Selasa, 7 Ogos 2012

Harta Qarun Sekarang Milik Siapa ?


Ketika Allah meneggelamkan Qarun bersama harta-bendanya ke dalam perut bumi Mesir sebagaimana di firmankan:-

فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِنْ فِئَةٍ يَنْصُرُونَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنْتَصِرِينَ
Maka kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya). Surah al-Qasas : 81


Harta Qarun terbenam dan mencair ke dalam perut bumi dan agaknya ia telah bertukar menjadi aliran minyak dijaluran di sekitar Negara-negara yang berjiran dengan Mesir, khususnya di Timur Tengah. 

Hari ini orang yang kaya di dunia termasuk raja-raja dan kaum kerabat pemerintah Negara umat Islam adalah terdiri mereka yang memiliki telaga minyak yang dikorek dari dasar perut bumi.   

Tokey-tokey minyak inilah sebenarnya yang telah mewarisi harta Qarun tersebut. Mereka menjadi raja yang kaya raya. Mereka kembali meleburkan kekayaan mereka menjadi emas dan perak dan mewarisi kembali sifat-sifat Qarun. Cuba lihat senarai raja yang paling kaya. Bukankah kebanyakannya orang Islam?


Senarai Raja Terkaya di dunia

1. Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand Harta: RM96 bilion
2. Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei : RM64 bilion
3. Raja Abdullah bin Abul Aziz, Arab Saudi : RM58 bilion
4. Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) : RM48 bilion
5. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Dubai : RM14 billion
6. Putera Hans-Adam II von und zu Liechtenstein, Liechtenstein : RM11.2 bilion
7. Raja Mohammed IV, Maghribi : RM8 bilion
8. Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Qatar : RM8 bilion
9. Putera Albert II, Monaco : RM3.2 bilion
10. Putera Karim Al Husseini, Aga Khan : RM2.6 bilion


Sebahagian besar kaya kerana petroleum. Mereka dari Negara umat Islam tetapi negara Islam masih lagi ketinggalan dan miskin, kadar celik huruf dan pendidikan yang rendah. 

Kebanyakan harta mereka dicairkan din egara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Betapa kuatnya ekonomi umat Islam jika ia digabung dan menyelamatkan ekonomi Negara umat Islam tetapi apa sebenarnya minat mereka? Ke mana harta ini dibelanjakan? Lihat dua contoh:-


Syeikh Mansour bin Zayed Al Nahyan
Warga negara UAE yang dua tahun lalu membeli kelab sepak bola Liga Perdana Inggeris, Manchester City sebanyak £210 juta (RM1.1 bilion) untuk membeli 90 peratus saham bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

Mansour mempunyai kekayaan peribadi berjumlah £15 bilion (RM78b) mengatasi Abramovich (pemilik Manchester City) yang memiliki kekayaan £7b (RM36.4b). 

Salah seorang daripada 19 anak Sheikh Zayed bin Sultan al Nahyan yang juga kaum kerabat diraja Abu Dhabi, di Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Dia juga ahli kabinet Abu Dhabi selain menjadi pengerusi kepada First Gulf Bank dan International Petroleum Investment Company. 

Beliau membeli share Ferrari berharga £19j dan memiliki pencakar langit di New York yang terkenal iaitu Chrysler Building bernilai USD800j. Dia dan kaum keluarganya dianggarkan mempunyai kekayaan AS$1 trilion (RM3.5 trilion) yang banyak digunakan untuk membeli aset asing.

Beliau membeli lagi share Manchester City melengkapkan 100%. Kini beliau berberbelanja besar dengan pembelian beberapa pemain yang melebihi nilai sebenar. Yaya Toure ke City yang berharga £28 juta pound (RM 138.5 juta) . Kolarov menyertai City lalu dengan harga £16 juta. Sebanyak £33million untuk Real Madrid's Brazilian superstar, Robinho sebagai sebahagian daripada perbelanjaan mewah Sheikh Mansour, pemilik kelab terkaya di Liga Perdana, membelanjakan lebih daripada £100 juta demi menjadikan kelab tersebut sebagai kelab terkaya.

Sempena bulan Ramadhan ini banyak mana duit yang telah diinfaqkan buat Kelab Manchester City ini. Perbelanjaan ini sahaja cukup untuk membangunkan sebuah Negara Palestine . Taklah kita terhegeh-hegeh kutip derma seringgit dua ringgit untuk Gaza. Bayangkan bajet untuk negeri Selangor sahaja hanya sebanyak 1.6 billion setahun. Itu baru perbelanjaan untuk satu kelab sukan. Belum lagi hobi-hobi selain bola. Belum lagi istana, kenderaan dan yang lain-lain.


Sultan Hasanal Bolkiah

Seorang Raja Melayu , pemerintah beraja Negara terkaya di dunia, Brunei Darul Salam. Sejak dilahirkan lagi, baginda sudah makan dan minum menggunakan garfu dan sudu emas seta memakai pakaian yang di saluti emas tulen. 

Istana baginda yang bernilai USD350j terdiri daripada 1788 bilik dengan perabot disaluti emas dan berlian. 257 bilik mandi disaluti emas dan perak dan sebuah garaj kereta untuk mempamerkan 110 buah keratanya. Di istana ini terdapat 650 suites dan setiap satunya bernilai tidak kurang 150,000 ribu euro.

Beliau memiliki koleksi 7,000 kereta mewah dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion termasuk kapal terbang yang berlapis emas. Banyak barangan sekitar kehidupan baginda adalah barangan emas. Kereta dari emas, closet emas, tangkai bunga emas, senjata api emas, tempat tidur emas , meja dan kursi makan emas , bilik air dari emas.

Seorang Putera kepada Sultan Brunei dilaporkan membelanjakan 10.2 Billion dalam tempoh satu dekad (memiliki 2000 buah kereta, 17 kapal terbang dan pelbagai jenis barang kemas, kapal layar dan sebagainya. Lihatlah koleksi ini:-
Tatkala ramai umat Islam di dunia ini contohnya di Indonesia, Bangladesh, Afrika dan lain-lainnya bertarung dengan kemiskinan dan kebuluran, di kala itu jugalah kita melihat para pemimpin umat Islam hidup dengan penuh kekayaan dan kemewahan. 

Kisah di atas hanya berkisar dengan kekayaan antara 57 para pemimpin Islam. Jika kita himpunkan kekayaan milik seluruh para pemimpin umat Islam yang ada hari ini kita yakin ianya cukup untuk menyelesaikan masalah kefakiran dan kemiskinan yang berlaku di dunia umat Islam itu sendiri. 

Inilah akibatnya apabila sistem ekonomi Islam dibakul sampahkan dan sebaliknya yang digunapakai adalah sistem ekonomi Kapitalisme. Kekayaan di dunia umat Islam itu khususnya dan dunia umumnya hanya berlegar di sekitar golongan tertentu semata-mata sedangkan Allah SWT berfirman:

“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”. Surah Al-Hasyr (59) : 7


Qarun yang asalnya sebagai penolong Musa a.s dan pencatat Taurat akhirnya tertipu dengan emas dan perak serta kemewahan dunia akhirnya bersekongkol bersama Haman dan Firaun menentang nabi Musa a.s. Kalaulah harta bendanya digunakan untuk membantu Islam !

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ
Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa (Bani Israel, sepupu Musa) maka ia berlaku aniaya terhadap mereka dan kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya Berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri". Surah al-Qasas: 76

فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ . وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ
Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; Sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar". Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang- orang yang sabar". Surah al-Qasas : 79-80
Rasulullah Saw bersabda diriwayatkan oleh Huzaifah maksudnya: "Janganlah kamu memakai sutera nipis atau tebal, janganlah kamu minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, janganlah kamu makan pada pinggan yang diperbuat dari keduanya, kerana yang demikian itu bahagian mereka di dunia dan bagi kamu di akhirat." (Syaikhan)


Hadis dari Ummu Salamah: "Sesungguhnya orang yg meminum dari wadah dari perak,sesungguhnya dia telah menuangkan ke dalam perutnya api neraka jahannam." (Syaikhan)


Ibn Qudamah (alMughni): Haram bejana emas/perak kerana berlebihan (mubazzir) dan kesombongan.


Sampai bila kitaran kekayaan ini berlegar dikalangan golongan tertentu sahaja khususnya pemimpin-pemimpin di nagara umat Islam sedangkan rakyat dan umat Islam masih lagi melarat. Adakah kita sekadar patut berbangga bahawa orang kaya adalah orang Islam. Apakah yang sepatutnya menurut ajaran Rasulullah Saw. Siapakah yang sanggup mendakwahi mereka ?
sumber : Al Fakir Muhammad Fazilul

PETUA IMAM GHAZALI MENEMUI MALAM LAILATUL QADAR


Maksud Lailatul Qadar
lailatul qadarLailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.


Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
  1. Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
  2. Isnin - 21 Ramadhan
  3. Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
  4. Khamis - 25 Ramadhan
  5. Sabtu - 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
 
Tanda-tanda Lailatul Qadar
 
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Itu sahaja dapat kongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W. wallahu'alam.