan tanpa hubungan kekeluargaan. Di dalam pejabat, mereka akan meminta supaya diasingkan tempat duduk dan meja antara lelaki dan perempuan.

Janggut dan Sidelock

Orang lelaki Yahudi berdasarkan sumber biblical utama dilarang daripada mencukur janggut. Justeru ramai yang menyimpan rambut panjang. Selain itu, sebahagian menyimpan sidelock atau sideburn panjang yang dikenali dengan Pay’os dalam bahasa Hebrew.

Yahudi Ortodoks yang tidak pernah mencukur rambut dan sidelock

Yarmulke atau Kippa

Orang lelaki Yahudi biasanya akan memakai kopiah kecil di ubun-ubun kepala mereka. Ianya dipanggil Yarmulke atau Kippa. Secara hokum, ianya wajib dipakai sentiasa. Menanggalkannya dianggap sesuatu yang tidak elok di dalam masyarakat Yahudi.

Kebiasaannya, variasi kippa adalah berdasarkan anutan mazhab, status keagamaan dan sokongan pemakainya. Contoh kippa di atas ialah Yahudi yang menyokong Zionisme.

Tzitzis

Tzitzis bermaksud ‘tassels’. Mengikut ajaran biblical, sekiranya seseorang lelaki Yahudi memakai pakaian yang mempunyai empat penjuru, setiap penjuru tersebut perlu diletakkan dengan tassel khas. Kadang-kadang mereka menyembunyikan tassel ini di belah dalam kot
mereka.