Selasa, 23 Ogos 2011

Remaja 15 Tahun Hamil Anak Luar Nikah


 

THORNABY, Britain - Seorang remaja perempuan, Soya Keaveney (gambar) menggembirakan ibunya selepas dia hamil luar nikah ketika berusia 15 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
 
Ketika usianya baru menjangkau 12 tahun, Soya Keaveney pernah beraksi untuk sesi fotografi dengan cuma memakai pakaian dalam kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang model.

"Saya terkejut pada mulanya tetapi kini saya sungguh teruja," kata Soya yang kini hamil 16 minggu.

"Saya merupakan wanita yang pertama akan melahirkan anak dalam kalangan rakan-rakan saya, tetapi saya tidak fikir saya dewasa dengan terlalu cepat," tambahnya.

Ibunya yang menganggur, Janis, 48, turut gembira kerana kehamilan Soya membolehkan mereka memohon rumah kerajaan yang lebih besar untuk keluarga itu termasuk anak-anaknya yang lain iaitu Coco, Ritzy, Tarot dan Jake di bawah skim kebajikan Britain.

Soya mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Jake Gray, 17, hasil hubungan intim mereka pada Mei lalu.

Janis yang membenarkan Jake tinggal di rumah mereka menyatakan, anak perempuannya benci pengguguran bayi.

"Saya yakin dia akan menjadi seorang ibu yang baik dan akan mendidik anaknya dengan penuh disiplin seperti yang saya lakukan," kata wanita itu.

Ibu ditahan polis kerana khatankan anak




PORTLAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Keemonta Peterson (gambar) diletakkan di bawah pengawasan polis selama lima tahun kerana dia mengkhatankan seorang anak lelakinya yang berusia tiga bulan dengan menggunakan sebilah pisau pemotong, lapor sebuah akhbar semalam.

Peterson yang berasal dari negeri Oregon mengaku bersalah melakukan penganiayaan berunsur jenayah pada awal tahun ini.

Wanita berusia 30 tahun itu turut diarahkan menjalani pemeriksaan mental.
Sebuah akhbar tempatan, The Oregonianmelaporkan Peterson mahu anak lelakinya dikhatankan selepas dia mendapat inspirasi ketika membaca kitab Injil.

Namun, dia memutuskan untuk melakukan sendiri prosedur tersebut selepas menonton prosedur berkhatan di YouTube kerana menyangka bayinya terlalu tua untuk dikhatankan oleh doktor.

Tindakan itu menyebabkan bayinya mengalami pendarahan yang banyak dan memaksa dia menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Answering machine at the Mental Hospital

"Hello, and welcome to the mental health hotline...

If you are obsessive-compulsive, press 1 repeatedly.


If you are co-dependent, please ask someone to press 2 for you.


If you have multiple personalities, press 3, 4, 5 and 6.


If you are paranoid, we know who you are and what you want. Stay on the line so we can trace your call.


If you are delusional, press 7 and your call will be transferred to the mother ship.


If you are schizophrenic, listen carefully and a small voice will tell you which number to press.


If you are a manic-depressive, it doesn't matter which number you press, no one will answer.


If you are dyslexic, press 9696969696969696.


If you have a nervous disorder, please fidget with the pound key until a representative comes on the line.


If you have amnesia, press 8 and state your name, address, telephone number, date of birth, Social Security number and your mother's maiden name.


If you have post-traumatic stress disorder, s-l-o-w-l-y and c-a-r-e-f-u- l-l-y press 0 0 0.


If you have bi-polar disorder, please leave a message after the beep, or before the beep, or after the beep. Please wait for the beep.


If you have short-term memory loss, press 9.


If you have short-term memory loss, press 9.


If you have short-term memory loss, press 9.


If you have short-term memory loss, press 9.


If you have low self-esteem, please hang up. All operators are too busy to talk to you.

Khasiat Buah Belimbing





Khasiat Buah Belimbing Manis ( Star Fruits )

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan Kesyukuran hanya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala;
Selawat dan Salam keatas junjungan Nabi Muhammad (Sallallāhu 'alaihi wa sallam)

Belimbing merawat kencing manis;tekanan darah tinggi; gingivitis atau radang gusi.


Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri Lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia. Terdapat dalam dua jenis yang nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh). Yang akan kita perkatakan dalam artikel ini ialah belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).


Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.


Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera. Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus, sangat bersari dan rasanya manis segar.


Kebiasaannya , buah belimbing besi dimakan segar. Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk.


Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam: menurunkan tekanan darah tinggi, anti oksida, anti kanser, melancarkan pencernaan, menurunkan kolestrol dan membersihkan usus.


Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.


Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap dua hari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.


Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.


Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat India untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata .


Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.


Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm.


Kredit




Khasiat Buah Belimbing Buluh

Belimbing buluh ni sebenarnya ada dua jenis; buah yang berwarna kuning dan hijau - keduanya rasa masam.( Its known as cucumber tree amongst westerners). Sedap dibuat masak lemak dengan udang atau pun tumbuk saja dengan sambal + udang kepal (utara). Yang dah kering tu di sebelah utara dibuat acar. Katanya orang kelate masukkan sebagai ramuan singgang.

Dalam kehidupan seharian, asam ini yang kaya dengan asid oksalik digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan degil di tangan atau kesan karat di pakaian dan kadang-kadang digunakan jugak untuk mencuci barang-barang tembaga atau suasa.


Khasiat perubatannya banayak juga, antaranya ...


1) penawar batuk - daun, bunga serta buah belimbing buluh direbus,ditapis dan diminum 3 kali sehari.


2) daun belimbing buluh juga boleh digunakan untuk menghalau lalat. Tidak susah , ambil saja duan agak secekak, kibas saja beberapa kali di meja makan. Lalat tidak akan datang lagi kerana dipercayai bau daunnya tidak digemari lalat.


3) merawat darah tinggi. Minuman airrebusan daunnya


4) merawat penyakit kelamin


5) merawat radang dubur


6) daunnya yang ditumbuk boleh menghilangkan gatal-gatal, bengkak cantik, reumatik, dan bengkak-bengkak kulit, sakit gigitan serangga


7) daun digosok pada tumit/tapakkaki untuk menghilangkan sakit akibat memakai kasut tumit tinggi.


( Pantang: orang yang mempunyai penyakit angin medu tidak boleh makan buah ini)

Selasa, 2 Ogos 2011

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. 


Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah.

Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:

“Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu.

Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INSYA’ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….

PUASA ORANG MELAYU

Penantian orang mukmin akan datang kembali.

Teman berbicara kali ini mengenai puasa yang dirindui dan karenah orang yang berpuasa. Orang mukmin menantikan bulan Ramadhan seperti seorang kekasih yang merindui kekasihnya. Ianya berbeza dengan rindunya pula orang Melayu kepada puasa dan seisinya.

Kebiasaannya di Malaysia pengumunan tarikh puasa bagi 1 Malaysia diumumkan oleh Penyimpan Besar Mohor Raja – Raja. Kata kawan teman …. kalau mike nak tahu puasa ke tidak esoknya….mike tengok songkok orang yang akan mengumumkannya…..kalau gamaknya ` sengit ` puasalah esoknya, tapi kalau songkok dan baju melayu nya kemas….jawabnya puasalah lusanya.
Kata kawan teman lagi begitu juga kalau nak tahu raya ke tidak …..tengok pula songkok, baju melayunya kemas dan suaranya pun ceria…..jawabnya `` MAKA DI ISTYHARKAN BAHAWA SELURUH MALAYSIA AKAN MENYAMBUT AIDIL FITRI PADA ESOK BERSAMAAN ……………..tapi kalau tak ceria wajahnya……jawabnya puasa lagi le….

Terkadang – kadang [ dengan izin ] kita hanya melihat suasana Ramadhan itu tak ubah seperti menantinya satu tarikh bermulanya pesta. Sebelum ini kita lihat budaya orang Melayu menyambut mana – mana hari kebesaran Islam seperti Maulidul Rasul, Maal Hijrah disana – sini semua pihak menganjurkan majlis tetapi kefahaman mereka tidak menyakini Islam secara Syumul tetapi hanya sekadar tradisi dan kefahaman Islamnya di pinggiran.

Penantian puasa bukanlah seperti seorang boyfriend menantikan girlfriendnya, seorang duda yang sekian lama menanti dapat` bantal peluk baru ` penganti kehilangan isterinya ataupun seorang janda menemui teman hidup setelah kekosongan laksana seperti dedaunan yang kering kepada suasana tumbuh – tumbuhan yang segar dan membasah.

Ianya seolah – olah meriah Ramadhan seperti Piala Dunia, Festival Hiburan dan sebagainya. Ada juga dikalangan orang Melayu khususnya wanita menganggap bahawa bulan ini `advantage ` untuk membetulkan mana – mana lemak – lemak pada badan bagi melangsingkan tubuhnya masing – masing.

Kata orang tua – tua dan politik kedai kopi,,,, tidak pasti kebenarannya…. bahawa orang Melayu memang rajin berpuasa tetapi bab sembahyangnya pula diringan – ringankan. Ianya berbeza dengan ` mamak ` pula dikatakan rajin bersembahyang tetapi kurang kuatnya berpuasa. Teman harap pandangan ini salah.

Begitu juga sembang – sembang kedai kopi bila ditanya masalah beli kereta. Katanya orang Melayu kalau beli pertama yang ditanyanya ` minyak save ` ke tidak. Orang Cina katanya pula….ini kereta berapa laju bole pergi dan ianya berlainan dengan ` orang putih ` bertanya pula ` ketahanan ` tahan lama kereta itu. Manakala orang India soalan pertamanya…ini kereta berapa ramae bole isi…,maaf bukan niat teman nak mengusik, tetapi sembang – sembang orang tua dulu – dulu. Kalau nak ikutkan biadapnya lagi Dato` Hamidah, Exco Perak tu kerana menyebutnya dalam Sidang DUN pulak tu….`` katanya kalau jumpa ular pukul dulu dot dot dot `.

Teman juga teringat kawan – kawan teman beritahu dimasa bulan Ramadhan ini juga mereka nampak 2 ADUN Katak di Perak tu bersama dengan perempuan sedang berpoya – poya semasa mereka berstatus exco dulu. Elokpun mereka melompat ke pangkuan parti yang banyak melahirkan pimpinan dan ahli yang tak berpuasa.

Orang Melayu dimasa bulan Ramadhan kalau didapati anaknya tidak berpuasa buat main marahnya lagi….tetapi sepanjang masa jika anak – anak tidak sembahyang, tidak menutup aurat mereka buat – buat tak nampak. Itu menunjukkan seolah – olah puasa itu bukan satu syariat tetapi adat.
Jika terdapat anak – anak kurang mampu berpuasa…..ibubapa kadang – kadang menyogokkan mereka dengan bayaran wang mengikut jumlah puasa yang mampu mereka lakukan. Amalan ini sebenarnya kurang baik kerana awal – awal lagi kita telah mendidik anak – anak dengan perkara yang salah kerana yang penting memberikan kesedaran kepada mereka tentang agama.
Kata Pak Yazid dalam kuliahnya diera 70an dulu….beramal mesti dengan ilmu….kalau tidak katanya seperti seorang bapa yang sedang berwirid selepas sembahyang `` SUBHANALLAH….SUBHANALAAH….tiba – tiba anak lelaki yang berseluar pendek mencuitnya `abah – abah nak duit tengok wayang `` abahnya terus berwirid….anaknya terus meminta duit….lalu abahnya runsing diganggu lalu berikan duit kepada anaknya itu RM10.000 dan abahnya tadi terus bertukar wiridnya tadi kepada `` ALHAMDULLILAH….ALHAMDULILLAH `` sehingga habis wiridnya. Bayangkan anaknya pergi melakukan maksiat ….abahnya boleh pulak menyebut `ALHAMDULILLAH `.
Dikalangan pembesar pula samada orang istana. menteri – menteri dan orang – orang berduit mereka jadikan peluang inilah untuk merehatkan dirinya ke negara – negara ` Orang Putih ` dan sebagainya. Maklumlah kalau makan minum disanapun bukan siapa yang tahu. Manakala kalangan orang mukmin pula jika berpeluang maka ibadah umrahlah pilihan mereka.

Kalaulah nak tengok masjid dan surau imarah waktu siangnya , maka lihatlah lihat diwaktu Ramadhan sahaja. Selepas Hari Raya pula tempat – tempat ibadat tersebut kembali lengang seperti sediakala.

Kita berkunjung pula ke pasar – pasar didapati suasananya sungguh bising oleh tempikan – tempikan peniaga untuk melariskan jualan mereka. Ingatlah bahawa kaedah berniaga dalam Islam bukanlah begitu caranya yang diajar oleh Rasulullah saw.

Pesan Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pengunjung – pengunjung Pasar Ramadhan hendaklah membeli juadah berbuka di gerai – gerai orang yang kita lihat diwajah penjualnya berseri, yakni orang yang bersembahyang dan menutup aurat sahaja. Kerana yang membeli diberrkati dan yang menjual pula mendapat rezeki yang halal.

Ketika bertarawikh pula yang meneruskan 20 rakaat ialah orang – orang tua dan orang – orang mudanya pula setakat 8 rakaat kerana lutut mereka dah longgar dan pinggang ` angin satu badan ` terus pekena kopi, bubur , laksa dan sebagainya sebelum ` mengholoh ` untuk bangun sahur. Itupun kalau yang jenis bangun sahur…kalau tidak jawabnya sembahyang Subuh pun lebohhh.

Rabu, 20 Julai 2011

Apakah Penyebab Rabun Malam

 

Pasti anda pernah mendengar perkataan rabun malam di mana penghidapnya rabun semasa matahari terbenam.

Sebenarnya rabun malam merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin A dalam makanan yang menyebabkan sel mata yang kering dan menghadkan keupayaan untuk menguruskan intensiti (ketumpatan) cahaya.


Kesan sampingan yang lain termasuk kulit menjadi kasar dan bersisik di tangan dan kaki.


Pembentukan gigi dan pertumbuhan badan juga mendapat gangguan dan dalam beberapa kes kornea sangat kering dan legap dan membawa kepada buta.


Mereka yang menghidapi rabun malam perlu mengambil lebih banyak sayuraan berdaun terutama bayam, hati, mentega, buah-buahan, lobak merah, labu, susu dan ikan di dalam diet bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A.

Dr Lo’ Lo’ Sekadar Yang Saya Kenali

Dr Lo’ Lo’ Sekadar Yang Saya Kenali Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)


Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. 

Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. 

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. 

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. 

Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut ‘insyaAllah’.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM. Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. 

Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo’ Lo’ Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

 Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi s.a.w nasihati kita:
“Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: ‘aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan Jawatan Mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo’ Lo’. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo’ Lo’ sejak sebelum saya menjadi Mufti Perlis lagi. 

Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum.

Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo’ Lo’ menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut. 

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu.

Antara yang beliau sebut
“..saya juga seorang manusia yang dhaif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.
Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.
Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.
Itulah antara kandungan email beliau. Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama.

Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu. 

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Apabila saya menjadi Mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin UMNO.

Selepas Mufti

Apabila berhenti dari jawatan Mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke UK. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester. 

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo’ Lo’ yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak. Sempat saya bercakap dengan beliau. 

Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya:
“Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.
Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Masuk UMNO
Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini. 

Apabila timbul berita saya akan masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:
“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk UMNO. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.
Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. 

Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya:
“mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk UMNO. Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk UMNO? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk UMNO”.
Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. 

Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat. Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata:
“Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk UMNO, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS. Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk UMNO”.
Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

Kritik PR
Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama PR, Dr Lo’ Lo’ kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. 

Kadang-kala bahasanya ‘tegas’. Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya ‘Ulama atau professional Jadi Pemimpin’ . 

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Ziarah Hospital

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. 

Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz. Dr Lo’ Lo’ meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil. 

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau:
“ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.
Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. 

Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah. 

Kata-kata yang tidak lahir di saat- demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS. 

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz Sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat. Antara yang beliau kata;
“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.
Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau ‘pendakwah’

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. 

Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan. Kata-kata Dr Lo’ Lo’ itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. 

Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya

Fenomena Filem Yang Namanya Ala-ala Islamik

by :  myilham.com
Sumber : TemanHidup@yahoogroups.com
               TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com

ke mana jiwa ummah hendak di bawa?
 
Antara tanggungjawab ibu bapa ke atas anak-anak adalah memberikan mereka nama yang baik. Antara nama yang baik dan elok adalah nama-nama yang disandarkan kepada Asmaul Husna, misalnya Abdur Rahman, Abdul Karim, Abdul Mujib dan sebagainya. Begitu juga nama para Anbiya’, Sahabat-sahabat Nabi dan orang-orang soleh.
 
Pentingnya kebaikan pada sebuah nama adalah kerana ia menggambarkan kemuliaan orang atau perkara yang dinamakan. Begitu juga, ia merupakan satu doa. 
 
Saya kerapkali berfikir untuk menamakan anak saya nanti dengan nama yang ringkas dan pendek, tetapi mempunyai maksud yang baik. 
 
Orang melayu biasalah, kadangkala namanya dah cukup baik, tetapi kerana disingkatkan, maksud pada nama tersebut hilang entah ke mana.
 
Khatijah dipanggil katty, Maryam dipanggil marry, Muhammad dipanggil mamat atau mat. Begitulah seterusnya.
 
KAEDAH
Namun begitu, isu nama sebenarnya tidaklah sebesar isu apa yang dinamakan. Bermakna, kebaikan itu secara dasarnya akan jatuh kepada orang atau perkara yang dinamakan. 
 
Muhammad kalaupun dipanggil mamat, tetapi merupakan seorang yang soleh, tetap tinggi darjatnya di sisi Allah. Begitu juga seorang muslim bernama Lim, Ravi atau Richard. Tidak ada masalah.
 
Hukum juga begitu. Kaedah Fiqh menyebut ; sesuatu hukum dikira pada benda yang dinamakan dan bukannya pada nama tersebut. 
 
Contohnya sebuah negara. Bagaimana sebenarnya sebuah negara yang dikehendaki oleh Islam? 
 
Adakah perlu negara tersebut dinamakan dengan Darul Islam, atau Daulah Islamiah , atau diisytihar sebagai Negara Islam bagi membolehkannya menepati kehendak Allah Baldatun Thoyyibah wa Rabbun Ghafur ?
Tidak. 
 
Jika sesebuah negara tidak dinamakan dengan nama-nama sedemikian sekalipun, tetapi di dalamnya terdapat pemerintahan yang benar-benar menjunjung Al-Quran dan Sunnah serta menepati ciri-ciri sebuah negara yang dituntut oleh Islam, maka sebenarnya adalah sebuah negara Islam.
Biarpun namanya Negara Berkebajikan. 
 
Ia tidak lari dari konsep Negara Islam yang sebenar, kerana negara Islam atau daulah Islamiah itu sendiri sebenarnya adalah sebuah negara yang mengutamakan konsep kebajikan. Jadi tidak ada masalah pada nama.
 
Tahajud Jiwa, Taubat Cinta, Sejadah Munajat, Istikharah Cinta Dan Pelbagai lagi.
 
Saya tidak pernah meminati sebarang filem atau cerita yang mempunyai mirip nama seperti di atas. 
 
Bukan saya tidak mahu menyokong filem Islamik, tetapi mungkin kerana saya jarang sekali dapat melihat konsep Islamik itu dijunjung dengan bersungguh-sungguh dalam filem sedemikian.
Banyaknya datang dari Indonesia. 
 
Sekali muncul, bagai tsunami yang sangat hebat. Menyentap hati dan jiwa anak-anak muda untuk mencari cinta Islamik. 
 
Cinta yang bersih, jauh dari dosa dan noda. Ada kebaikan yang besar di situ.
 
Malangnya, tidak banyak yang sampai ke tahap sebegitu.
 
Banyak dari filem sedemikian seolah menggunakan nama berbaur Islamik itu sebagai modal untuk menarik minat anak-anak muda yang berjiwa dakwah dan yang mempunyai minat yang tinggi kepada Islam. Sasaran ini seolah diletak dengan baik bagi meraih kejayaan filem mereka. 
 
Selepas satu filem, satu cerita, satu lagi filem dan cerita lain menyusul.
 
Dalam masa yang sama, konsep sebenar Islam itu tidak pula diperhalusi dengan baik.
 
Barisan pelakon yang dipilih untuk menggerakkan filem, kebanyakannya sekadar menjadi pelakon dan sememangnya, mereka ‘berjaya’ menjadi pelakon. 
 
Filem berjaya meraih kutipan yang tinggi, popular, pecah panggung dan sebagainya, tetapi kesedaran Islam kepada setiap pelakon pula bagaimana?
 
Adakah mereka yang dipilih untuk menggerakkan filem itu dianjurkan menyertai kursus agama terlebih dahulu? 
 
Setidak-tidaknya, sebelum mereka bergerak sebagai ‘kader dakwah’ menerusi filem Islamik, mereka telah terlebih dahulu mencuba sedaya upaya memperbaiki diri mereka, membersihkan hati, mengikhlaskan niat dan sebagainya.
 
Mungkin ini kedengaran agak lucu, tetapi hakikatnya, jika sesuatu filem itu meletakkan HIDAYAH kepada penonton sebagai matlamat, maka apa yang dinyatakan di atas merupakan antara perkara-perkara yang akan mereka laksanakan. 
 
Melainkan, sasarannya cuma untuk meraih perhatian , menarik penonton dan bersifat komersial semata-mata, maka apa yang dinyatakan di atas sudah tentu merupakan lawak jenaka sahaja bagi mereka.
 
Penonton pula jiwanya lembut dan lunak dengan Islam. Menonton filem dan cerita berbaur Islamik sedemikian, berjujuran air mata mereka, hingga terbawa-bawa dalam mimpi, terbawa-bawa dalam solat dan doa. 
 
Pelakon yang membintangi filem pula menjadi pujaan kerana kecantikan dan keelokan rupa paras mereka.
 
Fikirkan, bagaimana perasaan para penonton ini tatkala melihat ‘hero dan heroin dakwah’ mereka yang begitu sopan dan ayu bertudung itu sebenarnya tersangatlah seksi, pakaiannya cukup sendat dan bergambar lelaki perempuan rapat-rapat? Tidakkah mereka terasa diperbodohkan?
 
Justeru pada saya, diperbodohkan oleh filem yang namanya ala-ala Islamik merupakan satu perkara yang sangatlah malang. Kita bukan mahukan nama pada filem. 
 
Kita mahukan faedah, iktibar dan manfaat terutama sekali kepada jiwa dan hati kita. 
 
Kita berharap, agar sesuatu filem atau cerita yang kita tonton, mampu menyuntik hidayah dan menghidupkan hati-hati kita.
 
Maka perlulah kita tapis dengan lebih teliti. Nama yang Islamik sahaja, belum tentu ‘selamat’ untuk ditonton.
 
KOMEN
 
Mungkin ramai yang akan membantah. 
 
Mungkin ramai juga berpendapat, biarlah, sekurang-kurangnya ada juga filem Islamik di pasaran. Sekurang-kurangnya ada juga pilihan untuk kita daripada filem lain yang jelas tidak menutup aurat dan tidak ada konsep Islamik langsung.
 
Terpulanglah. Sama juga dengan Islamic Fashion Show. Boleh juga kita kata, lebih baik ada daripada hanya fesyen-fesyen barat yang menjadi sasaran. 
 
Namun pada saya, kedua-duanya sama sahaja. Islam itu perlu diambil semua dan secara menyeluruh. Ambil sedikit-sedikit seolah menunjukkan kita mahu bermain-main dengan agama.
 
Salah satu daripada ciri-ciri khusus Islam itu adalah Inqilabiyyah, bermaksud terbalik. Objek yang di atasnya hitam dan di bawahnya putih, harus diterbalikkan bagi membolehkah putih berada di atas dan hitam berada di bawah. Bermakna, mustahil hitam dan putih itu boleh berada di atas dalam satu masa yang sama.
Ini selaras dengan Firman Allah : ” Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh “
Contohnya mudah. Satu pertunjukan fesyen namanya Islamik Fashion Show, dan orang yang memperagakan fesyen itu memakai tudung dengan kebaya yang sendat, kainnya sedikit terbelah. 
 
Satu lagi pertunjukan fesyen namanya Global Fashion Show, dan orang yang memperagakan fesyen itu tidak memakai tudung, ‘berkemban’ dan kain separas peha.
 
Terpulanglah. Ada yang menganggap antara dua pertunjukan itu, ada beza. Tetapi pada saya, sama sahaja. Maka, kiaskanlah sendiri dengan fenomena filem yang saya tulis di atas.
 
ALTERNATIF
 
Benar, dalam mengkritik perlu disuakan alternatif. Mengkritik sahaja tanpa memberi cadangan samalah dengan penonton pasukan bola sepak. Sembang berdegar-degar, maki mencarut semua keluar, tetapi sedikit pun tidak ada manfaat pada pemain bola.
 
Jadilah seperti pengurus pasukan bola. Geram, marah dan tidak puas hati tetap ada. Tetapi akalnya ligat memikirkan langkah dan strategi demi kemajuan dan kebaikan pemain bola.
 
Industri Filem hari ini sangat parah dalam menghasilkan filem bergenre dakwah yang benar-benar berupaya ‘merealitikan’ Islam dalam masyarakat. Mungkin juga, perkara ini berpunca dari asas kefahaman kepada Islam itu sendiri. 
 
Masyarakat kita masih ramai bermentaliti, hendak menjadi ‘baik’ dan ‘islamik’ , maka kena pakai kopiah atau tudung. 
 
Sebab itu, kalau hendak ke masjid kena pakai kopiah dan tudung, kalau ada majlis kematian, majlis tahlil dan doa selamat, waktu itu kena pakai kopiah, songkok atau tudung. Selain dari tempat-tempat tersebut, tidak boleh atau tidak perlu pakai.
 
Membuat filem juga begitu. Kalau nak jadikan filem itu Islamik, maka namanya kena ada unsur-unsur bahasa arab, tahajjud ke, istikharah ke, munajat ke, kemudian tambah dengan perkataan cinta. Jadi filem itu automatiknya bertukar menjadi Islamik.
 
Sedangkan Islam tidak begitu. Islam tidak hanya bercerita tentang nama semata-mata. Islam menekankan tentang benda yang dinamakan
 
Biarlah filem itu namanya tidak Islamik sekalipun, tetapi mesej dan pedoman dalam filem tersebut cukup besar memberi impak pada masyarakat.
 
Ternyata, dalam bab-bab ini Industri Filem kita masih lemah. Kita masih terperangkap dengan filem-filem aksi ala gangster, filem hantu, khurafat, tahyul dan filem cinta berbaur Islamik yang bersifat lakonan semata-mata.
 
Maka sebagai alternatif, golongan muda yang berjiwa dakwah khususnya yang berkecimpung dalam bidang berkaitan perfileman atau lakonan, ataupun produser filem sedia ada,  berusahalah menghasilkan filem yang konsisten membawa mesej Islam itu sendiri, dan bukannya berlumba-lumba menghasilkan filem berjudul Islamik semata-mata.
 
Contohnya, Islam menekankan tentang penjagaan maruah. Seorang suami bertanggungjawab menjaga maruah diri dan isterinya, begitu juga ayah bertanggungjawab menjaga maruah anak-anaknya. 
 
Kehebatan Islam terserlah apabila meletakkan syarat bermusafir bagi wanita tanpa mahram, mengangkat martabat wanita dengan kemuliaan, dan meletakkan tanggungjawab sebagai ketua ( sifat qawwamah ) ke atas lelaki.
 
Sebuah filem yang berjaya menghuraikan konsep di atas dan dikaitkan dengan kebaikan ajaran Islam itu sendiri, sebenarnya telah berjaya membawa mesej dakwah kepada masyarakat. Mesej itu jauh lebih penting berbanding namanya.
 
impak sesebuah filem dinilai pada mesej yang dibawa
 
Supaya lebih jelas, saya menyarankan anda khususnya lelaki menonton filem berjudul ‘ Taken ‘ yang sebenarnya bukanlah satu filem yang baru. 
 
Saya sendiri telah menonton filem ini berpuluh-puluh kali. Setiap kali menonton filem ini, saya memperoleh ibrah dan mesejnya dengan jelas. 
 
Kisah seorang anak yang bermusafir tanpa mahram, akhirnya terjebak dengan sindiket perdagangan manusia dan kesungguhan seorang bapa menyelamatkan anaknya benar-benar menyuntik motivasi dan merangsang kesedaran.
 
Pada saya, filem sebegini seribu kali lebih baik untuk ditonton dari filem bernama Islamik, tetapi langsung tidak ‘selamat’ untuk ditontoni.
 
Sekian.